Thirteen Hundred - The Nigh Near (EP 2016)

Thirteen Hundred secara introduksi nya adalah sebuah band yang membawa genre Hard Rock. Jika dilihat pada biografi, band ini telah wujud sudah sedekad lama sekitar 2006. Di Pulau Pinang, genre sebegini rasanya telah wujud (untuk persada music bawah tanah) sekitar awal 2000. Terkini Thirteen Hundred telah mengeluarkan sebuah EP bertajuk The Nigh Near yang mengandungi 2 buah lagu yang dikeluarkan secara indipendent oleh band ini sendiri.

Ariff (Vocal/Guitars), Vinoth (Guitars), Manny (Bass) Lewis (Drums)

Thirteen Hundred - The Nigh Near (EP 2016)

Tracklist :

1 - Follow My Lead
2 - Satu

Dari segi teknikal rakaman gua tak berapa dapat info sebab tak tercatat pada poket CD EP ini. Ok, kita teruskan dengan review kedua2 track.

Follow My Lead menjadi itroduksi atau pengenalan music Thirteen Hundred. Sebuah track yang agak relax, komposisi yang ada flow turun naik, kawalan vocal yang perlu kekuatan pada vocalist nya. Gua banyak kali ulang dengar track ini. Bila dengar lama2 gua rasa susah jugak rasanya untuk kompos lagu2 sebegini. Pertama untuk dapat airplay mungkin elemen teknikal terpaksa dikurangkan dan seperkara lagi untuk mendapatkan "catchy" dalam lagu sebegini memerlukan masa yang agak lama barangkali walaupun unsur catchy kadangkala muncul dalam jangka masa yang singkat (jarang2 sebenarnya.. naseb lah..haha)

Satu lebih relax dan kurang keras dari track pertama. Sesuai dengan konsep lirik yang lebih kearah ketuhanan. Style2 lagu sebegini band mat saleh banyak dah buat, cuma di Malaysia untuk genre sebegini macam kurang je untuk didengari (atau gua memang kurang sangat dengar radio?? haha). Pada gua Satu boleh diperluaskan lagi pendengarannya. Ini sebuah lagu yang bagus. Penghayatan yang baek dari vocalist dan kawalan instrument (terutama part akustik gitar) yang bagus dan tidak terlalu menonjol.

Gua rasakan walaupon Thirteen Hundred melabelkan muzik bawaan mereka sebagai Hard Rock, namun gua boleh lebih detailkan lagi yang mana ianya lebih kearah kepada Modern Rock. Jika anda pendengar Nickelback, Puddle of Mud mungkin ini band paling mudah untuk dikatakan ada bau2 bacang untuk katogeri music sebegini. Kekuatan The Nigh Near gua rasa pertama pada kemampuan vocalist band ini iaitu Ariff yang dapat mengalunkan melodi vocal dengan baek, kena dengan mood dan konsep lagu. Permainan gitar, bass dan drum berada dalam kala "bersih" sekali. Rakaman yang bersih antara faktor lain CD ini patut dimiliki. Kedua2 track sebenarnya boleh mendapat airplay untuk lebih promosi di corong2 radio. Mungkin double standard membataskan perkara ini. Haha..

The Nigh Near (EP2016) rasanya masih boleh diperolehi dengan menghubungi sendiri Thirteen Hundred melalui email dan laman sesawang yang kami sertakan dibawah video klip rasmi mereka ini.


Thirteen Hundred
Email
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

0 feedbacks: