Gig Report: An Evening with Eluveitie: Live in Singapore 2016

"Pengalaman muzik live yang magical”

Review DtE untuk Eluveitie live di Singapura hanya mengandungi sebaris ayat:

ELUVEITIE FUCKING RULES. Sekian, tamat.


Okey, taklah. Tapi kalau nak simpulkan, memang ayat di atas dah cukup.


Amaran: Review yang panjang di bawah. Jika anda tidak gemarkan membaca teks yang panjang, adalah dicadangkan untuk anda terus ke FB kami untuk melihat koleksi foto live Eluveitie.

Khabar angin kedatangan Raja Folk Metal ini tiba tidak lama selepas persembahan Nightwish di Singapura berakhir dengan hint oleh Impact Live dalam bentuk undi di page mereka. Pengumuman rasmi dibuat sekitar Februari menamatkan segala khabar angin dan mengesahkan kehadiran Eluveitie di rantau Asia Tenggara pada 24 Mei 2016 dengan persembahan selama 2 jam dengan sesi akustik.

Tidak seperti tour Nightwish ke Singapura sebelum ini, konsert Eluveitie dikejutkan dengan beberapa berita kurang enak. Pertama sekali, tour ke China (yang berlangsung beberapa hari sebelum Singapura) telah dibatalkan di atas kegagalan promoter mendapatkan visa sebelum konsert berlangsung. Yang kedua dan paling menyedihkan, Ivo, Anna dan Merlin mengumumkan pengunduran mereka dari Eluveitie dan tour Asia adalah antara show terakhir mereka. Berita ini menjadikan tour Singapura adalah sesuatu yang mesti ditonton sebelum trio ini meninggalkan Eluveitie.

An Evening with Eluveitie merupakan format terbaharu show oleh Eluveitie semenjak awal 2016 yang membahagikan set mereka kepada dua: metal dan akustik. Pada saya ia merupakan deal yang menarik terutama kepada negara yang mereka tidak pernah singgah. Singapura merupakan persinggahan sulung mereka di rantau Asia Tenggara dan sememangnya dinantikan.

Team kami tiba di venue sekitar 6.30 petang dan sesi meet and greet masih berjalan di dalam venue. Namun press telah dibenarkan masuk dan kami sempat menyaksikan sesi meet and greet hampir tamat. Pemegang tiket VIP sangat bertuah! Bukan sahaja mereka berpeluang bertemu Eluvetie, malah telah dihidangkan dengan persembahan akustik! Kami mendapati meja merchandise telah mula dibuka di dalam venue (dan sepatutnya dibawa keluar kemudian). Kami sedikit kecewa kerana CD telah habis dijual! Yang tinggal hanya t-shirt tour, vinyl Origins dan poster. Bingung juga, takkan pemegang tiket VIP sapu licin semua CD? Nasib baik sempat rembat t-shirt tour sehelai, eloklah daripada gigit jari balik Malaysia tak dapat apa-apa :(


An Evening with Eluveitie di Singapura dibuka dengan King, sebuah single daripada album Origins. Seluruh isi venue jelas nampak teruja tetapi masih belum cukup panas, tambahan pula dengan starstruck melihat band kegemaran mereka akhirnya tampil bermain di depan mata. Memang phenomenal! Paduan muzik death metal Gothenburg dan instrument folk memang menjadi dan seimbang sewaktu live.

Nil terus menyusul sejurus King tamat. Saya sempat menjeling-jeling ke crowd (saya berada di front stage), semuanya nampak teruja; antara nak headbang, bertepuk tangan atau tersengih lebar melihat band pujaan mereka ada di depan mata! Dan sedikit lucu juga, bayangkan jika mat metal regular melihat peminat folk metal menikmati show Eluveitie, pasti terpinga-pinga. Macam, wah mereka semua ni berpusing-pusing buat circle pit sewaktu solo folk instrument, is that even possible in metal?

Kegemaran ramai, Thousandfold menerpa tanpa bertangguh-tangguh. Elemen folk yang kuat buat semua orang semakin tak dapat menahan diri daripada menari. Saya nampak sekumpulan peminat tegar dah mula menari-nari. Memang lagu ni buat semua semakin panas! Matteo Sisti (dari band folk metal Itali, Krampus) kelihatan tenang mengendalikan bagpipe dan flutes, ada kalanya chill berdekatan stage dram sambil hayun badan santai. Saya berdiri berdekatan Ivo Henzi, yang asyik dengan permainannya malam ini, namun sedikit sayu kerana ini adalah penampilan pertama dan terakhirnya di Singapura. Shir-Ran Yinon mengingatkan saya kepada Meri Tardic (we miss you!), kental dan takde kontrol ayu. Merlin Sutter garang di belakang kit dram dengan rambut yang dipotong pendek. Chrigel, seperti disaksikan di mana-mana video di Youtube, sarat dengan pipe pelbagai jenis dan mandola. Anna dengan customized hurdy-gurdy berlogo Eluveitie cukup bersemangat malam itu. Rafael Salzmann berada di hujung pentas, tenang bersama bassist (saya tak pasti Kay Brem bermain dengan mereka di Singapura atau stand in bassist).


Antara lagu yang saya sangat tunggu-tunggu untuk mereka mainkan adalah AnDro. Lagu tarian tradisional Breton ini adalah antara kegemaran saya daripada album Spirit. “Singapore, let me see your folk dance!” kata Chrigel sebelum lagu bermula. Keadaan memang dah hangat sewaktu tu, dan saya mengharapkan ramai-ramai buat Breton dance mengelilingi venue, tapi jadi circle pit pulak! Bolehlah tu, memang sangat enjoy walaupun versi tarian folk Singapura tunggang-terbalik! Chrigel hanya tergelak dan menyatakan ‘Singaporean folk dance’ sesuatu yang dia sendiri tak jangka.

Anna merupakan line-up Eluveitie yang mempunyai ramai admirer, jadi apabila beliau mengambil alih pentas untuk Slania’s Song, we all know we’re in for a good treat! Vokal yang memukau dan mood lagu yang meruntun memanggil penonton untuk menyanyikan sekali lagu ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengelilingi sekitar dewan. Ada sepasang suami isteri warga emas yang turun hadir dan nampak begitu khusyuk sekali. Persembahan Eluveitie di sini menarik folkbros & sisters dari negara-negara berhampiran untuk hadir, ada yang ditemui menyatakan beliau datang dari Bangladesh untuk menyaksikan mereka! Nasib beliau baik kerana persembahan sulung Eluveitie di Dhaka kemudian telah dibatalkan.


The Call of the Mountains menyusul kemudian, tetapi dalam versi bahasa Jerman (mereka berasal dari kawasan Swiss yang menggunakan bahasa Jerman) memandangkan ini penampilan sulung Eluveitie di Singapura, eloklah jika dipersembahkan single dari Origins ini dalam dialek mereka. Menawan, itu sahaja boleh dikatakan. Kebanyakan yang hadir mungkin lebih familiar dengan versi Inggeris, sambutan tetap hangat walaupun ramai terkucil nak sing along korus dalam bahasa Jerman, haha! Sampaikan ada penonton di hadapan saya melaung ‘Anna, ich liebe dich!’ (Anna, aku cintakan kamu!). Obses betul.

Masih meneruskan trek daripada Origins, From The Darkness merupakan lagu yang laju dalam versi studio dan lebih ribut apabila dibawakan live! Merlin kelihatan garang membedal kit sambil Chrigel mengalun pipe sambil duel dengan fiddle Shir-Ran Yinon. Susulan daripada duel folk instrument ini, hadirin kembali menjadi gila dan membentuk circle pit di tengah-tengah venue. Ya, circle pit sewaktu folk instrument solo, confirm tak dapat tengok dekat mana-mana show selain folk metal!


Circle pit masih berterusan apabila masuk lagu Carry the Torch. Nampaknya hadirin memang dah betul-betul panas, saya menjangkakan akan ada wall of death. Malah saya sempat nampak seorang dua yang berlari mengibarkan bendera Malaysia sewaktu circle pit semakin laju berpusing! Padahal takde pun laju mana lagu Carry the Torch, malah lebih macam balada folk/death metal. Shir-Ran Yanon memang nampak bekerja keras malam ni.

Saya memasang harapan mereka akan memainkan Your Gaulish War memandangkan situasi adalah sangat mosh inducing. Maaf, tak dimainkan pun, sebaliknya Tegernako yang dialunkan. Pada saya, semua material Spirit adalah terbaik dan brutal (berbanding album pasca-Spirit yang lebih mesra telinga). Blast beat di pertengahan lagu menjadikan seisi venue menjadi-jadi. Circle pit yang tadi sedang-sedang saja kini menjadi super violent dengan menyaksikan beberapa penonton terjatuh (tetapi dibantu bangun kembali) dan beberapa telefon pintar berterbangan ke atas lantai. Saya dah agak material Spirit adalah anthem sebenar folk metal: brutal tanpa kompromi tetapi seimbang dengan elemen folk.


Belum habis lelah daripada Tegernako, Chrigel dan kuncu-kuncu membelasah pula Kingdom Come Undone dengan intro dram yang meliar. Bagaikan disuap tenaga yang meluap-luap, semua bagaikan hilang kawalan. Kalau tak circle pit, ada  yang menghayun kepala bagai nak tercabut. Eluveitie di atas pentas pun tak kurang gila berkenduri dengan lagu berintensiti tinggi ini. Chrigel nampak mula kepenatan tapi berdasarkan apa dilihat, sekejap-kejap bermain pipe, mandola dan menjerit-jerit, sebenarnya agak mengagumkan untuk beliau mempunyai stamina seperti yang tak putus-putus.

Pentas digelapkan dengan hanya lampu merah disorotkan ke backdrop. Scorched Earth dimainkan dengan Anna mengalunkan suara bak funeral dirge diiringi Matteo Sisti. Suasana yang somber ini merupakan prelude kepada sesi akustik yang menyusul sejurus itu. Lepas dah penat hayun kepala, tibalah masa untuk santai melayan lagu-lagu dari Evocation I. Pentas diterangkan, dan Brictom dimainkan. Crowd beransur-ansur berhenti circle pit dan beramai-ramai pula menepuk tangan dan menghayun badan mengikut rentak. Anna tersenyum manis menyanyi dalam bahasa purba Gaul sambil bermain hurdy gurdy. Chrigel dan Matteo tetap focus dengan instrument masing-masing dan Cauldron of Renascence menyusuli.


Semenjak tour An Evening with Eluveitie dijalankan, desas-desus mengenai album akustik susulan kepada Evocation I: The Arcane Dominion semakin bertiup kencang. Tambahan pula semakin banyak video di Youtube yang memaparkan sebuah lagu baru didakwa bakal dimuatkan dalam Evocation II yang bertajuk Grannus. Hadirin di Singapura turut berpeluang menikmati lagu ini dibawakan secara live. Grannus pada bahagian permulaan sangat menyerupai Slania’s Song sebelum bertukar rancak di pertengahan lagu laksana Irish jig bermoodkan pesta!


A Rose for Epona dibawakan dalam versi akustik. Ramai yang menyukai lagu ini yang nyata lebih mainstream dan appealing, tidak pastilah sebab faktor Anna Murphy atau… melodinya yang menyamai Bloodstain Child haha! Dan Omnos menutup sesi akustik dengan bersahaja.

Line-up Eluveitie kembali memenuhi stage untuk menghabiskan sisa setlist mereka. Jezaig merupakan antara lagu terawal mereka, dari EP Ven dan direkod semula untuk The Early Years. Kalau didengar versi Ven, memang berbunyi amatur. Pada malam ini, Jezaig berbunyi sungguh garang dan padat, petanda dalam hampir lebih sedekad Eluveitie telah cukup matang dari segi sound dan kemahiran. Melankolik dengan diketuai tiupan pipe dan gesekan fiddle, Jezaig menyemarakkan mood yang somber.

Ah Luxtos! Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan apabila ia berkumandang. Mempunyai feel dan mood yang hampir serupa Uis Elveti (yang malangnya tidak dibawakan pada malam itu). Lagu yang cukup bersemangat ini menaikkan kembali mood hadirin untuk berdansa dan bertepuk tangan! Saya berada di belakang tersengih tak habis-habis.


Penonton masih belum nampak kepenatan apabila Neverland menyusul. Saya kurang faham kenapa lagu ini diselitkan dalam setlist mereka kerana ia tidaklah berapa strong. Nasib baik Siraxta terus menyusul selepas Neverland tamat! Trek daripada album Spirit ini chill saja sehinggalah ke ¾ bahagian lagu yang tiba-tiba sahaja menjadi pantas dengan blastbeat yang menggila. Memang puas hati! Sampai ada sorang mamat ni terduduk kat belakang tapi masih gagah menghayun tangan ke udara. Semangat betul.


The Siege membuat hadirin tunggang-terbalik dengan temponya yang brutal dan crushing. Bonus sekali dapat melihat Anna menyumbang scream vocal. Cukup nasty. Circle pit kembali berlegar pantas di belakang dan atmosfera laksana pesta! Mengakhiri set mereka malam itu adalah Havoc. Begitu indah melihat line-up Eluveitie asyik mengalunkan folk instruments di pertengahan lagu manakala hadirin semua barai dalam keriangan menikmati kugiran kegilaan mereka beraksi. Pentas digelapkan sebaik Havoc tamat, bererti An Evening with Eluveitie sudah menemui penamatnya. Jeritan ‘one more!’ bergema di *Scape oleh fanatik-fanatik Eluveitie yang masih belum puas.


Eluveitie kembali muncul ke pentas dan mengalunkan all-time favourite, Inis Mona sebagai encore dan disambut riuh. Kali ini nampak pula berterbangan tubuh (dan peluh) ke sana-sini membuat body surf. Belum dikira lagi yang sibuk headbang dan melayangkan penumbuk ke udara seolah mengatakan ‘this is it guys, lama dah kita tunggu diorang nak datang!’. Dan sedikit sayu, kerana seperti disebut tadi Anna, Ivo dan Merlin akan meninggalkan Eluveitie (sewaktu penulisan ini dibuat, replacement mereka telah pun diumumkan). Dan akhirnya An Evening with Eluveitie di Singapura melabuhkan tirainya dengan berjaya. Walaupun kedatangan penonton tidaklah padat memenuhi *Scape, ia tetap merupakan one hell of a folk metal show. Saya sangat berpuas hati dengan kualiti bunyi dan persembahan Eluveitie yang tip-top. Tiada kesilapan yang major (cuma sedikit terkucil oleh Merlin di beberapa lagu terawal), super tight dan garang termasuklah folk instruments. Sekalipun saya mengagak Eluveitie sedang menghadapi masalah dalaman, mereka tetap mengekalkan sikap profesional sebagai pemuzik. Tiada drama di pentas, tiada tantrum yang tak perlu.

Dissecting the Euphony meninggalkan *Scape dan pulang dengan perasaan bercampur-baur. Di satu sudut, kami berpuas hati dapat menonton band yang sangat ditunggu-tunggu untuk hadir ke rantau ini. Di satu sudut lain, memang terasa sedih dengan pemergian 3 orang line-up mereka dan pastinya selepas ini Eluveitie akan berubah. Nasib baik Chrigel masih ada! Terima kasih kerana sudi singgah ke rantau ini, Eluveitie. Penghargaan tidak terhingga kepada Colin Binns dan Impact Live yang menjemput Dissecting the Euphony membuat liputan An Evening with Eluveitie. Terima kasih juga kepada teman-teman Malaysia dan Singapura yang melayan team kami sewaktu di sana; Phenomistik, Eddy (Gegar Rock Pawana [RIP]), dan ramai lagi.


* Foto penuh boleh didapati di page Facebook Dissecting the Euphony. Klik SINI. Jangan lupa untuk LIKE!

0 feedbacks: