Gig : KL Metalcamp 2016

Pada mulanya gua rasa macam xmahu buat review gig ni sebab gua terlepas band pertama iaitu Exothermix. Sebuah band Thrash Metal yang sedang menjadi sebutan pengunjung2 gig di kala ini. Kemudian gua disarankan oleh co-editor untuk meneruskan review. Dan gua juga terfikir memang asalnya blog ini dibuat dengan tujuan mempromosi bakat dan music tempatan secara priority nya sebelum tujuan kedua explorasi music2 dari luar negara. Ok, gua start kan dulu review berkenaan gig KL Metalcamp 2016 ini.


Bertempat di Blackbox, Solaris bertarikh 1/5/2016 bersamaan cuti hari pekerja, KL Metalcamp telah awal lagi memaklumkan dalam promosi secara fizikal (flyers) dan melalui alam maya (internet). 10 buah band, 6 dari Malaysia dan 4 band dari negara jiran dijemput iaitu Senjakala (Brunei), Wormrot (Singapore), Noxa (Indonesia) dan Hidden Intent (Australia) manakala gabungan semula Mutilation tidak dapat menjayakan temasya ini kerana berlaku kematian kepada anggota keluarga pemain drum mereka. Secara purata 9 band beraksi, pelbagai genre, crowd pelbagai kaum (walaupun tidak seramai edisi2 sebelum ini, mungkin sebab ada 3,4 gig lain ditarikh yang sama) dan gua rasa ini event yang agak meriah untuk pertengahan 2016 ini.

EXOTHERMIX


Ok, gua minta maaf sebab terlepas Exothermix, band Thrash Metal yang sedang hangat diperkatakan. Mereka merupakan opening band yang gua rasa bermula lebih kurang 1 jam lewat dari masa asal. Dinyatakan oleh emcee Lan Bye (Infectious Maggots/Brain Dead) ketika Exothermix beraksi, crowd menggila sehingga mengingatkan beliau ketika gig era 90an dahulu. Adusss gua mis la tengok dan rasa vibe sebenar showmanship Exothermix dan feedback crowd yang datang. Sori banyak2 guys..
* gambar tu gua rembat dari facebook.

SENJAKALA


Gua difahamkan oleh kawan yang telah sampai awal di venue, yang mana 2nd band sedang beraksi. Ahhh gua cepat2 tarik langkah panjang, bayar tiket dan masuk. Senjakala band dari Brunei sedang beraksi. Dengan frontman wanita (errrkkk frontwomen yang paling tepat), band ini persis Nightwish dan seangkatan tetapi tanpa keyboardist. Peratusan genre bawaan Senjakala mungkin paling tepat Gothic/Heavy Metal. Permainan gitar bermelodi dan kadangkala berharmoni, bawaan vocal yang lunak dari vocalist separa seksi dan purata lagu2 yang dibawa jika tanpa double standard oleh deejay pastinya boleh saja ke udara melalui corong2 radio.

BRAWK


Selesai Senjakala, sebuah band baru yang membawa music Punk Rock yang terdiri dari orang2 lama scene iaitu Brawk menghangatkan pentas. Brawk membawa beberapa buah lagu sendiri di samping cover song. Jika ketika Senjakala beraksi, rata2 crowd masih headbang dalam keadaan "sopan", namun ketika Brawk beraksi sudah nampak crowd mula hilang sedikit2 rasa malu. Ditengah persembahan Brawk gua sempat berbisik dgn kawan gua "kalau Brawk bawak Beat the Bastard mesti lagi huru hara!!".. ahhhh ya Brawk memang bawa lagu Beat the Bastard! Madec dari Negation (grindcore) dijemput berduet dalam lagu ini. Keadaan mula tidak terkawal dengan crowd berpusing2 di moshpit disamping beramai2 menyanyikan bersama di chorus lagu tersebut. Ok lepas ni Brawk perlu diberi perhatian.

NOSFERIEL


Dari Terengganu, Nosferiel antara pemegang panji Black Metal tampil dan apa yang dinyatakan emcee bahawa kepuasan pasti dijanjikan setelah menjamah music dan persembahan Nosferiel ternyata berbaloi. Jika sebelum ini gua boleh lagi berada di tengah2 venue tapi kali ini gua terpaksa undur ke belakang. Sambutan dari crowd ternyata menggila. Rata2 berkumpul bersama headbang mngikut rentak music Nosferiel. Memang tight persembahan Nosferiel. Mereka juga telah siap merakamkan album dan menanti green light dari label sahaja untuk dipasarkan. Ketika Nosferiel beraksi ni buat gua teringat zaman2 gig metal era 90 dahulu. Hitam, headbang dan kepadatan crowd yg support persembahan band.

DISSECTOMY


Di bawa dari Pulau Pinang, Dissectomy yang mewakili Malaysia di temasya Asia Tenggara iaitu Hammersonic 2016 tampil dengan celoteh Leon selaku frontman. Ternyata ketika Dissectomy beraksi boleh dilihat gegaran circle pit dari crowd yang terdiri dari rakyat tempatan pelbagai kaum serta rakan2 Indonesia yang dahagakan pukulan Death Metal. Lain sedikit vibe nya dikala Dissectomy beraksi jika dibandingkan dengan Nosferiel. Crowd tiada lagi rasa malu2. Gua rasa Dissectomy sendiri tidak menduga sambutan sebegini.. Hahaha. Ok dinyatakan juga Dissectomy menggunakan trigger untuk dram dan 2X jugak rasanya berlaku sedikit gangguan.

Selesai Dissectomy, show dihentikan sehingga jam 8 untuk memberi laluan solat Maghrib.

WORMROT



8 malam, Wormrot tampil menjadi band grindcore pertama meranapkan stage untuk edisi kali ini. Trio gila tanpa bassist ini benar2 mendapat sambutan paling menggila dari crowd. Lain macam betul Wormrot punya penangan. Ya lah residence artist Earache kot! Ok drummer baru Wormrot ni badan sasa jugak sesuai dengan hentakkan dram nya. Memang padu jitu dan konsisten. Lagu2 berdurasi pendek yang kental! Untuk informasi tambahan, Wormrot sedang dalam rangka rakaman album ketiga sekarang. Apa boleh gua kata ini band experience main kt oversea dah banyak. Nak komen apa lagi.. haha..

NEMESIS



Elok benar sebelum Nemesis beraksi (ketika Wormrot naek syeikh) gua dibelakang dan sempat sembang sikit dengan Shahrin drummer Nemesis. Apa kami sembang nnti2 lah gua bagitau. Ok Nemesis antara pioneer Thrash Metal tanahair muncul dengan 2 drummer iaitu Pap (Punisher) & Shahrin (ex-Brain Dead/Nemesis/Sarcophynx) untuk 2 sesi berlainan. Nemesis tidak membawa sebarang lagu sendiri. Hanya membawa cover songs yg pernah mereka bawa dahulu. Kata Aru, tak cukup masa nak praktis dan saja main lagu yg pernah diorg bawa. Sesi Metallica bersama Pap dan Shahrin untuk sesi Sepultura. Crowd sedikit rilek dan rata2 menyanyikan bersama setlist klasik 90an yang dibawa Nemesis. Cuma untuk 3 lagu terakhir cover dari Sepultura nampak crowd kembali beraksi ganas. Gua harap Nemesis kembali aktif.

NOXA



Noxa, otai grindcore dari Indonesia sedia mngambil alih pentas. Ini sesi kembali menggila untuk crowd ketika Wormrot tadi. Moshpit kembali tidak terkawal dengan crowd bergelempangan. Band kedua menggunakan trigger untuk dram. Padat dan vocalist Noxa beberapa kali bergurau dengan menyanyikan beberapa bait lirik lagu2 pop sebagai selingan sebelum set2 grindcore seterusnya menusuk gegendang. Paling menarik sebuah lagu dimainkan dengan gabungan Madec (Malaysia), Wormrot (Singapore) berduet bersama Noxa. Time ni kalau crowd acah2 xreti bertoleransi memang boleh bikin gaduh sebab gua pun dah kena himpit kat pagar dihujung belakang tempat soundman. Overall crowds very supportive and enjoy! Ok, sebelum terlupa Noxa baru sahaja mengeluarkan material terbaru bertajuk Buka Mata (EP 2016).

HIDDEN INTENT



Band terakhir dari Australia iaitu Hidden Intent. Mereka pernah datang beraksi di Malaysia sebelum ini dalam tour kecil-kecilan dan untuk malam itu, mereka beraksi untuk show yang boleh dikira berskala besar iaitu KL Metalcamp. Three piece band ini mesra penonton. Paling best si vocalist/bassist menyebut "gilababi" setelah tamat lagu dengan gelagat crowd yang menggila. Hahaha. Thrash Metal bawaan Hidden Intent tidak terlalu mngejar kelajuan. Mereka punya groove tersendiri. Gua cukup suka tone gitar mereka. Ketika rhytm atau solo kedua2 nya punya tone yang lunak. Memang betul2 profesional!

Ok secara kesimpulannya gua rasa KL Metalcamp 2016 kali ini berjaya jugak lah dengan crowds yang ternyata supportive abisss.. Band2 terlibat juga nampak bersungguh2 menghiburkan crowd. Sudut jual beli yang besar jugak. Ok dari segi crowd tadi mungkin nampak meriah kerana cuti umum dan gabungan crowd tempatan, singapura dan indonesia yg bersatu membuatkan wujud rasa meriah nya walopon sebenarnya gua expect crowd boleh cecah 500 keatas. Ni mungkin faktor gig2 di lokasi lain dan membataskan kehadiran ke temasya KL Metalcamp kali ini. Port gig/show di Solaris juga mungkin antara faktor dimana gua difahamkan ini kawasan elite. Parking nya pun boleh tahan. Hahaha..

Sebelum gua tutup review, gua nak minta maaf kepada Exothermix kerana tak sempat nak tengok diorang punya performance, Senjakala, Brawk, Nosferiel dan Dissectomy kerana gua tak sempat nak rakam video.. Setakat ini sahaja, bertemu lagi di laporan gig2 lain jika berkelapangan..

KL Metalcamp
Facebook 1
Facebook 2

2 feedbacks:

PC kOKak™ said...

nice report bro, tq for sharing. grind on.

D'arsil said...

tak dapat hadir gig ni, apapun ulasan menarik. exothemix tu mantap..