VotW - Six Reasons to Kill - Rote Erde

Pasukan Modern Death Metal dari Jerman Six Reasons to Kill telah menerbitkan EP berjudul Rote Erde 11 Mac 2016 melalui Bastardized Recordings. EP ini telah melahirkan satu video muzik juga berjudul Rote Erde. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Bastardized Recordings. Enjoy!


Margyyah - The Truth (2016)

Margyyah merupakan unit Death Metal dari Singapura yang wujud semenjak 1998 lagi dan kini telah menerbitkan album sulung mereka yang berjudul The Truth. Album yang direkod semenjak 2013 ini menampilkan 9 trek yang rata-ratanya berkisar pada tema penipuan dalam sejarah dan kebenaran yang telah disembunyikan.




1. Prelude
2. Cruxi Fiction
3. War Be Upon You
4. Agnostic Deceit
5. Hecatomb Ye All
6. Arid Bloodbath
7. Alakazib (Lies)
8. Sands of Mur'rah
9. The Truth

Saya tidak familiar dengan Margyyah, jadi expectation saya 'oh agaknya macam Impiety kot, bestial black metal agaknya'. Saya tersilap. Margyyah pada saya berkiblat kepada black/death metal ala Behemoth, dengan dicuit perisa Nile, Morbid Angel, Hate Eternal antaranya. Kaki death metal 90s pasti boleh into Margyyah!

Saya menyukai beberapa trek dari dalam album ini. Terutamanya vokal Al-Jinnie mengingatkan saya kepada Erik Rutan; deep, berdesing dan throaty. Ada kalanya macam Glenn Benton. Permainan gitar dalam album ini (terutamanya solo gitar) mengembalikan kenangan  Death Metal di era 90an. Firasat saya mengatakan album ini mungkin telah ditulis semenjak akhir 90an dan akhirnya dilahirkan setelah hampir 20 tahun disimpan. Tidak terlalu teknikal, tapi masih menggila dan crushing. Bercakap tentang dram pula, saya menggemari hasil kerja Hellbasher dalam Karamah. Dan permainan beliau boleh dikenali di dalam Margyyah. Saya cuma sedikit tidak puas hati kerana terasa permainan beliau tidak berapa tight kali ini. Walaupun masih menurut tempo, saya terasa flair dan stroke beliau hampir sama untuk setiap trek. Entahlah, mungkin mix dram tidak cukup punchy menyebabkan beliau tidak berapa menyinar. Namun masih boleh dilayan. 

Trek yang berjumlah 9 rata-ratanya padat dengan letusan marah Death Metal dan takde rasa nak berhenti kejap. Namun saya hilang fokus di pertengahan album. Apa yang kurang dalam The Truth adalah variasi. Saya faham Death Metal memang intense dan laju, tapi saya mengharapkan variasi untuk memecahkan monotony. Tapi mungkin saya salah, kerana saya pendengar Death Metal kasual, tu jadi keras lepas dengar straight 4 lagu berapi marah haha.

Secara keseluruhannya, album ini terasa seperti throwback kepada Death Metal era 90an dan memberi penghormatan kepada band seperti Deicide dan Morbid Angel. Ini adalah keluaran sulung Margyyah, jadi saya berpendapat masih banyak ruang untuk diperbaiki, walaupun mereka sebenarnya dah lama wujud.

Trek dicadangkan: Hecatomb Ye All, Sands of Mur'rah, The Truth

Untuk peminat: Deicide, Morbid Angel, Behemoth, Hate Eternal, Nile

 

Al Jinnie - Vokal/Bass
Yus - Gitar
Hellbasher - Dram

Hubungi Margyyah di sini.




Claw - Opus Hate (EP 2016)

Setelah menghasilkan Negativity Through Solitude pada 2012, Claw agak sedikit menyepi dari persembahan pentas (difahamkan vocalist mereka berada di luar negara sekarang) namun unit ini masih menghasilkan material dan pada suku pertama 2016 sebuah EP bertajuk Opus Hate mengandungi 4 buah lagu telah dikeluarkan oleh sebuah label bernama Varmt Stal Records.

Silencer (Vocal), Warlord (Bass), Nocturn (Guitars), K.W (drums)

 Artwork/Imej oleh Gog Magog Hatred
Layout oleh Marbuel

Tracklist :

1 - Hate Opus I : Spell of Death
2 - Hate Opus II : Cursed of Wrath
3 - Hate Opus III : Misanthropic Journey
4 - Hate Opus IV : Under Godless Faith

Opus Hate melalui proses rakaman sekitar June 2015 di In the Temple of Incense. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Marbuel.

Apabila melihat pada tracklist, agak kena sekali dengan masa nya apabila gua sejak akhir2 ini seperti "demam" dengan penangan band2 Black Metal dari Poland. Hahaha.. Hate Opus I : Spell of Death adalah track pertama yang disajikan. Persepsi pertama gua apabila mendengar track ini gua nak komen pasal sound produksi nya terlebih dahulu. Rasanya mutu rakaman lebih bagus dari material2 terdahulu dari Claw. Sesuai sekali gua rasa dengan apa yang sedang dilakukan Claw bersesuaian dengan tahap serius dan kematangan band ini. Dari segi lagunya gua boleh katakan ianya tidak terlalu melodic, cuma riffing memberi tekanan itu sudah seakan satu kemestian dalam penciptaan lagu2 Claw.

Hate Opus II : Cursed of Wrath ternyata buat gua sedikit tersenyum sebab gua memang tgh dengar band2 sebegini. Plaga, Mgla adalah antara santapan gua setakat ini dan gua masih belum jemu. Track ini sedikit melodic namun punya feel nya yang tersendiri. Jeritan undangan dari Gog Magog Hatred dari band Insultor menambah feel kedukaan dalam track ini. Sial btol lagu ni memang dia punya feel lain macam sikit!



Hate Opus III : Misanthropic Journey masih feel nya seperti track kedua namun lebih agresif, liar dan menujah gegendang telinga tanpa belas kasihan. Sampai track ketiga gua rasa Claw terkini ini sudah ada trademark music nya sendiri dari konteks Black Metal tempatan. Gabungan feel tekanan yang hebat dan tahap depressive yang tinggi dapat gua hidu sebagai ramuan music terkini Claw.

Hate Opus IV : Under Godless Faith ternyata menyerlahkan lagi kemampuan Claw mengekalkan penciptaan lagu2 dalam konsep music terkini mereka ini. Sekali lagi diulangi, depressive tahap tertinggi dan tekanan adalah apa yang bermainan dalam otak gua apabila ditujah 4 track dari Opus Hate.

Opus Hate boleh gua klasifikasikan sebagai antara produk Black Metal yang bagus untuk tahun 2016 ini. Gua nampak peningkatan mendadak dari material2 terdahulu. Walaupun masih dengan Black Metal namun boleh diterperincikan konsep music bawaan Claw terbaru ini punya nilai tersendiri dan mereka antara terawal dalam meneroka style music gelap ala Poland.

Dari segi mutu rakaman juga ianya boleh dikatogerikan sebagai bagus. Kesemua instrument boleh didengar dengan jelas sekali. Drum dengan sound organiknya, gitar dan bass secukup rasa dan pembawaan dan gaya penyampaian vocal juga kena dengan konsep.

Opus Hate (EP 2016) boleh diperolehi dengan harga RM10 by hand atau RM17 by postage. Hubungi Varmt Stal Records untuk mendapatkan copy anda. Itu pun jika masih  ada saki baki. hahaha


Varmt Stal Records
Email
Facebook
Bandcamp 

Neftaraka - Digital Blasphemy (EP 2016)

Terakhir Neftaraka menghasilkan full length bertajuk Morts pada 2012. Kemudian mereka menghasilkan beberapa EP, demo serta split album. Digital Blasphemy asalnya sudah hampir dikeluarkan pada 2015 namun ada desas desus masalah kewangan membantutkan pengeluaran nya. 2016 menyaksikan sebuah label dari San Diego California USA bertindak mengeluarkan dalam bentuk limited CD.

 Neftaraka 2016

Cover artwork oleh Steven Meisel

Tracklist :

1 - Digital Blasphemy
2 - Nazzathrone
3 - Ablaze
4 - Sterile Nails And Thunderbowels (Silencer Cover)

Seperti biasa Digital Blasphemy adalah produk rasmi yang dirakam di Necro-X Studio, Ipoh Malaysia (dikhabarkan baru sahaja ditutup) dan juga seperti biasa Armageddon bertindak sebagai jurutera bunyi untuk rakaman ini. Digital Blasphemy dikeluarkan secara limited oleh Sacrificial Sound dari San Diego, California USA.

Track pertama yang menggunakan judul EP iaitu Digital Blasphemy bermula dengan sound sample yang agak asing atmosfera nya meleret sehingga menghampiri 2 minit sebelum music menerjah. Bunyian yang buruk, kotor, tidak profesional namun punya attitude. Itu antara ekspresi pertama gua apabila CD ini diputarkan. Tidak mengharapkan mutu rakaman dan output yang solid. Music nya menjurus kepada mood tekanan, tertekan dan menyeksakan. Ianya sudah menjadi ramuan dan acuan music Neftaraka jika anda mengikuti setiap rilisan dari Neftaraka.

Nazzathrone agak berlainan sound produksinya jika dibandingkan dengan track pertama. Nazzathrone agak kedepan bunyi bass nya. Juga cara nyanyian yang turut sedikit berlainan. Beberapa pertukaran mood dari segi riffing menampakkan kepelbagaian idea dalam penghasilan riff. Overall feel track ini masih memberi tekanan jiwa kepada pendengar seperti gua.

Ablaze nampak Neftaraka seakan mencuba sesuatu yang baru dalam music mereka. Sedikit melancolic, depressive seperti mendengar band2 yang membawa tema suicide dalam music Black Metal mereka. Sedikit kelajuan tempo bermula pada suku terakhir track.

Track terakhir adalah sebuah cover song dari band Silencer bertajuk Sterile Nails And Thunderbowels yang diambil dari satu-satunya album tunggal bertajuk Death : Pierce Me (2001). Track asal agak gila dan apa yg Neftaraka lakukan tidak banyak bezanya. Mungkin mencabar kemampuan diri dalam membawa lagu sebegini.

Digital Blasphemy boleh gua katakan antara material Neftaraka yang ada sedikit kelainan walaupon irama dan mood masih kepada mood tekanan tahap maksima. Sound produksi seakan tidak di "polish" dan itu lah trademark Neftaraka. Kepada pendengar, pengumpul2 rilisan Neftaraka, mat2 Black, boleh lah dapatkan CD ini jika berkesempatan. Hahaha

Ok, rasanya copies untuk pasaran Malaysia sudah sold-out. Anda mungkin boleh menghubungi sendiri Neftaraka atau Sacrificial Sound untuk fizikal copy anda. Jika berasa kempunan bolehlah ke laman bandcamp Neftaraka juga Sacrificial Sound. Berita yang sedikit memberi harapan ialah pihak Sacrificial Sound akan mengeluarkan Digital Blasphemy dalam format kaset. Hahaha ini produk analog ok!!!!

 
Neftaraka
Email
Bandcamp

Sacrificial Sound
Facebook
Bandcamp

Wrathrone - Born Beneath (2016)

Born Beneath

1. Born Beneath
2. Age of Decadence
3. Eternal Salvation
4. Failing Flesh, Enduring Spirit
5. Blunt Blade Birth
6. Dead End
7. Sea of Sickness
8. Carnal Lust

"Old School Death Metal Hyper Bising"

Unit Death Metal dari Finland ini telah mengeluarkan album sulungnya yang berjudul Born Beneath terbitan Inverse Records pada Januari 2016. Saya tidak pernah mendengar keluaran mereka sebelum ini, jadi saya tak tahu apa nak expect apabila menerima promo pack ini. Born Beneath merupakan release yang crushing dan brutal. Saya tahu istilah ini terlalu cliche untuk menggambarkan terbitan Death Metal tapi ia memang literally crushing. Sound gitar yang berkerak dan bass yang melantun-lantun, drumming yang garang berdentum dan vokal berkahak, semuanya cukup perisa. 

Geng old school Death Metal (terutama Swedish sound) berpotensi untuk menyukai album ini. Ada sedikit perisa Death n Roll di beberapa trek. Tetapi takdelah berbunyi macam Entombed sangat. Saya tidak berapa menggemari vokal yang seperti cupping the microphone. Pada saya ia sedikit mencacatkan pengalaman menikmati kegarangan Death Metal bawaan Wrathrone. Saya perasan Born Beneath memberi ruang kepada bass untuk bergerak dan bernafas. Ya, kehadiran bass boleh dirasai dalam mix walaupun terasa keseluruhan album raw. Saya menyukai solo bass di lagu Sea of Sickness, begitu groovy sekalipun tengah berat berkicap tak boleh angkat. Terus saya tersangkut dengan trek ini!

Anda patut luangkan sedikit masa untuk mendengar terbitan sulung band ini, ia memang berbaloi untuk didengar... kalau anda boleh kasi can kepada vokal yang berbunyi macam cupping the mic la. Dengar sendiri untuk ketahui!

Trek dicadangkan: Born Beneath, Age of Decadence, Eternal Salvation, Dead End, Sea of Sickness.







Gitar - Lauri Holm 
Vokal - Matti Vehma 
Bass - Pekka Wärri 
Dram - Mikael Ruoho - Drums
Gitar & Vokal Latar - Vili Mäkinen

Kenali mereka di pautan-pautan di bawah:
Facebook
Bandcamp

Massacre Conspiracy - Kingslayer (EP2015)

Setelah menghasilkan album pertama Lost Holocaust (KLIK UNTUK BACA) pada 2013, Massacre Conspiracy bertindak menghasilkan Kingslayer (EP 2015) yang merupakan satu karya berkonsep dimana ia nya mula dipasarkan sekitar penghujung 2015. Masih mengekalkan konsep yang sama Melodic Metalcore, band ini nampaknya semakin menggila menghasilkan material yang pada gua punya peningkatan dari segi kematangan penulisan lagu2 nya. Okey, jom baca..

Ash (Vocals)
Emy Syahmi (Drums)
Sonny (Guitars/Vocals)
Faiz Godoy (Guitars)
Ax (Keys/Synthesizer)
Daniel Eddie (Bass)

Artwork oleh Eddie Edzuan

Tracklist :

1 - Confined Wall
2 - Risen From The Grave
3 - Kingslayer
4 - An Empty Promise
5 - New World Oppression (N.W.O)
6 - Parasite (Bonus Track)

Kingslayer (EP2015) menjalani proses rakaman di MC16 Studio. Nash Muhandes bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering EP ini.

Bermula dengan track berjudul Confined Wall, jelas menampakkan sesuatu yang garang, agresif dan amarah yang meluap2. Itulah ekspresi pertama gua apabila mendengar track ini dan pujian harus diberi kepada band anak muda ini kerana pada gua EP ini jelas nampak kemajuan dari segi komposisi jika dibandingkan dengan album terdahulu. Ok, ini konsep album. Ia bergerak dan punya cerita untuk setiap track.


Risen From The Grave telah dijadikan single kepada EP ini. Pendominasian dari permainan gitar jelas sekali dari track ini. Riffing serta solo gitar yang menarik. Juga sentuhan keyboard/synth yang agak menonjol untuk track ini. Kekuatan vocal Ash ternyata menambah kekuatan single ini. Satu penghayatan yang sangat berjaya dari Ash.

Kingslayer terus sahaja menerjah tanpa sebarang tanda. Riffing dan stroke drum yang punya chemistry untuk track ini. Keras, melodic, penuh amarah dan energetik!

An Empty Promise agak berbeza penyampaiannya untuk permulaan lagu. Satu percubaan berani dan berjaya sebelum tempo permainan dilajukan sedikit. Ini gua rasa antara track yang tidak terlalu ghairah tahap amarahnya (kecuali nyanyian Ash yang penuh beremosi), walaupun flow nya agak tidak terlalu garang namun idea2 berjaya di apply dengan baek terutama beberapa part feel-in untuk gitar. Bila gua baca liriknya tiba2 gua teringat satu ayat "Janji Dicapati".. kahkah

Jika dilihat pada cover sleeve memang gua tak hairan dengan tajuk track ini yang seakan diadaptasi dari maksud sebenar N.W.O dan MC16 menggunakan New World Oppression (N.W.O) sebagai tajuk track ini. Ini track yang gua rasa punya kuasa amarah yang sama seperti track2 awal.

Parasite adalah bonus track yang kalau dilihat pada lirik masih ada kaitan dengan cerita didalam EP ini. Ia nya telah dijadikan single seawal pertengahan 2014 lagi. Tidak jauh beza dengan apa yang dihasilkan dari lagu2 terbaru dari 5 track terawal.

Ok, secara keseluruhan gua bagi pujian kerana jelas sekali EP ini jauh punya peningkatan jika dibandingkan dengan material2 terdahulu. Gua rasa guitarwork untuk EP ini memang tight dan banyak idea dimasukkan untuk memantapkan lagi lagu. Gua tidak hairan jika penganalisa music bercakap pasal guitarwork untuk album ini. Gua juga difahamkan ini adalah rakaman MC16 bersama bassist baru. Tidak keterlaluan dan berada dalam tahap sedang2 sahaja. Drum ada ketika nya gua suka mendengar triplet yang jadi ramuan Chris Adler untuk music Lamb Of God. Dengar sound meletup hasil kerjatangan Nash Muhandes, ternyata mutu bunyi dari permainan drummer MC16 membanggakan. Ash ternyata memberikan yang terbaek dan bila gua dengar dengan teliti, kredit tertinggi kepada beliau kerana benar2 menghayati lirik dalam nyanyian penuh amarah beliau. Ok, cuma gua sedikit terkilan untuk EP ini bila mana seakan keyboardist kurang menyengat. Gua masih ingat untuk Lost Holocaust beberapa bunyi dihasilkan mengingatkan gua pada Dark Tranquillity (ini serius) namun untuk EP ini sengatnya seakan kurang bisanya kecuali untuk track Risen From The Grave. Selain dari itu ini satu keluaran yang perfect.

Sound produksi sangat membanggakan dan Nash Muhandes gua anggap antara sound engineer alaf baru yang harus diberi perhatian untuk kerja tangan beliau. Band2 diluar sana, ada baek cari info sikit pasal mamat ni jika anda ada niat nak hasilkan sesuatu yang meletup!

Ok, Kingslayer boleh diperolehi dengan harga RM30 by postage dengan menghubungi email yang kami sertakan dibawah atau login ke website Macbeth.

Massacre Conspiracy
Email
Facebook
Twitter

Macbeth
Official Website