Lord Almighty - Paths (Full Length, 2015)

Trend Black Metal bercampur-baur dengan Crust Punk bukanlah sesuatu yang baru. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini ia mula mendapat momentum yang meluas. Saya tidak pasti siapa yang mulakan, tapi pencampuran antara Metal dan Punk telah lama bermula, as old as the genres themselves. Jadi untuk mengatakan Metal dan Punk adalah genre yang terlalu berbeza adalah satu statement yang tidak berapa betul. Banyak band yang menyelitkan sama ada Punk ke dalam Metal mereka, dan sebaliknya, dan tidak semuanya berjaya. Darkthrone adalah contoh band Metal yang berjaya mengintegrasikan Punk dalam gaya mereka, manakala Iskra adalah prime example yang budak Punk boleh jadi kvlt setara Marduk. Kami menerima promo pack yang menampilkan Lord Almighty, sebuah band genre bending yang mempunyai spektrum stail yang meluas, daripada Black Metal, Hardcore Punk hinggalah kepada Hard Rock 70an melalui keluaran album penuh Paths yang diterbitkan pada November 2015.


1. Path I
2. I Embark
3. Atonement
4. Desolate
5. O Wanderer
6. Path II
7. Possessed
8. Rebuilder
9. Path III
10. The Tower
11. The Vessel
12. Path IV
13. Beware the Wolves

Paths menghidangkan sound yang begitu diverse. Dengan berteraskan Black Metal, Paths mempunyai influence daripada Death Metal, Hardcore Punk, Progressive dan Hard Rock. Saya jadi keliru, kejap macam Blackened Crust, lepas tu macam Black n Roll, kejap solo bunyi macam berintipati Hard Rock gaya Deep Purple, lepas tu menderu laju macam standard Black Metal. Walau apa pun gaya dihidangkan, Lord Almighty memang garang dalam album ini. Lord Almighty mengingatkan saya kepada Dishammer dan Kvelertak, for some reasons.

Instruments di dalam Paths memang tight, terutamanya dram yang padu memandu dinamik album ini. Daripada blastbeat kepada d-beat, semuanya well executed. Permainan gitar lebih banyak dibayangi stail Punk diselang-seli Black Metal yang ada masanya macam Thrash sedikit. Tapi apabila masuk solo gitar dah macam Hard Rock. Semuanya dilakukan dengan baik, tidaklah mindblowing tapi cukup untuk buat pendengar kali pertama rasa teruja. Buat saya, mendengar Paths adalah satu eksperimen sonik yang pelbagai. Pelbagai idea dicampur-aduk tapi masih boleh dilayan tanpa setiap elemen terlebih mendominasi. Dari segi rakaman pula, saya merasakan kualitinya okey, agresif dengan tidak terlalu kotor. Saya memuji kualiti permainan yang tight dan bersih, terutamanya drummer yang banyak mencorak direction Paths, pada sayalah.

Trek dicadangkan: I Embark, O Wanderer, Possessed, The Vessel.

Untuk Peminat: Dishammer, Kvelertak, Discharge, Motorhead.



Miliki Paths di sini.

0 feedbacks: