Servorum - Atramentous (Demo 2015)

Servorum merupakan sebuah band yang membawa genre War Metal. Berasal dari Filipina, band ini telah ditubuhkan oleh Salarda dan Sonoy sekitar awal 2008. Menghasilkan demo pertama bertajuk We Are Brutality pada 2006 sebelum muncul dengan single bertajuk Paramount Slaughter pada 2010 diikuti album pertama bertajuk Siege Demons pada 2011. Salarda yang memegang posisi sebagai Vocalist/Bassist masih bersama Sonoy diposisi guitarist sehingga sekarang walaupon berlaku perubahan line up sepanjang penubuhan Servorum. Dan untuk 2015 Servorum mengeluarkan sebuah demo bertajuk Atramentous yang mengandungi 5 buah lagu.

Salarda - Vocals/Bass
Sonoy - Guitars

Artwork oleh M.D. Madriago, Isabela,
Negros Occidental Philipines

Tracklist

1 - Paramount Slaughter
2 - Colossal Fatality
3 - Nuclear Holocaust
4 - Damnation "Raping of Angels"(Impaled Nazarene Cover)
5 - Transylvania Hunger (Darkthrone Cover)

Atramentous (Demo 2015) melalui proses rakaman dan mixing di Salarda Destruktive Motors sekitar November 2015. Demo ini dikeluarkan sendiri oleh Servorum dalam format CD manakala Faithcraft Productions dari Malaysia mengeluarkan dalam format limited 100 unit kaset sahaja.

Mendengar demo Atramentous ini seakan sedikit mendowngredkan kepuasan dari segi mutu bunyi jika anda pernah mendengar hasil rakaman album Siege Demons (2011) namun apa lah sangat kerana Atramentous hanya lah berstatus demo. Mungkin untuk memberitahu bahawa Servorum masih lagi hidup walaupun hanya berdua sahaja sebagai line up tetap. Selain itu boleh dikira 2 buah cover songs dari Impaled Nazarene dan Darkthrone merupakan antara rakaman terbaru dari Servorum selain 3 track awal yang pernah dimasukkan didalam album Siege Demons (2011).

Gua mentafsirkan Atramentous berada dalam circle Death/Black Metal. Servorum juga boleh dikatakan band yang mengejar kelajuan. Gua rasa pengaruh dari Morbid Angel sehingga Marduk boleh dihidu dari ke lima2 track terhidang dalam demo ini. Dari segi permainan instruments ternyata Servorum sebuah band yang punya jiwa jitu dalam music yang diperjuangkan. Soul tu memang ada untuk genre berteraskan War Metal ini. Riffing yang laju (kadangkala seakan mendengar Impiety), drumming yang tidak memberi ruang kosong serta pekikan vocalist memang kena dengan mood dan hala tuju konsep band ini.


Dapatkan Atramentous (Demo 2015) dalam format CD dengan menghubungi email dan laman sesawang Servorum yang kami sediakan manakala untuk pendengar tempatan boleh dapatkan dalam format kaset melalui Faithcraft Productions dengan harga RM10 by hand atau RM16 by postage.

Servorum
Email
Facebook
Bandcamp
Reverbnation

Faithcraft Production
Email
Blogspot
Facebook

VotW: Hammock - Blankets of Night

Kalau minggu lepas kita disajikan dengan Black Metal berkerak, minggu ini kita santai sedikitlah dengan duo Ambient/Post-Rock iaitu Hammock. Cukup tenang dan uplifting. Enjoy!

Predicate Not Defined - Cosmosis Indulgence (2016)

Predicate Not Defined merupakan sebuah band yang membawa aliran Metal dan disulami elemen Progressive dan Fusion. Boleh juga jika dikatakan music mereka punya kepelbagaian elemen dan berevolusi dari mula penubuhan 2001 sehingga sekarang. Terlebih dahulu Predicate Not Define (selepas ini akan disebut PND sahaja) telah mengeluarkan beberapa EP, kompilasi dan 2 buah album iaitu The Story Remains the Same (2006) dan Fear, Forgotten and Regret (2010). Sepanjang penubuhan juga PND boleh dikira antara band tempatan yang paling banyak memenuhi undangan persembahan pentas dan yang pastinya sudah menghampiri 100 gig serata tanahair. PND juga pernah terlibat dalam persembahan pentas di Singapore, Bangkok Thailand dan Manila, Filipina. Terkini bersama line up terbaru, PND muncul dengan album ketiga bertajuk Cosmosis Indulgence. Album ini dikeluarkan sendiri oleh PND tanpa bernaung dibawah sebarang label.

Predicate Not Defined 2016
Azwi (Vocals/Guitars), Fazi (Drums), Damaq (Guitars/Lead), Is (Bassist)

Artwork oleh Amar Syamsul dari Atrocious
Layout oleh Contramen

Tracklist :

1 - Intro
2 - Juvenile
3 - Retrospection
4 - Physic
5 - Judgemental Illusion
6 - Thermo Dynamics
7 - Collision Cause
8 - Malay Vivarium
9 - Bima Sakti
10 - Chemical Digestron
11 - Hidrogen
12 - Magnificent
13 - Essentric
14 - The Mustar Anthem

Tidak dinyatakan studio berlangsungnya rakaman album ini namun dinyatakan rakaman vocal di lakukan di Backstage Studio, Bukit Jambul Pulau Pinang. Proses mixing dilakukan oleh Trialversion manakala mastering dilakukan oleh Acid Rock. Penulisan lagu2 didalam Cosmosis Indulgence mengambil masa yang agak lama diantara Mac 2011 sehingga May 2013. Proses rakaman pula antara November 2015 sehingga January 2016.

Terlebih dahulu, sebenarnya gua sudah mendengar apa yang dihasilkan PND sejak zaman i-bands (web bagi penggiat music amatur am nya.. harap owner si Ajip dapat idupkan semula i-bands) di awal penubuhan mereka. Juga gua pernah melihat persembahan live mereka diawal kewujudan dimana ketika itu Actor Studio Pulau Pinang menjadi venue utama gig selepas Hippodome dan Rockworld sudah tidak beroperasi disamping beberapa persembahan mereka sekitar pertengahan 2010 (ingat2 lupa) dan gua pernah berkongsi stage juga dengan mereka ketika gua aktif main band dulu. Jadi gua rasa gua dapat review dengan tepat apa yang PND lakukan sehingga Cosmosis Indulgence dikeluarkan.

Magnificent

Bima Sakti

Predicate Not Defined - Cosmosis Indulgence (2016) - Track Preview

Cosmosis Indulgence boleh gua anggap antara album PND yang terbaek dari beberapa aspek walaupon ada pro dan kontra. Dari segi penulisan lagu, PND masih dengan formula penghasilan music yang menitikberatkan perubahan mood dan riffing yang mengejut dan sukar diduga. Elemen odd signature tetap diteruskan dalam album ini sama seperti apa yang mereka pernah lakukan sebelum ini. Unsur fusion dari bunyian2 tradisional seperti joget, zapin juga masih diperturunkan untuk beberapa track seperti Malay Vivarium, The Mustar Anthem dan solo gitar didalam track Physic perlu diberi perhatian.

Dari segi sound produksi, Cosmosis Indulgence boleh dikira hasil terbaek PND setakat ini. Mix yang cantik dan mastering yang bagus. Gua paling suka pada sound dan tone gitar yang berat, lembap dan bunyi yang "melekat". Bass yang sederhana namun matching dengan sound berat dari gitar. Stroke drum juga menarik namun sound dari tom-tom mungkin boleh diupgrade untuk next release. Vocal berada dalam kondisi paling terbaek dan garang dari apa yang pernah gua dengar sebelum2 ini. Clean vocal juga masih dimasukkan untuk beberapa lagu yang pada gua risiko nya mungkin pendengar Metal "kental" akan sedikit ralat. Gua xbleh komen bab ni sebab dari awal release clean vocal sudah menjadi peratusan kecil dalam trademark music PND.

Pengaruh music mungkin sukar dijangka tapi gua memilih Death untuk riffing2 old skool, sedikit The Dilinger Escape Plan untuk riffing bunyi pelik (sedikit sahaja), sedikit Cynic untuk part gitar tanpa distortion. Mungkin juga boleh gua kata jika anda melihat bagaimana seksanya untuk memainkan lagu2 Mastodon, ini mungkin versi dari Malaysia kerana lagu2 sebegini boleh kata "cari penyakit" juga untuk dimainkan. hahahaha... Dan untuk perubahan mood yang mengejut mungkin anda boleh refer Susperia album Vindication (2002).

Track pilihan : Juvenile, Physic, Judgemental Illusion, Magnificent, Essentric.

Untuk pembelian, Cosmosis Indulgence didatangkan dengan pakej pro pressing CD format jewel case beserta 16 pages cover sleeve. Hubungi Predicate Not Defined untuk pembelian by hand RM30 dan RM35 by postage. Atau klik SINI untuk pembelian secara online.

Email
Facebook
Twitter
Reverbnation 

Zubirun - Promo 97

Ok gua kongsi lagi khazanah lama.. Zubirun secara mukadimahnya adalah band yg membawa genre Black Metal dari Taiping Perak. Promo 97 adalah rilis kedua mereka selepas Y.I.K.ITA demo 1995. Untuk promo ini Zubirun di anggotai oleh MABMS (drums), SHBS (bass/vocal) dan SABMH (guitars).

Zubirun - Promo 97

Tracklist :

1 - Dark Society
2 - Menanti Gerhana Di Siang Hari
3 - Sumpahan Keris Pusaka

Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan hal ehwal rakaman promo ini. Hanya dinyatakan tracklist, line up dan band contact.

Zubirun - Menanti Gerhana Di Siang Hari

Ini merupakan rilisan Zubirun yang pada gua agak menarik dengan penghasilan 2 buah lagu yang dinyanyikan menggunakan Bahasa Melayu. Untuk rilis selepas promo ini iaitu Hellfire Generation (single) mereka kembali menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara sebelum kembali dalam dalam Maximum Hell Overdose (EP 2002) dengan beberapa lagu berbahasa Melayu.

Pada gua Black Metal acuan Zubirun untuk era 90an boleh dikira bagus. Permainan pantas, riffing catchy (kadang2 rasa macam dengar Purnamwulan versi laju lah plak) dan pada gua Zubirun sudah ada trademark dan music direction mereka sendiri berdasarkan konsep yang sama dalam ketiga2 lagu terkandung didalam promo ini.

Ok, sebelum gua menutup review ini, dimaklumkan Zubirun sudah R.I.P berdasarkan status band ini didalam Metal Archieve. 4 buah rilis dari Zubirun adalah buah tangan kepada follower music gelap tempatan. Ok, jumpa lagi dalam review khazanah2 lama selepas ini.

Myspace
Metal Archives

Lord Almighty - Paths (Full Length, 2015)

Trend Black Metal bercampur-baur dengan Crust Punk bukanlah sesuatu yang baru. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini ia mula mendapat momentum yang meluas. Saya tidak pasti siapa yang mulakan, tapi pencampuran antara Metal dan Punk telah lama bermula, as old as the genres themselves. Jadi untuk mengatakan Metal dan Punk adalah genre yang terlalu berbeza adalah satu statement yang tidak berapa betul. Banyak band yang menyelitkan sama ada Punk ke dalam Metal mereka, dan sebaliknya, dan tidak semuanya berjaya. Darkthrone adalah contoh band Metal yang berjaya mengintegrasikan Punk dalam gaya mereka, manakala Iskra adalah prime example yang budak Punk boleh jadi kvlt setara Marduk. Kami menerima promo pack yang menampilkan Lord Almighty, sebuah band genre bending yang mempunyai spektrum stail yang meluas, daripada Black Metal, Hardcore Punk hinggalah kepada Hard Rock 70an melalui keluaran album penuh Paths yang diterbitkan pada November 2015.


1. Path I
2. I Embark
3. Atonement
4. Desolate
5. O Wanderer
6. Path II
7. Possessed
8. Rebuilder
9. Path III
10. The Tower
11. The Vessel
12. Path IV
13. Beware the Wolves

Paths menghidangkan sound yang begitu diverse. Dengan berteraskan Black Metal, Paths mempunyai influence daripada Death Metal, Hardcore Punk, Progressive dan Hard Rock. Saya jadi keliru, kejap macam Blackened Crust, lepas tu macam Black n Roll, kejap solo bunyi macam berintipati Hard Rock gaya Deep Purple, lepas tu menderu laju macam standard Black Metal. Walau apa pun gaya dihidangkan, Lord Almighty memang garang dalam album ini. Lord Almighty mengingatkan saya kepada Dishammer dan Kvelertak, for some reasons.

Instruments di dalam Paths memang tight, terutamanya dram yang padu memandu dinamik album ini. Daripada blastbeat kepada d-beat, semuanya well executed. Permainan gitar lebih banyak dibayangi stail Punk diselang-seli Black Metal yang ada masanya macam Thrash sedikit. Tapi apabila masuk solo gitar dah macam Hard Rock. Semuanya dilakukan dengan baik, tidaklah mindblowing tapi cukup untuk buat pendengar kali pertama rasa teruja. Buat saya, mendengar Paths adalah satu eksperimen sonik yang pelbagai. Pelbagai idea dicampur-aduk tapi masih boleh dilayan tanpa setiap elemen terlebih mendominasi. Dari segi rakaman pula, saya merasakan kualitinya okey, agresif dengan tidak terlalu kotor. Saya memuji kualiti permainan yang tight dan bersih, terutamanya drummer yang banyak mencorak direction Paths, pada sayalah.

Trek dicadangkan: I Embark, O Wanderer, Possessed, The Vessel.

Untuk Peminat: Dishammer, Kvelertak, Discharge, Motorhead.



Miliki Paths di sini.

Martyrion - Our Dystopia (2016)

Martyrion merupakan sebuah band yang menemui rentak terbaru nya terutama selepas kemasukkan vocalist baru iaitu David Schäfer pada 2013. Our Dystopia (2016) merupakan album kedua mereka selepas penghasilan semula album pertama Refugium: Exile (2011) yang diberi nafas baru dengan rakaman semula bersama 4 buah bonus track yang diambil dari persembahan live Metal Frenzy 2015.

 David Schäfer - Vocals
Felix Lüpke - Lead guitar
Marian Freye - Rhythm guitar
Hendrik Franke - Bass
Jannik Baur (Drums)

 Martyrion - Our Dystopia (2016)

Tracklist :

1. Our Dystopia
2. I In The End
3. Genozenith
4. The Calm After The Storm
5. What We Leave Behind
6. We Are Only Human
7. From Reality Into Fear (Feat. Julez from Neverland In Ashes)
8. The End Of Eternity
9. The Uncertain Future Dies Every Day
10. When The World Watches
11. No Fear No Obedience
12. The Storm (Instrumental)
13. With My Eyes Unaffected (Orchestral Version)

Am nya, Martyrion berada dalam lingkungan band2 bergenre Melodic Death Metal. Martyrion menggunakan terma2 penghujung dunia sebagai tema dalam lirik2 mereka. Menganggarkan seakan mereka berada jauh ke depan ketika tahun 2153, Our Dystopia banyak menceritakan keadaan selepas kehancuran dunia dimana ketika itu hanya segelintir sahaja hidupan2 yang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Ok, berbalik kepada konsep music seperti yang dikatakan awal tadi, Martyrion adalah unit yang memperjuangkan irama Melodic Death Metal. Mereka berjaya dalam mengadaptasi lirik2 masa depan kedalam mood setiap lagu2 yang dicipta. Adakala ianya kedengaran begitu modern namun tidak terlalu futuristic seperti apa yang dilakukan band Mechina.

Feel Melodic Death Metal mereka adalah kuat dan tidak termaktub dalam sound band2 Melodic Metalcore. Selain itu sesuatu yang menarik adalah keupayaan vocalist baru mereka yang mampu melakukan growl yang garang dan bagus. Bagi permainan gitar, riffing Melodic tidak jauh beza dari apa yang selalu didengari. Penggunaan running chord dari progression chords yang biasa dimainkan menjadi asas utama dalam komposisi namun diolah dengan baek untuk mendapatkan feel yang bersesuaian dengan konsep kehidupan penghujung zaman Martyrion.

What We Leave Behind (Official Video)

Pada gua, antara track pilihan dari Our Dystopia adalah Genozenith, From Reality Into Fear, The Uncertain Future Dies Every Day dan The Storm.

Martyrion
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Youtube 

Boersma Records
Email
Official Website

VotW - Nabaath - Nuclear Satan (Live)

VotW minggu ini membawakan perisa Bestial War Black Metal (saya agak je) dari Ukraine iaitu Nabaath. Live video Nuclear Satan ini direkod secara langsung di Noizr Fest 2015 dengan kualiti yang impressive. Saya gemarkan intensity permainan live mereka yang mengingatkan saya kepada Marduk dan Infernal War; jahat yang tiada kompromi. Terima kasih Noizr Productions yang memperkenalkan band ini kepada kami. Enjoy!



Nuclear Satan adalah dipetik daripada album Common Graves. Dapatkannya di sini.

Eventide Horizon - Angel's Emotion (Demo 1998)

Lama plak gua x kongsi pasal hal2 zaman silam iaitu material2 format demotape. Ok kali ni gua tulis pasal band dari Taiping, Perak iaitu Eventide Horizon. Untung jugak copy yg ada kat gua ni sound nya masih power. Demo yg mengandungi 3 buah track ini diberi judul Angel's Emotion (Demo 1998). Line up terlibat dalam rakaman demo ini adalah Alwi (lead/rhythm guitar), Jamil (drums), Ezd (vocals), Apex (lead/rhythm guitars) dan Zamri (bass).

 Eventide Horizon - Angel's Emotion ( Demo 1998)

Tracklist :

1 - Angel's Emotion
2 - Solitude
3 - Seasons

Angel's Emotion (Demo 1998) melalui proses rakaman di SZ Studio dan diselenggara oleh Non ( SAD). Keseluruhan music dihasilkan oleh Eventide Horizon, manakala lirik diadaptasi dari puisi2 lama.

Eventide Horizon - Angel's Emotion

Pertama sekali perlu gua bagi pujian kerana rakaman demo ini boleh kira bagus untuk zaman analog dan demotape kedengaran cacamerba kerana hasil rakaman Angel's Emotion sudah berada jauh didepan dari segi kualiti bunyi jika dibandingkan dgn hasil rakaman demotape zaman itu.

Kedua, Eventide Horizon punya konsep yang sedikit lari dari band2 zaman tersebut yang rata2 kearah kegelapan, menggilai Rotting Christ dan punya pengaruh Death. Eventide Horizon boleh gua katakan lebih terpengaruh kepada sound Gothic Rock/Metal. Moonspell dan Sentenced dengan perubahan kepada genre Gothik Rock/Metal adalah apa yg dihasilkan oleh Eventide Horizon. Music yang punya melodi yang sedap, tidak mengejar kelajuan dan mood yang rilek adalah apa yg pasti anda setuju dengan apa yg gua sebutkan. Music yang tidak ganas walaupun ada kala vocalist masih melakukan growl. Ok cuba dengar sample yg gua upload.

Ok, gua tak lah kenal dengan line up Eventide Horizon tapi yang gua nampak ada antara nama line up ini yg aktif sekitar pertengahan 2000 ke 2010 dahulu dalam beberapa band. Ok itu saja kot perkongsian dari gua kali ini. Ada rezeki lu orang nanti gua kongsi lagi demo2 lama yang ada dalam simpanan gua.

Myspace
Metal Archives

VotW : Kazanna - My Last Tomorrow (Official Lyric Video)

Kazanna band berkonsepkan Symphonic Metal bakal mengeluarkan album pertama mereka bertajuk The Final Dimension yang akan berada di pasaran pada 20 Ogos 2016. Album ini akan dipasarkan oleh Sony Music Malaysa. Sempena launching album tersebut, sebuah showcase akan diadakan bersama beberapa band jemputan seperti Firasah, Cryo Inferno, Wynken Delirium dan Whisper to The Deaf. Ok, sebuah video klip berlirik bertajuk My Last Tomorrow secara rasmi nya telah dipertonton melalui laman youtube sebagai promosi awal album ini. layan dulu ok..

Kazanna - My Last Tomorrow (Official Lyric Video)

Kazanna
Email
Facebook
Revebnation

Blinded for Lies - Unity (Full Length, 2016)

Saya tidak berapa mengikuti pergerakan Metalcore, jadi saya tak pasti trend Metalcore masih lagi relevan atau tidak di tahun 2016 ini. Yang saya perasan banyak band yang cuba crossover dengan genre lain, seperti merojakkan Metalcore dengan Djent, Pop Punk, Nu Metal, Trance/Electronic dan sebagainya. Itupun saya rasa macam dah lama trend rojak ni berjalan sejak 3 atau 4 tahun lalu. Selain tu saya dapati banyak band baharu yang cuba rehash stail Metalcore lama, sebagai contoh anda boleh baca review I Am Noah yang berbunyi seperti Metalcore di zaman kemuncak. Nampaknya Blinded for Lies juga tidak terkecuali untuk revisit sound Metalcore di zaman gemilang dengan keluaran Unity ini.


1. Together
2. Opposites
3. Farewell
4. Dream Breaker
5. Father
6. Wasteland
7. Astray
8. Heavy Hearted
9. Main Life
10. Alone

Band yang berasal dari Canary Islands ini menerbitkan Unity pada Julai 2016 yang merupakan produk kedua selepas EP The Crown We Built. Metalcore bawaan Blinded for Lies nyata lebih terarah kepada haluan yang groovy dan harsh dengan sedikit elemen teknikal. Senang cakap, banyak elemen chug-chug, percussive dan breakdown berat tak terangkat kedengaran di sana-sini. Pendengar buat pertama kali akan boleh menangkap pengaruh daripada Parkway Drive dan For the Fallen Dreams terutamanya daripada tone gitar dan vokal. Saya menggemari tone gitarnya yang tebal dan lazat didengar. Permainan dram cukup perisa groove dalam mengemudi haluan setiap trek. Vokal Nico Martin yang low dan berkahak mengingatkan saya kepada bekas vokalis FTFD iaitu Dylan Richter. Tidak banyak variasi dari setiap trek ke trek, dan tiada pembaharuan yang ditawarkan. Unity adalah album yang play safe yang mengikut formula yang digunakan oleh influence mereka. Kalau anda mencari pembaharuan, Unity tidak menawarkannya. Namun tak bererti Unity adalah album yang lemah. Dari segi kemahiran, Blinded for Lies adalah tight dan kemas untuk band Metalcore dan songwritingnya tidaklah lemau. Biasa-biasa saja. Cukuplah untuk lepas geram dan bikin playlist di gym untuk leg day, mungkin. Kegemaran saya adalah trek Heavy Hearted yang laju dan tiada kompromi.


Unity bagaikan sebuah throwback kepada era Metalcore sedang meningkat naik. Pada yang nak mengimbau kembali kenangan anda mosh bagai nak rak dan two steps bersama rakan-rakan, album ini mungkin boleh mengembalikan nostalgia anda sekitar era emas 2006-2009. Saya tidak arif dengan genre Metalcore, jadi sebagai pendengar yang kasual, saya dapati Blinded for Lies banyak memanfaatkan open chord chug dalam memberi feel yang heavy. Anda mungkin akan rasa muak lepas 2 atau 3 lagu kerana mereka nyata menggunakannya dalam setiap lagu dan lepas tu dah terasa semua lagu sama.  Namun begitu, saya pasti peminat Metalcore yang sukakan style sebegini pasti jadi hilang akal dengan approach yang saya kira dah macam klasik untuk genre ini. Unity adalah album yang boleh dibuat layan sekiranya anda rasa Metalcore circa 2006-2009 masih relevan dan penat dengan trend Metalcore sekarang.

Trek dicadangkan: Farewell, Dreambreaker, Heavy Hearted, Alone.

Untuk peminat: Parkway Drive, For the Fallen Dreams, Misery Signals.


Dapatkan Unity di sini.
Dapatkan berita terkini Blinded for Lies di sini.  

VotW - Matt Mulholland - My Heart Will Go On (Recorder Cover)

Kita semua pernah memainkannya dalam kelas Pendidikan Muzik sewaktu di sekolah rendah dahulu. Sama ada anda cemerlang memainkan atau terribly suck at it, rekorder merupakan nostalgia untuk semua yang pernah melalui zaman kanak-kanak. VotW minggu ini mengembalikan kenangan terhadap instrumen penting (dan menjengkelkan, buat yang tak reti main) zaman kita kecil-kecil dahulu dengan video cover daripada Matt Mulholland. Enjoy!


Black Abyss - Funeral Christ (2016)

Merujuk kepada laman web Metal Archives, band yang berasal dari Shah Alam ini telah ditubuhkan sekitar 2003. Black Abyss antara band yang memperjuangkan irama Black Metal dan telah menghasilkan sebuah demo bertajuk When Sky Comes Black pada 2007 dan terlibat didalam beberapa split dan compilation album. Funeral Christ yang dikeluarkan pada Ogos 2016 merupakan hasil rakaman lama iaitu pada 2010 dahulu namun tidak dapat dikeluarkan secara proper atau rasmi (album ini pernah dikeluarkan dalam format kaset dan kuantiti terlalu limited oleh sebuah label dari Borneo). Album sulung ini dikeluarkan oleh Monument of Misanthropy Production.

Line up terlibat didalam rakaman Funeral Christ (2016)


Tracklist :

1 - Nightmare Before The Christ Death
2 - Funeralchrist
3 - Beginning Of War Misanthropia
4 - Infernal 666
5 - War Of Apocalypse
6 - When Sky Turns Black
7 - Flames Of Vatican In Fire
8 - Hades (Bathory Cover)
9 - Black Arts (Bonus Track)

Funeral Christ melalui proses rakaman di I Seek Studio sekitar Januari 2010 manakala proses mix dan mastering di lakukan oleh Necro X. Satu jangkamasa yang agak lama untuk rilis ini berada di pasaran.

Black Abyss - Nightmare Before The Christ Death

Sepanjang pengamatan gua berkenaan album yang tertangguh lama ini, gua boleh simpulkan bahawa Funeral Christ merupakan sebuah produk Black Metal yang mengutamakan sound organik setiap instruments. Tiada penggunaan trigger pada drum, tone gitar yang tidak terlalu bingit, tahap buruk yang sememangnya sesuai untuk genre sebegini, bass secukup rasa dan cara penyampaian vocal yang sememangnya berada dalam kelompok penyampaian vocalist2 Black Metal.

Pengaruh dari Rator, Nebiras dan Bazzah (3 nama besar Black Metal tempatan) seperti yang dinyatakan dalam cover sleeve pada gua, ada benarnya jugak. beberapa lagu majotitinya boleh didengari stroke drum seperti Bazzah yang hanya menggunakan hentakan single pedal satu persatu, permainan yang agak anti teknikal, sedikit melodic (sedikit saja) serta sedikit juga penggunaan clean vocal yang mengingatkan pada lagu2 Nebiras.

Selain itu, gua juga dapat rumuskan beberapa lagu terkandung didalam album ini pernah dimuatkan dalam beberapa kompilasi, split juga demo pertama mereka. Selain dari itu, boleh kiranya ianya adalah lagu2 baru (direkod tahun 2010..hahaha..) dari Black Abyss serta sebuah lagu saduran dari Bathory bertajuk Hades.

Funeral Christ boleh didapati dengan harga RM30 by hand dan RM36 by postage. Hubungi email atau kunjungi laman sesawang facebook untuk urusan pembelian. Jika anda ada kerajinan, boleh lah gugel kerana beberapa label gelap tanahair turut melakukan distribusi untuk album ini. Sebelum terlupa, album ini hanya dikeluarkan agak limited iaitu sebanyak 300 unit sahaja.

Black Abyss - Live at Eastern Apocalypse (2012)


Monument of Misanthropy
Email

Black Abyss
Email
Facebook
Myspace

Onirism - The Well of Stars (EP, 2016)

Daripada pemerhatian saya, Symphonic Black Metal sering diperkecilkan sebagai tidak true dan terlalu lembik serta menerima kritikan keras terutamanya daripada purist. Secara peribadi, saya tidak ambil pusing pun dengan kritikan sebegini asalkan hasil akhir daripada band-band Symphonic Black Metal cukup tight dan tidak stagnant yang boleh mencabar pendengaran. Onirism dengan keluaran keduanya iaitu EP The Well of Stars menarik perhatian saya dengan gaya simfonik dan elemen New Age yang ketara. Sekurang-kurangnya bukan satu lagi gaya ikut-ikutan Dimmu Borgir.


1. The Well of Stars Part I
2. The Well of Stars Part II
3. The Well of Stars Part III
4. The Well of Stars Part IV
5. The Endless Ride of Heavens (Early Version) 

Sebenarnya walaupun Onirism melabelkan gaya muziknya sebagai Symphonic Black Metal, tiada yang evil tentang soundnya. Paling ketara elemen Black Metalnya adalah pada permainan gitar dan vokal yang throaty. Manakala yang melengkapkan Onirism adalah elemen atmospheric dan keyboard yang banyak dibayangi Kitaro dan Dargaard. Ya, betul saya menyebut Kitaro kerana permainan dan penggunaan sampel bunyi seruling dan keyboard patch berbunyi Oriental. Dan permainan synth  yang melankolik dan suram yang mengingatkan saya kepada Dargaard, Desidirii Marginis dan Summoning. Kehadiran elemen sebegini memberikan feeling dreamy, spacey dan loneliness. Tak lupa juga berbunyi epik di beberapa bahagian.

Jelas sekali hero dalam The Well of Stars adalah permainan synth dan keyboard yang nyata mengemudi EP ini dengan baik. Ia bukanlah sesuatu yang buruk untuk sebuah terbitan metal kerana elemen synth dimainkan dengan begitu baik dan mempunyai depth serta tidak menjadi sekadar tempelan untuk membuat bunyi lebih padat. Namun itu tidak bererti elemen Metal tidak menyinar langsung. Ia masih berada di sana-sini memberi boost yang perlu dan cukup perisa menjadikan keluaran ini keras dan memuaskan hati mana-mana Mat Metal yang mendengar dengan drumming macam petir dan permainan gitar yang bagus. Pada saya, ini sebuah EP yang bertumpu kepada eksperimen terhadap side ambient Black Metal yang spacey dan beremosi (maksud saya, melankolik) malahan setakat yang saya dengar, ia membuatkan saya rasa nak dengar berulang-ulang kali. Saya mencadangkan untuk anda mendengar semua trek dalam EP ni sebab semuanya bagus-bagus.

Untuk peminat: Summoning, Lustre, Dargaard


Dapatkan The Well of Stars di sini.
Ikuti perkembangan terkini Onirism di sini.

Somnium Nox - Apocrypha (EP, 2016)

Jarang band yang mengeluarkan hasil rakaman dengan trek tunggal sebagai EP atau full length yang berjaya. Swallow the Sun pernah mengeluarkan EP Plague of Butterflies dengan satu trek yang memakan hampir 35 minit. Saya sebenarnya agak distracted dengan lagu yang panjang-panjang. Selain daripada buat mengantuk, saya dapati lagu panjang mampu membuat minat hilang dengan pantas. Jadi apabila menerima EP sulung daripada duo Black Metal Australia ini, saya berdoa agar saya tidak terlelap separuh jalan mendengar EP mereka ini.


1. Apocrypha

Satu trek saja. Sama ada you make it or break it. Tempat asal dan gaya Atmospheric Black Metal bawaan mereka mengingatkan saya kepada Austere dan Woods of Desolation. Namun jangkaan saya meleset apabila mendengar Apocrypha. Ternyata elemen atmospheric yang dibawakan adalah menggerunkan dengan gemaan feedback dan gitar yang ada terselit gaya blackened death metal. Saya cukup geram dengan paluan drum di minit-minit awal yang garang, walaupun sebenarnya menggunakan program dram.

Memang benar EP ini mengandungi satu trek sahaja, tetapi selepas mendengarnya, saya boleh mengagak Apocrypha dipecahkan kepada beberapa bahagian yang seamless tapi boleh dibezakan dengan perubahan tempo dan interlude in between parts. Bahagian terawal memanfaatkan elemen atmospheric dengan kelajuan Blackened Death Metal, ada bahagian yang berbunyi sedikit progressive rock sebelum meletus kembali kepada ferocity bergaya Black Metal. Pada bahagian terakhir, ia lebih kepada bahagian gitar yang mengulangi chord yang sama, diselangi tiupan didgeridoo dan noise yang menutup Apocrypha dengan mood agak doomy. EP ini adalah promising untuk keluaran pertama Somnium Nox dengan gaya Atmospheric Black Metalnya yang terrifying dan misteri. Brownie point untuk kemunculan didgeridoo!



Maklumat lanjut Somnium Nox di sini.
Layari Facebook Somnium Nox di sini.

Denominate - Those Who Beheld The End (Full Length, 2016)

Saya bukanlah peminat tegar Tech Death Metal, malah saya mempunyai love-hate relationship dengan genre ini. Saya menyukai Nile, Cryptopsy dan Origin, tapi ada masanya berbulu juga dengan terlalu banyak skill ditunjukkan. Necrophagist pula terlalu soft walaupun teknik mereka mindblowing. Saya menerima promo Denominate dalam sebulan dua lepas. Band Finland yang menerapkan Technical Death Metal ini membuat saya berfikir banyak kali nak mendengar. Sama ada terlalu teknikal untuk tahap kefahaman saya atau langsung tak sedap nak layan. Lama juga masa diambil dan nak dihadam, jujur saya cakap!


1. In a Chasm of Stone
2. Degradation
3. Penumbra
4. The Demented Scholar of Abatos
5. Torments of Silence
6. Apeirophobia
7. Terrestrial Funeral

Trek pembukaan In a Chasm of Stone bermula garang dan menghidangkan perisa Technical Death Metal yang biasa diharapkan. Denominate memang pakar dalam apa yang mereka tahu. Berbelit-belit, tricky dan brutal. Sememangnya boleh buat kaki Tech Death jadi terpesona, saya jamin. Pelbagai pengaruh daripada gergasi Technical Death Metal boleh didengar termasuklah pengaruh daripada genre-genre lain. Traces daripada gaya Death, Atheist dan Suffocation boleh didengar. Masalah dengan band yang membawa terlalu banyak influence dalam permainan mereka ini, ada masanya menjadikan hasil mereka terasa tidak original dan charming. Saya tidak menolak Denominate mengalami sindrom yang sama. 

Saya tidak mengatakan mereka tidak hebat. Permainan mereka memang top of the game dan relentless, tetapi ketiadaaan charming dalam album ini menjadikan Those Who Beheld The End seakan-akan tawar. Ditambah pula dengan dinamik antara trek yang hampir sama menjadikan album ini hambar menjelang di pertengahan. Bagi saya cara terbaik untuk menikmati album ini adalah dengan tidak mendengarnya sebagai satu album. Saya memilih untuk memilih beberapa trek untuk didengar dan barulah terasa ability mereka menyerlah. Apalah guna jika seluruh trek penuh dengan sikit-sikit nak menunjuk skill tetapi berakhir dengan semua trek berbunyi hampir sama. Jangan ambil pendapat saya ini bulat-bulat, apa kata anda dengar sendiri ya?

Trek dicadangkan: In a Chasm of Stone, The Demented Scholar of Abatos, Torments of Silence, Terrestrial Funeral.

Untuk peminat: Atheist, Origin, Obscura

Dapatkan Those Who Beheld The End di sini.
Ikuti perkembangan terkini Denominate di sini.


Wall of Water - Wall of Water (Full Length, 2016)

Wall of Water menjanjikan pengalaman sonik Black Metal yang tiada seumpamanya. Dan saya agak bersetuju dengan kenyataan itu. Sebenarnya saya pun tak pasti genre sebenar Wall of Water. Sound mereka yang murky dan mendap ditambah dengan pelbagai stail dicampak sekali menjadikan terbitan sulung mereka ini lebih kepada sesuatu yang bercampur-campur. Lebih tepat kalau saya katakan ia agak disturbing.


1. Untitled
2. No Moment of Clarity
3. Water of Life
4. Exposure
5. Clairvoyance
6. Astral Hauntings

Terbitan pertama Wall of Water ini mengelirukan deria metal saya. Pelbagai elemen metal dicampur-aduk dalam satu terbitan menjadikan ia sebuah album yang hit or miss. Saya mengesan elemen Black Metal primitif dari segi kualiti rakaman, sedikit Jazzy dan Ambient di beberapa tempat, Post-Hardcore turut muncul sekali-sekala, Noise pun turut kedengaran. Ada masanya saya rasa terlalu meluat dengan perubahan stail yang mendadak, ada ketikanya saya teruja dengan kemasukan elemen yang sedap didengar. Saya jadi keliru. Oh, dan band ini berasal dari New York, sebuah lokasi yang very unlikely untuk band Black Metal bertapak dan mungkin memainkan peranan yang besar menjadikan sound mereka bercampur-baur.

Dari segi instruments saya mendapati permainan mereka bukanlah jenis asal boleh. Wall of Water mempunyai kemahiran yang hebat, cuma skill permainan mereka yang tidak konvensional (baca: bukan seperti Black Metal anda harapkan) dan fluctuating dari trek ke trek menjadikan anda terpesona dan WTF pada masa yang sama. Bunyi rakaman yang kotor, berdesing dan tidak padat menjadikan pendengar kali pertama menganggap Wall of Water seperti Burzum (era Filosofem) dan Ulver (era Nattens Madrigal) dan hanya dengan beberapa kali mendengar anda mungkin boleh menangkap elemen-elemen yang lain. Pada saya, Wall fo Water adalah terrifying, but not in a bad sense. 

Untuk peminat: Portal (Australia), Lvcifyre, Burzum (era Filosofem), Happy Days


Maklumat lanjut mengenai Wall of Water di sini.

VotW - Wintergatan - Sommarfågel

VotW minggu ini menampilkan Wintergatan, sebuah band folktronic dari Sweden. Wintergatan (Milky Way dalam Bahasa Sweden) merupakan successor kepada Detektivbyran yang berpecah tidak lama selepas Wermland diterbitkan. Masih setia dengan gaya Detektivbyran, band yang diketuai Martin Molin mengeluarkan debut album mereka pada 2013 dan single Sommarfågel dikeluarkan sebagai sebahagian daripada langkah promosi. Saya mendapati Sommarfågel sangat enjoyable dan sound yang lebih matang berbanding Detektivbyran. Enjoy!

Netherbird - Windwards (Single, 2016)

Saya hanya mengenali Netherbird melalui cover Paradise Lost 'As I Die' yang diterbitkan pada sekitar 2007. Cover PL yang diberi treatment ala Melodic Black Metal agak menambat minat saya ketika itu. Kami menerima promo terkini Netherbird iaitu single 'Windwards' pada hujung Julai lalu. Ini merupakan teaser kepada album penuh The Grander Voyage yang bakal keluar pada Oktober 2016 melalui Black Lodge Records.


1. Windwards
2. Sculptors and Specters

Buat yang tidak familiar dengan Netherbird, mereka merupakan band Melodic Black Metal berasal dari Sweden yang ditubuhkan sekitar 2004. Pernah menampilkan pemuzik handalan seperti Adrian Erlandsson (ex-Cradle of Filth, ex-Paradise Lost), single Windwards menampilkan beberapa line-up baru. Saya boleh mengatakan single ini menjanjikan sesuatu yang promising untuk album The Grander Voyage.

Windwards adalah trek yang bermelodik mengingatkan saya kepada Illnath, Abyssos dan Naglfar. Durasi yang memakan hampir 7 minit memberi peluang kepada Netherbird untuk bermain dengan dinamik, ada kalanya menderu pantas, ada masanya mid tempo bersahaja. Drummer stand-in, Fredrik Widigs, memberi permainan yang tight. Jika trek ini boleh menggambarkan The Grander Voyage secara keseluruhan, saya kira kita boleh melihat potensi untuk album of the year. Okey, mungkin saya being overconfident dan overboard. Kita tunggu sahaja October ini!

Sculptors and Specters pula berbunyi macam lagu yang ditulis oleh Jon Nodtveidt untuk Dissection. Sebenarnya, macam Naglfar pun ada. Dan comparison ini adalah dalam nada yang positif. Saya menggemari feeling sinister daripada gitar dan keyboard yang menghiasi lagu ini. Sculptors and Specters adalah trek eksklusif hanya untuk single Windwards dan tidak disertakan untuk The Grander Voyage.

Untuk peminat: Naglfar & Dissection

The Grander Voyage akan menemui pasaran pada October 2016 melalui Black Lodge Records.

Pesanan awal boleh dibuat di sini.

Untuk berita terkini tentang Netherbird, kunjungi page Facebook mereka di sini


Ralat: Dalam tulisan sebelum ini menyatakan drummer yang terlibat dalam rakaman ini sebagai Fredrik Andersson, sedangkan Windwards telah direkod menggunakan khidmat Fredrik Widigs (Marduk). Saya memohon maaf dan telah membetulkan kenyataan tersebut.

Originaliti Dalam Muzik


Soalan: Apakah persamaan yang terdapat pada album² ini?

Jawapan: Inilah di antara album Scandinavian Metal dalam simpanan saya yang dihasilkan oleh bands yang "tak berapa original tapi sangat magical", yang mana pada pendapat saya cukup bagus dan di antara yang terbaik dalam genrenya. Sungguh malang apabila bands ini sekadar meriliskan satu album sahaja sebelum pakat² RIP.

Too bad IMHO apabila bands yang bagus dan berkualiti, berpecah apabila rilis satu atau dua album. Sedangkan bands yang terlalu mediocre, tiada kualiti serta ditambah pula dengan ketiadaan "magic" dalam karyanya, berpeluang rilis mcm² album dan dapat sambutan hangat.
Btw, saya terpanggil untuk berkongsi idea, kenapa saya sebut "magical" instead of "original". Kalau rasa berminat, teruskan membaca. Tak minat, cukup sampai di sini saja. 

Sebelum itu, ingin saya nyatakan yang saya bersifat neutral dalam memberikan pandangan tentang persoalan "Originaliti dalam muzik". Ada bands@artists yang mmg unik serta original menjadi kegemaran saya dan ada juga yang tak original langsung tetapi saya suka.

Persamaan dari segi komposisi muzikal dan idea di kalangan bands adalah normal.

Jawapan untuk persoalan ini mudah saja. Pada pendapat saya, kalau kita terlalu fikir dan fokus pasal nak jadi yang original dalam muzik, especially Metal genre and its sub-genre, terimalah hakikat yang mati hidup balik pun anda takkan jadi original. Yeah. Keep on trying but most of the time you're gonna fail! Mungkin originaliti boleh dicapai dari segi approach, lyrical or ideologically tapi kalau nak claim anda 666% totally original mcm pioneers terdahulu memang ibarat jauh panggang dari api.

Persamaan dari segi komposisi muzikal dan idea dikalangan bands adalah normal. Lagipun, memang dah jadi lumrah dalam berkarya kita mesti akan terinspirasi dengan karya lain yang menjadi minat kita. Jadi, sedikit persamaan tu bagi saya okay. Apa yang perlu ada untuk membuat persamaan itu kedengaran accessible dan appropriate adalah pembaharuan dan juga "magic" yang boleh dirasakan apabila peminat mendengarnya. Dari mana sumber "magic" tu? Hmm.. subjektif jawapannya tapi pada pandangan saya, mungkin boleh dirasakan pada sound production yang bersesuaian, idea yang terhasil melalui proses experimental dalam komposisi muzik, bait² lirikal yang mendalam serta penuh makna etc. Of course, originality is a good thing when it comes to music. And I don't fuckin' go against it at all. Tapi, jika kita terlalu menekankan soal originaliti dalam berkarya tanpa mengira elemen musical yang sepatutnya menjadi fokus utama, ianya adalah sesuatu yang sia².

Of course, originality is a good thing when it comes to music.

Minat terhadap muzik ni bergantung pada citarasa masing². Ianya subjektif. Mungkin sedap pada telinga saya tapi tidak pada anda. Cuma, berdasarkan pengamatan saya yang tak seberapa ni dalam muzik Metal ni, jika anda berjaya jadi yang "original", out of this world sekalipun tapi anda tak berjaya berkongsi karya anda tu dengan majoriti of the fans (i.e disebabkan karya yang dihasilkan itu terlalu "unik", terlalu "gila", terlalu avant-garde, terlalu progressif sehinggakan tak dapat diterima, tak dapat dihadam dan dicerna oleh jiwa kebanyakkan fans dan hanya diminati oleh golongan tertentu seperti die-hard followers sahaja), pada saya semua itu tak lebih dari sekadar mencari kepuasan dalam berkarya. Dan buat artist yang mementingkan originaliti dalam berkarya, jangan salah faham ya? Saya terbuka dalam soal ini dan saya tetap respect serta menyokong anda kerana saya sendiri juga secara peribadi sangat meminati dan mendengar karya² "pelik" dan "original" i.e Stallagh, Diamanda Galas, Bjork, Magma, Comus, Ved Buens Ende, Fleurety, In The Woods...etc.

Kesimpulannya, dalam konteks muzik Metal (especially Black/Death/Thrash etc), original atau tak original sesebuah karya itu bukanlah persoalannya. "Feel", "jiwa", "roh" dan yang paling penting, "majik" mesti ada dan dapat dirasai dalam karya itu. Ini sahaja yang dapat menyelamatkan anda dari dicop "mediocre", "typical" serta "tak berkualiti".

Terima kasih sebab membaca perkongsian saya. Buat semua aktivist karyawan Metal tempatan, ayuh bersama² kita berusaha untuk menghasilkan produk berstatus classic yang boleh dibanggakan dan bukannya produk "picisan" yang bakal dilupakan oleh peminat dalam masa beberapa bulan sahaja.

Tulisan asal boleh di temui di sini


Man merupakan pemain dram untuk Nefarious Azarak dan Funeral Pyre.  Seorang pengumpul CD tegar, Man kini tinggal di Langkawi dan menguruskan perniagaan keluarga di siang hari dan rock habis di waktu malam.

I Am Noah - The Verdict (Full Length, 2016)

Rasanya dah hampir sedekad genre Metalcore meletup dan menjadi mainstream (hampir mainstream? Mungkin). Macam pelik pula dalam 2016 ni masih ada band yang memainkan stail Metalcore circa 2007-2009 memandangkan ramai peneraju Metalcore yang dah sama ada dah berpecah atau menukar sound. I Am Noah barangkali muncul di dekad yang salah, tetapi itu tidak bererti mereka tidak patut berhenti mencuba. The Verdict merupakan debut daripada unit Melodic Metalcore dari Jerman ini, yang diterbitkan Bastardized Recordings pada 13 Mei 2016.


1. Defendant
2. The Rise of Mankind
3. Embrace the End
4. The Verdict
5. If Life Could Be the Answer
6. Unlearned
7. Deafblind
8. What is Dead May Never Die
9. Drowned
10. One Man Wolfpack
11. Hourglass
12. Conquer the Thrones

I Am Noah lahir daripada sisa band Chimalba pada 2015. Sebaik formasi I Am Noah telah lengkap, mereka terus masuk studio untuk merakam debut yang kini dikenali sebagai The Verdict. Dengan menawarkan 12 trek, adalah mudah untuk melihat pengaruh yang mewarnai album sulung ini. The Verdict jelas berpengaruhkan August Burns Red dan As I Lay Dying terutamanya dari segi permainan gitar yang percussive dan berat teruk. 


Saya menyukai beberapa elemen eletronik dan glitch yang bertaburan di dalam album ini, betul-betul mengingatkan saya kepada era Metalcore 2007-2009 lol. The Verdict adalah sebuah release yang anda mahukan untuk standard Metalcore: breakdown, gitar bermelodik, sedikit elemen ambient, vokal yang menyalak dan boom! Anda dapat resepi Metalcore yang sukses... untuk zaman kegemilangan Metalcore. Tiada pembaharuan tetapi tidak bermaksud ia tidak menarik. Anda mungkin terasa nostalgik dengan terbitan sebegini. Saya mengakui album ini keseluruhannya catchy dan boleh dibuat layan kerana dinamik albumnya yang bervariasi. 


Trek dicadangkan: The Rise of Mankind, Embrace the End, The Verdict, What is Dead May Never Die.

Untuk peminat: August Burns Red, As I Lay Dying, Massacre Conspiracy, Young Thousands (sewaktu masih dikenali sebagai I, Revival)

Beli The Verdict di sini.
Ikuti I Am Noah di Facebook


Warfather - The Grey Eminence (Full Length, 2016)

Saya tertarik dengan keluaran kedua Warfather ini kerana menampilkan Steve Tucker, yang kini telah kembali ke pangkuan Morbid Angel. Saya pasti ramai juga kecewa dengan direction Illud Divinum Insanus yang caca-marba. Apa pun, lupakan Morbid Angel, kita lihat dulu Warfather dengan album kedua berjudul The Grey Eminence yang bakal diterbitkan pada 16 September 2016 oleh Greyhaze Records.



1. Orders of the Horde
2. Headless Men Can No Longer Speak
3. Judgement, the Hammer
4. For Glory or Infamy
5. The Dawning Inquisition
6. Heedless Servant
7. Carnage of the Pious
8. Grey Eminence
9. Fair and Final Warning


Selain menampilkan Steve Tucker sebagai vokal, The Grey Eminence juga menampilkan Erik Rutan di kerusi penerbit. Boleh dikatakan ini macam mini reunion untuk alumni Morbid Angel la haha. Warfather dilengkapkan dengan pemuzik lain iaitu Avgvstvs (bass | Brazil), Bryan Bever (dram | US), dan Jack Kock (gitar | US).

Apa yang boleh dikatakan pada kesemua 9 trek ini? Saya gambarkan sebagai American Death Metal tanpa kompromi dan relentless yang dibayangi Morbid Angel. Saya kira faktor Steve Tucker dan Erik Rutan banyak membentuk acuan album ini sebagai alternatif Morbid Angel yang berpaksikan era pra-Ilud Divinum Insanus. Tiada belas kasihan, tiada menceceh, tiada elemen industrial (lol!) dan tiada bullshit. Hanya Death Metal belaka. 


Saya menggemari paduan suara Tucker dengan riffing gitar tajam-tajam yang mencerminkan elemen Death Metal 90an yang sinister dikemaskan dengan produksi yang memuaskan hati. Jelas tetapi tidak terlalu overproduced. Dinamik keseluruhan album tidaklah ribut bergulung-gulung dengan kebanyakan trek dengan tempo yang tidak terlalu menggila (baca: bukan pesta blastbeat) disulami solo gitar yang agak kompleks tetapi cukup memuaskan hati peminat kental Death Metal tanpa alienate pendengar Death Metal kasual macam saya. 


Saya kira ini sebuah produk yang agak tight untuk American Death Metal (yang nyata lebih ke arah 90an). Dan penyertaan Steve Tucker sebagai vokalis banyak menyumbang kepada hype Warfather dan album ini. Buat kaki Morbid Angel yang rasa malas nak tunggu album baru mereka keluar, bolehlah check out dulu Warfather sementara tu. 


Trek dicadangkan: Orders of the Horde, For Glory or Infamy, The Dawning Inquisition, Heedless Servant

Untuk peminat: Morbid Angel & Hate Eternal

The Grey Eminence akan menemui pasaran pada 16 September 2016 melalui Greyhaze Records.  Buat pre-order di sini. Sementara tu boleh preview trek Headless Men Can No Longer Speak di bawah.


Layari Facebook Warfather untuk berita terkini di sini.