Interview : Restraint - Bangkit Dari Rasa Benci

Restraint, antara nama besar masakini dalam scene hardcore tempatan. Menghasilkan sebuah album bertajuk Pure From Blood pada 2007, mereka turut menghangatkan pentas2 gig tempatan dan Asia selain menjadi opening band kepada nama2 besar yang berkunjung ke Malaysia (antara yang gua pernah tengok masa Napalm Death datang kali kedua dulu). Restraint juga dalam masa terdekat bakal mengeluarkan album kedua bertajuk Rise Above Hate dibawah label mereka sendiri iaitu Persistence Records. Kami pihak DtE telah berpeluang menemubual mereka yang mana sesi ini dilakukan melalui email. Ok tanpa buang masa teruskan membaca!

*********************************************************


1 - Assalamualaikum dan apa khabar? Boleh kami pihak DtE tahu siapa yang menjawap soalan2 yang kami kemukakan ini?
Waalaikumsalam, khabar baik. Ni saya, Ijam.


2 - Terlebih dahulu boleh nyatakan line up terkini Restraint dan nyatakan band2 lain yang mana line up Restraint ini terlibat bersama mereka sekarang.
Line up terkini adalah saya, Ijam - vocals, Mizan - gitar, Afwan - gitar, Zam - bass dan Apeq - drums. Saya juga vokal untuk Naratu, Afwan masih aktif bersama Pickcell manakala Apeq bersama Cassandra. Mizan still one band man manakala Zam rasanya lepas Dick Tracy RIP tinggal main Restraint jelah kot.

3 - Dimanakah Restraint ketika era kegemilangan band2 hardcore lama seperti Chronic Mass dan Basic Right?
Belum terfikir nak main band lagi kot.

Restraint - Pure From Blood (2007)

4 - Pure From Blood (2007) pada kami antara album hardcore tempatan yang terbaek pernah dihasilkan. Adakah Restraint berpuas hati dengan album tersebut? Atau ada beberapa perkara lain yang Restraint rasakan sepatutnya ada didalam album tersebut?
Boleh kata puas hati. Mungkin ada yang perlu diperbaiki tapi benda dah jadi ahaha so carry on jelah.


5 - Kami menggemari sound live Restraint. Sound gitar yang berat hampir sama seperti apa yang boleh didengari dari rakaman CD. Adakah Restraint mempunyai sound engineer sendiri untuk persembahan live?
Bergantung show tapi kita try our best to level everything sama. Tak kiralah show kecik ke besar.

6 - Bagaimana penerimaan music Restraint pada mat2 Punk dan Metal?
Ada yang suka, ada yang tak. takpe, pilihan masing-masing.

7 - Gear2 yang digunakan line up Restraint untuk rakaman dan persembahan pentas?
Ijam : pakai apa saje mic yang ada
Zam : Ltd bass surveyour series n mxr bass d.i paddle
Mizan : Ltd guitar EC series + Overdrive Maxon 808 + Marshal Amp
Apeq : Pearl eliminator double paddle + Cymbal ruby + China zildjian + Drumstick promark 5A
Afwan : Ibanez RG + CT series + metalzone + DS-1 Distortion

8 - 16 tahun memperjuangkan genre Hardcore, apa pencapaian paling berharga buat Restraint?
Restraint bermula suram kalau dicerita balik 16 tahun lepas dan hanya mendapat perhatian 5 tahun kemudiannya. Bagi kami dapat membawa nama scene hardcore Malaysia ke mata dunia adalah sesuatu yang berharga. Yang penting kami dapat 'break down the walls' dalam scene independent music di Malaysia untuk membuka mata apakah di sebalik scene hardcore itu sendiri.


9 - Dalam satu temubual di youtube, Restraint ada menyatakan Slayer merupakan antara pengaruh yang di apply untuk album terbaru. Adakah album terbaru nanti akan lebih kepada sound Metal?
Yup. pengaruh thrash metal Slayer amat kuat dalam album baru ini tetapi kami tidak akan lupakan elemen New School Hardcore yang sudah sebati di dalam hati dan sanubari kami. lagipun Slayer cuma 'antara' bukan satu2nya.

10 - Selain pengaruh Slayer didalam album terbaru, mungkin ada elemen2 lain diterapkan dalam lagu2 terbaru seperti tribal, djent barangkali?
Oh tidak.

11 - Kenapa mengambil masa yang begitu lama untuk mengeluarkan album kedua?
Panjang ceritanya. Dipendekkan ada pelbagai faktor seperti masa, jarak dan komitmen hidup yang lain.


12 - Mungkin ada apa2 yang boleh diceritakan serba sedikit berkenaan album baru yang mana kami difahamkan diberi tajuk "Rise Above Hate"?
Rise Above Hate lahir dari seorang individu atau sebuah entiti yang mana apabila sampai satu tahap akan mula menjadi bualan, termasuklah yang negatif. Rise Above Hate adalah motivasi kepada mereka2 yang melalui fasa ini untuk terus mencapai cita-cita dan objektif kehidupan.

13 - Soalan berkenaan MYHC. Siapa sebenarnya yang menjadi tonggak, tulang belakang dan penggerak kepada MYHC?
MYHC adalah Malaysia Hardcore. Tiada soal individu atau pemilikan. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk bersama2 membangunkan scene hardcore Malaysia tanpa mengira skala, sound dan pemikiran.

14 - Kami melihat Restraint antara band hardcore yang masih aktif beraksi di gig. Ada nasihat2 untuk band2 hardcore yang baru bermula memperjuangkan genre ini?
Dedikasi dan beri segalanya. Band sekarang lebih mudah kerana faktor social media dan juga platform di internet seperti facebook, youtube, spotify, itunes dan lain2 lagi. Benda dah mudah so lebih advance lah, ada band budak2 form 3 pun lagi dasyat dari yg senior2 ni.

15 - Pernah membuat persembahan luar dari Malaysia?
Setakat ini cuma di Indonesia dan Singapura.

16 - Untuk Asia tenggara ini, negara apa yang scene hardcore nya paling happening? Adakah Malaysia punya peluang untuk mencapai apa yang negara tersebut capai dari segi progress scene ini?

Kami rasa Indonesia. Masih jauh lagi untuk kita sampai ke tahap mereka, belum ada lagi band hardcore yang boleh hidup sebagai band jika di Malaysia. Di sana, band sudah jadi way of life.

17 - Band2 hardcore baru yang pada Restraint perlu diberi perhatian?
Eat Shit And Die, Left to Fight, Triangle, Damage, Touchdown (sayang band ni dah RIP), KrustyHc, Thy Regiment, dan banyak lagi.

18 - Dari local scene Hardcore, band apakah yang boleh dianggap antara legenda hardcore negara? Basic Right? Chronic Mass? etc...
Semua yang awak sebut tu legend. kami mungkin beruntung pernah tengok dan kenal mereka. mcm aku, aku suka dgn Projekt AK, Groundrule, Disaster Funhouse, Pointless Judgement, NOP, Self Defence...

19 - Berkenaan penggunaan gitar 7 atau 8 tali untuk menghasilkan sound yang berat. Pendapat Restraint berkenaan hal ini?
Memang tidak dinafikan, tapi kami lebih selesa pakai 6 tali. Ikut kemampuan masing-masing.

20 - Hardcore sering dikaitkan dengan "Straight Edge". Adakah Restraint antara pengamal "Straight Edge"?
Tidak.

21 - Jika dilamar label antarabangsa sebagai resident artist, adakah Restraint akan menerima tawaran tersebut?

Label apa tu? tengok label jugak.

22 - Planning selepas album baru dikeluarkan? Tour mungkin?
Yang penting release dulu, dah lama sangat dah. tour nanti cerita, maybe akan ada.

23 - Ok, itu sahaja.. terima kasih kerana sudi bersama dalam sesi soal jawap ini. Kata2 terakhir Restraint kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Terima kasih kerana sudi menemubual kami. jangan lupa dapatkan CD Rise Above Hate yang akan dirilis oleh label saya sendiri, Persistence Records. yang penting support local band, scene, dan your friends. siapa yang akan support kita kalau bukan kita sendiri?

*********************************************************

Ok, sebelum kami menamatkan entry ini, kami turut selitkan video lirik rasmi terbaru dari Restraint bertajuk For Better Days yang menampilkan Iskandar dari Artefacts untuk solo gitar.

Restraint - feat. Iskandar of Artefacts - For Better Days (Official Lyric Video)

Kenali dan hubungi Restraint melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini. Juga sila ikuti perkembangan Restraint untuk sebarang pembelian CD Rise Above Hate dan merch mereka juga melalui laman sesawang disediakan dibawah.

Restraint
Email
Facebook
Twitter

Persistence Records
Facebook

0 feedbacks: