Humiliation / Taste - Bullet Storm / The Blood of the Disaster Force (Split CD - 2016)

Bullet Storm / The Blood of the Disaster Force adalah split CD yang menggabungkan dua buah band beraliran Death Metal berlainan terma. Humiliation yang membawa genre Old School Death Metal dari Malaysia dan Taste dari Japan yang nampak ke arah Technical Death Metal sama2 telah berkongsi pentas yang sama ketika Mamat Fest awal 2016 dahulu. Disamping itu Taste turut akan mengiringi Humiliation yang akan melakukan Japan Invasion Tour pada awal March 2016 nanti. Split CD ini menampilkan 2 buah lagu dari kedua2 band.

Artwork oleh Zul Apache (Humiliation) & Haruna (Taste)

Tracklist :

1 - Humiliation - An Absence of Peace
2 - Humiliation - Aviation of Doom
3 - Taste - The Blood of Disaster Dead
4 - Taste - Extinction Force

Mudon (Drums), Bearbee (Vocals), Amir (Guitars), Aima (Bass), Asraf (Guitars)

Humiliation memulakan rentak dengan An Absence of Peace. Track yang direkod di Hotsound Studio Kuala Lumpur sekitar Julai 2015 ini masih mengekalkan apa yang biasa kita dengar dari lagu2 mereka dari album2 sebelum ini. Ada part mid tempo dan agresif dengan permainan twin pedal yang bertalu2. Tidak terlalu meleret untuk sebuah track berdurasi 3 minit 3 saat.

Humiliation - Live at Mamat Fest 2016

Aviation of Doom agak menarik susunan lagu nya. Bermula dengan cukup agresif tanpa sebarang tanda, masuk feel untuk headbang, mid-tempo dan perubahan mood pada durasi 1:44 yang mana feel riffing yang agak jarang didengari dari lagu2 Humiliation sebelum ini. Best!

Masaaki Sasaki (Guitars), Takashi Harima (Vocals/Bass), Naoki Sugano (Drums)

Taste memulakan amarah dengan The Blood of Disaster Dead. Terkejut juga gua apabila mula sahaja track ini berkumandang. Vocal garang, music yang "sakit" jugak nak dimainkan terutama riffing gitar nya. Patut lah ketika Mamat Fest hari tu gitarist band ini menggunakan gitar 7 tali manakala bassist 5 tali. Sekali imbas gua rasa ini bukan style Eropah punya permainan, mungkin ini trademark tersendiri Taste. Oleh itu gua rasa kena cari jugak 3 album terdahulu Taste untuk dibuat sedikit study.

Taste - Live at Mamat Fest 2016

Extinction Force masih gua rasa gila riffing nya. Bermula dengan broken chord sebelum menjadi semakin bercelaru arah music nya. Pendokong Old Skool Death Metal mungkin juga sukar menghadam Death Metal sebegini yang sudah termasuk sikit tahap modern nya. Kepada pendengar music berteknikal boleh lah kira nya dengar dan study riffing lagu2 Taste.

Secara keseluruhan gua beranggapan ini satu percubaan menghasilkan split CD yang berjaya untuk kedua2 band. Humiliation boleh mengembangkan sayap mereka lebih luas untuk pasaran Japan, manakala Taste yang sudah mencuba pentas tempatan kita boleh juga membuatkan pendengar pasaran music gelap Malaysia dengan music gila mereka.

Bullet Storm / The Blood of the Disaster Force (Split CD - 2016) yang didatangkan dalam format gatefold boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand atau RM27 by postage. Rasa lah penangan Death Metal sebenar!

Humiliation
Email
Official Website
Facebook

Taste
Email
Official Website
Facebook
Twitter

Bloodbath Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: