Crator - The Ones Who Create, The Ones Who Destroy (Full Length, 2016)

Technical Death Metal bukanlah cup of tea saya kalau nak memilih genre Metal saya betul-betul into. Genre yang ada kalanya macam menunjuk-nunjuk tanpa ada hala tuju sebenar buat saya jadi skeptikal. Tapi itu tak bermaksud saya tak mendengar satu dua band dari genre yang menuntut kemahiran yang tinggi ini. Saya berpendapat kalau sekadar kemahiran saja yang mendominasi tanpa idea dan execution yang mampu tap emosi pendengar, apalah gunanya. Dalam cerita lain, Crator telah menerbitkan album sulung mereka pertengahan September lalu. Brader-brader Tech Death dari New York ni pada mulanya tak berapa menarik minat saya hinggalah saya meneliti presskit yang disertakan; menyatakan ada dua ahli Origin yang turut sekali. Origin adalah antara band Tech Death yang saya cukup impressed terutamanya drummer John Longstreth dan bassist Mike Flores. Dalam Crator, John Longstreth dan Jason Keyser memenuhi posisi drummer dan vokalis. Sweet.


1. The Ouroboros is Broken
2. The Judge On War
3. The Ones Who Create, The Ones Who Destroy
4. The Great Stagnation
5. The Sixth Genocide
6. The Noble Lie
7. The Collective
8. The Echo That Conquers Voice
9. The Unquiet Sky

Saya blown away dengan album cukup intense ini. The Ones Who Create, The Ones Who Destroy (selepas ini dirujuk sebagai TOWC) adalah seimbang dengan elemen brutal dan teknikal menjadikan terbitan sulung mereka ini enjoyable. Selalunya saya mendapati band Tech Death akan skew sama ada brutal tanpa hala tuju atau teknikal tahap angkuh melambung, kedua-duanya menjadikan genre Tech Death sama ada anda benci atau suka.

TOWC juga adalah seimbang daripada segi instruments. Saya boleh mendengar gitar, dram dan bass dengan jelas dalam mix. Kita maklum saja selalunya peranan bass akan tenggelam dalam mix, tapi TOWC meletakkan bass di aras yang sama, jadi saya berupaya mendengar Colin Marston menari-nari di fret bass, ada masanya complement gitar, ada masanya bertalu-talu noodling di belakang. John Longstreth seperti kita tahu, meneruskan kecemerlangan beliau dalam Origin ke Crator. Permainannya yang boleh dikatakan sebagai organized chaos dan on the dot menjadikan setiap trek cukup tight dan face melting. Jeff Liefer mengemudi sound gitar tanpa kompromi dengan keseimbangan antara nak jadi ganas nak mati dan angkuh dengan technical insanity yang jawdropping. Dan akhir sekali tentunya vokal Jason Keyser yang recognizable (jika anda into Origin) melengkapi Crator sebagai unit Tech Death tight teruk.

Dengan 9 trek dan berdurasi 39 minit, saya merasakan macam tak puas pula mendengar hasil sulung Crator ini. Formula Crtaos untuk album ini, whatever it might be, cukup berjaya menjadikan TOWC satu terbitan yang melekat di telinga pendengar (sekurang-kurangnya saya lah). Susah untuk saya point out trek kegemaran kerana as a whole, TOWC adalah effort yang berjaya. Kalau saya nak point out kelemahan pun... mungkin saya boleh cakap setiap trek terlalu laju! 

Untuk peminat: Origin, Spawn of Possession



Pesan The Ones Who Create, The Ones Who Destroy di sini.
Ikuti perkembangan terkini Crator di sini

1 feedbacks:

deaf-angel said...

Thank you. Harap di youtube boleh disample