Netherbird - Pillars of the Sky (Single, 2016)

Belum lagi reda dengan Windwards hari tu, Netherbird kembali dengan single terbaru dalam usaha mempromosi album The Grander Voyage. Yang terkini adalah Pillars of the Sky. Single ini memuatkan title track dan juga satu non-album track iaitu Brazen Splendour.


1. Pillars of the Sky
2. Brazen Splendour

Berbeza dengan Windwards (anda boleh baca reviewnya di sini), Pillars of the Sky mempunyai build up berperingkat-peringkat. Dari permulaan sehingga suku trek, hanya gitar akustik dan vokal parau berbisik mendominasi. Instruments penuh hanya meletus menjelang minit 2:40. Saya berpendapat ia masih mempunyai feel yang grand dan powerful dengan approach sebegini. Windwards bertumpu kepada tempo yang ribut dari awal sehingga tamat, manakala trek ini adalah complete reverse kepadanya, jadi ia adalah kesinambungan yang menarik.

Brazen Splendour pula bermain dengan tempo yang sederhana sambil drumming double pedal menyelit sekali-sekala sepanjang lagu. Trek ini lebih sinister sekalipun takdelah laju gila. Sekali lagi saya merasakan pengaruh Dissection, Necrophobic dan Watain berlegar-legar dalam Netherbird. Pillars of the Sky (dan Windwards) merupakan teaser yang menarik kepada album penuh The Grander Voyage yang bakal keluar dalam sebulan dua lagi, jadi kalau anda dah berminat, bolehlah buat pesanan sekarang!

Untuk peminat: Dissection, Necrophobic, Naglfar


Pesan The Grander Voyage di sini.
Ikuti Netherbird di Facebook.


0 feedbacks: