Karacoma - Shattered Mirrors (2010)

Bila gua tengok Senjakala di KL Metalcamp awal bulan 5 tu hari, gua rasa nak explore sikit band ni sebab sebelum ni gua cuma kenal beberapa band saja dari Brunei seperti Wartillery dan Noiratasya. Ok Karacoma ni adalah fasa kedua selepas berlaku sedikit perbezaan halatuju atau konsep dalam Senjakala manakala beberapa line up nya telah menubuhkan Karacoma. Tidak jauh beza dari konsep muzik asal Senjakala (gua refer pada demo 2004 Senjakala) gua tengok Karacoma tetap bagus dari segi idea penciptaan lagu dan paling best melodi vocal nya. Dua perkara ni bikin rasa "segar" sepanjang gua menghadam album bertajuk Shattered Mirrors yang lahir pada 2010 ini. Ok, bila dengar banyak2 kali gua rasa Karacoma membawa konsep Heavy Melodic Metal. Nak kata pengaruh Gothic Metal (sebab female vocal) gua rasa mungkin 5% saja kot. Haha ok jom gua review sikit album ni.

 Sam Siren - Vocals
Mawie Nightfall - Guitars
Jaz - Lead Guitar
Adi - Drums
Wayne - Bass

Layout dan design oleh Sam Siren & Wayne (SAYNE Design)

Tracklist :

1 - Threshold of Pain (Intro)
2 - Paranoia
3 - Breath
4 - Threshold of Pain
5 - I.K.T.S
6 - December Snow
7 - Bittersweet
8 - Fire Conspiracies
9 - Withered Love
10 - Empathy for Sorrow
11 - Anthem
12 - Scarlet Letter

Sepanjang gua membelek cover sleeve, gua tak jumpa studio rakaman album ini. Tapi bila gua gugel pasal band ni, gua dapat tahu album ini melalui proses rakaman di studio mereka sendiri. Info dari cover sleeve, dinyatakan proses mix dilakukan oleh Simon Efemey di Chapel Studio dan Marcel Legane merupakan engineer bagi proses adunan ini. Proses mastering dilakukan oleh Chris Fielding dan Simon Efemey di Foel Studio. Terdapat beberapa pemuzik tambahan yang terlibat dalam pembikinan album ini seperti Icon, Aimi Rosli dan Rick D'hask untuk bahagian keyboard (beberapa track sahaja) dan Yenz Leonhardt untuk track bass yang dirakam di Germany.

Jika diteliti, Shattered Mirrors boleh gua katakan antara album yang bagus walaupun idea melodic penggunaan progressive chords nya boleh dikitar2. namun yang menariknya Karacoma berjaya menghasilkan sesuatu yang "segar" untuk didengar. Mereka bijak menghasilkan dan mengolah idea2 melodic dengan melodi yang catchy dan sedap didengar. Paranoia antara track paling gerek dan December Snow boleh kira antara lagu yang sepatutnya boleh "menjual" nama Karacoma kerana ianya layak untuk keudara melalui corong2 radio.

Karacoma - December Snow

Gua boleh simpulkan juga music Karacoma ini adalah olahan melodi2 sedia ada dari progression chord yang biasa digunakan tetapi feel nya di olah dengan baek oleh Karacoma. Riffing yang persis Iron Maiden tetapi permainan di lajukan seakan In Flames sehingga menjurus kepada cara permainan band2 Melodic Death Metal walaupon masih dalam acuan Heavy Metal. Solo gitar adakala menggunakan wah2 dan ini mungkin juga pengaruh Metallica barangkali. Bass yang sedap tone nya dan drums yang seakan tidak mahu meninggalkan sebarang ruang kosong. Pembawaan vocal yang kemas dan melodi yang baik dari Sam Siren.

Karacoma - I.K.T.S (Official Music Video)

Gua kira bernasib baek lagi kerana masih dapat CD ni. Mungkin anda boleh tangkap CD ni dengan menghubungi mereka melalui facebook Senjakala. Ok, mungkin juga anda nak tau sikit pasal Karacoma boleh kira nya berkunjung ke laman facebook mereka (last update 2013 sebab mereka kembali bergabung didalam Senjakala) yang kami sediakan dipenghujung entry.

Dan untuk perkembangan terkini, Senjakala kembali dan menghasilkan sebuah material kompilasi yang dikeluarkan oleh Mamat Records (Malaysia) bertajuk Wrath of the Crimson Empress. Gua andaikan Senjakala akan kembali menghasilkan sesuatu selepas ini.



Karacoma
Myspace 

Exalter - Obituary for the Living (EP2016)

Exalter merupakan sebuah band beraliran Thrash Metal dari Dhaka, Bangladesh. Obituary for the Living merupakan EP kedua mereka selepas penghasilan Democrasodomy (EP 2015) iaitu tahun kedua selepas penubuhan Exalter sekitar 2013. Duo Tanim dan Afif masih kekal memangku posisi masing2 sebagai vocalist/guitarist dan drummer manakala sessionist digunakan untuk posisi bassist untuk rakaman dan live.

Tanim - Vocals/Guitar
Afif - Drums, Vocals
Ani - Bass 


Track list:

1 - Tortured Innocents
2 - Surrounded by Evil
3 - Sacrificial Immolation
4 - Nuclear Punishment
5 - Throat Cutters
6 - Thrash Resurgence
7 - White Phosphorus Shell

Jika diteliti, Obituary for the Living merupakan EP yang menampilkan 3 buah lagu baru (track 1,2 & 3) dan digabungkan dengan 4 track yang diambil dari EP pertama Democrasodomy (2015).

Exalter - Tortured Innocents

Obituary for the Living (EP2016) boleh gua anggap antara keluaran Thrash Metal yang bagus dari band yang sememangnya perlu diberi perhatian. EP ini gua andaikan punya "soul" Thrash Metal yang sebenar, setiap track terkandung memang benar2 menjadi. Gua ada juga melihat persembahan live Exalter di youtube dan ternyata mereka memang berbakat walaupun vibe live dari crowd agak statik pergerakkannya (kadangkala crowd lebih kepada sekadar melihat performing band dari melakukan moshing dan headbang).

Rakaman EP ini ternyata bagus dan jika diberi lebih peluang dan pendedahan, tak mustahil Exalter akan mendapat offer tour dalam temasya Thrash Metal dunia am nya. Pengaruh Slayer paling jelas dalam penyampaian lagu2 Exalter. Paling jelas lenggok penyampaian vocal oleh Tanim persis Tom Araya. Rata2 track didalam EP ini rancak dan sesuai dibawa untuk persembahan pentas. Gua rasa Exalter sudah berada pada tahap atau standard nya tersendiri untuk genre sebegini. Satu nama yang perlu diberi perhatian oleh Thrasher2 di luar sana.

Obituary for the Living (EP2016) boleh diperolehi dalam format CD dengan menghubungi band atau label mereka iaitu Transcending Obscurity Distribution melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini.

Exalter
Email
Facebook

Transcending Obscurity Distribution
Official Website
Email
Facebook

Wired Anxiety - The Delirium of Negation (EP 2016)

Bakat baru dari Bombay, India yang menggelarkan band mereka sebagai Wired Anxiety telah menghasilkan material terbaru The Delirium of Negation (EP2016). Dengan membawa genre Death Metal, band ini nampaknya begitu bersungguh untuk rilis ini. Bernaung di bawah panji Transcending Obscurity Distribution, EP kedua mengandungi 4 buah track ini agak mengejutkan gua dari segi permainan instrument, konsep serta sound produksi yang nyata agak membuatkan gua teruja. Mana x teruja kalau band dari scene yang kecil mampu menghasilkan impak yang besar?? Haha..

Sumeet Ninawe (Drums), Adwait Jadhav (Bass), Dheeraj Govindraju (Vocals), Noval Kotach (Guitars)

Artwork oleh Coki Greenway

Tracklist :

1 - Test Subject : Human
2 - Heavily Sedated
3 - Severe Comorbidity
4 - Focus 22

The Delirium of Negation (EP2016) melalui proses rakaman di Navaho Studio oleh Arcadi Navaho. Difahamkan selesai rakaman line up band ini telah ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Terperanjat beruk juga gua apabila track pertama Test Subject : Human menjengah. Betul kah ini band dari India? Hahaha ya memang betul. 4 anak muda dari Bombay ini ternyata menghasilkan music Death Metal yang energetic, brutal dan kental! Kelu sebentar bila mendengar track pertama ini. Death Metal mereka untuk track ini boleh disimpulkan ada pengaruh Gore dan Brutal Death serta sedikit Deathcore. Untuk track pertama ini gua boleh katakan Wired Anxiety sudah berada dalam standard mereka sendiri dalam scene music berat India.

Wired Anxiety - Heavily Sedated

Heavily Sedated juga tidak kurang hebatnya. Deruan twin pedal, tone bass yang crunchy dan riffing guitar nya boleh gua katakan sudah seakan Cannibal Corpse versi Bombay. Ini salah satu feberet track gua.

Track ketiga Severe Comorbidity masih dalam konsep dan feel yang sama seperti track terdahulu. Mungkin riffing gitar kali ini lebih pantas pertukaran chord nya. Bassist juga makin galak dengan teknik slapping nya. Keseluruhan track yang tetap kental.

Track terakhir Focus 22 awal2 lagi sudah menggila tanpa sebarang belas kasihan. Death Metal yang di blend bersama Deathcore dan Gore gua rasa antara acuan yang digunakan dalam komposisi track terakhir ini.

Sesuatu yang mengujakan apabila keempat2 track dari EP ini menerjah gegendang telinga gua. Sound produksi yang sudah mencapai tahap antarabangsa. Jika diberi dengar secara rambang boleh jadi gua akan katakan ini band USA. hahaha..

The Delirium of Negation (EP2016) dipasarkan pada 1/8/2016 oleh Transcending Obscurity Distribution. Gua tak pasti jika ada label tempatan membawa masuk CD ini dan bolehlah kiranya anda yang meminati atau ingin mencuba Death Metal kental dari India menghubungi label mereka melalui link2 yang kami sediakan di bawah.

Wired Anxiety
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Distribution
Email
Official Website
Facebook

Carnage Inc - Fury Incarnate (EP2016)

Carnage Inc merupakan antara nadi baru Thrash Metal dari Mumbai, India. Fury Incarnate (EP2016) merupakan buah tangan pertama mereka yang dikeluarkan untuk pasaran global di bawah Transcending Obscurity Distribution sebuah label yang juga dari Mumbai India. EP mengandungi 5 track ini akan mula dipasarkan pada 1/8/2016.

 Varun Panchal - Rhythm Guitar/Vocals
Navin Mudaliyar - Lead Guitar
Jason Dias - Bass/Backing vocals
Moinuddin Farooqui - Drums

 Carnage Inc - Fury Incarnate (EP2016)

Tracklist :

1 -  Dawn
2 - Defiled
3 - Fury Incarnate
4 - Day of Delirium
5 - Ungod

Perkara paling tak best bila dapat promo pack format digital ialah adakala informasi yang diberikan berkenaan sesuatu stuff tersebut tidak lengkap. Ok, tiada informasi berkaitan rakaman EP ini dijalankan. Hahaha..

Intro berjudul Dawn merupakan instrumental track yang hanya sedikit berdistortion pada beberapa bahagian lagu. Seakan tidak kena dengan konsep Thrash Metal bilamana permulaan album tiada ribut melanda. hahaha.. Ok kot mungkin ini track menaikkan semangat.

Carnage Inc - Defiled

Defiled bermula dengan sample bunyi laporan berita sepanjang 40 saat sebelum music sebenar Carnage Inc menyerang. Kreator!!! Itu perkara pertama terpancul di minda gua apabila distortion gitar dan hentakkan drum menggegarkan gegendang telinga. Ok, kena betul music dan cara penyampaian nyanyian Navin selaku vocalist utama Carnage Inc dengan music bawaan mereka.

Fury Incarnate ada sikit2 bunyi Slayer dan Anthrax dari segi cara penyampaian vocal. Kadangkala rasa macam berbunyi sedikit crossover ala Municipal Waste dan ending nya dah ada bau Death Metal. Track ini tetap agresif.

Day of Delirium bermula garang tanpa intro meleret. Sebuah track yang bagus dari segi komposisi nya ada tempo laju dan perlahan. Nampak setiap line up cuba memberi sesuatu yang terbaek untuk track ini.

Track terakhir Ungod gua anggap track pilihan gua untuk EP ini. Bermula dengan riffing yang cukup thrash dan attack drum yang mngasyikkan sebelum verse pertama bersama nyanyian Navin persis Tom Araya ternyata memang menjadi sekali. Track ini mengingatkan gua pada lagu G.H.U.A dr Slayer. Memang cukup perisa Thrash Metal nya sehingga kadangkala sedikit terlajak mencecah ke Death Metal. Track ini memang layan habis!!!

Jelas sekali sejak gua dengar beberapa digital promo pack dari Transcending Obscurity Distribution, rakaman dan sound produksi dari India sudah jauh advance ke hadapan. Ia nya sesuatu yang membanggakan untuk sebuah negara yang dimonopoli music Bollywood. Kualiti produk sebegini harus juga dijadikan penelitian kepada band tempatan kita untuk saingan sihat juga seakan satu cabaran kepada studio2 juga sound engineer kita di sini.

Ok, berbalik kepada EP ini jika anda penggemar Bay Area Thrash Metal, EP ini mungkin antara apa yang anda perlukan. Gua andaikan Exodus, Kreator, Slayer, Metallica adalah pengaruh utama band ini. Carnage Inc menyatakan music mereka adalah "50% Bay Area thrash, 25% Mumbai attitude, 20% rage and 5% alcohol”

Carnage Inc
Email
Facebook

Transcending Obscurity Distribution
Email
Official Website
Facebook

Angkara - Dogma (2016)

Angkara band dari Kulim, Kedah ini merupakan antara band beraliran d-beat yang agak aktif menghasilkan material. Kami di DtE pernah membuat review proper tape mereka bertajuk An Anger of Wars Distortion (2011). Setelah itu mereka terlibat dalam sebuah split 4 ways bertajuk Capitalist War Holocaust (2012) bersama Exkoriator (Singapore), Diskangkung (Johor) dan Geen Naam (Kuala Lumpur). Jika mengikut discography, selain demo awal mereka (Serangan Suara), Angkara turut menghasilkan demo bertajuk Violation pada 2014. Terkini Angkara telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Dogma (2016) dimana pada peringkat awal ianya dikeluarkan dalam format kaset dan kemudiannya format CD dikeluarkan oleh Broken Noise dengan kerjasama Green Peace Records, Disco346 dan Zuath Generation Distro.

Rizal (Vocals/Guitars), Aziman (Drums), Cerd (Bass)


Tracklist :

1 - Intro
2 - Alarm Violation
3 - Stop Feudal Democracy
4 - Back In Anger
5 - An Anger Of War
6 - Bomb
7 - Avoid
8 - Fuck Zion
9 - Dogma
10 - Provokasi
11 - Rationalization

Dogma (2016) melalui proses rakaman di Warehouz Studio, Seberang Perai Pulau Pinang. Memandangkan gua tau sikit pasal studio ni so gua rasa Gary Chin adalah sound engineer yang terlibat sepanjang rakaman ini.

Berdengung jugak telinga apabila layan full swing CD Dogma ini. Walaupun seawal intro sound sampling siren agak meleret seminit lebih tapi berbaloi bila mana 10 track yang terkandung memang tak henti2 semangat dan penuh kerancakkan. Rata2 adalah fast track yang berdurasi seminit sehingga 2 minit lebih. Discharge, Disclose dan band2 yang mula dengan "Dis" memang kena dan ada sipi2 dengan apa yang dihasilkan dalam Dogma ini. So itu gua rasa sah antara pengaruh Angkara dalam berkarya.

Ok, feberet track gua tak lain dan xbukan An Anger of War. Ini track memang kacip bila tiba2 tukar mood tapi masih rancak dan tenaga tu tak putus2 dari mula sampai habis.

Sound produksi boleh kira bagus dan overall sound masih dalam keadaan seimbang. Gua rasa ini rakaman paling bagus dari Angkara setakat ini. Bila dengar banyak2 kali dengan tahap kepekaan telinga yang cerewet, gua rasa Dogma masih boleh up lagi level nya untuk lebih meletup hasil akhirnya. Tapi ini sudah bagus sebenarnya untuk band yang membawa genre sebegini.

Sepanjang gua layan album ni, gua rasa ini antara keluaran rentak dbeat yang paling rancak untuk 2016. Terus menerus dengan lagu2 berentak kemarahan, power chord mudah dan basic drum untuk genre sebegini sudah cukup untuk menghasilkan sebuah album yang jitu dan boleh bernanah telinga jika dengar 24 jam hahaha.

Angkara - Live at Ipoh Blast Fest 2016

Ok, untuk mendapatkan Dogma untuk format awal iaitu kaset, sila hubungi Angkara sendiri melalui link2 yang kami sediakan dipenghujung entry, manakala untuk yang mahukan format CD sila tatapi flyers yang disediakan untuk menghubungi wakil2 jualan dari distro2 terlibat. Ok, ini produk sangat rancak. Sila tangkap sebelum ianya habis...



Angkara
Email
Facebook
Bandcamp

VotW: Harakiri for the Sky - My Bones to the Sea

Kaki Black Metal berpengaruh Post/Shoegaze pasti menggemari Harakiri for the Sky. Penuh beremosi dan borderline suicidal/ depression, saya menggemari guitarwork yang harsh tetapi bermelodik. Laungan vokalis ada traces Hardcore Punk dan berlainan daripada gaya vokal standard Black Metal. Untuk peminat Austere, Woods of Desolation dan Deafheaven. My Bones to the Sea adalah dipetik daripada Aokigahara. Enjoy!