Nonserviam - Archetype Obscure (EP2016)

Setelah menghasilkan EP pertama Ordinance of Reason pada 2012 dan penghasilan album penuh A Spectral Ascension (2014), band dari Pulau Pinang, NonserviaM yang memperjuangkan irama Melodic Death Metal ini nampak terus maju dengan penghasilan material2 baru. Malah mereka juga terus memenuhi undangan gig2 tempatan dan turut juga merentasi lautan untuk memeriahkan show2 luar negara antaranya Singapore, Hanoi Vietnam untuk 2013 dan 2015. Terkini mereka telah dilamar label dari USA iaitu Slaughterhouse Records dan bakal mengeluarkan Archetype Obscure (EP2016) berkemungkinan pada penghujung 2016.

Faris (Keyboards), Vinoth (Guitars), Leon (Vocals), Valent (Drums), ChuXian Cx (Bass)
Ariff (Thirteen Hundred) - Live Guitarist

Artwork oleh Payden Lee

Tracklist :

1 - I
2 - Primeval
3 - Disdain
4 - Exile
5 - Servitude

Archetype Obscure (EP2016) melalui proses rakaman di Greenhouse Studios, Kuala Lumpur sekitar Julai 2015. Tom Bollocks dan NonserviaM merupakan penerbit bagi EP ini. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Stephen Murphy, bertempat di Deconstruct Audio, Australia. Beberapa nama terlibat sebagai pemuzik undangan seperti Ranveer untuk solo gitar untuk track bertajuk Disdain dan Asri Asahari (Wynken Delerium) menyumbangkan suara untuktrack bertajuk Servitude.

Track pertama I berdurasi 46 saat merupakan sebuah instrumental dari instrument keyboard/synth yang merupakan instro kepada EP ini.

NonserviaM - Primeval

Primeval merupakan track bervocal pertama yang telah diberi preview awal oleh NonserviaM melalui laman youtube beserta lirik melalui laman facebook mereka. Persepsi pertama apabila track ini dihadam, gua boleh katakan EP ini adalah satu rakaman yang solid dan setelah mengambil sedikit masa yang agak lama, gua dapat rasa ada sedikit perbezaan dari sound rakaman yang mana Archetype Obscure kedengaran lebih bersih, cermat dan bright tahap rakaman nya. Influences rasanya masih dalam kalangan band2 seperti Dimension Zero, Dark Tranquillity dan seangkatan.

Disdain apabila diteliti riffing gitarnya ada sikit2 bau At The Gates dalam permainan progression chordnya. Elemen penggunaan clean vocal ala2 ICS Vortex turut diselitkan sedikit dan membuatkan track ini kedengaran lain dari track2 yang pernah dihasilkan NonserviaM. Juga terdapat guest untuk solo gitar yang dimainkan oleh Ranveer.

Exile bermula dengan feel seakan2 melayan Dark Tranquillity. Idea dari pemain keyboard/synth yang boleh dipuji untuk part2 yang beliau mainkan. Ini sebuah track yang agak perlahan tempo kelajuannya namun untuk genre sebegini, permainan yang kemas dan teliti perlu dititikberatkan agar tidak berlaku kesilapan. Antara track yang punya solo gitar yang syahdu! Ok ini feberet track gua hahaha!

Track terakhir Servitude merupakan sebuah track yang menyaksikan aksi berduet antara Leon dan Asri Asahari dari Wynken Delirium. Ini satu track yang menarik pada gua kerana beberapa riffing yang tak terduga digabung dalam komposisi dan menjadi sebuah track yang hebat.

Gua boleh simpulkan bahawa Archetype Obscure (EP2016) adalah satu produk yang bagus dari segi sound produksi (gua anggap ini kemungkinan kerana hasil rakaman di studio dan sound engineer yang bagus iaitu Tom di Greenhouse juga proses akhir mix dan mastering menggunakan khidmat engineer luar). Kesemua bunyi instruments diadun cantek dan cermat, tidak ada sebarang instrument yang lebih menonjol kedengaran. Keseimbangan yang sangat bagus dan tiada cacat cela.

Track2 yang dihasilkan pula rasanya hanya Primeval yang agak "ribut" jika dibandingkan dengan track2 lain. Namun begitu nampak seakan EP ini lebih matang, tidak mengejar kelajuan semata2 dan ketepatan timing dalam tempo adalah yang paling jelas dapat gua "tangkap" setelah menghadam kesemua track. Ada juga sedikit eksperimen (yang tidak pernah dihasilkan dalam EP awal dan album pertama) barangkali jika diteliti riffing2 asas lagu2 terkandung dimana gua dapat hidu pengaruh blues untuk beberapa part termasuk solo gitar oleh Vinoth.


Ok, memandangkan ketika gua menulis ini fizikal copy belum release, so anda boleh mengikuti perkembangan terkini berkenaan EP ini (terutama untuk urusan pembelian) di laman facebook NonserviaM melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Terima kasih kepada NonserviaM kerana memberi kami preview awal untuk Archetype Obscure (EP2016). Support mereka! Jika bukan anda siapa lagi??

NonserviaM
Facebook
Bandcamp

Slaughterhouse Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

0 feedbacks: