Atomicdeath/Iron Tooth - Trail of Destruction (Split 2016)

Split tape ini dikeluarkan sempena tour 3 hari Atomicdeath merentasi Jakarta, Bandung dan Yogyakarta pada 8,9 dan 10 April 2016. Menggunakan nama tour tersebut iaitu Trail of Destruction - Indonesia Tour 2016, split tape ini menampilkan Iron Tooth yang turut berkongsi pentas pada hari pertama tour di Jakarta. Thrash Metal adalah isi perut kepada split tape ini disamping bau2 Crusty  Punk masih boleh dihidu sepanjang menghayati kesemua track dari kedua2 band. Ok, jom gua crita sikit pasal split tape ini.


Tracklist :

Side A
Atomicdeath

1 - Morbid Growling
2 - Warfare In The Night
3 - Hell Reign On Earth
4 - From Out Of Nowhere (Driller Killer Cover)

Faiz (Vocals/Bass), Patto (Guitars), Kerry (Guitars), Remie Deen (Drums)

Track2 dari Atomicdeath telah dirakam, adun dan melalui proses mastering di Gagak Hitam Studio, Kajang oleh AP Filthgrindz sekitar January sehingga Mac 2016.

Apa yang boleh gua katakan, kesemua track dari Atomicdeath sememangnya rancak, menarik dan tidak mengecewakan. Tone gitar yang keras, solo gitar disetiap lagu, hentakkan drum menjadi tunjang kerancakkan lagu dan cara nyanyian yang galak mampu menggoncang kepala otak anda jika sound speaker anda di pulas ketahap maksima! Ok, ini adalah track2 terbaru dari Atomicdeath dan jangan lupa mendengar track saduran dari Driller Killer bertajuk From Out of Nowhere dibawa dengan baek sekali oleh Atomicdeath. 

Side B
Iron Tooth

5 - Victim Of Provocation
6 - Destruktif
7 - Victory Over Suffering
8 - Hegemoni Tiran Keparat

Anugerah Esa (Bass), Isarink Khamarudin (Drum), Agus Triyadi (Guitars), Heru Mantooth (Vocal)

Iron Tooth pula menjalani proses rakaman di Bulletproof Studio, Jakarta sekitar Februari sehingga Mac 2016. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Danny Crust.

Ini pertama kali gua mendengar lagu2 dari Iron tooth. Thrash Metal adalah tunjang konsep mereka. Juga rancak sepertimana anda mendengar lagu2 dari Atomicdeath. Mungkin kelainan dari cara pembawaan vocal. Iron Tooth menghidangkan dua buah track berbahasa ibunda dan dua lagi adalah berbahasa inggeris.

Atomicdeath - Morbid Growling
Iron Tooth - Victim of Provocation

Apa yang boleh gua katakan split tape ini menampilkan irama Thrash Metal dari kedua2 band. Bukan sekadar Thrash Metal, kedua2 band turut punya pengaruh Crust dan Punk dalam penulisan lagu2 mereka. Seperkara lagi yang boleh gua katakan ini sebuah split yang benar2 rancak. Kena betul penghasilan split tape ini dengan menampilkan kedua2 band yang membawa music yang kencang, rancak dan boleh bergoyang kepala dan kaki anda. hahaha. Kepada Thrasher2 diluar sana tunggu apa lagi??????

Ok, gua tak pasti split tape ini masih boleh didapati atau sudah sold out. Sila berhubung dengan band terlibat untuk sebarang pertanyaan dan pembelian untuk harga RM15/unit by hand.

* Gua ada dengar2 split ni nak dibikin CD.. apa2 sama2 kita tunggu..

Atomic Death
Email
Facebook
Blogspot

Iron Tooth
Email

Gig : KL Metalcamp 2016

Pada mulanya gua rasa macam xmahu buat review gig ni sebab gua terlepas band pertama iaitu Exothermix. Sebuah band Thrash Metal yang sedang menjadi sebutan pengunjung2 gig di kala ini. Kemudian gua disarankan oleh co-editor untuk meneruskan review. Dan gua juga terfikir memang asalnya blog ini dibuat dengan tujuan mempromosi bakat dan music tempatan secara priority nya sebelum tujuan kedua explorasi music2 dari luar negara. Ok, gua start kan dulu review berkenaan gig KL Metalcamp 2016 ini.


Bertempat di Blackbox, Solaris bertarikh 1/5/2016 bersamaan cuti hari pekerja, KL Metalcamp telah awal lagi memaklumkan dalam promosi secara fizikal (flyers) dan melalui alam maya (internet). 10 buah band, 6 dari Malaysia dan 4 band dari negara jiran dijemput iaitu Senjakala (Brunei), Wormrot (Singapore), Noxa (Indonesia) dan Hidden Intent (Australia) manakala gabungan semula Mutilation tidak dapat menjayakan temasya ini kerana berlaku kematian kepada anggota keluarga pemain drum mereka. Secara purata 9 band beraksi, pelbagai genre, crowd pelbagai kaum (walaupun tidak seramai edisi2 sebelum ini, mungkin sebab ada 3,4 gig lain ditarikh yang sama) dan gua rasa ini event yang agak meriah untuk pertengahan 2016 ini.

EXOTHERMIX


Ok, gua minta maaf sebab terlepas Exothermix, band Thrash Metal yang sedang hangat diperkatakan. Mereka merupakan opening band yang gua rasa bermula lebih kurang 1 jam lewat dari masa asal. Dinyatakan oleh emcee Lan Bye (Infectious Maggots/Brain Dead) ketika Exothermix beraksi, crowd menggila sehingga mengingatkan beliau ketika gig era 90an dahulu. Adusss gua mis la tengok dan rasa vibe sebenar showmanship Exothermix dan feedback crowd yang datang. Sori banyak2 guys..
* gambar tu gua rembat dari facebook.

SENJAKALA


Gua difahamkan oleh kawan yang telah sampai awal di venue, yang mana 2nd band sedang beraksi. Ahhh gua cepat2 tarik langkah panjang, bayar tiket dan masuk. Senjakala band dari Brunei sedang beraksi. Dengan frontman wanita (errrkkk frontwomen yang paling tepat), band ini persis Nightwish dan seangkatan tetapi tanpa keyboardist. Peratusan genre bawaan Senjakala mungkin paling tepat Gothic/Heavy Metal. Permainan gitar bermelodi dan kadangkala berharmoni, bawaan vocal yang lunak dari vocalist separa seksi dan purata lagu2 yang dibawa jika tanpa double standard oleh deejay pastinya boleh saja ke udara melalui corong2 radio.

BRAWK


Selesai Senjakala, sebuah band baru yang membawa music Punk Rock yang terdiri dari orang2 lama scene iaitu Brawk menghangatkan pentas. Brawk membawa beberapa buah lagu sendiri di samping cover song. Jika ketika Senjakala beraksi, rata2 crowd masih headbang dalam keadaan "sopan", namun ketika Brawk beraksi sudah nampak crowd mula hilang sedikit2 rasa malu. Ditengah persembahan Brawk gua sempat berbisik dgn kawan gua "kalau Brawk bawak Beat the Bastard mesti lagi huru hara!!".. ahhhh ya Brawk memang bawa lagu Beat the Bastard! Madec dari Negation (grindcore) dijemput berduet dalam lagu ini. Keadaan mula tidak terkawal dengan crowd berpusing2 di moshpit disamping beramai2 menyanyikan bersama di chorus lagu tersebut. Ok lepas ni Brawk perlu diberi perhatian.

NOSFERIEL


Dari Terengganu, Nosferiel antara pemegang panji Black Metal tampil dan apa yang dinyatakan emcee bahawa kepuasan pasti dijanjikan setelah menjamah music dan persembahan Nosferiel ternyata berbaloi. Jika sebelum ini gua boleh lagi berada di tengah2 venue tapi kali ini gua terpaksa undur ke belakang. Sambutan dari crowd ternyata menggila. Rata2 berkumpul bersama headbang mngikut rentak music Nosferiel. Memang tight persembahan Nosferiel. Mereka juga telah siap merakamkan album dan menanti green light dari label sahaja untuk dipasarkan. Ketika Nosferiel beraksi ni buat gua teringat zaman2 gig metal era 90 dahulu. Hitam, headbang dan kepadatan crowd yg support persembahan band.

DISSECTOMY


Di bawa dari Pulau Pinang, Dissectomy yang mewakili Malaysia di temasya Asia Tenggara iaitu Hammersonic 2016 tampil dengan celoteh Leon selaku frontman. Ternyata ketika Dissectomy beraksi boleh dilihat gegaran circle pit dari crowd yang terdiri dari rakyat tempatan pelbagai kaum serta rakan2 Indonesia yang dahagakan pukulan Death Metal. Lain sedikit vibe nya dikala Dissectomy beraksi jika dibandingkan dengan Nosferiel. Crowd tiada lagi rasa malu2. Gua rasa Dissectomy sendiri tidak menduga sambutan sebegini.. Hahaha. Ok dinyatakan juga Dissectomy menggunakan trigger untuk dram dan 2X jugak rasanya berlaku sedikit gangguan.

Selesai Dissectomy, show dihentikan sehingga jam 8 untuk memberi laluan solat Maghrib.

WORMROT



8 malam, Wormrot tampil menjadi band grindcore pertama meranapkan stage untuk edisi kali ini. Trio gila tanpa bassist ini benar2 mendapat sambutan paling menggila dari crowd. Lain macam betul Wormrot punya penangan. Ya lah residence artist Earache kot! Ok drummer baru Wormrot ni badan sasa jugak sesuai dengan hentakkan dram nya. Memang padu jitu dan konsisten. Lagu2 berdurasi pendek yang kental! Untuk informasi tambahan, Wormrot sedang dalam rangka rakaman album ketiga sekarang. Apa boleh gua kata ini band experience main kt oversea dah banyak. Nak komen apa lagi.. haha..

NEMESIS



Elok benar sebelum Nemesis beraksi (ketika Wormrot naek syeikh) gua dibelakang dan sempat sembang sikit dengan Shahrin drummer Nemesis. Apa kami sembang nnti2 lah gua bagitau. Ok Nemesis antara pioneer Thrash Metal tanahair muncul dengan 2 drummer iaitu Pap (Punisher) & Shahrin (ex-Brain Dead/Nemesis/Sarcophynx) untuk 2 sesi berlainan. Nemesis tidak membawa sebarang lagu sendiri. Hanya membawa cover songs yg pernah mereka bawa dahulu. Kata Aru, tak cukup masa nak praktis dan saja main lagu yg pernah diorg bawa. Sesi Metallica bersama Pap dan Shahrin untuk sesi Sepultura. Crowd sedikit rilek dan rata2 menyanyikan bersama setlist klasik 90an yang dibawa Nemesis. Cuma untuk 3 lagu terakhir cover dari Sepultura nampak crowd kembali beraksi ganas. Gua harap Nemesis kembali aktif.

NOXA



Noxa, otai grindcore dari Indonesia sedia mngambil alih pentas. Ini sesi kembali menggila untuk crowd ketika Wormrot tadi. Moshpit kembali tidak terkawal dengan crowd bergelempangan. Band kedua menggunakan trigger untuk dram. Padat dan vocalist Noxa beberapa kali bergurau dengan menyanyikan beberapa bait lirik lagu2 pop sebagai selingan sebelum set2 grindcore seterusnya menusuk gegendang. Paling menarik sebuah lagu dimainkan dengan gabungan Madec (Malaysia), Wormrot (Singapore) berduet bersama Noxa. Time ni kalau crowd acah2 xreti bertoleransi memang boleh bikin gaduh sebab gua pun dah kena himpit kat pagar dihujung belakang tempat soundman. Overall crowds very supportive and enjoy! Ok, sebelum terlupa Noxa baru sahaja mengeluarkan material terbaru bertajuk Buka Mata (EP 2016).

HIDDEN INTENT



Band terakhir dari Australia iaitu Hidden Intent. Mereka pernah datang beraksi di Malaysia sebelum ini dalam tour kecil-kecilan dan untuk malam itu, mereka beraksi untuk show yang boleh dikira berskala besar iaitu KL Metalcamp. Three piece band ini mesra penonton. Paling best si vocalist/bassist menyebut "gilababi" setelah tamat lagu dengan gelagat crowd yang menggila. Hahaha. Thrash Metal bawaan Hidden Intent tidak terlalu mngejar kelajuan. Mereka punya groove tersendiri. Gua cukup suka tone gitar mereka. Ketika rhytm atau solo kedua2 nya punya tone yang lunak. Memang betul2 profesional!

Ok secara kesimpulannya gua rasa KL Metalcamp 2016 kali ini berjaya jugak lah dengan crowds yang ternyata supportive abisss.. Band2 terlibat juga nampak bersungguh2 menghiburkan crowd. Sudut jual beli yang besar jugak. Ok dari segi crowd tadi mungkin nampak meriah kerana cuti umum dan gabungan crowd tempatan, singapura dan indonesia yg bersatu membuatkan wujud rasa meriah nya walopon sebenarnya gua expect crowd boleh cecah 500 keatas. Ni mungkin faktor gig2 di lokasi lain dan membataskan kehadiran ke temasya KL Metalcamp kali ini. Port gig/show di Solaris juga mungkin antara faktor dimana gua difahamkan ini kawasan elite. Parking nya pun boleh tahan. Hahaha..

Sebelum gua tutup review, gua nak minta maaf kepada Exothermix kerana tak sempat nak tengok diorang punya performance, Senjakala, Brawk, Nosferiel dan Dissectomy kerana gua tak sempat nak rakam video.. Setakat ini sahaja, bertemu lagi di laporan gig2 lain jika berkelapangan..

KL Metalcamp
Facebook 1
Facebook 2

An evening with ELUVEITIE – A celebration of Celtic Folk Metal 2016


A ‚m' atriia, a ‚ma Helvetia!    

Raja Folk Metal yang kian meningkat naik kini mengalih perhatian mereka ke rantau Asia Tenggara pada Mei ini. An Evening with Eluveitie adalah penampilan sulung mereka di Singapura, dibawakan oleh Impact Entertainment Group bakal berlangsung pada 24 Mei 2016 di *SCAPE, The Ground Theatre, 8 malam. Show yang dijangka berlangsung selama dua jam akan menghidangkan persembahan merentasi sepanjang diskografi mereka dari zaman Vên, Spirit, Slania, Evocation I, Everything Remains..., Helvetios hinggalah ke album terbaharu Origins. Pengikut Eluveite tegar, pastikan anda hadir di show sulung mereka!

Kaunter jualan fizikal dan online telah pun dibuka pada 18 Februari dengan 3 kategori tiket dalam jualan:

VIP | SGD138 (termasuk sesi Meet & Greet)
Standard | SGD88
Early Bird | SGD68 (sehingga 18 Mac atau sold out)


Semua harga termasuk yuran pertiketan SISTIC.
Semua tiket adalah free standing.

Tiket boleh didapati di http://www.sistic.com.sg/events/celuv0516
Hotline: + 65 63465555

Ejen-ejen sah luar negara SISTIC:

Malaysia (kaunter sahaja)

Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Kuala Lumpur, Malaysia)
Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Subang Jaya, Malaysia)
JY Travel Sdn Bhd (Johor Bahru, Malaysia)
Sin Chung Tours Sdn Bhd (Johor Bahru, Malaysia)

Indonesia (online dan kaunter)

Online: 

Hotline: +6221-717-93750

Kaunter:
KiOSTiX @ Cibubur Junction
KiOSTiX @ fX Sudirman
KiOSTiX @ Lippo Mall Puri
KiOSTiX @ Mal Artha Gading
KiOSTiX @ Mall Alam Sutera

ELUVEITIE
http://eluveitie.ch
http://www.facebook.com/eluveitie
http://www.youtube.com/user/eluveitieofficial





Merlin Sutter | Drums
Anna Murphy | Hurdygurdy, Vocals, Flute
Rafael Salzmann | Guitar)
Chrigel Glanzmann | Vocals, Mandola, etc.
Kay Brem | Bass
Shir-Ran Yinon | Fiddle
Ivo Henzi | Guitars
Patrick Kistler | Tin & Low Whistles, Bagpipe


Impact Live
Facebook: ImpactLiveAsia
Twitter: @ImpactLiveAsia
Instagram: ImpactLiveAsia

* Maklumat dipaparkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TERKINI:  

- Tiket Early Birds telah habis manakala tiket VIP dan biasa masih boleh dibeli.

 - Kadar istimewa tempahan hotel untuk pembeli tiket Eluveitie di hotel Millennium Singapore. Ikuti pautan di sini untuk maklumat lanjut.

The Bollocks - Society Collapse (2016)

Gua mula kenal music The Bollocks sejak demo My Friends (1996). Kepekatan Punk dari demo tersebut berterusan setahun kemudian untuk kehadiran demo kedua bertajuk Revolution (1997). The Bollocks merehat panjang selepas itu dan muncul semula menghasilkan album penuh bertajuk Revival pada 2008. Selepas 3 tahun the Bollocks kembali menghasilkan 3 way split CD bersama Millions of Dead Cops (MDC) dan Carburetor Dung dengan tajuk Mabuk Kuasa pada 2011 dan 3 tahun kemudian sebuah split 7" dihasilkan bersama Opposition Party. 2016 menyaksikan The Bollocks tampil dengan album baru bertajuk Society Collapse.

Adik (Vocals/Bass), Jun (Drums), Tom (Guitars/Vocals)

 Artwork oleh Alak

Tracklist :

1 - Armed In Hate
2 - Media In Craze
3 - Society Collapse
4 - How Hell This War Take Us To The End
5 - Punks In It
6 - Land Ain't Safe To Live
7 - Death To The Future
8 - The Worlds End
9 - New World Order
10 - The Truth Never Told

Society Collapse menjalani proses rakaman di Kerbauworks, Bangsar Kuala Lumpur sekitar June 2014 sehingga February 2015. Proses rakaman di selenggara oleh Tom dan dibantu oleh Akmal. Tom turut bertanggungjawap dalam kerja2 adunan dan mastering. Society Collapse dipasarkan melalui dua format dimana untuk format vinyl oleh Tandang Records dan kaset oleh Basement Records.

Armed In Hate memulakan chaos namun track kedua Media In Craze nampak lebih menggila dan sesuai benar kalau dibawa untuk persembahan pentas. Straight forward dan jelas meluap2 kemarahan. Society Collapse track ketiga kedengaran sedikit rilek dan antara track agak bermelodi. How Hell This War Take Us To The End pada gua adalah track paling bertenaga, laju dan berat. Hentakan twin pedal yang sekali dengar dah bleh cecah tahap Hardcore kental dan Metal! Feberet track gua! Punks In It masih keras dan kental dan pengaruh Punk jelas diterapkan feelnya kena dengan tajuk track ini. Land Ain't Safe To Live satu track yg gua rasa dibawa dengan penuh emosi yang bagus. Ini lagu pasal tekanan oleh sistem yang jahat! Death To The Future masih dalam mood previous track. Lirik juga seakan sambungan kesengsaraan berterusan dari kejahatan sistem berpaksikan syaitan. The World End juga seakan sambungan kepada apa yang diluahkan dari track terdahulu. Dah macam epik album plak bila gua follow lagu2 ni sambil baca lirik kt cover sleeve. Topik yang semakin "berat" menjadi luahan penulisan The Bollocks nampaknya. New World Order juga punya mesej memberitahu pasal hal2 berat dunia masakini. Agak "major chord" sikit track ni lagunya agak riang siap ada shout lagi walopon lirik hal2 berat. The Truth Never Told memang kena sebagai penutup. Gua rasa ini track paling "gelap" dan "kelam" mesej yang disampaikan walaupun ini adalah kebenaran.

Teknikalnya,  Society Collapse nampak lebih tersusun komposisi lagu2 nya jika dibandingkan dengan Revival (2008). Punya kelebihan tersendiri dari segi sound produksi walaupun masih dalam katogeri Punk keras yang menjurus kearah Crusty. Tom banyak melakukan solo2 yang lebih kearah feel-in yang boleh kita dengar dari band2 seperti Discharge. Penyampaian vocal oleh Adik juga lebih tepat sebutannya jika dibandingkan dengan Farid yang lebih keras cara sebutannya. Drum dari Jun juga menampakkan lebih kearah penggunaan twin pedal yang lebih tersusun (rakaman yang bagus membuatkan setiap komponen drum kedengaran jelas) dan menambah perisa Punk/Crusty cara the Bollocks.



Untuk pembelian format vinyl boleh didapati dengan harga RM65 by hand (sila hubungi Tandang Records melalui laman sesawang dibawah) manakala pembelian kaset untuk europe pressing (kuning dan hitam) dengan harga RM15 dan Malaysia pressing dengan harga RM8 by hand (sila hubungi Basement Records melalui lawan sesawang dibawah).

* Boleh juga dapatkan tape The Bollocks/Hellexist dengan harga RM10 juga The Bollocks - Demo 1994 reissue dengan harga RM5 yang baru saja dikeluarkan secara limited!

The Bollocks

Facebook
Myspace

Tandang Records
Email
Facebook
Website
Bandcamp

Basement Records
Email
Facebook
Bandcamp 

Filoforce - Remember (Demo 2015)

Filoforce merupakan band baru yang lahir dari daerah yang melahirkan band2 yang teguh dengan elemen old school iaitu Kajang. Mukadimahnya Filoforce terdiri dari 4 anak muda yang pernah bersama beberapa band seperti Heldrasil, Kemolorg, Oxidicide serta Elgranade. Ditubuhkan pada 2015, serius memenuhi undangan2 gig dan berani sekali menghasilkan rakaman demo juga pada 2015. Remember merupakan tajuk demo yang dihasilkan dengan mempertaruhkan 3 buah lagu.

Mat Rejab (Drums), Fifi (Guitars), Adam999 (Bass), Apiz666 (Vocals)

Filoforce - Remember (Demo 2015)

Tracklist :

1 - War
2 - Remember
3 - Fire (Reality of Satan)

Remember (Demo 2015) menjalani proses rakaman di Metalorg Studio dan Sound X Studio, Kajang sekitar June sehingga September 2015. Proses rakaman diselenggara oleh Fifi. Demo berformat CDR ini dikeluarkan pada 20 Oktober 2015 sebanyak 50 unit sahaja.


Demo ini bermula dengan track bertajuk War. Teruja juga gua dengan sound produksi yang bagus sebegini. Bukan calang2 demo dengan sound sebagus ini. Yang jelas elemen Old Skool ala2 Swedish Death Metal ternyata diterapkan dalam penghasilan lagu ini. Ghairah benar drummer menghentak pedal drum nya. Laju btol!


Remember masih dalam mood seperti track pertama. Riffing gitar yang adakala seakan Thrash Metal dan diselangi riffing Death Metal. Permainan instrument yang solid dari semua line up. Gua sukakan drum pattern yang seakan mencuba melakukan offbeat ketika part kedua solo gitar dimainkan. Komposisi yang masih terkawal dalam music direction Filoforce.


Fire (Reality of Satan) mungkin gua boleh kata track paling menyengat dengan riffing, paluan drum yang sudah mula masuk elemen grind untuk sesetengah part. Track terakhir dan terpendek tidak sampai 3 minit. Teknik warming bar digunakan ketika solo boleh didengar untuk setiap track.

Pertama gua nak puji sebab demo ini punya kualiti yang sangat bagus dari segi sound produksi. Bukan cincai punya kerja walaupun ini hanya sebuah demo. Satu rakaman yang kemas dan boleh mencapai tahap album untuk genre2 Old Skool begini.

Gua sedikit confuse untuk melabel genre bawaan Filoforce ini. Antara Thrash dan Death Metal. Mungkin paling tepat adalah kombinasi Thrash/Death Metal. Tone gitar untuk rakaman ini menghasilkan sound Thrash Metal secara terperincinya jika anda seorang pendengar yang cerewet. Mungkin perlu dibuat kajian lebih sedikit berkenaan tone gitar untuk menghasilkan sound gitar untuk Old Skool Death Metal seperti dilakukan Obituary atau Bolt Thrower untuk album2 lama dahulu. Gua rasa tone gitar rakaman ini agak "gemok" sikit. hahaha (sori pendapat gua sahaja). Selain tone gitar, pemain drum band ini boleh gua katakan melakukan kerja yang bagus. Salute pada kelajuan kaki menhenjut pedalnya. Adakah beliau menggunakan "vruk"? Teknikalnya pula gua rasa level bunyi snare agak tinggi untuk setiap lagu. Ini menjadikan ianya kedengaran agak Thrash Metal. Bass cukup perisa, tidak menunjuk2 dan menjadi latar untuk setiap dentuman lagu2 yang terkandung. Vocal dengan style persis Black metal pada pendapat gua. Semua ini digabungkan dengan baek untuk penghasilan demo yang berkualiti dari sudut rakaman dan sound produksi.

Filoforce - Remember (Demo 2015) boleh diperolehi dengan harga RM10 by hand. untuk pembelian secara pos, anda boleh menghubungi Filoforce melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini. Support Filoforce untuk kerja keras, band yang punya konsep, sound produksi yang memuaskan dan mereka perlukan sokongan anda untuk terus berani menghasilkan material yang bagus walaupun Filoforce adalah band yang baru ditubuhkan.

Filoforce - War (Live at Bertukang malam Malam VII)

Email
Facebook

VotW : Leaves' Eyes - Edge of Steel (Official Music Video)

Mungkin ada yang tahu atau mungkin juga ada yang tak tahu pengasas band ini iaitu Liv Kristine telah berundur dari band yang ditubuhkannya sejak 2003. Terkini Elina Siirala yang sebelum ini bersama band EnkeliNation telah menjadi pengemudi utama Leaves' Eyes. Ok, boleh cekidaut video ini.


 Leaves' Eyes 2016

Sila kunjungi laman sesawang dibawah untuk lebih info berkenaan tour serta berita terbaru Leaves' Eyes.

Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Magnicide - Rise to the Annihilation (2009)

Setelah dibelasah gegendang telinga dengan bedilan grindcore Wormrot dan Noxa pada 1 May lepas ditemasya KL Metalcamp 2016, gua balik rumah dan rasa kurang lazat pulak telinga ni kalau xjamah grindcore hahaha.. Gua belek2 tape simpanan gua dan Magnicide adalah antara band grindcore yg muncul sedikit awal dari Wormrot selain otai Demisor untuk jajahan Republik Singapore. Rise to the Annihilation adalah sebuah keluaran wajib bagi penggemar grindcore. Dikeluarkan dalam format CD oleh HG Fact, label dari Japan dan Strain Eyes dari Malaysia memasarkan dalam format kaset. Kedua2 versi mengandungi sebuah hidden track berlainan tajuk untuk setiap versi.

Artwork oleh Dangie Regala
Colour editing oleh Ironworx Gravefix

Iem (Guitars/Bass), Memeng (Vocals), Jali (Drums)

Tracklist :

1 - Arcane Involve Evolvement
2 - Crack in the Monolith
3 - New Blood Generate
4 - Delirium Exaltation
5 - Above Desolution
6 - A Step Futher in Phase
7 - What Lies Ahead
8 - Ruined at Totally
9 - Exit Trajectories
10 - Not Dead Enough
11 - On Hell's Ground
12 - Sordid Disputatious Eviction
13 - Infraction Prowess
14 - Severe Mind Erased
****************
* 15 - The Spiral Goes Down - Nasum Cover (bonus track - tape version)
15 - Dictation Nightmare (bonus track - CD version)

Rise to the Annihilation telah melalui proses rakaman di TNT Studio, Singapore sekitar March sehingga April 2009. Tidak dinyatakan pula siapa yg terlibat secara teknikal dalam rakaman ini.

44 minit hidangan grindcore tanpa belas sememangnya bakal meletihkan gegendang telinga. Pada gua Rise to the Annihilation adalah sebuah album yang bagus dari setiap sudut. Rencah grindcore tanpa belas kasihan, ngauman vocal semaksima mungkin, riffing campuran punk+crusty+metal yang kejam dan laju juga permainan drum yang gilababi. Ok, sebelum panjang lebar berceloteh, Memeng (vocal) dan Jali (drums) adalah line up Demisor. Tidak hairan betapa menggilanya Magnicide punya penangan grindcore. Iem pula dari band Hasrat.


Setakat ini Magnicide agak kerap menghasilkan split 7 inch bersama band2 serata pelusuk dunia. Mereka juga turut memeriahkan pentas2 gig luar negara seperti Philiphine, Japan, Thailand, Indonesia juga Malaysia. Apa lagi nak kata, gua harap Magnicide bakal menghasilkan album seterusnya selepas ini. Penggemar2 grindcore sila jangan terlepas untuk ambil tahu pasal Magnicide. Ini band bukan main2, Magnicide memang kental punya grindcore!

Gua rasa untuk dapatkan copy anda mungkin boleh cek ebay untuk pembelian format CD dan format kaset boleh hubungi Strain Eyes Productions.

Magnicide
Myspace

Strain Eyes Productions
Blogspot
Facebook 

VotW : Destruction - Under Attack (Official Music Video)

Self-title dari album terbaru yang akan menjengah pasaran pada 13 May 2016. Destruction antara raja Thrash Metal dunia yang sememangnya boleh bikin x senang duduk apabila mendengar lagu2 mereka. Ok, layankan dulu video klip rasmi bertajuk Under Attack ini.


Sila kunjungi laman sesawang dibawah untuk lebih info berkenaan album terbaru bertajuk under Attack (2016)

Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Intoxicated - Catastrophe! (EP 1998)

Gua rasa perlu jugak sekali skala gua tulis dan kongsi pasal material2 lama khususnya keluaran2 band tempatan dan khusus jugak untuk pendengar2 baru muzik. Kira macam subjek sejarah jugak lah kehkehkeh.. Ok kali ni gua nak tulis pasal all girl band dari Petaling Jaya iaitu Intoxicated. Gua xpasti Intoxicated ada demo tape atau tidak. Cuma gua ada CD kompilasi Boys & Girls 1+1=3 yg diorg join dgn 3 buah lagu kalau xsilap dan 1 kompilasi band2 alternatif (awal 90an music alternatif mmg tgh top) dan hari ni gua nk cerita sikit pasal Catastrophe! (EP 1998). EP ini dikeluarkan oleh Positive Tone.

Cover artwork oleh The Cat Cadet

Tracklist :

1 - Brainy Smurf
2 - Diet
3 - I Love
4 - Kucingku Aki
5 - Mary
6 - Possibility

Catastrophe! (EP 1998) menjalani proses rakaman di Kenny Music, Positive Tone dan Dreamwalk pada penghujung 1997. Paul Moss dan Intoxicated bertindak sebagai penerbit bersama untuk keseluruhan lagu kecuali "Possibility" yang mendapat sentuhan dan composition oleh Ahmad Izham, Illegal dan Paul Moss dan diterbitkan untuk S+M Productions. Paul Moss, Remy Loh, Bullet, Illegal dan Kevin Lim bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman EP ini. Proses mastering dilakukan di Synchrosound Studio oleh Nelson Raihes.

Brainy Smurf adalah track pengenalan untuk EP ini. Sebuah track happy go lucky, bersahaja dan tahap distortion gitarnya juga sedang2 sahaja.


Diet agak biasa didengar kerana track ini terkandung dalam kompilasi Boys + Girls 1+1=3. Lirik berkenaan diet dan tahan lapar. Haha

I Love sebuah track yang rancak dengan permainan gitar yang berlandaskan power chord dan solo gitar yang bersahaja. Chorus yang catchy dan ini lagu yang seronok dengan mood untuk happy2.

Kucingku Aki adalah versi berbahasa Melayu untuk lagu Kitty Kat dalam kompilasi 1+1=3. Lirik sedih pasal si Aki yang mati dilanggar lori.


Mary gua anggap sebagai track paling best walaupun ciptaan asal adalah lagu "Mary had a little lamb". Attitude punk rock dicurahkan sepenuhnya dalam arrangement semula lagu ini. Rancak laju dan best!

Possibility sebuah track yang patut boleh dikomersilkan. Sebuah akustik track dan agak mendayu cara nyanyian. Mungkin track ini nk dijadikan airplay untuk promosi melalui corong2 radio zaman awal 90an dulu.

Secara keseluruhan Catastrophe (EP1998) ini membuktikan Malaysia turut mempunyai all girls band yang mampu memainkan alat music sendiri, menghangatkan pentas2 gig dan menghasilkan album. Penciptaan lagu dan lirik didominasi oleh Nora (vocal/gitar) dan Rina (drums/vocal). 2002 adalah tahun yang tak berapa best sebab Intoxicated telah dibubarkan namun nama Intoxicated tetap terpahat dalam sejarah music tanahair sebagai antara all girls band Malaysia. Gua xpasti adakah mereka pioneer atau tidak atau ada lebih awal all girls band sebelum mereka. Hah tiba2 gua teringat all girls band dari Singapore.. Psycho Sonique.. maybe nnti ada masa gua review sikit pasal Psycho Sonique pulak..

KL Metalcamp 2016


KL METALCAMP 2016
Featuring:

NEMESIS
MUTILATION
NOXA (INDONESIA)
WORMROT (SINGAPORE)
HIDDEN INTENT (AUSTRALIA)
BRAWK
SENJAKALA (BRUNEI)
DISSECTOMY
NOSFERIEL
EXOTHERMIX

Date: 1st MAY 2016 (Sunday)
Time: 2.00 pm onward
Venue: Blackbox Publika, Solaris Dutamas, KL
Entrance: RM45 (presale) / RM 50 (door)

Facebook