Mantak - Morbid Deathfuck (2014)

Mantak adalah antara band kebanggaan kepulauan Borneo yg telah menghangatkan pentas2 gig serata negara. Usaha keras mastermind iaitu Naz Razak sejak 1995 nampak sedang membuahkan hasil setelah 4 buah album dan beberapa EP serta split dihasilkan dan pada Ogos 2014, sesuatu yang ditunggu telah menjengah pasaran. Akhirnya, Morbid Deathfuck dikeluarkan oleh Hell Vomit Productions, sebuah label dari New Zealand.

 Naz Razak (Guitars), Shaun Yazeed (Drums), Mark Faust (Vocals)

Artwork oleh Sickness 666
Layout oleh Nazre Razak (Gravefukk Artlust)

Tracklist :

1 - Morbid Deathfuck
2 - Bloodlust of the Hatred
3 - Witchfuck Torment
4 - Deathcrush to the Bones
5 - Wolflustruktions Rogolized
6 - Satan's Gonna Fuck You!
7 - Speedfuckalypse Holocaustor
8 - Manifestation of the Plague
9 - Fight Till Death (Slayer Cover)
10 - Slut (GBH Cover)

Morbid Deathfuck melalui proses rakaman di Eyes & Ears Production / RAM Studio, Kota Kinabalu Sabah. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tajul Andez di Route 33 Studio, Kota Kinabalu.

Sepanjang gua mendengar material2 dari Mantak, ini merupakan satu2 nya produk paling berkualiti dari segi sound produksinya. Ianya kedengaran begitu profesional, bersih malah proses mixing nya juga sangat berjaya. Gua harapkan Mantak akan kekal dengan rakaman sebegini untuk rakaman album akan datang. Ia nya pasti membuka mata pendengar2 luar negara akan kemampuan Mantak yang mana sebelum ini hanya digembar gemburkan dengan kehebatan beraksi di pentas. Bila dah buka mata ni gua harap adalah laluan yg lebuh terbuka untuk Mantak tour dunia pulak.

Morbid Deathfuck secara rasminya dikeluarkan oleh Hell Vomit Productions pada Ogos 2014 sebelum Hellfire Records sebuah label dari Malaysia meriliskan limited edition CD setahun kemudiannya dengan tambahan bonus track berupa lagu saduran dari Slayer dan GBH. Terkini setelah hampir 2 tahun tarikh album ini dipasarkan, format kaset pula dikeluarkan oleh Diabolicurst Productions, satu lagi label music gelap dari utara tanahair.


Mantak
Email
Facebook
Twitter

Hell Vomit Production
Email
Official Website
Facebook

Hellfire Records
Email

Diabolicurst Productions
Official Website
Email
Facebook

Mass Separation - Feed Your Conscience (2004)

Gua terasa nak review pasal tape ni iaitu dari Mass Separation bertajuk Feed Your Conscience. Pada gua ini satu material penting bagi penggemar Grindcore terutama anda di Malaysia. Mass Separation ketika rilisan ini dianggotai oleh Kia (Drums), Kid (Vocals) dan Yeap (guitars). Line up yang terlibat dalam rakaman ini adalah Yeap (Guitars/Vocal), Boy (Bass/Vocal), Aja (Drums), Daphne dan Along (Additional Vocals). Sebeblum gua melalut ada baeknya gua bagitau Mass Separation telah ditubuhkan sekitar 1996 dan untuk genre sebegini gua rasa mereka antara legend. Hahaha.

 Mass Separation - Feed Your Conscience (2004)

Tracklist :

Side A
1 -  No Police State
2 - The Kids
3 - I Demand
4 - Where's Your God Now
5 - Feed Your Conscience
6 - Narrow Minded Bastard

Side B
7 - Untitled
8 - Jolly  Green Giants
9 - Tomorrow
10 - Most Crew
11 - Opportunist Dog

Secara teknikalnya Feed Your Conscience adalah gabungan lagu2 yang mana track 1-6 diambil dari split 7" bersama band Kontrovers yang dikeluarkan oleh Putrid Filth Conspiracy. manakala track 7-11 diambil dari split 7" bersama Dregs of Humanity dan dikeluarkan oleh Nuclear Barbeque Records. Format kaset ini dikeluarkan oleh beberapa label seperti No Action Taken, Propamedia, Ungrateful Bastards, Voice Production Asia.

Grindcore sepenuhnya dengan total durasi kurang 15 minit dari 11 track bingit, kental dan padat memang adalah rencah dalam music Grindcore itu sendiri. Menariknya sound produksi yang terhasil adalah antara terbaek untuk ketika itu. Rakaman dilakukan adalah untuk split 7" yang dikeluarkan sekitar 2004.

 Perubahan line up agak kerap dan gua rasa line up terkini (refer pada facebook mereka) adalah Kid (Growls), Niesa13 (Shriek), Fahmi (Bass), Nuar (Guitars) dan Deck (Drums).

Beberapa material baru seperti demo dan split yang dihasilkan Mass Separation dari segi kualiti bunyi agak raw dan tidak seperti Feed Your Conscience atau satu lagi material yang gua minat iaitu Tak Mahu Lagi. Mass Separation masih lagi aktif dipentas2 gig dan menghasilkan demo2. So cekidaut.

Untuk mengenali Mass Separation, anda boleh lawati laman facebook mereka untuk segala update berkenaan material atau show2 yang mereka sertai. Laman myspace nampak macam x update. hahaha.. Kenali Mass Separation kerana pada gua mereka antara band awal bawahtanah yang menggegarkan dan masih bertahan sama seperti Negation walaupun melalui evolusi music sepanjang penglibatan mereka dalam kancah Grindcore sejagat. Ohh tetiba gua teringat Parkinson. Lain kali gua cuba review Parkinson pulak..

Facebook
Myspace

Interview : Senjakala (Brunei)

Sebagai mukadimah, Senjakala adalah sebuah band beraliran Metal yang berasal dari negara Brunei Darussalam. Ditubuhkan sekitar 1999 dan melalui beberapa fasa termasuk perubahan line up, juga tertubuhnya band2 lain oleh line up nya sebelum mereka kembali bersatu semula dibawah nama asal iaitu Senjakala. Pada 1 may 2016, Senjakala telah menghangatkan pentas temasya KL Metalcamp 2016 dan terdetik dari situ gua cuba selongkar sedikit berkenaan band ini sehingga mendapatkan beberapa stuff dari band ini. Dan kami di Dissecting the Euphony merasakan Senjakala juga antara band serius yang perlu diketengahkan dan dipromot untuk pengetahuan anda pembaca2 penulisan kami di sini. Ok, disini kami sediakan satu sesi temubual antara kami dengan Senjakala. Luangkan sedikit masa dan support mereka...


1 - Assalamualaikum dan salam sejahtera Senjakala.. Boleh kami tahu siapa yang menjawap soalan2 temubual ini?
Walaikumsalam .. saya, mawie, yang menjawap soalan soalan temubual ini.


2 - Boleh perkenalkan line up terkini Senjakala?
Line up sekarang adalah Sam Siren (vocals), Mawie (guitar rhythm), Yus (Guitar utama), Nami(bass) dan Adi (drums)..
Dalam line up ni anggota yang paling awal menyertai Senjakala adalah Yus (2002), di ikuti dengan Sam (2003) lepas tu Adi (2003) dan yang terakhir adalah Nami (2004).

3 - Jika dilihat jauh dan perit juga perjalanan Senjakala dari bermula sehingga ke saat ini. Perubahan line up antara perkara yang pasti dalam beberapa fasa peringkat perjalanan muzik Senjakala. Bagaimana dengan line up yang tidak lagi bersama Senjakala sekarang ini? Adakah masih aktif bermuzik atau sebaliknya?
Lineup ini adalah lineup yang sama dari tahun 2004. Dari tahun Senjakala tahun 1999 sehingga 2003 barisan anggota band tidak stabil dengan pertukaran anggota yang kerap. Saya kurang mengikuti atau mengetahui perkembangan mereka dalam dunia muzik mereka.

4 - Perit getir perjalanan Senjakala dari 1999 juga telah menghasilkan beberapa buah band yang berada dalam lingkungan Senjakala itu sendiri. Secara teknikalnya apa yang membezakan Senjakala, Karacoma dan Reverence?
Satu soalan yang susah nak di jawab.
Ada orang kata Karacoma adalah Senjakala tetapi dengan lead guitarist yang berlainan tetapi mungkin itu benar kerana saya, Sam dan Adi dalam band itu anggota anggota utama yang terlibat dalam penciptaan lagu lagu… Pada masa itu saya boleh teruskan nama dengan nama Senjakala tetapi mungkin saya tak selasa kerana Yus mensponsor recording album kat Singapore. Because of that I have too much respect for Yus so I decide to carry on with a different band name and I realize that we have to start dari bawah semula dan alhamdulilah..


Karacoma - Paranoia

Nami keluar dari Karacoma dalam 2006 kerana tak dapat menumpuh masa sepenuhnya. Saya jemput seorang bassist yang bernama Wayne yang juga pernah menganggotai Senjakala 2002-2003 tetapi perkhidmatan nya di tamat kan atas sebab tertentu selepas gig di mana Senjakala menjadi pembukaan band untuk Wing 2003. Mungkin saya rasa guilty itu sebab saya jemput dia semula.

Karacoma - December Snow

Saya tubuhkan Karacoma pada tahun 2006 kerana perselisihan kreativiti dan perbedaan pendapat dengan seorang anggota semasa pembikinan album penuh Senjakala. Album yang dalam pembikinan tu tidak menepati apa yang saya visi kan pada masa tu dan oleh sebab saya rasa kurang senang hati lalu saya tubuhkan Karacoma. Tetapi sekarang bila saya dengar balik album yang di rakam dalam persekitaran 2004-2006 saya sedar sound dia ok tetapi mungkin pada masa tu bukan nya apa yang saya kehendak. Those recording capture a moment of time in everyone life. Pada 2010 saya bersara dari dunia music.

Tahun 2013 anggota Senjakala bersetuju untuk bergabung semula untuk di satu gig sahaja iaitu Konsert D Selatan, Johor tetapi semasa latihan berapa lagu tercipta dan lineup Senjakala masih bersatu ke hari ini mungkin untuk selesaikan satu lagi album.. Masa tu juga perselisihan saya dengan Yus telah reda.

Reverence - Permainan Dunia

5 - Bagaimana pula sebenarnya terhasilnya Reverence?
Pada masa tu dalam persekitaran 2006 ke 2010 saya putus hubungan dengan Yusri lalu dia melancarkan project Reverence dia dengan Adi dan merakamkan sebuah lagu bertajuk Permainan Dunia. Semua lagu di ciptakan oleh Yusri dan dia juga bermain bass dan guitar untuk recording tu.

6 - Dimanakah kedudukan Senjakala jika dihitung dari segi konsep muziknya? Adakah berada dalam lingkungan Heavy Metal? Melodic Metal? Gothic Metal? Mungkin Senjakala boleh definisikan secara lebih detail?
Itu satu soalan susah nak di jawab. Kami biarkan pendengar menilai apakah genre kami tapi ia tetap metal. Ramai orang yang mengatakan kami Gothic mungkin kerana vocalist kami adalah seorang wanita.. tetapi apakah Gothic sebenar nya? Adakah ia satu image? Tetapi kami tak pernah menampilkan image Gothic secara berkumpulan..  adakah ia satu genre muzik? Sisters of Mercy/The Mission/Fields of Nephilim juga di masukkan dalam category Gothic .. adakah Nightwish atau Lacuna Coil atau The Gathering yang di kategori kan dalam Gothic Metal tapi mereka sendiri tak pernah mengaku.. begitu juga dengan kumpulan Sentenced, Therion, Moonspell dan banyak lagi ..
mungkin memberi kategori Gothic adalah cara mudah untuk mendefinisikan kami oleh organiser organiser dan senang untuk dapatkan perhatian orang di luar..

7 - Kami pasti Metallica dan Iron Maiden antara pengaruh utama bagi line up Senjakala. Selain dua band tersohor tersebut apa lagi band2 yang mempengaruhi penciptaan lagu2 Senjakala?
Saya lebih terpengaruh dan lebih meminati music dalam album album yang di riliskan oleh band yang tersebut daripada band tu sendiri.

Album-album metal standard seperti Iron Maiden (album pertama sehingga Seventh Son), Slayer (album Show No Mercy hingga Seasons in the Abyss) dan Metallica (Kill sehingga Justice), .. album metal yang mungkin menpengaruh terbesar adalah Amorphis (Karelian Isthmus/Tales from Thousand Lakes), Sentenced (Amok/Cold White Light) dan In Flames (Jester Race/Whoracle/Colony).
Album-album yang lain seperti Paradise Lost(Gothic/Draconian Times), Therion(Lepaca Klifforth/Theli), Tiamat (Wildhoney/A Deeper Kind of Slumber), Moonspell (Wolfheart), Samael (Ceremony of the Opposite), At the Gates (Slaughter of Souls), Morbid Angel (Blessed are the Sick), Dissection (Storm of the Lights Bane), Nightwish (semua album nya bersama Tarja), Helloween (semua album bersama Kai Hansen), King Diamond (Abigail), Mercyful Fate (Melissa), Judas Priest (Painkiller), Carcass (album zaman Mikel Amott dan Swansong) , Sisters of Mercy (First, Last and Always) dan macam macam lagi.

The album you listen to when you are growing up will become apart of you..

Songwriting inspiration for me is always based on events that happen in life.. I express it in the form of music.. lepas tu saya akan menyusun segala idea tu bersama Adi atau bersama the band. Setelah selesai segala susunan then kami akan memberi music kepada Sam untuk dia mencipta vocal melody dan lyrics... The interesting thing is Sam does not come from a metal background and thats what make the band unique because the vocal melody is different. Ada juga masa Sam akan memberi kan idea dalam versi vocal melody dan acoustic dan kami akan susun semula dan tambah di mana yang patut..

8 - Kenapa tiada penambahan permanent line up untuk posisi keyboardist dalam Senjakala?
Keyboardist adalah hanya di gunakan jika di perlukan ketika membuat rakaman untuk menambah dimensi kepada music... 99% music kami tidak menggunakan keyboard kalau kami menambah keyboardist permanent dia nak bikin apa pada part yang tidak ada keyboard bila beraksi live..
Part-part keyboard ketika rakaman boleh di gantikan dengan guitar semasa live.

Senjakala - Trapped Like a Butterfly

9 - Trapped Like a Butterfly dan Withered Love antara track yang tidak terkandung didalam Rise Above All (2004). Bila kedua2 track ini dihasilkan?
Trapped Like a Butterfly dan Withered Love antara track yang tidak terkandung didalam Rise Above All (2004). Bila kedua2 track ini dihasilkan? Trapped dan Withered dirakam di antara akhir tahun 2004 ke 2006 di TNT Studio Singapore.. Muzik-muzik yang terkandung dalam Rise Above All EP (2004) di cipta sebelum Sam menyertai Senjakala dan bila dia menyertai Senjakala pada tahun 2003 dia memberikan nyawa baru dengan mencipta vokal melody dan lyric untuk lagu lagu tersebut iaitu Darkness Fall, Sanctuary dan Rise Above All..

10 - Bagaimana pergerakan scene muzik bawah tanah di Brunei? Setakat ini saya hanya ada mengetahui beberapa band seperti Wartillery, Noiratasya dan Hebiimetaru selain Senjakala dan Karacoma. Mungkin ada band2 Brunei yang berpotensi yang anda rasa perlu di highlight untuk pengetahuan pembaca?
Nama-nama band yang kamu sebut saya pernah berjumpa dengan anggota Wartillery tapi tak begitu rapat.. Noiratasya? Saya kenal dengan Azlan dari zaman saya sertai kumpulan Charon dulu.. dia sekarang juga bergabung dengan Izard Draconeon dalam kumpulan Shadows Mirth.. Hebiimetaru saya kenal kerana mereka anak buah Jaz guitarist Karacoma.. saya dan kawan saya Dinny pernah merakamkan dan menerbitkan single pertama mereka iaitu Black Heart.. Dinny adalah seorang bassist untuk kumpulan Wan Long Kok dan itulah band asal Adi.

Saya tidak berapa mengikuti scene yang ada masa ni so saya kurang pasti dengan apa ada sekarang tapi kalau kamu tanya pasal band band underground yang lama Brunei seperti Funerality, Tombcrusher, Sapro Soul, Dark Lord, Rust Sakaraz, Phantom Lord, Charon,...

Satu kumpulan yang saya minati adalah Draconeon dan saya berterima kasih kepada guitarist dia Izard kerana memberi peluang satu ketika untuk menyertai kumpulan Charon walaupun saya tak berapa mahir bermain guitar dan dari situ saya pelajari dari dia.. saya pernah menjadi guitarist sessionist untuk Draconeon untuk satu gig dan berapa sessi jamming pada tahun 2013.

11 - Bagaimana sambutan penonton, pembeli (CD atau merch) untuk muzik bergenre Metal di Brunei?
Nak dapatkan merch dan cd metal kat brunei sukar nak mendapatkan dari kedai kedai kat sini.. kena pergi keluar negeri membeli.. nak import cd atau merch yang extreme metal pun susah kerana semua media percetakan yang di import dari luar negeri akan di periksa di post office oleh agency agency tertentu..

12 - Soalan berkenaan teknologi rakaman di Brunei. Dari segi kos rakaman adakah di Brunei kadar sewaan studio nya lebih mahal dari Malaysia atau sebaliknya?
Satu soalan yang susah nak di jawab kerana kami belum pernah rakam kat Malaysia so kos nya saya kurang pasti .. biasa nya kalau di Brunei saya akan rakam di studio kawan atau zaman Karacoma di home studio sendiri yang simple aje.. sekarang home studio saya dah takde..

13 - Setakat ini selain Malaysia, adakah Senjakala pernah mengadakan persembahan luar dari Brunei?
Pernah kat Singapura.. Insya Allah mungkin Indonesia pada masa akan datang...

14 - Sehingga ke saat ini adakah Senjakala telah menandatangani kontrak bersama mana2 syarikat rakaman di Brunei?
Untuk Rise Above All EP pada tahun 2004 di edarkan oleh sebuah syarikat tempatan tapi untuk EP tu sahaja..Di Brunei saya pun kurang pasti kalau sekarang ada syarikat rakaman kerana saya tak berapa mengikuti perkembangan dunia hiburan kat sini.. Macam tak ada juga… Kalau mungkin saya tak pernah mengetahui.

15 - Jika dilamar label besar antarabangsa, adakah Senjakala bersedia menjadi resident artis mereka disamping menjadi profesional musician dan tour mengelilingi dunia?
Susah nak di bayangkan tu.. jawapan dia adalah "kalau di lamar"... nak jadi mat jenin sebentar bro hehehe. Kami bersyukur dapat peluang bermain gig di Malaysia dan melihat scene kat sini yang begitu maju dan supportive.. apatah lagi jika di berikan peluang untuk pergi lagi jauh adalah satu impian bagi mana mana band….

16 - Sam Siren, saya mendengar lagu2 yang anda nyanyikan dan melodi2 vocal yang dihasilkan agak menarik untuk diperkatakan. Adakah anda punya pendidikan formal dalam bidang nyanyian?
Sam Siren: Short course in classical  and jazz vocals, other than that self taught.

Mawie: Dia juga mempunyai kebolehan bermain guitar dan piano. The interesting thing is Sam does not come from a metal background and thats what make the band unique because the vocal melody is different.. Saya sentiasa kagum bila Sam mencipta vocal melody untuk muzik yang di sediakan kerana ia luar jangakaan.

Sam Siren: influence Sam adalah Nina Simone, Skunk Anansie, Bjork and currently Kadebostany

17 - Equipment yang digunakan oleh setiap anggota Senjakala untuk persembahan pentas dan rakaman?
Biasanya untuk persembahan pentas kami akan menggunakan amplifier dan drumset yang disediakan oleh organiser gig.. we want to travel as light as possible especially overseas because of baggage weight limit.

Sam- Mic Shure 55SH
Yus - Ibanez S series Prestige dan effect adalah Boss NS2, Boss Delay DD5, Sansamp GT2, Marshall Chorus dan Ibanez Tubescreamer
Nami - Warwick Corvette double buck
Mawie - Gibson Les Paul standard dan effect adalah Suhr Riot, Air Chaos Drive, Samsamp Blonde, Boss NS2 dan EHX Memory Toy.

Untuk rakaman kami akan gunakan apa yang di sediakan oleh studio rakaman.. kami tak cerewet dengan equipment asal bunyi dia ok dan clear dah cukup untuk kami..

18 - Terkini pasti Senjakala sedang dalam rangka rakaman album terbaru. Mungkin boleh berkongsi sedikit maklumat berkenaan album baru ini nanti?
Sekarang masih dalam rakaman.. kami sempat memainkan 2 lagu baru iaitu Freakshow dan Lucid Lunacy ketika gig KL Metalcamp.. drumtrack untuk 7 lagu telah di rakaman di TNT Studio Singapore.. mungkin satu lagu nak di drop dan tambah berapa lagu lagi untuk album ni yang mungkin agak berlainan sikit..

Album ni lain daripada apa yang saya pernah buat tetapi ia Senjakala.. we have slow doom, mid tempo, fast and i think we need to add faster songs to the album..

Saya percaya Sam dan Yus juga nak memasukkan lagu mereka tersendiri di album ni juga

19 - Untuk rakaman album terbaru, adakah Senjakala akan menggunakan khidmat engineer luar negara seperti yang dilakukan ketika proses rakaman Karacoma dahulu?
Untuk rakaman drums kami menggunakan Wong Ah Boy (TNT Studios) Singapore.. begitu juga nanti re-amping guitar dan bass.. termasuk mixing dan mastering di lakukan oleh Wong Ah Boy..
Vocal akan di terbitkan oleh Sahrin Icon seorang producer tempatan yang pernah menerbitkan Rise Above All EP dan penerbitan vocal untuk Shattered Mirrors..

20 - Difahamkan kompilasi "Wrath of the Crimson Empress" telah dikeluarkan yang merupakan beberapa siri lagu2 dari Senjakala, Karacoma dan Reverence. Bagaimana untuk mendapatkan CD kompilasi tersebut?
CD tersebut akan di edarkan oleh Mamat Record.. versi CD Mamat Records ni agak berlainan daripada yang di keluarkan ketika KL Metalcamp.. Versi Mamat Records mengandungi dua lagu iaitu lagu 6 Feet Under dan Soulless diberikan nafas yang vocal nya di rakam semula . Rakaman vocal itu di rakam oleh seorang engineer tempatan Brunei yang bernama Fadzil di studio nya tersendiri 537 Studio.

21 - Ok, mungkin ada kata2 terakhir dari Senjakala kepada pembaca2 sesi temubual ini?
Thanks to everyone that supported us.. especially di Malaysia yang memberi kami sambutan yang baik.. dan for those who have never heard of Senjakala please check the songs posted on youtube.. dan kepada yang nak mencari CD Senjakala sila hubungi Mamat Records.. Album yang seterus nya tidak akan mengecewakan.. see you all at the next gig.. Malaysia, Indonesia…

Thanks again to dissecting the euphony

TERIMA KASIH
http://dissectingtheeuphony.blogspot.my/

Gig Report: An Evening with Eluveitie: Live in Singapore 2016

"Pengalaman muzik live yang magical”

Review DtE untuk Eluveitie live di Singapura hanya mengandungi sebaris ayat:

ELUVEITIE FUCKING RULES. Sekian, tamat.


Okey, taklah. Tapi kalau nak simpulkan, memang ayat di atas dah cukup.


Amaran: Review yang panjang di bawah. Jika anda tidak gemarkan membaca teks yang panjang, adalah dicadangkan untuk anda terus ke FB kami untuk melihat koleksi foto live Eluveitie.

Khabar angin kedatangan Raja Folk Metal ini tiba tidak lama selepas persembahan Nightwish di Singapura berakhir dengan hint oleh Impact Live dalam bentuk undi di page mereka. Pengumuman rasmi dibuat sekitar Februari menamatkan segala khabar angin dan mengesahkan kehadiran Eluveitie di rantau Asia Tenggara pada 24 Mei 2016 dengan persembahan selama 2 jam dengan sesi akustik.

Tidak seperti tour Nightwish ke Singapura sebelum ini, konsert Eluveitie dikejutkan dengan beberapa berita kurang enak. Pertama sekali, tour ke China (yang berlangsung beberapa hari sebelum Singapura) telah dibatalkan di atas kegagalan promoter mendapatkan visa sebelum konsert berlangsung. Yang kedua dan paling menyedihkan, Ivo, Anna dan Merlin mengumumkan pengunduran mereka dari Eluveitie dan tour Asia adalah antara show terakhir mereka. Berita ini menjadikan tour Singapura adalah sesuatu yang mesti ditonton sebelum trio ini meninggalkan Eluveitie.

An Evening with Eluveitie merupakan format terbaharu show oleh Eluveitie semenjak awal 2016 yang membahagikan set mereka kepada dua: metal dan akustik. Pada saya ia merupakan deal yang menarik terutama kepada negara yang mereka tidak pernah singgah. Singapura merupakan persinggahan sulung mereka di rantau Asia Tenggara dan sememangnya dinantikan.

Team kami tiba di venue sekitar 6.30 petang dan sesi meet and greet masih berjalan di dalam venue. Namun press telah dibenarkan masuk dan kami sempat menyaksikan sesi meet and greet hampir tamat. Pemegang tiket VIP sangat bertuah! Bukan sahaja mereka berpeluang bertemu Eluvetie, malah telah dihidangkan dengan persembahan akustik! Kami mendapati meja merchandise telah mula dibuka di dalam venue (dan sepatutnya dibawa keluar kemudian). Kami sedikit kecewa kerana CD telah habis dijual! Yang tinggal hanya t-shirt tour, vinyl Origins dan poster. Bingung juga, takkan pemegang tiket VIP sapu licin semua CD? Nasib baik sempat rembat t-shirt tour sehelai, eloklah daripada gigit jari balik Malaysia tak dapat apa-apa :(


An Evening with Eluveitie di Singapura dibuka dengan King, sebuah single daripada album Origins. Seluruh isi venue jelas nampak teruja tetapi masih belum cukup panas, tambahan pula dengan starstruck melihat band kegemaran mereka akhirnya tampil bermain di depan mata. Memang phenomenal! Paduan muzik death metal Gothenburg dan instrument folk memang menjadi dan seimbang sewaktu live.

Nil terus menyusul sejurus King tamat. Saya sempat menjeling-jeling ke crowd (saya berada di front stage), semuanya nampak teruja; antara nak headbang, bertepuk tangan atau tersengih lebar melihat band pujaan mereka ada di depan mata! Dan sedikit lucu juga, bayangkan jika mat metal regular melihat peminat folk metal menikmati show Eluveitie, pasti terpinga-pinga. Macam, wah mereka semua ni berpusing-pusing buat circle pit sewaktu solo folk instrument, is that even possible in metal?

Kegemaran ramai, Thousandfold menerpa tanpa bertangguh-tangguh. Elemen folk yang kuat buat semua orang semakin tak dapat menahan diri daripada menari. Saya nampak sekumpulan peminat tegar dah mula menari-nari. Memang lagu ni buat semua semakin panas! Matteo Sisti (dari band folk metal Itali, Krampus) kelihatan tenang mengendalikan bagpipe dan flutes, ada kalanya chill berdekatan stage dram sambil hayun badan santai. Saya berdiri berdekatan Ivo Henzi, yang asyik dengan permainannya malam ini, namun sedikit sayu kerana ini adalah penampilan pertama dan terakhirnya di Singapura. Shir-Ran Yinon mengingatkan saya kepada Meri Tardic (we miss you!), kental dan takde kontrol ayu. Merlin Sutter garang di belakang kit dram dengan rambut yang dipotong pendek. Chrigel, seperti disaksikan di mana-mana video di Youtube, sarat dengan pipe pelbagai jenis dan mandola. Anna dengan customized hurdy-gurdy berlogo Eluveitie cukup bersemangat malam itu. Rafael Salzmann berada di hujung pentas, tenang bersama bassist (saya tak pasti Kay Brem bermain dengan mereka di Singapura atau stand in bassist).


Antara lagu yang saya sangat tunggu-tunggu untuk mereka mainkan adalah AnDro. Lagu tarian tradisional Breton ini adalah antara kegemaran saya daripada album Spirit. “Singapore, let me see your folk dance!” kata Chrigel sebelum lagu bermula. Keadaan memang dah hangat sewaktu tu, dan saya mengharapkan ramai-ramai buat Breton dance mengelilingi venue, tapi jadi circle pit pulak! Bolehlah tu, memang sangat enjoy walaupun versi tarian folk Singapura tunggang-terbalik! Chrigel hanya tergelak dan menyatakan ‘Singaporean folk dance’ sesuatu yang dia sendiri tak jangka.

Anna merupakan line-up Eluveitie yang mempunyai ramai admirer, jadi apabila beliau mengambil alih pentas untuk Slania’s Song, we all know we’re in for a good treat! Vokal yang memukau dan mood lagu yang meruntun memanggil penonton untuk menyanyikan sekali lagu ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengelilingi sekitar dewan. Ada sepasang suami isteri warga emas yang turun hadir dan nampak begitu khusyuk sekali. Persembahan Eluveitie di sini menarik folkbros & sisters dari negara-negara berhampiran untuk hadir, ada yang ditemui menyatakan beliau datang dari Bangladesh untuk menyaksikan mereka! Nasib beliau baik kerana persembahan sulung Eluveitie di Dhaka kemudian telah dibatalkan.


The Call of the Mountains menyusul kemudian, tetapi dalam versi bahasa Jerman (mereka berasal dari kawasan Swiss yang menggunakan bahasa Jerman) memandangkan ini penampilan sulung Eluveitie di Singapura, eloklah jika dipersembahkan single dari Origins ini dalam dialek mereka. Menawan, itu sahaja boleh dikatakan. Kebanyakan yang hadir mungkin lebih familiar dengan versi Inggeris, sambutan tetap hangat walaupun ramai terkucil nak sing along korus dalam bahasa Jerman, haha! Sampaikan ada penonton di hadapan saya melaung ‘Anna, ich liebe dich!’ (Anna, aku cintakan kamu!). Obses betul.

Masih meneruskan trek daripada Origins, From The Darkness merupakan lagu yang laju dalam versi studio dan lebih ribut apabila dibawakan live! Merlin kelihatan garang membedal kit sambil Chrigel mengalun pipe sambil duel dengan fiddle Shir-Ran Yinon. Susulan daripada duel folk instrument ini, hadirin kembali menjadi gila dan membentuk circle pit di tengah-tengah venue. Ya, circle pit sewaktu folk instrument solo, confirm tak dapat tengok dekat mana-mana show selain folk metal!


Circle pit masih berterusan apabila masuk lagu Carry the Torch. Nampaknya hadirin memang dah betul-betul panas, saya menjangkakan akan ada wall of death. Malah saya sempat nampak seorang dua yang berlari mengibarkan bendera Malaysia sewaktu circle pit semakin laju berpusing! Padahal takde pun laju mana lagu Carry the Torch, malah lebih macam balada folk/death metal. Shir-Ran Yanon memang nampak bekerja keras malam ni.

Saya memasang harapan mereka akan memainkan Your Gaulish War memandangkan situasi adalah sangat mosh inducing. Maaf, tak dimainkan pun, sebaliknya Tegernako yang dialunkan. Pada saya, semua material Spirit adalah terbaik dan brutal (berbanding album pasca-Spirit yang lebih mesra telinga). Blast beat di pertengahan lagu menjadikan seisi venue menjadi-jadi. Circle pit yang tadi sedang-sedang saja kini menjadi super violent dengan menyaksikan beberapa penonton terjatuh (tetapi dibantu bangun kembali) dan beberapa telefon pintar berterbangan ke atas lantai. Saya dah agak material Spirit adalah anthem sebenar folk metal: brutal tanpa kompromi tetapi seimbang dengan elemen folk.


Belum habis lelah daripada Tegernako, Chrigel dan kuncu-kuncu membelasah pula Kingdom Come Undone dengan intro dram yang meliar. Bagaikan disuap tenaga yang meluap-luap, semua bagaikan hilang kawalan. Kalau tak circle pit, ada  yang menghayun kepala bagai nak tercabut. Eluveitie di atas pentas pun tak kurang gila berkenduri dengan lagu berintensiti tinggi ini. Chrigel nampak mula kepenatan tapi berdasarkan apa dilihat, sekejap-kejap bermain pipe, mandola dan menjerit-jerit, sebenarnya agak mengagumkan untuk beliau mempunyai stamina seperti yang tak putus-putus.

Pentas digelapkan dengan hanya lampu merah disorotkan ke backdrop. Scorched Earth dimainkan dengan Anna mengalunkan suara bak funeral dirge diiringi Matteo Sisti. Suasana yang somber ini merupakan prelude kepada sesi akustik yang menyusul sejurus itu. Lepas dah penat hayun kepala, tibalah masa untuk santai melayan lagu-lagu dari Evocation I. Pentas diterangkan, dan Brictom dimainkan. Crowd beransur-ansur berhenti circle pit dan beramai-ramai pula menepuk tangan dan menghayun badan mengikut rentak. Anna tersenyum manis menyanyi dalam bahasa purba Gaul sambil bermain hurdy gurdy. Chrigel dan Matteo tetap focus dengan instrument masing-masing dan Cauldron of Renascence menyusuli.


Semenjak tour An Evening with Eluveitie dijalankan, desas-desus mengenai album akustik susulan kepada Evocation I: The Arcane Dominion semakin bertiup kencang. Tambahan pula semakin banyak video di Youtube yang memaparkan sebuah lagu baru didakwa bakal dimuatkan dalam Evocation II yang bertajuk Grannus. Hadirin di Singapura turut berpeluang menikmati lagu ini dibawakan secara live. Grannus pada bahagian permulaan sangat menyerupai Slania’s Song sebelum bertukar rancak di pertengahan lagu laksana Irish jig bermoodkan pesta!


A Rose for Epona dibawakan dalam versi akustik. Ramai yang menyukai lagu ini yang nyata lebih mainstream dan appealing, tidak pastilah sebab faktor Anna Murphy atau… melodinya yang menyamai Bloodstain Child haha! Dan Omnos menutup sesi akustik dengan bersahaja.

Line-up Eluveitie kembali memenuhi stage untuk menghabiskan sisa setlist mereka. Jezaig merupakan antara lagu terawal mereka, dari EP Ven dan direkod semula untuk The Early Years. Kalau didengar versi Ven, memang berbunyi amatur. Pada malam ini, Jezaig berbunyi sungguh garang dan padat, petanda dalam hampir lebih sedekad Eluveitie telah cukup matang dari segi sound dan kemahiran. Melankolik dengan diketuai tiupan pipe dan gesekan fiddle, Jezaig menyemarakkan mood yang somber.

Ah Luxtos! Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan apabila ia berkumandang. Mempunyai feel dan mood yang hampir serupa Uis Elveti (yang malangnya tidak dibawakan pada malam itu). Lagu yang cukup bersemangat ini menaikkan kembali mood hadirin untuk berdansa dan bertepuk tangan! Saya berada di belakang tersengih tak habis-habis.


Penonton masih belum nampak kepenatan apabila Neverland menyusul. Saya kurang faham kenapa lagu ini diselitkan dalam setlist mereka kerana ia tidaklah berapa strong. Nasib baik Siraxta terus menyusul selepas Neverland tamat! Trek daripada album Spirit ini chill saja sehinggalah ke ¾ bahagian lagu yang tiba-tiba sahaja menjadi pantas dengan blastbeat yang menggila. Memang puas hati! Sampai ada sorang mamat ni terduduk kat belakang tapi masih gagah menghayun tangan ke udara. Semangat betul.


The Siege membuat hadirin tunggang-terbalik dengan temponya yang brutal dan crushing. Bonus sekali dapat melihat Anna menyumbang scream vocal. Cukup nasty. Circle pit kembali berlegar pantas di belakang dan atmosfera laksana pesta! Mengakhiri set mereka malam itu adalah Havoc. Begitu indah melihat line-up Eluveitie asyik mengalunkan folk instruments di pertengahan lagu manakala hadirin semua barai dalam keriangan menikmati kugiran kegilaan mereka beraksi. Pentas digelapkan sebaik Havoc tamat, bererti An Evening with Eluveitie sudah menemui penamatnya. Jeritan ‘one more!’ bergema di *Scape oleh fanatik-fanatik Eluveitie yang masih belum puas.


Eluveitie kembali muncul ke pentas dan mengalunkan all-time favourite, Inis Mona sebagai encore dan disambut riuh. Kali ini nampak pula berterbangan tubuh (dan peluh) ke sana-sini membuat body surf. Belum dikira lagi yang sibuk headbang dan melayangkan penumbuk ke udara seolah mengatakan ‘this is it guys, lama dah kita tunggu diorang nak datang!’. Dan sedikit sayu, kerana seperti disebut tadi Anna, Ivo dan Merlin akan meninggalkan Eluveitie (sewaktu penulisan ini dibuat, replacement mereka telah pun diumumkan). Dan akhirnya An Evening with Eluveitie di Singapura melabuhkan tirainya dengan berjaya. Walaupun kedatangan penonton tidaklah padat memenuhi *Scape, ia tetap merupakan one hell of a folk metal show. Saya sangat berpuas hati dengan kualiti bunyi dan persembahan Eluveitie yang tip-top. Tiada kesilapan yang major (cuma sedikit terkucil oleh Merlin di beberapa lagu terawal), super tight dan garang termasuklah folk instruments. Sekalipun saya mengagak Eluveitie sedang menghadapi masalah dalaman, mereka tetap mengekalkan sikap profesional sebagai pemuzik. Tiada drama di pentas, tiada tantrum yang tak perlu.

Dissecting the Euphony meninggalkan *Scape dan pulang dengan perasaan bercampur-baur. Di satu sudut, kami berpuas hati dapat menonton band yang sangat ditunggu-tunggu untuk hadir ke rantau ini. Di satu sudut lain, memang terasa sedih dengan pemergian 3 orang line-up mereka dan pastinya selepas ini Eluveitie akan berubah. Nasib baik Chrigel masih ada! Terima kasih kerana sudi singgah ke rantau ini, Eluveitie. Penghargaan tidak terhingga kepada Colin Binns dan Impact Live yang menjemput Dissecting the Euphony membuat liputan An Evening with Eluveitie. Terima kasih juga kepada teman-teman Malaysia dan Singapura yang melayan team kami sewaktu di sana; Phenomistik, Eddy (Gegar Rock Pawana [RIP]), dan ramai lagi.


* Foto penuh boleh didapati di page Facebook Dissecting the Euphony. Klik SINI. Jangan lupa untuk LIKE!

VotW - I Am Noah - If Life Could Be The Answer

I Am Noah merupakan band Metalcore berasal dari Jerman. Jenisan Metalcore yang melodic dan sedikit progressive mengingatkan saya kepada August Burns Red, terutamanya di bahagian gitar. Malah I Am Noah juga sipi-sipi seperti band-band tempatan kita iaitu Young Thousands (circa zaman I, Revival) dan Massacre Conspiracy! Enjoy!


The Papas - Game Over (EP 2016)

Gua rasa perlu gua tulis pasal band ni. The Papas sebuah band punk dari Kajang, Selangor. Pertama kali gua dengar lagunya di youtube, persepsi pertama gua "alamakkk.. ini band betul2 rebel!!!" Hahaha.. Lantas gua pun beli lah kaset ni dari salah satu label yang mendistrokan nya. Game Over merupakan tajuk kepada EP ini.

 The Papas :
Izzy (Vocals), Soyok (Guitars), Kamal (Bass), Ayien (Drums)

Artwork oleh Yusth Attack

Tracklist :

1 - Justice For Fighter
2 - Friends
3 - Clever Boy
4 - Politicias
5 - Game Over Najib
6 - Psycho Punk

Game Over (EP 2016) melalui proses rakaman di Artrax Studio, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tidak dinyatakan siapa yang melakukan kerja2 teknikal rakaman.

Ok, durasi keseluruhan EP ini sekitar 16 minit lebih dan purata minit setiap track sekitar 2 setengah minit kecuali 2 lagu berdurasi 4 dan 3 minit lebih.


Perkara pertama yang perlu gua katakan, produk ini jelas sekali punya kekuatan attitude Punk itu sendiri. Rakaman yang amatur, tahap keseimbangan (ketika proses mixing) tidak diendahkan hingga kadangkala vocal menenggelamkan instruments lain. Seperkara lagi gua begitu minat dengan penyampaian vocal oleh Izzy. Hahahaha katakan tidak kepada vocal formal!!! ya itu lah yang beliau lakukan. Jeritan ikut suka (tapi masih dalam arrangement) yang tidak kena langsung "key vocal" tapi itulah Punk yang sebenar. Ketepikan semua yang formal. Hahaha ini adalah produk yang ikhlas dari The Papas.

Gua rasa mat punk yang rasa dirinya cukup punk haruslah ada produk dari The Papas ini. Ok, dapatkan copies anda melalui info yang disediakan dibawah flyers ini.


The Papas
Email
Facebook

Adaptif Records
Email

Tempang Records
Email
Facebook

Bullwhip Records
Email
Blogspot

Noisemongers Records
Email
Website

Hellexist / The Bollocks - Split EP (2016)

Hellexist dan The Bollocks merupakan dua nama yang aktif dalam persembahan pentas2 kecil dalam dan luar negara (Hellexist dah main kat Jepun) dan mereka antara band yang masih berpegang kepada etika Punk dan DIY. The Bollocks yang baru menghasilkan album berjudul Society Collapse nampak makin ligat dengan track2 baru disamping Hellexist yang kedengaran semakin berat sound yang dihasilkan melalui track2 didalam Split EP (2016) ini. Ok melalui split ini masing2 membawa dua buah lagu dan keluaran ini hanya boleh didapati dalam format kaset. Yeahhhh analog rulessss!!!!

 Hellexist / The Bollocks - Split EP (2016)

Hellexist
Jimbo (Vocals), Wak Terror (Guitar), Zam Machine (Guitar), Ajento (Drum),
Curbe (Bass)

1 - Genocide
2 - Breed 2

Kedua2 track melalui proses rakaman di Studio 46, Pasir Gudang sekitar Oktober 2015 sehingga Januari 2016. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Ajen Studio 46.



Gua tak tau apa gila nya Hellexist apabila Genocide dan Breed 2 kedengaran begitu berat dan tight sound produksinya. Chaotic crustcore mungkin perkataan paling sesuai digunakan apabila gegendang telinga gua diseksa dua track ini. Kejam, berat dan jitu! Pada anak muda yang baru nak dengar2 Metal boleh jadi akan kata Hellexist band Death Metal. Hahaha.. Ok, walau berat, elemen hardcore dan d-beat masih boleh dihidu terutama dari stroke drum mereka. Jika anda penggemar lagu2 pantas dan pendek Sepultura, gua rasa anda boleh hadam dua2 lagu Hellexist ini. Cuma temponya slow sikit saja. Hah begitulah hebatnya dua lagu ini.

The Bollocks
Adik (Vocals/Bass), Tom (Guitars/Vocals), Jun (Drums)

3 - All Its Said
4 - We Are The Victims

Kedua2 track The Bollocks melalui proses rakaman di Green House Studio, Kuala Lumpur sekitar Disember 2015 sehingga Januari 2016. Tom bertindak dalam proses mix dan mastering. Man Maggot (Goresluts) dan Zack (Electric Funeral) terlibat sebagai guest vocal untuk track All Its Said manakala Tom turut menyumbangkan suara latar untuk track kedua We Are The Victims.


 
Sama seperti Hellexist, gua anggap The Bollocks juga tak mahu kalah dan mempertaruhkan dua lagu baru yang cukup fast dan punya hook dan groove yang mengasyikkan. Riffing gitar straight forward hardcore yang sudah acah2 menjurus kearah Metal. Hentakan twin pedal lebih memberi feel seakan gua layan The Exploited pulak. All Its Said dan We Are The Victims gua anggap antara track paling kental seolah2 mereka cuba menjadi band Metal. Itulah komen gua selaku pendengar yang telinga gua ni banyak dijahanamkan oleh bunyi distortion dan paluan drum gila babi Metal dan Grindcore.

***********************************************************

Secara keseluruhan gua sangat berpuas hati dengan produk ini. Dua lagu sumbangan setiap band benar2 menggila malah gua yg mat metal ni pun boleh layan keempat empat track dalam split EP ini. Gua ingatkan Hellexist sahaja yg naek syeikh dengan dua track mereka, skali The Bollocks pun turut sama seakan melampias nafsu serakah dengan dua track baru dari mereka.

Seperkara lagi sound produksi lagu dari kedua2 band harus gua puji. Mungkin gua ada mis lagu2 Hellexist yg mana rilis dalam format vinyl, tapi untuk setakat ini gua rasa Genocide dan Breed 2 ini hasil rakamannya paling perfect! Hahaha.. The Bollocks juga tak kurang hebat. Kemahiran Tom yang profesion nya dalam kejuruteraan bunyi digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan sound rakaman yg jitu.

Segala urusan pembelian bolehlah berhubung dengan label2 terlibat seperti yang dinyatakan didalam flyers dibawah.


Kenali Hellexist dan The Bollocks melalui laman sesawang yang disediakan dibawah

Hellexist
Email
Facebook
Bandcamp

The Bollocks
Facebook
Myspace
Youtube