Protest the Hero (CAN) Live in Singapore 2016


Canadian Progressive Metal unit, Protest the Hero is set to play in Singapore this April! The show is organized by Streetnoise Productions with opening acts Kate of Kale and Tacit Aria. This is Protest the Hero first time in Singapore, so be sure to catch them live. 

Ticket prices:

SGD55 - Advanced sale - LIMITED
SGD60 - Standard
SGD68 - Door

Ticketing Outlets :

1) Roxy Records
Excelsior Shopping Centre
#02-15, 5 Coleman Street
Singapore 179805
Phone:6337 7783

2) Inokii
Far East Plaza
#03-30, 14 Scotts Road
Singapore 228213
Phone:6836 7657


3) Online via peatix

More info at Streetnoise Productions' Facebook page or visit the event page here.



VotW : Hatebreed - Looking Down the Barrel of Today (Official Music Video)

Lama sangat gua tunggu Restraint nak keluar album kedua.. Ehh Restraint plak... Ok, ni video klip terbaru Hatebreed bertajuk Looking Down the Barrel of Today yang mana album terbaru bertajuk "The Concrete Confessional" akan menerjah pasaran pada 13 may 2016. Ok layan dulu raja hardcore ni..


Kenali Hatebreed melalui laman sesawang dibawah...

Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Malapetaka - Lawless Perdition (2016)

Malapetaka pada gua satu band yang terus terusan menghala ke hadapan. Walaupun masih baru mereka berani mengharungi luar negara untuk persembahan pentas seperti di India, Bangladesh dan terbaru Vietnam. Ditubuhkan sekitar 2009 dengan membawa konsep Thrash/Death Metal, mereka telah menghasilkan sebuah demo pada 2013, sebuah EP bertajuk Anthem of Annihilation pada 2015 (kami ada melakukan review untuk EP ini - KLIK untuk baca) dan terbaru menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Lawless Perdition yang mula dipasarkan pada 8 April 2016. Lebih menarik album ini dihasilkan secara DIY oleh band sendiri.

Raja (Guitars), Naji (Drums), Boon (Vocals), Alias (Bass), Ashok (Guitars)

Artwork oleh Boon

Tracklist :

1 - Dark Revelation (Instrumental)
2 - Higher Heaven
3 - Lawless Perdition
4 - Incomprehensible Thoughts
5 - Abomination of Existence
6 - Angkatan Mayat
7 - Morbid Tales of Divine Heresy (Instrumental)
8 - Tale I : Creation
9 - Tale II : Apocalypse
10 - Tale III : Ribirth

Dinyatakan rakaman album ini dilakukan secara DIY (kemungkinan home studio untuk semua track kecuali drum yang mana bunyi nya macam rekod guna real drum). Hanya proses mix dan mastering dilakukan oleh rakan dari Russia.

Dark Revelation adalah intro menggunakan sample percakapan dan apabila Higher Heaven dimainkan dan diteliti dua perkara yang dapat gua simpulkan adalah pertama konsep yang masih sama seperti EP terdahulu dan banyak sekali peningkatan dari segi penciptaan dan komposisi lagu. Mungkin penambahan line up di posisi gitar iaitu Raja menambah kemajuan untuk Malapetaka dalam penciptaan riffing oleh Ashok disamping solo2 berlawanan antara mereka berdua.

Malapetaka - Incomprehensible Thoughts

Incomprehensible Thoughts, Angkatan Mayat, Tale I : Creation, Tale II : Apocalypse dan Tale III : Ribirth adalah track pilihan gua.

Sepanjang mendengar album ini, gua tidak skip untuk sebarang track. Timbul rasa seakan menanti apa seterusnya yang bakal dilakukan untuk track seterusnya. Adakah semakin menggila atau ada sebarang kejutan? Pada gua setiap track seakan media menyampaikan api kemarahan Malapetaka. Tiap2 track penuh luapan muntah kemarahan. Agresif, permainan pantas dan penuh groove yang membuatkan gua rasa tak senang duduk.

Bercakap soal teknikal, gua rasa Lawless Perdition adalah satu produk terbaek dari band genre gelap tempatan setakat ini. Proses mix dan mastering yang bagus sekali dilakukan oleh sahabat mereka dari Russia. Sound yang "besar" dan keseimbangan yang solid sekali untuk genre sebegini. Juga perlu gua katakan setiap line up memainkan peranan penting dan teamwork yang kuat jelas boleh dinilai melalui setiap track yang terkandung didalam album ini. Boon dengan vocal garau, melodi vocal yang mudah sebenarnya namun kena dengan setiap bait lirik yang disebut. Kekuatan dari riffing dan solo Ashok (Garuda) dan Raja patut diberi tabik spring! Solo yang bersilang-silang antara satu sama lain. Bass yang lemak dari Alias menjadi latar untuk setiap riffing dan Naji memberi feel Thrash Metal asli dalam permainan drumnya. Pakej lengkap dari setiap line up!


Malapetaka - Lawless Perdition (2016) boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand atau RM30 by postage. Sila hubungi email atau facebook Malapetaka untuk pembelian anda. Support kerana mereka memang bersungguh-sungguh untuk penghasilan album ini. Ini sebuah album yang bagus penulisan lagu, percambahan idea dan seakan melepaskan amarah yang tidak dapat ditahan-tahan lagi.. Dapatkan album ini dalam kadar segera!!! RECOMMENDED!!!! \m/

Email
Facebook

Mutilation - Massacre On Bodies (Demo 1991) - Reissue 2013

Terus terang gua tidak sempat melalui era kemunculan Mutilation. Dilabel antara band grindcore terawal, Mutilation telah menghasikan sebuah demotape bertajuk Massacre On Bodies yang dikeluarkan pada 1991. Gua sengaja tulis pasal Mutilation sebab mereka akan muncul kembali ke pentas pada 1/5/2016 dalam acara tahunan KL Metalcamp. Ok sebelum itu terdapat 2 buah label yang reissue demo ini iaitu Afterlife Productions dan Basement Records. Kedua2 label ini mengeluarkan kembali dalam format pro-cassette. Line up terlibat untuk rakaman ini adalah Oji (Guitars/Vocals), Wan (Bass) dan Lopong (Drums).

 Cover artwork (original) oleh Oji Mutilation
Sleeve design (reissue) oleh Afterlife Productions

Tracklist :

1 - Intro (Excretion) & Last Meal
2 - Brutality Carnaged
3 - Vomit Thru Your Lungs
4 - Decomposed Internal Organs
5 - Outro
6 - Kurap & Nanah (Extra Track 1990)

Massacre On Bodies melalui proses rakaman di Hellion Studio KL pada 22 Ogos 1991. Man Hellion bertindak dalam proses mix dan mastering pada 23 Ogos 1991.

Setelah meneliti gua andaikan Mutilation antara band yang berada dalam kelompok Death Metal hingga ke Grindcore. Pengaruh Carcass dan Napalm Death yang digaul bersama riffing power chord ala Slayer adalah ramuan music Mutilation. Mereka juga sudah menggunakan teknik whammy bar untul permainan gitar. Paluan dari drummer memang padu dan kental.

* di ambil dari page bandcamp Basement Records

Sound produksi untuk demotape (reissue) ini difahamkan memang sengaja dibiarkan sama seperti apa yang boleh didengar dari demotape asal. Mungkin tidak dilakukan remastering untuk mengekalkan sound asal dan klasik demo ini. Teknikalnya demo ini sound nya agak sebu dan tidak sebersih demo zaman kini. Ini kerana keterbatasan teknologi pada zaman awal dahulu. Penggunaan 4-track recorder sudah dikira hebat untuk penghasilan demotape ketika itu. Ehh apa nak hairan jika dalam masa singkat berpuluh2 demotape ini boleh dijual. Masakan demotape Rator "Evil Symphony" menjadi pengaruh kepada Beherit dan Impaled Nazarene. Haha..

Massacre On Bodies boleh diperolehi dengan menghubungi Afterlife Production (limited 300 copies) atau Basement Rekodz (tidak diketahui unit kuantiti pengeluaran) melalui email dan laman sesawang dibawah flyers comeback mereka di KL Metalcamp 2016.


Afterlife Productions
Email
Official Website

Basement Record
Email
Facebook

Negation/Wallcollapse - Split 2016

Grind Planet adalah satu label tempatan yang rasanya hanya menghasilkan release dalam format kaset. Satu format yg masih mengekalkan sound analog. Negation yang dah boleh capai tahap legend grindcore tanahair dan Wallcollapse dari Brisbane, Australia telah bergabung dalam sebuah split tape yang menghidangkan track2 berdurasi pendek. Nama pun grindcore haha dan kepada yang merindui Negation, ini adalah rakaman lagu2 baru mereka.

 Negation/Wallcollapse - Split Tape 2016

Yore (Vocals), Hezree (Drums), Madie (Guitars), Ipin (Bass)

Tracklist :

1 - Intro
2 - Haze Torment
3 - Pa' Maon
4 - Argument Beyond The Action
5 - Dragon Slayer
6 - Resembling Divine Being
7 - Torturing Feast
8 - Outro

Kesemua track dari Negation melalui proses rakaman di BMW Studio sekitar Oktober hingga November 2015 dan diselenggara oleh Bakri dan Jamu.

Kelapan-lapan track adalah rakaman lagu2 terbaru Negation. Bermula dengan intro sound sample filem Allahyarham P.Ramlee dan ditujah dengan rejaman grindcore kental. Apa yang boleh gua simpulkan karya terbaru ini lebih huru hara komposisi, lebih tight, lebih liar gaya jeritan vocalistnya. Mungkin ini fasa terbaru Negation yang gua rasa lain sikit dari Negation yang gua dengar sebelum2 ini.

Aaron (Bass/Tamborine), Shane (Guitars), Ingrid (Vocals), Tom (Drums)

Tracklist :

1 - Intro (by Comrade Castro)
2 - Whipped to Death
3 - Revolucion (Cacofonia)
4 - Commie Zombie Holocaust
5 - Remain Sedated
6 - Wind Turbine Sickness
7 - Forfeit Your Life
8 - Revolucion ( Cacofonia)
9 - Boatshow for the Common Man
10 - Outro (by Comrade Ian Ziering)

Kesemua tracks dari Wallcollapse melalui proses rakaman dan adunan di Granny Studios, West End & Slog Studios, Acacia Ridge sekitar Oktober sehingga November 2015.

Sesuatu yang menarik berkenaan Wallcollapse ialah mereka menggunakan female vocalist. Namun kemampuan Ingrid tidak boleh disangkal. Sukar juga untuk menduga pengaruh sebenar band ini namun dapat didengar beberapa riffing yang sedikit bermelodi pantas dengan sentuhan punk/hardcore. Gua andaikan penggemar irama Crusty tahap berat dapat menerima karya Wallcollapse. Crusty + Punk + Hardcore + Grind = Wallcollapse!

Split tape ini boleh dibeli dengan harga RM10 by hand atau RM16 by postage. Sila hubungi Grind Planet atau band terlibat melalui email dan laman sesawang yang disertakan dibawah. Tape ini hanya dikeluarkan secara limited 100 unit sahaja.


Grind Planet
Email
Blogspot
Facebook

Negation
Email
Facebook

Wallcollapse
Email
Facebook

Grim Vision - War Agony [EP, 2015]



1. Fallen Soldier
2. War Machine
3. Ten Minutes

Grim Vision merupakan band dari Hamburg yang memainkan gabungan hardcore punk dengan unsur Death Metal. War Agony yang diterbitkan oleh Bastardized Recordings merupakan keluaran kedua setelah EP With Those Who Favor Fire.

War Agony adalah rekod Hardcore Punk yang gritty dan buzzing, mengingatkan saya kepada trend Entombedcore yang rata-rata gitar berbunyi kering. Saya kurang pasti elemen Black/Death Metal mana yang muncul dalam terbitan ini kerana rasanya macam lebih cenderung kepada Crust Punk, terutama tone gitar yang buzzing dan rentak D-Beat yang mendominasi EP ini. 

Fallen Soldier - Trek pembuka yang memang Punk as fuck. Laungan vokal yang familiar untuk mana-mana band punk memang mengesahkan band ini Punk habis. Ditambah pula dengan drumming D-Beat dan gitar berkerak, saya kira lagu ini adalah mosh pit inducing. Tidak banyak variasi tempo pun, lanyak sampai habis. Done. Confirm Punk (dengan sikit perisa Metal).

War Machine - Feeling trek kedua masih hampir sama seperti Fallen Soldier. Masih kedengaran jeritan 'War' sana-sini. Ada bahagian yang utilize blastbeat dan tempo menjadi mid pace menjelang 3/4 lagu. Tidak berapa impressive berbanding trek pertama.

Ten Minutes - Saya agak terpesona dengan trek terakhir. Dan barangkali trek yang paling Metal berbanding yang lain. Agak draggy di permulaan dengan sample audio perang dan percakapan sebelum gitar berdengung masuk. Sample di awal lagu memberikan mood yang sinister. Di bahagian pertengahan tempo menjadi laju dengan D-Beat drumming. Saya sangka okey macam tiada perbezaan. Blastbeat menyusul dengan paluan pedal berkembar menderu menghabiskan lagu ini. Walaupun blastbeat dram tidaklah mengagumkan sangat, ia memberi feeling yang brutal dan sempurna untuk menutup EP ini.

Memandangkan EP ni pendek saja, tak perlulah saya letakkan trek dicadangkan. 10 minit dengar je dah habis haha! Saya sebenarnya suka trek pertama. Pada saya, EP ini brutal dan appealing lebih kepada Mat Punk. Saya tak pasti kalau peminat Metal boleh sangkut ke tak. Masalah saya dengan EP ini, saya tak tahu mana yang cukup menangkap. Barangkali sebab lagu ada 3 aje? Atau tiada variasi di antara trek?  Dan saya tidak terpengaruh pun dengan notion Hardcore Punk dengan Black/Death Metal sebab saya tahu ini memang sukar untuk pull off. 



Vokal - Bibo
Bass - Max
Gitar - Claus
Dram - Schmauke


Hubungi Grim Vision di:

North Dark - Stranger Among Demonz (2016)

Album penuh ini datang secara tiba2 apabila gua diberitahu owner Eastern Myth. 2 band dari Eastern Myth selain Neftaraka iaitu North Dark dan Unknown adalah antara band yang gua anggap gila. Terdahulu North Dark pernah menghasilkan demo bertajuk Dark Prophecy pada 2011 dan kami ada mengulasnya di SINI. Terkini band yang bermastautin di Terengganu ini tampil dengan sebuah album penuh bertajuk Stranger Among Demonz (2016).

 Terminuz - Vocals/Strings
Unknown H - Drums
X - Bass (Session)

Artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :

1 - Stranger Among Demonz
2 - Knell to the Slaves
3 - Dark Guerrillas
4 - Season of the Curse
5 - The Knell
6 - Mud
7 - Blemish
8 - Outromancy (Instrumental)

Stranger Among Demonz (2016) sebenarnya telah melalui proses rakaman sekitar June 2013 sehingga Oktober 2014 bertempat di Necro-X Studio, Ipoh. Seperti biasa diselenggara oleh Amergeddon dan dikeluarkan oleh Eastern Myth.

Secara jujur terakhir gua dengar North Dark adalah pada 2014 dahulu. 2 tahun jugak tidak mendengar material dari North Dark. Haha.. Ok, track pertama yang juga digunakan sebagai tajuk album iaitu Stranger Among Demonz pada ekpresi pertama bila gua mendengarnya, ia sebuah track yang seakan mengimbau kembali era Black Metal yang mengejar kelajuan. Ianya juga bukanlah Black Metal yang bermelodi, tidak terlalu raw bahkan keseimbangan semua instrument boleh didengar dengan baek. Immortal (zaman Demonaz masih main gitar), Marduk (era Legion) dan Impaled Nazarene (album Ugra Karma amnya - gua dapat hidu pengaruh untuk riffing gitarnya) adalah antara pengaruh utama pada pandangan gua.

Track2 lain tetap masih dalam kondisi, mood dan konsep yang sama seperti track pertama. Cuma sesetengah track dimulakan dengan intro sound sample. Tapi kemudiannya gegendang telinga anda akan dihentam bertubi2 tanpa henti dan tanpa belas.

North Dark - The Knell

Dari segi sound produksi, gua berpuas hati dengan mutu rakaman Stranger Among Demonz. Memandangkan ini produk Black Metal, so ianya adalah sesuatu yang bagus. Tidak mengharapkan sound yang raw tetapi dengan sound gitar yang garang, vocal yang kena dengan music yang dibawa gua rasa ini antara produk berani untuk 2016 untuk genre sebegini.

Seperkara yang benar2 buat gua sedikit teruja adalah permainan drum oleh Unknown H yang memang gila2. Setiap track gua meneliti dan seakan tiada ruang kosong ditinggalkan, padat dengan hentaman bertubi2 dan paluan konsisten dari mula lagu hingga tamat. Dan gua memang telah perhatikan apa yang beliau lakukan dalam project one men band beliau iaitu Unknown. Boleh baca review Voice of Tragedy (Demo 2008) di SINI. So gua jadi tidak hairan North Dark punya music menggila sebegini.

North Dark - Stranger Among Demonz (2016) didatangkan dalam pakej CD dan boleh dibeli dengan harga RM20 by hand atau RM27 by postage. Hubungi Eastern Myth untuk pembelian dan CD ini hanya dikeluarkan dalam 500 copies sahaja. Kepada pendukung irama Black Metal, ini produk wajib anda untuk 2016.


Eastern Myth
Email
Blogspot
Facebook 

North Dark
Email

Insinner - The World That Decayed (Demo 2014)

Insinner satu nama baru yang muncul sekitar 2013. Boleh jadi ia pada awalnya satu projek band (memandangkan beberapa line up terdiri dari line up band2 besar sekitar selatan tanahair) namun setelah 3 tahun kewujudan, nampak Insinner bukan lagi projek band kerana mereka dilihat serius menghangatkan pentas2 gig serta penghasilan material yang dikeluarkan secara fizikal copy saban tahun. Gua berkesempatan mendapatkan rehearsal demo tape 2013. Seterusnya agak lewat mendapatkan demotape bertajuk The World That Decayed ini. Terkini Insinner telah menghasilkan split album (format tape) bersama Necrotic Chaos. Ok, gua terlupa.. Insinner membawa konsep Orthodox Death Metal.

Angelwitch (Vocals)
Cryptor (1st Guitars)
Skull (2nd Guitars)
Sadist (Bass)
Torment (Drums)

Insinner - The World That Decayed (Demo 2014)

Tracklist :

1 - ...Of Ruins
2 - The World That Decayed
3 - From Cradle To The Grave
4 - Cest of Evil
5 - Experimental Stage (Benediction Cover)

The World That Decayed (Demo 2014) melalui rakaman sekitar Januari sehingga Februari 2014. Tidak dinyatakan studio rakaman namun Soulkiller bertanggungjawap dalam proses mastering demo ini. Hafizan dari Thrash Metal band Kajang turut menyumbangkan suara untuk track pertama.

Dari track pertama ... Of Ruins sehingga Cest of Evil jelas sekali Insinner punya konsep untuk band mereka. Death Metal yang ada kala mengganas dengan kelajuan dan mid tempo. Tidak terlalu teknikal dan yang pasti penggemar Benediction pastinya menggemari apa yang dihasilkan Insinner. Ya Insinner turut menyelitkan sebuah cover song dari Benediction bertajuk Experimental Stage yang diambil dari demo pertama The Dreams You Dread (1989).

Secara keseluruhan gua dapat mengandaikan Insinner adalah satu unit Death Metal tegar, kental dan ganas yang berpaksikan Death Metal sekolah lama. Jika diteliti riffing2 lagu nya tidak terlalu sukar namun "soul" yang ada pada line up tegar Death Metal ini menghasilkan satu identiti tersendiri kepada Insinner. Music mereka agresif!

Dari segi sound produksi ianya boleh dikatakan membanggakan juga kerana status "demo" dengan hasil bunyi sebegini boleh dikira baek. Ini cara band2 lama menghasilkan demo (yang guna seperti awal 90an menggunakan 4 track sahaja) dan cara ini dikekalkan untuk menghasilkan sound yang pernah dihadam oleh pendengar2 versi analog. Ok, jika berasa tidak puas dengan mutu rakaman demo (nama pun demo so jangan expect sound melantun-lantun macam profesional album), anda boleh dapatkan split EP bersama Deathevoker bertajuk Evoking Through Sinner. Rakaman split ini lebih "bright" bunyinya. Untuk split tape bersama Necrotic Chaos gua belum sempat dapatkan copy nya. Hahaha..

Ok, demotape The World That Decayed (Demo 2014) ini dikeluarkan dalam kuantiti 300 unit sahaja. Gua tak pasti jika ianya masih boleh diperolehi, mungkin ada beberapa label indipendent tempatan yang mendistrokan tape ini. Mungkin juga untuk lebih lanjut anda hubungi Insinner melalui email yang disediakan dibawah. Ok, sebelum tamat, Insinner mengingatkan gua pada Kathgor, band yang tidak terlalu expose namun punya kualiti tersendiri.


VotW : Predicate Not Defined - Bima Sakti (Official Lyric Video)

Agak lama tidak mendengar material baru dari Predicate Not Defined sebuah band Progressive Metal dari Pulau Pinang selepas mereka menghasilkan sebuah video klip bertajuk "Uprising" awal 2015 dahulu. Terkini mereka tampil dengan single terbaru bertajuk Bima Sakti. Ok layan dulu..


Diharap penghasilan single ini akan membuka laluan untuk mereka menghasilkan album penuh selepas ini. Kenali Predicate Not Defined melalui laman sesawang dibawah.

Facebook
Twitter
Reverbnation
Myspace

One Morning Left- Metalcore Superstars [2016]


Band      : ONE MORNING LEFT
Album   : METALCORE SUPERSTARS (Jan 2016)
Label     : Imminence/Inverse
Country : Finland

    Mika Lahti - vocals
    Ari Levola - guitar
    Niko Hyttinen – drums
    Leevi Luoto - guitar and clean vocals
    Veli-Matti Kananen – keyboards and bass guitar

Bermula dengan track pertama berjudul OML KVLT, One Morning Left bijak merangka track yang menaikkan mood di awal list, seakan "anthem song" untuk album ni.

Berganjak ke track kedua, dimulakan dengan beat trance (or disco? Not familiar with electro music genre and terms :p), membuatkan aku teringat akan band Attack, Attack! yang popular dengan trend "crabcore" satu ketika dahulu. ¡Derailed! yang menyusul selepasnya juga menerapkan element yang sama. Dan aku taktau kenapa tajuknya dieja begitu.



Track keempat berjudul You're Dead! Lets Disco! juga disertakan dengan video clip. Breakdown yang diselitkan bunyi recorder (yes recorder yang kita belajar masa sekolah rendah KBSR) tu agak menarik la. Aku macam ada suka tak suka lagi ni taktau kenapa. Maybe sebab tak suka tapi melekat dalam kepala.

The Recipe dan Kings and Queens masing masing mengisi track ke 5 dan ke 6. The Recipe masih dengan mood yang sama dan setelah berkali kali khatam ulang dengar seluruh album ini (sebab kena review..kahkahkah), Kings and Queens merupakan satu satu nya track yang paling aku gemar dari kugiran ni. Obviously aku rasa sebab melody chorus dia.

Track paling pendek, Fast & Furious 6.66. Permulaan lagu dengan pukulan drum yang pantas yang hanya berhenti seketika untuk memberi laluan kepada element eletronic di pertengahan lagu. Lagu pendek yang agak solid bagi aku.

Devil's Nest yang berada di track ke 8 pula kedengaran seperti mood mood metal padang pasir (? main taram jaaa), tak keseluruhan lah, ada bunyi bunyi sikit.

Metalcore Superstars merupakan juga judul track kesembilan dalam tracklist ini, mempunyai arrangement yang baik. Dan aku rasa lagu ini lagi better dipromosikan dalam bentuk video clip berbanding track ke-empat tadi.

Backtrack yang digunakan dalam track ke 10 berjudul Eternity ini membuatkan kedengaran seperti gothcore(?) (ex: I Am Ghost, Aiden). Breakdown dalam track ini boleh tahan moshing jugak. Menyusul kemudian sebagai penutup keseluruhan album, Sticks and Stones menyajikan mood "last song" yang di akhiri dengan piano dan vokal wanita.

Keseluruhannya album ini pada pendapat aku, tak ada yang outstandingnya. Mediocre dan generic. Aku teringin nak cerita mesej yang terdapat dalam lagu lagu mereka ini, tapi aku tak jumpa lirik. But mostly aku dengar macam "lets party, lets have fun till you die, bitches!" kehkehkeh. Apa apa pun kedengaran seperti the whole band betul betul happy doing this record. Well, party-metal..so they need to be happy doing this! Manakala electronic sampler mereka pasti menarik peminat peminat yang suka akan band band seperti The Devil Wears Prada, Attack Attack, Abandon All Ships, I Explode Like dan seangkatan. So check 'em out!

Layari:

Facebook
Twitter
Laman Web

VotW - Deathblow - Prognosis Negative

Thrashers dari Salt Lake City, Deathblow telah menerbitkan muzik video Prognosis Negative, yang diangkat daripada album penuh pertama mereka. Mat-mat Thrash, apa lagi?

Thirteen Hundred - The Nigh Near (EP 2016)

Thirteen Hundred secara introduksi nya adalah sebuah band yang membawa genre Hard Rock. Jika dilihat pada biografi, band ini telah wujud sudah sedekad lama sekitar 2006. Di Pulau Pinang, genre sebegini rasanya telah wujud (untuk persada music bawah tanah) sekitar awal 2000. Terkini Thirteen Hundred telah mengeluarkan sebuah EP bertajuk The Nigh Near yang mengandungi 2 buah lagu yang dikeluarkan secara indipendent oleh band ini sendiri.

Ariff (Vocal/Guitars), Vinoth (Guitars), Manny (Bass) Lewis (Drums)

Thirteen Hundred - The Nigh Near (EP 2016)

Tracklist :

1 - Follow My Lead
2 - Satu

Dari segi teknikal rakaman gua tak berapa dapat info sebab tak tercatat pada poket CD EP ini. Ok, kita teruskan dengan review kedua2 track.

Follow My Lead menjadi itroduksi atau pengenalan music Thirteen Hundred. Sebuah track yang agak relax, komposisi yang ada flow turun naik, kawalan vocal yang perlu kekuatan pada vocalist nya. Gua banyak kali ulang dengar track ini. Bila dengar lama2 gua rasa susah jugak rasanya untuk kompos lagu2 sebegini. Pertama untuk dapat airplay mungkin elemen teknikal terpaksa dikurangkan dan seperkara lagi untuk mendapatkan "catchy" dalam lagu sebegini memerlukan masa yang agak lama barangkali walaupun unsur catchy kadangkala muncul dalam jangka masa yang singkat (jarang2 sebenarnya.. naseb lah..haha)

Satu lebih relax dan kurang keras dari track pertama. Sesuai dengan konsep lirik yang lebih kearah ketuhanan. Style2 lagu sebegini band mat saleh banyak dah buat, cuma di Malaysia untuk genre sebegini macam kurang je untuk didengari (atau gua memang kurang sangat dengar radio?? haha). Pada gua Satu boleh diperluaskan lagi pendengarannya. Ini sebuah lagu yang bagus. Penghayatan yang baek dari vocalist dan kawalan instrument (terutama part akustik gitar) yang bagus dan tidak terlalu menonjol.

Gua rasakan walaupon Thirteen Hundred melabelkan muzik bawaan mereka sebagai Hard Rock, namun gua boleh lebih detailkan lagi yang mana ianya lebih kearah kepada Modern Rock. Jika anda pendengar Nickelback, Puddle of Mud mungkin ini band paling mudah untuk dikatakan ada bau2 bacang untuk katogeri music sebegini. Kekuatan The Nigh Near gua rasa pertama pada kemampuan vocalist band ini iaitu Ariff yang dapat mengalunkan melodi vocal dengan baek, kena dengan mood dan konsep lagu. Permainan gitar, bass dan drum berada dalam kala "bersih" sekali. Rakaman yang bersih antara faktor lain CD ini patut dimiliki. Kedua2 track sebenarnya boleh mendapat airplay untuk lebih promosi di corong2 radio. Mungkin double standard membataskan perkara ini. Haha..

The Nigh Near (EP2016) rasanya masih boleh diperolehi dengan menghubungi sendiri Thirteen Hundred melalui email dan laman sesawang yang kami sertakan dibawah video klip rasmi mereka ini.


Thirteen Hundred
Email
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Neftaraka / Al-Azazhil - Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015)

Dua unit Black Metal iaitu Neftaraka dari Perak dan Al-Azazhil dari Pahang/Shah Alam bergabung dalam menghasilkan sebuah split album bertajuk Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) yang rilis pada awal 2015. Sori gua agak lewat mendapatkan material berformat analog iaitu kaset ini. Masing-masing muncul dengan 5 buah lagu termasuk sebuah lagu saduran bagi setiap band. Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) ini dikeluarkan oleh sebuah label bernama Casus Luciferi.

Neftaraka / Al-Azazhil - Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015)

Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan rakaman untuk kedua2 band. Namun setelah gua melihat senarai lagu2 gua beranggapan ia nya adalah antara lagu2 yang di ambil dari beberapa keluaran terdahulu dari kedua2 band.

Neftaraka -Side A

1 - From The Unknown Winds
2 - The Knoll
3 - Ophoytha
4 - Naranoroturakaum
5 - Women of the Dark Desire (Bathory Cover)


Neftaraka untuk split MCD ini boleh gua katakan adalah kemunculan semula selepas lahirnya Unlight (EP 2013). 4 buah lagu yang terkandung adalah dari beberapa keluaran terdahulu dan bagi pendengar dan pengikut Neftaraka pasti mengetahui tajuk untuk setiap keluaran lagu2 ini. Tidak banyak perlu diperkatakan kecuali cover version dari Bathory bertajuk Women of the Dark Desire yang gua sendiri tak pasti pernah dikeluarkan dalam sebarang rilisan Neftaraka atau belum. Ini track yang menarik.

Al-Azazhil - Side B

1 - Saitan's Throne
2 - Tsu Flood Angker Divisi
3 - Nymphomaniac
4 - Dieyana.. Possessed
5 - As I Seek The Anvil (As Sahar Cover)


Untuk 5 buah track dari Al-Azazhil, gua boleh andaikan ianya diambil dari 2 rakaman berlainan. 2 track terawal sebenarnya boleh adalah preview awal kepada EP yang terbit selepas split ini bertajuk Forbidden Kalth yang dikeluarkan pada Julai 2015. Fasa kedua track dalam split ini di ambil dari album Pope Phaligh Bhunian Weighh (2011). Ini era Al-Azahil masih kental dengan pengaruh As-Sahar dan Eastern Metal nya. Lagu saduran dari As Sahar iaitu As I Seek The Anvil gua rasa berjaya dibawa dengan baek sekali dan mutu rakaman yang bagus. Ok, pada gua ini adalah pengenalan Al-Azazhil dalam hala tuju music mereka yang terkini. Gua rasa akan ada sesi temubual antara DtE bersama Al-Azazhil dalam masa terdekat.

Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) yang dikeluarkan dalam format kaset ini boleh diperolehi dengan harga RM15 by hand. Gua tak pasti masih ada saki baki atau sold-out kerana ianya hanya dikeluarkan secara limited sebanyak 150 copies sahaja. Sila berhubung dengan pihak label Casus Luciferi atau direct dengan band melalui laman sesawang dan email yang disertakan dibawah.

Casus Luciferi
Email
Facebook

Neftaraka
Email
Bandcamp

Al-Azazhil
Email
Facebook
Myspace