North Dark - Stranger Among Demonz (2016)

Album penuh ini datang secara tiba2 apabila gua diberitahu owner Eastern Myth. 2 band dari Eastern Myth selain Neftaraka iaitu North Dark dan Unknown adalah antara band yang gua anggap gila. Terdahulu North Dark pernah menghasilkan demo bertajuk Dark Prophecy pada 2011 dan kami ada mengulasnya di SINI. Terkini band yang bermastautin di Terengganu ini tampil dengan sebuah album penuh bertajuk Stranger Among Demonz (2016).

 Terminuz - Vocals/Strings
Unknown H - Drums
X - Bass (Session)

Artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :

1 - Stranger Among Demonz
2 - Knell to the Slaves
3 - Dark Guerrillas
4 - Season of the Curse
5 - The Knell
6 - Mud
7 - Blemish
8 - Outromancy (Instrumental)

Stranger Among Demonz (2016) sebenarnya telah melalui proses rakaman sekitar June 2013 sehingga Oktober 2014 bertempat di Necro-X Studio, Ipoh. Seperti biasa diselenggara oleh Amergeddon dan dikeluarkan oleh Eastern Myth.

Secara jujur terakhir gua dengar North Dark adalah pada 2014 dahulu. 2 tahun jugak tidak mendengar material dari North Dark. Haha.. Ok, track pertama yang juga digunakan sebagai tajuk album iaitu Stranger Among Demonz pada ekpresi pertama bila gua mendengarnya, ia sebuah track yang seakan mengimbau kembali era Black Metal yang mengejar kelajuan. Ianya juga bukanlah Black Metal yang bermelodi, tidak terlalu raw bahkan keseimbangan semua instrument boleh didengar dengan baek. Immortal (zaman Demonaz masih main gitar), Marduk (era Legion) dan Impaled Nazarene (album Ugra Karma amnya - gua dapat hidu pengaruh untuk riffing gitarnya) adalah antara pengaruh utama pada pandangan gua.

Track2 lain tetap masih dalam kondisi, mood dan konsep yang sama seperti track pertama. Cuma sesetengah track dimulakan dengan intro sound sample. Tapi kemudiannya gegendang telinga anda akan dihentam bertubi2 tanpa henti dan tanpa belas.

North Dark - The Knell

Dari segi sound produksi, gua berpuas hati dengan mutu rakaman Stranger Among Demonz. Memandangkan ini produk Black Metal, so ianya adalah sesuatu yang bagus. Tidak mengharapkan sound yang raw tetapi dengan sound gitar yang garang, vocal yang kena dengan music yang dibawa gua rasa ini antara produk berani untuk 2016 untuk genre sebegini.

Seperkara yang benar2 buat gua sedikit teruja adalah permainan drum oleh Unknown H yang memang gila2. Setiap track gua meneliti dan seakan tiada ruang kosong ditinggalkan, padat dengan hentaman bertubi2 dan paluan konsisten dari mula lagu hingga tamat. Dan gua memang telah perhatikan apa yang beliau lakukan dalam project one men band beliau iaitu Unknown. Boleh baca review Voice of Tragedy (Demo 2008) di SINI. So gua jadi tidak hairan North Dark punya music menggila sebegini.

North Dark - Stranger Among Demonz (2016) didatangkan dalam pakej CD dan boleh dibeli dengan harga RM20 by hand atau RM27 by postage. Hubungi Eastern Myth untuk pembelian dan CD ini hanya dikeluarkan dalam 500 copies sahaja. Kepada pendukung irama Black Metal, ini produk wajib anda untuk 2016.


Eastern Myth
Email
Blogspot
Facebook 

North Dark
Email

0 feedbacks: