Wall of Water - Wall of Water (Full Length, 2016)

Wall of Water menjanjikan pengalaman sonik Black Metal yang tiada seumpamanya. Dan saya agak bersetuju dengan kenyataan itu. Sebenarnya saya pun tak pasti genre sebenar Wall of Water. Sound mereka yang murky dan mendap ditambah dengan pelbagai stail dicampak sekali menjadikan terbitan sulung mereka ini lebih kepada sesuatu yang bercampur-campur. Lebih tepat kalau saya katakan ia agak disturbing.


1. Untitled
2. No Moment of Clarity
3. Water of Life
4. Exposure
5. Clairvoyance
6. Astral Hauntings

Terbitan pertama Wall of Water ini mengelirukan deria metal saya. Pelbagai elemen metal dicampur-aduk dalam satu terbitan menjadikan ia sebuah album yang hit or miss. Saya mengesan elemen Black Metal primitif dari segi kualiti rakaman, sedikit Jazzy dan Ambient di beberapa tempat, Post-Hardcore turut muncul sekali-sekala, Noise pun turut kedengaran. Ada masanya saya rasa terlalu meluat dengan perubahan stail yang mendadak, ada ketikanya saya teruja dengan kemasukan elemen yang sedap didengar. Saya jadi keliru. Oh, dan band ini berasal dari New York, sebuah lokasi yang very unlikely untuk band Black Metal bertapak dan mungkin memainkan peranan yang besar menjadikan sound mereka bercampur-baur.

Dari segi instruments saya mendapati permainan mereka bukanlah jenis asal boleh. Wall of Water mempunyai kemahiran yang hebat, cuma skill permainan mereka yang tidak konvensional (baca: bukan seperti Black Metal anda harapkan) dan fluctuating dari trek ke trek menjadikan anda terpesona dan WTF pada masa yang sama. Bunyi rakaman yang kotor, berdesing dan tidak padat menjadikan pendengar kali pertama menganggap Wall of Water seperti Burzum (era Filosofem) dan Ulver (era Nattens Madrigal) dan hanya dengan beberapa kali mendengar anda mungkin boleh menangkap elemen-elemen yang lain. Pada saya, Wall fo Water adalah terrifying, but not in a bad sense. 

Untuk peminat: Portal (Australia), Lvcifyre, Burzum (era Filosofem), Happy Days


Maklumat lanjut mengenai Wall of Water di sini.

0 feedbacks: