Neftaraka / Al-Azazhil - Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015)

Dua unit Black Metal iaitu Neftaraka dari Perak dan Al-Azazhil dari Pahang/Shah Alam bergabung dalam menghasilkan sebuah split album bertajuk Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) yang rilis pada awal 2015. Sori gua agak lewat mendapatkan material berformat analog iaitu kaset ini. Masing-masing muncul dengan 5 buah lagu termasuk sebuah lagu saduran bagi setiap band. Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) ini dikeluarkan oleh sebuah label bernama Casus Luciferi.

Neftaraka / Al-Azazhil - Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015)

Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan rakaman untuk kedua2 band. Namun setelah gua melihat senarai lagu2 gua beranggapan ia nya adalah antara lagu2 yang di ambil dari beberapa keluaran terdahulu dari kedua2 band.

Neftaraka -Side A

1 - From The Unknown Winds
2 - The Knoll
3 - Ophoytha
4 - Naranoroturakaum
5 - Women of the Dark Desire (Bathory Cover)


Neftaraka untuk split MCD ini boleh gua katakan adalah kemunculan semula selepas lahirnya Unlight (EP 2013). 4 buah lagu yang terkandung adalah dari beberapa keluaran terdahulu dan bagi pendengar dan pengikut Neftaraka pasti mengetahui tajuk untuk setiap keluaran lagu2 ini. Tidak banyak perlu diperkatakan kecuali cover version dari Bathory bertajuk Women of the Dark Desire yang gua sendiri tak pasti pernah dikeluarkan dalam sebarang rilisan Neftaraka atau belum. Ini track yang menarik.

Al-Azazhil - Side B

1 - Saitan's Throne
2 - Tsu Flood Angker Divisi
3 - Nymphomaniac
4 - Dieyana.. Possessed
5 - As I Seek The Anvil (As Sahar Cover)


Untuk 5 buah track dari Al-Azazhil, gua boleh andaikan ianya diambil dari 2 rakaman berlainan. 2 track terawal sebenarnya boleh adalah preview awal kepada EP yang terbit selepas split ini bertajuk Forbidden Kalth yang dikeluarkan pada Julai 2015. Fasa kedua track dalam split ini di ambil dari album Pope Phaligh Bhunian Weighh (2011). Ini era Al-Azahil masih kental dengan pengaruh As-Sahar dan Eastern Metal nya. Lagu saduran dari As Sahar iaitu As I Seek The Anvil gua rasa berjaya dibawa dengan baek sekali dan mutu rakaman yang bagus. Ok, pada gua ini adalah pengenalan Al-Azazhil dalam hala tuju music mereka yang terkini. Gua rasa akan ada sesi temubual antara DtE bersama Al-Azazhil dalam masa terdekat.

Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) yang dikeluarkan dalam format kaset ini boleh diperolehi dengan harga RM15 by hand. Gua tak pasti masih ada saki baki atau sold-out kerana ianya hanya dikeluarkan secara limited sebanyak 150 copies sahaja. Sila berhubung dengan pihak label Casus Luciferi atau direct dengan band melalui laman sesawang dan email yang disertakan dibawah.

Casus Luciferi
Email
Facebook

Neftaraka
Email
Bandcamp

Al-Azazhil
Email
Facebook
Myspace

0 feedbacks: