Predicate Not Defined - Cosmosis Indulgence (2016)

Predicate Not Defined merupakan sebuah band yang membawa aliran Metal dan disulami elemen Progressive dan Fusion. Boleh juga jika dikatakan music mereka punya kepelbagaian elemen dan berevolusi dari mula penubuhan 2001 sehingga sekarang. Terlebih dahulu Predicate Not Define (selepas ini akan disebut PND sahaja) telah mengeluarkan beberapa EP, kompilasi dan 2 buah album iaitu The Story Remains the Same (2006) dan Fear, Forgotten and Regret (2010). Sepanjang penubuhan juga PND boleh dikira antara band tempatan yang paling banyak memenuhi undangan persembahan pentas dan yang pastinya sudah menghampiri 100 gig serata tanahair. PND juga pernah terlibat dalam persembahan pentas di Singapore, Bangkok Thailand dan Manila, Filipina. Terkini bersama line up terbaru, PND muncul dengan album ketiga bertajuk Cosmosis Indulgence. Album ini dikeluarkan sendiri oleh PND tanpa bernaung dibawah sebarang label.

Predicate Not Defined 2016
Azwi (Vocals/Guitars), Fazi (Drums), Damaq (Guitars/Lead), Is (Bassist)

Artwork oleh Amar Syamsul dari Atrocious
Layout oleh Contramen

Tracklist :

1 - Intro
2 - Juvenile
3 - Retrospection
4 - Physic
5 - Judgemental Illusion
6 - Thermo Dynamics
7 - Collision Cause
8 - Malay Vivarium
9 - Bima Sakti
10 - Chemical Digestron
11 - Hidrogen
12 - Magnificent
13 - Essentric
14 - The Mustar Anthem

Tidak dinyatakan studio berlangsungnya rakaman album ini namun dinyatakan rakaman vocal di lakukan di Backstage Studio, Bukit Jambul Pulau Pinang. Proses mixing dilakukan oleh Trialversion manakala mastering dilakukan oleh Acid Rock. Penulisan lagu2 didalam Cosmosis Indulgence mengambil masa yang agak lama diantara Mac 2011 sehingga May 2013. Proses rakaman pula antara November 2015 sehingga January 2016.

Terlebih dahulu, sebenarnya gua sudah mendengar apa yang dihasilkan PND sejak zaman i-bands (web bagi penggiat music amatur am nya.. harap owner si Ajip dapat idupkan semula i-bands) di awal penubuhan mereka. Juga gua pernah melihat persembahan live mereka diawal kewujudan dimana ketika itu Actor Studio Pulau Pinang menjadi venue utama gig selepas Hippodome dan Rockworld sudah tidak beroperasi disamping beberapa persembahan mereka sekitar pertengahan 2010 (ingat2 lupa) dan gua pernah berkongsi stage juga dengan mereka ketika gua aktif main band dulu. Jadi gua rasa gua dapat review dengan tepat apa yang PND lakukan sehingga Cosmosis Indulgence dikeluarkan.

Magnificent

Bima Sakti

Predicate Not Defined - Cosmosis Indulgence (2016) - Track Preview

Cosmosis Indulgence boleh gua anggap antara album PND yang terbaek dari beberapa aspek walaupon ada pro dan kontra. Dari segi penulisan lagu, PND masih dengan formula penghasilan music yang menitikberatkan perubahan mood dan riffing yang mengejut dan sukar diduga. Elemen odd signature tetap diteruskan dalam album ini sama seperti apa yang mereka pernah lakukan sebelum ini. Unsur fusion dari bunyian2 tradisional seperti joget, zapin juga masih diperturunkan untuk beberapa track seperti Malay Vivarium, The Mustar Anthem dan solo gitar didalam track Physic perlu diberi perhatian.

Dari segi sound produksi, Cosmosis Indulgence boleh dikira hasil terbaek PND setakat ini. Mix yang cantik dan mastering yang bagus. Gua paling suka pada sound dan tone gitar yang berat, lembap dan bunyi yang "melekat". Bass yang sederhana namun matching dengan sound berat dari gitar. Stroke drum juga menarik namun sound dari tom-tom mungkin boleh diupgrade untuk next release. Vocal berada dalam kondisi paling terbaek dan garang dari apa yang pernah gua dengar sebelum2 ini. Clean vocal juga masih dimasukkan untuk beberapa lagu yang pada gua risiko nya mungkin pendengar Metal "kental" akan sedikit ralat. Gua xbleh komen bab ni sebab dari awal release clean vocal sudah menjadi peratusan kecil dalam trademark music PND.

Pengaruh music mungkin sukar dijangka tapi gua memilih Death untuk riffing2 old skool, sedikit The Dilinger Escape Plan untuk riffing bunyi pelik (sedikit sahaja), sedikit Cynic untuk part gitar tanpa distortion. Mungkin juga boleh gua kata jika anda melihat bagaimana seksanya untuk memainkan lagu2 Mastodon, ini mungkin versi dari Malaysia kerana lagu2 sebegini boleh kata "cari penyakit" juga untuk dimainkan. hahahaha... Dan untuk perubahan mood yang mengejut mungkin anda boleh refer Susperia album Vindication (2002).

Track pilihan : Juvenile, Physic, Judgemental Illusion, Magnificent, Essentric.

Untuk pembelian, Cosmosis Indulgence didatangkan dengan pakej pro pressing CD format jewel case beserta 16 pages cover sleeve. Hubungi Predicate Not Defined untuk pembelian by hand RM30 dan RM35 by postage. Atau klik SINI untuk pembelian secara online.

Email
Facebook
Twitter
Reverbnation 

0 feedbacks: