VotW: Sylvaine - Delusions

Terdapat trend post black metal/blackgaze/DSBM berpengaruh shoegaze beberapa tahun kebelakangan ini. Mengambil pengaruh yang obvious daripada tone dan gaya muzik Post Rock/Shoegaze dengan intensity Black Metal, pergerakan muzik sebegini membawa pendengar kepada lantunan emosi yang tak keruan. Kejap uplifting, macam positif, kejap macam depressive dan marah. Banyak band-band yang tergolong dalam movement sebegini walaupun tak semestinya memanggil muzik mereka sebegitu, daripada sekental Agalloch dan Altar of Plagues, kepada yang hipster seperti Deafheaven dan Ghost Bath, kepada yang lebih cenderung kepada dreamy/atmospheric seperti Alcest dan Kauan, hinggalah kepada female fronted seperti Myrkur (sebenarnya macam Black Metal, tapi ada tempias sikit macam trend post black) dan Sylvaine. VotW minggu ini memperkenalkan Sylvaine, sebuah projek muzikal solo post-metal rojak bercampur blackgaze dari Norway. Delusions diambil daripada album Wistful yang nampaknya gemar meneroka sisi emosi manusia. Enjoy!

0 feedbacks: