Eventide Horizon - Angel's Emotion (Demo 1998)

Lama plak gua x kongsi pasal hal2 zaman silam iaitu material2 format demotape. Ok kali ni gua tulis pasal band dari Taiping, Perak iaitu Eventide Horizon. Untung jugak copy yg ada kat gua ni sound nya masih power. Demo yg mengandungi 3 buah track ini diberi judul Angel's Emotion (Demo 1998). Line up terlibat dalam rakaman demo ini adalah Alwi (lead/rhythm guitar), Jamil (drums), Ezd (vocals), Apex (lead/rhythm guitars) dan Zamri (bass).

 Eventide Horizon - Angel's Emotion ( Demo 1998)

Tracklist :

1 - Angel's Emotion
2 - Solitude
3 - Seasons

Angel's Emotion (Demo 1998) melalui proses rakaman di SZ Studio dan diselenggara oleh Non ( SAD). Keseluruhan music dihasilkan oleh Eventide Horizon, manakala lirik diadaptasi dari puisi2 lama.

Eventide Horizon - Angel's Emotion

Pertama sekali perlu gua bagi pujian kerana rakaman demo ini boleh kira bagus untuk zaman analog dan demotape kedengaran cacamerba kerana hasil rakaman Angel's Emotion sudah berada jauh didepan dari segi kualiti bunyi jika dibandingkan dgn hasil rakaman demotape zaman itu.

Kedua, Eventide Horizon punya konsep yang sedikit lari dari band2 zaman tersebut yang rata2 kearah kegelapan, menggilai Rotting Christ dan punya pengaruh Death. Eventide Horizon boleh gua katakan lebih terpengaruh kepada sound Gothic Rock/Metal. Moonspell dan Sentenced dengan perubahan kepada genre Gothik Rock/Metal adalah apa yg dihasilkan oleh Eventide Horizon. Music yang punya melodi yang sedap, tidak mengejar kelajuan dan mood yang rilek adalah apa yg pasti anda setuju dengan apa yg gua sebutkan. Music yang tidak ganas walaupun ada kala vocalist masih melakukan growl. Ok cuba dengar sample yg gua upload.

Ok, gua tak lah kenal dengan line up Eventide Horizon tapi yang gua nampak ada antara nama line up ini yg aktif sekitar pertengahan 2000 ke 2010 dahulu dalam beberapa band. Ok itu saja kot perkongsian dari gua kali ini. Ada rezeki lu orang nanti gua kongsi lagi demo2 lama yang ada dalam simpanan gua.

Myspace
Metal Archives

2 feedbacks:

Faith Craft said...

Aku pun ada tape ni.. sempoi band ni!

Contramen said...

Sempoinya time orang lain nak keras, laju, gelap, depa x gila kearah tu.. depa ada 1 lg demo or ep format cd.aku tadak plak.dok dengaq kt youtube sedap!