Insinner - The World That Decayed (Demo 2014)

Insinner satu nama baru yang muncul sekitar 2013. Boleh jadi ia pada awalnya satu projek band (memandangkan beberapa line up terdiri dari line up band2 besar sekitar selatan tanahair) namun setelah 3 tahun kewujudan, nampak Insinner bukan lagi projek band kerana mereka dilihat serius menghangatkan pentas2 gig serta penghasilan material yang dikeluarkan secara fizikal copy saban tahun. Gua berkesempatan mendapatkan rehearsal demo tape 2013. Seterusnya agak lewat mendapatkan demotape bertajuk The World That Decayed ini. Terkini Insinner telah menghasilkan split album (format tape) bersama Necrotic Chaos. Ok, gua terlupa.. Insinner membawa konsep Orthodox Death Metal.

Angelwitch (Vocals)
Cryptor (1st Guitars)
Skull (2nd Guitars)
Sadist (Bass)
Torment (Drums)

Insinner - The World That Decayed (Demo 2014)

Tracklist :

1 - ...Of Ruins
2 - The World That Decayed
3 - From Cradle To The Grave
4 - Cest of Evil
5 - Experimental Stage (Benediction Cover)

The World That Decayed (Demo 2014) melalui rakaman sekitar Januari sehingga Februari 2014. Tidak dinyatakan studio rakaman namun Soulkiller bertanggungjawap dalam proses mastering demo ini. Hafizan dari Thrash Metal band Kajang turut menyumbangkan suara untuk track pertama.

Dari track pertama ... Of Ruins sehingga Cest of Evil jelas sekali Insinner punya konsep untuk band mereka. Death Metal yang ada kala mengganas dengan kelajuan dan mid tempo. Tidak terlalu teknikal dan yang pasti penggemar Benediction pastinya menggemari apa yang dihasilkan Insinner. Ya Insinner turut menyelitkan sebuah cover song dari Benediction bertajuk Experimental Stage yang diambil dari demo pertama The Dreams You Dread (1989).

Secara keseluruhan gua dapat mengandaikan Insinner adalah satu unit Death Metal tegar, kental dan ganas yang berpaksikan Death Metal sekolah lama. Jika diteliti riffing2 lagu nya tidak terlalu sukar namun "soul" yang ada pada line up tegar Death Metal ini menghasilkan satu identiti tersendiri kepada Insinner. Music mereka agresif!

Dari segi sound produksi ianya boleh dikatakan membanggakan juga kerana status "demo" dengan hasil bunyi sebegini boleh dikira baek. Ini cara band2 lama menghasilkan demo (yang guna seperti awal 90an menggunakan 4 track sahaja) dan cara ini dikekalkan untuk menghasilkan sound yang pernah dihadam oleh pendengar2 versi analog. Ok, jika berasa tidak puas dengan mutu rakaman demo (nama pun demo so jangan expect sound melantun-lantun macam profesional album), anda boleh dapatkan split EP bersama Deathevoker bertajuk Evoking Through Sinner. Rakaman split ini lebih "bright" bunyinya. Untuk split tape bersama Necrotic Chaos gua belum sempat dapatkan copy nya. Hahaha..

Ok, demotape The World That Decayed (Demo 2014) ini dikeluarkan dalam kuantiti 300 unit sahaja. Gua tak pasti jika ianya masih boleh diperolehi, mungkin ada beberapa label indipendent tempatan yang mendistrokan tape ini. Mungkin juga untuk lebih lanjut anda hubungi Insinner melalui email yang disediakan dibawah. Ok, sebelum tamat, Insinner mengingatkan gua pada Kathgor, band yang tidak terlalu expose namun punya kualiti tersendiri.


0 feedbacks: