Langsuyr - Bantaigram (EP 2016)

Antara keluaran awal 2016.. itu apa yang boleh gua katakan.. merupakan produk Langsuyr selepas Asyik (2005). Bantaigram (EP 2016) adalah buah tangan terbaru kepada peminat juga pendengar band yang pernah menjadi antara pendokong utama Eastern Metal ini suatu ketika dulu. Dengan line up baru bersama Azlan dan Azmaniac yang merupakan line up asal, ini merupakan rakaman yang menjadi platform baru Langsuyr yang rasa nya punya koleksi lagu2 baru yang pasti akan dikeluarkan dalam format full length selepas ini.

 Adjheez (Drum), Azlan (Mikrodansa), Nikkimi (Bass), Azmaniac (Guitar), Azrym (Guitar)

Cover konsep oleh Azlan
Design oleh Kompgraphner

Tracklist :

1 - Malam
2 -  Ini Jalanku
3 - Bantaigram
4 - Tunjuk Perasaan

Bantaigram (EP 2016) jika dilihat pada info cover sleeve nya melalui proses rakaman semula track gitar di Hellfrozen HS sekitar 2009 sehingga 2010. Azmaniac dan Zahid bertinda sebagai engineer, produser dalam proses mix dan mastering yang dilakukan di Hotsound Studio. Mamat Records bertindak sebagai executive producer juga label yang mengeluarkan EP ini.

Malam merupakan antara track yang sepatutnya boleh didengar rakamannya didalam album yg tak kunjung tiba iaitu Bullet. Hah ok menjadi track pembukaan untuk EP ini. Antara pembawaan Asyik atau tidak sukar juga gua nak cakap. Tapi yang pasti gua macam dah dapat tangkap trademark lagu2 ciptaan Azmaniac. Lari jauh juga dari Eastern Cruelty dan zaman2 awal dahulu. Kalau dulu, At The Gates punya bau2 bacang boleh lagi di hidu dari lagu2 Langsuyr tetapi kini tidak lagi rasanya.

Ini Jalanku adalah track yang menggunakan guest vocalist sepenuhnya iaitu Yuri Gagarin dari Insanhak. Chorus punya riffing memang agak catchy tapi gua masih terbayang jika Azlan yang menyanyikan lagu ini. Hahaha..

Bantaigram gua pilih sebagai track terbaek. Paling menangkap liriknya yang ternyata luahan perasaan apa yang berlaku kepada negara kita sekarang. Kena betul dengan masa nya. Hahahaha.. Music nya pelbagai dan nampak komposisi nya juga bagus.

Tunjuk Perasaan pernah gua dngar dari rakaman raw nya melalui laman facebook Langsuyr. Sebuah lagu yang flow nya agak cantik. Liriknya seakan luahan permasalahan dalaman. Mungkin!

Bantaigram boleh gua simpulkan sebagai langkah seterusnya dari Langsuyr yang lama menyepi yang mungkin juga frust dengan Bullet yang x kunjung tiba. Bantaigram adalah EP 4 lagu yang boleh sekadar menjadi pengubat rindu mereka2 yang dahagakan muzik terbaru Langsuyr. Gua beranggapan Bantaigram patut lebih meletup sound output akhirnya. Gua mendengar di beberapa saluran seperti hifi, mp3 player, player kereta disamping penggunaan speaker, headphone (mahal jugak gua beli untuk rakaman) dan earplug. Ada yang rasa puas dan ada yg rasa x puas. Tak tahu mungkin ini cerewet telinga gua atau telinga gua sendiri ada masalah. Hahaha.. Overall semuanya masih terkawal dan bagus. Selain itu keempat2 lagu adalah hasil perahan idea Azmaniac yang jelas gua boleh tangkap sikit trademark lagu2 beliau yang agak lari dari feel lagu2 zaman alam mistik nusantara dahulu. Bantaigram ada feel nya tersendiri.

Bantaigram (EP 2016) boleh diperolehi dengan pembelian RM20 by hand dan RM27 by postage. Sila hubungi Mamat Records atau berurusan terus dengan Langsuyr untuk copy anda. Kali ini Langsuyr kembali mengilai!!!

Langsuyr - Malam (Live at Mamat Fest 2016)

Kenali Langsuyr melalui laman sesawang dibawah.

Langsuyr
Email
Facebook
Twitter

Mamat Records 
Facebook

0 feedbacks: