Onirism - The Well of Stars (EP, 2016)

Daripada pemerhatian saya, Symphonic Black Metal sering diperkecilkan sebagai tidak true dan terlalu lembik serta menerima kritikan keras terutamanya daripada purist. Secara peribadi, saya tidak ambil pusing pun dengan kritikan sebegini asalkan hasil akhir daripada band-band Symphonic Black Metal cukup tight dan tidak stagnant yang boleh mencabar pendengaran. Onirism dengan keluaran keduanya iaitu EP The Well of Stars menarik perhatian saya dengan gaya simfonik dan elemen New Age yang ketara. Sekurang-kurangnya bukan satu lagi gaya ikut-ikutan Dimmu Borgir.


1. The Well of Stars Part I
2. The Well of Stars Part II
3. The Well of Stars Part III
4. The Well of Stars Part IV
5. The Endless Ride of Heavens (Early Version) 

Sebenarnya walaupun Onirism melabelkan gaya muziknya sebagai Symphonic Black Metal, tiada yang evil tentang soundnya. Paling ketara elemen Black Metalnya adalah pada permainan gitar dan vokal yang throaty. Manakala yang melengkapkan Onirism adalah elemen atmospheric dan keyboard yang banyak dibayangi Kitaro dan Dargaard. Ya, betul saya menyebut Kitaro kerana permainan dan penggunaan sampel bunyi seruling dan keyboard patch berbunyi Oriental. Dan permainan synth  yang melankolik dan suram yang mengingatkan saya kepada Dargaard, Desidirii Marginis dan Summoning. Kehadiran elemen sebegini memberikan feeling dreamy, spacey dan loneliness. Tak lupa juga berbunyi epik di beberapa bahagian.

Jelas sekali hero dalam The Well of Stars adalah permainan synth dan keyboard yang nyata mengemudi EP ini dengan baik. Ia bukanlah sesuatu yang buruk untuk sebuah terbitan metal kerana elemen synth dimainkan dengan begitu baik dan mempunyai depth serta tidak menjadi sekadar tempelan untuk membuat bunyi lebih padat. Namun itu tidak bererti elemen Metal tidak menyinar langsung. Ia masih berada di sana-sini memberi boost yang perlu dan cukup perisa menjadikan keluaran ini keras dan memuaskan hati mana-mana Mat Metal yang mendengar dengan drumming macam petir dan permainan gitar yang bagus. Pada saya, ini sebuah EP yang bertumpu kepada eksperimen terhadap side ambient Black Metal yang spacey dan beremosi (maksud saya, melankolik) malahan setakat yang saya dengar, ia membuatkan saya rasa nak dengar berulang-ulang kali. Saya mencadangkan untuk anda mendengar semua trek dalam EP ni sebab semuanya bagus-bagus.

Untuk peminat: Summoning, Lustre, Dargaard


Dapatkan The Well of Stars di sini.
Ikuti perkembangan terkini Onirism di sini.

0 feedbacks: