Shambles - Realm of Darkness Shrine (2016)

Shambles merupakan antara band meningkat naik dari Thailand untuk ketika ini. Ditubuhkan sekitar 2007, Shambles telah melalui beberapa fasa perubahan dari haluan asal Brutal Death Metal/Grindcore kepada Black Metal dan berakhir dengan Death Metal. Untuk terma Death Metal bawaan Shambles ianya lebih menjurus kepada pembawaan tempo perlahan yang adakala seakan Doom dan Sludge namun bersifat straight forward dan old school. Sebagai pengenalan, sepanjang penubuhan Shambles telah menghasilkan beberapa demo dan split sebelum kelahiran EP pertama pada April 2016 dan pada September 2016 album penuh pertama bertajuk Realm of Darkness Shrine telah menemui pasaran. Album ini dikeluarkan secara independent oleh Shambles untuk 500 copies CD manakala Nero One Records dari USA akan mengeluarkan untuk format vinyl.

Chainarong Meeprasert (Vocals), Thinnarat Poungmanee (Drums), Issara Panyang (Guitars), Thotsaphon Ayusuk (Bass)

 Artwork oleh Brian Vdp

Tracklist :

1 - Rosarium   
2 - Call from the Further Tomb    
3 - Breath of the Deathprayer   
4 - Onward into Chasms    
5 - Haxanwomb    
6 - Realm of Darkness Shrine   
7 - Bitter Abysmal Depths

Realm of Darkness Shrine boleh didefinisikan antara album Death Metal berdurasi panjang walaupun hanya terdiri dari 7 buah track. 45 minit dengan paling pendek berdurasi menghampiri 4 minit dan terpanjang 9 minit lebih dan rata2 track dalam lingkungan menghampiri 6 minit ke 7 minit lebih.

Bercakap berkenaan teknikal album ini boleh gua katakan konsep music bawaan Shambles mungkin agak jarang ditemui di Asia Tenggara ini (Malaysia gua sendiri tak pasti). Shambles berpegang teguh dengan konsep sebegini untuk kesemua track. Terma "Dark Death Metal" mungkin tepat memandangkan atmosfera yang dirasai agak gelap dan suram. Adakala seakan Doom Metal namun tiada major chord dalam komposisi lagu. Ianya penuh kesuraman, kegelapan dan tekanan.

Sound produksi album ini boleh dikira bagus dan gua pasti apa yang diingini Shambles adalah sound yang mampu memberi kesan dengan arah music dan konsep bawaan mereka. Sound gitar yang tebal, bass secukup rasa, drum yang adakala berada dalam tempo perlahan dan gaya bawaan vocal dari Chainarong Meeprasert ternyata menggerunkan.


Di atas adalah preview penuh Realm of Darkness Shrine (2016). Anda boleh kenali Shambles juga bagaimana music ciptaan mereka dengan melayari laman sesawang facebook mereka. Juga email kami sertakan jika ada organizer yang mahu memanggil mereka ke sini (mereka pernah beraksi di Pulau Pinang pada 2014). Kepada penggemar2 band seperti Incantation, Grave Miasma, Goatlord, Blood Incantation, Morbid Angel, Ruin mungkin akan meminati Shambles.

Email
Facebook

VotW - Science of Sleep - Fed to Pigs (featuring Nico Webers of War from a Harlots Mouth)

Kumpulan Deathcore dari Jerman, Science of Sleep bakal menerbitkan album kedua berjudul Hellmouth penghujung November ini melalui Bastardized Recordings. Album yang merupakan susulan kepada debut mereka Exhaust menjanjikan sound Deathcore yang berat tak boleh angkat dengan brutality yang cukup perisa. Sebelum Hellmouth menemui pasaran, ada baiknya kita layan promo video Fed to Pigs diambil dari Hellmouth. Enjoy!

Darkrypt - Delirious Excursion (2016)

Darkrypt merupakan sebuah band beraliran Death Metal dari Mumbai India. Ya nampak gaya India sedang "membangun" dengan baka2 music keras yang semakin menampakkan kesungguhan dari segi kualiti band, penghasilan lagu juga sound produksi yang bagus. Sebagai introduksi Darkrypt ditubuhkan sekitar 2013. Delirious Excursion merupakan album penuh pertama Darkrypt dan ianya dikeluarkan oleh Transcending Obscurity India pada 15 Oktober 2016.

  Amey Bhole - Vocals/Bass Guitar
Aumkar lele - Drums
Rishabh Ravi - Guitar
Mihir Gaikwad - Guitar

 Artwork oleh Turkka G. Rantanen

Tracklist :

1 - The Becoming Alteration
2 - Dark Crypt
3 - Chasm of Death
4 - Abstract Submission
5 - Cryptic Illusions
6 - Folie à Deux
7 - Limbic Dichotomy
8 - The Inducer
9 - The Acceptor

Delirious Excursion (2016) mendapat sentuhan mixing oleh Greg Chandler di Priory Recording Studios manakala proses mastering dilakukan oleh Dan Swano di Unisound Studios. Terdapat undangan vocalist iaitu Rogga Johansson (Paganizer, The Grotesquery, etc.) untuk track ke enam bertajuk Cryptic Illusions dan Nitin Rajan dari band Death Metal bernama Primitiv untuk track ke lapan iaitu The Inducer.

Menghadam album Delirious Excursion (2016) ini seakan mendengar material dari band2 Eropah. Gua beranggapan fans Old School Death Metal pasti menganggap album ini antara hasil terbaek sepanjang 2016. Music mereka adalah Death Metal yang tidak mengejar kelajuan semata2. Adakala boleh dikatakan seakan mid tempo. Darkrypt punya resepi tersendiri dalam penghasilan lagu2 mereka. Konsep dan music direction yang jelas boleh di dengar dari keseluruhan album.

Demilich, Adramelech, Demigod, (early) Amorphis, Funebre dan Nihilist merupakan antara nama yang diberi penghormatan sebagai antara pengaruh music Darkrypt.



Dark Crypt merupakan track bervocal pertama setelah The Becoming Alteration sebagai intro tamat. Track ini berada dalam tahap agresif namun terkawal dalam konteks Death Metal itu sendiri. Ini track yang boleh membuka selera pendengar untuk mengetahui "isi" lain yang terkandung didalam album ini. Selain dark Crypt, track ketujuh Limbic Dichotomy boleh gua katakan antara track yang sedikit laju tempo nya berbanding track2 lain. Riffing yang catchy dan bersahaja menambahkan ianya kedengaran menarik dan sedikit tidak jemu.


Track ke lima iaitu Cryptic Illusion sebagai antara salah satu track yang gua ulang beberapa kali setelah menghadam keseluruhan album ini. Menampilkan Rogga Johansson dari Paganizer (yang dilihat agak sibuk dengan beberapa projek band) di posisi vocal menambah lagi kekuatan terutama di bahagian vocal. Track ini punya flow turun naek yang baek. Cukup kuat pengaruh Old School Death Metal nya juga solo gitar yang menarik.


Satu lagi kalobrasi dimana Nitin Rajan dari band Primitiv menyumbangkan vocalnya. Sebuah track bertajuk The Inducer yang juga sedikit agresif dan penuh hentaman pedal drum serta percambahan idea untuk riffing gitar. Menarik apabila kedua2 vocalist undangan antara antara vocalist yang punya kemampuan teknik growl yang bagus.

Ok, dari segi sound produksi, Delirious Excursion (2016) ternyata adalah produk dengan hasil akhir yang bagus dan profesional. Kredit kepada Greg Chandler (juruadun) serta Dan Swano untuk proses akhir mastering. Mungkin ini boleh dijadikan antara kemestian kepada penggemar irama Death Metal amnya.

Difahamkan Delirious Excursion (2016) didatangkan dalam kuantiti agak limited iaitu 300 unit dengan harga USD10 manakala untuk format digital dengan harga USD6.99. Juga limited t-shirt Darkrypt boleh diperolehi dengan harga USD12. Klik di SINI untuk untuk pembelian secara online. Hubungi dan kenali Darkrypt melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Darkrypt
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Ade - Carthago Delenda Est (2016)

Ade pada gua antara band yang  perlu diberi perhatian untuk 2016. Berasal dari Italy, band yang memperjuangkan irama Death Metal dengan pengaruh Folk ini secara asasnya ditubuhkan pada 2007. Menghasilkan 2 buah EP dan 2 buah album dan terkini album ketiga bertajuk Carthago Delenda Est membuktikan Ade bukan calang2 band. Dengan tema peperangan di era Rome dan Greece, penghasilan album ketiga ini ternyata boleh membuatkan pendengar dan pendukung irama Death Metal sedikit terlopong dengan komposisi lagu2 yang mantap dari Ade.

Traianvs (Vocals), Fabivs (Guitars), Caligvla (Bass), Nero (Guitars), Commodvs (Drums)

Artwork oleh Luca Tarlazzi
Graphic design oleh Lumiè Pictures
Track list:

1. Carthago Delenda Est
2. Across the Wolf's Blood
3. Annibalem
4. With Tooth and Nail
5. Dark Days of Rome
6. Scipio Indomitus Victor
7. Mare Nostrum
8. Zama: Where Tusks are Buried
9. Excidium
10. Sowing Salt

Carthago Delenda Est (2016) melalui proses rakaman di Overload Music Production bertempat di Rome, Italy oleh Riccardo Studer dan Alessio Soup. Secara amnya lirik untuk album ini berkisarkan Punic War untuk memegang pemerintahan di Mediterranean yang melibatkan Rome dan Carthage sekitar 264 sehingga 146 sebelum Masihi.

Carthago Delenda Est mungkin boleh dipilih sebagai antara release terbaek 2016. Music yang padat, idea yang hampir2 punya originality tersendiri (konsep dan music direction) namun sudah punya trademark tersendiri, permainan instruments yang kemas, sound yang berat dan untuk part2 yang laju ternyata Ade bermatian mengejar kelajuan. Gua andaikan music Ade boleh dibayangkan jika anda mendengar Behemoth, Rudra dan 2 band yang punya pengaruh arabic iaitu Nile dan Scarab.

Sound produksi untuk album ini sangat bombastik! Mixing yang cantek dan hebat walaupun rata2 mengejar kelajuan pada tempo tinggi terutama riffing dan drumming yang menggila babi.

Jika ditanya track pilihan, gua boleh kata hampir kesemuanya tetapi 4 track terawal paling melekat dengan telinga gua.


Terima kasih kepada Transcending Obscurity (webzine, record label and PR company) yang memperkenalkan kepada kami band ini dan juga label rasmi mereka iaitu Xtreem Music. Kepada penggemar Nile, Scarab dan band2 Death Metal dengan music yang padat, Carthago Delenda Est (2016) adalah satu kemestian. Ini antara produk kental dan padat untuk 2016!

Kenali Ade melalui laman sesawang yang disediakan dibawah dan untuk urusan pembelian sila berhubung dengan Transcending Obscurity Records juga melalui link yang kami sediakan dibawah.
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Official Website
Facebook

Azooma - The Act of Eye (2016)

Azooma merupakan sebuah band beraliran Progressive/Technical Death Metal dari Mashdad, Iran. Ditubuhkan sekitar 2004 namun hanya menghasilkan material pertama bertajuk A Hymn of the Vicious Monster (EP) pada 2014. Terkira masih dibawah label yang sama iaitu Xtreem Music, Azooma telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk The Act of Eye yang mula dipasarkan pada 10 Oktober 2016.

 Shahin Vaqfipour (Vocals), Ahmad Tokallou (Guitar),  Farid Shariat (Bass), Saeed Shariat (Drums)

 Artwork by Shahriyar Shervin

Tracklist :

1 - Act 1 - Plague of Predator
2 - Act 2 - Umbra of Mirth
3 - Act 3 - The Ocular Dominance
4 - Act 4 - Erosion of Shadows
5 - Act 5 - Non-Entity of Visions
6 - Act 6 - Flare of Flames
7 - Act 7 - Objectivity of Oblivion
8 - Act 8 - The Eyes: A Tale of Sight and Shadows

Proses mix dan mastering The Act of Eye (2016) dilakukan oleh Mathieu Pascal iaitu gitarist kepada band Progressive/technical Death Metal dari Perancis iaitu Gorod. Mathieu Pascal juga turut menyumbangkan solo gitar untuk track ke 6 bertajuk Act 6 - Flare of Flames.

Selain Mathieu Pascal yang bertindak dalam hal ehwal mix dan mastering, satu nama lagi yang dijemput dalam rakaman album ini ialah Dave Rotten dari Avulse. Dave Rotten merupakan vocalist undangan yang dijemput untuk rakaman track pertama iaitu Act 1 - Plague of Predator. 

The Act of Eye merupakan album berkonsep, sama seperti apa yang mereka lakukan untuk A Hymn of the Vicious Monster (EP2014) dahulu. Bercakap mengenai album berkonsep ini, setiap track rata2 berdurasi 6 ke atas kecuali track terakhir Act 8 - The Eyes: A Tale of Sight and Shadows yang berdurasi 3 minit lebih manakala Act 3 - The Ocular Dominance merupakan track terpanjang berdurasi menghampiri 12 minit.


Pada gua, Azooma adalah entiti2 yang terdiri dari pemuzik hebat. Music mereka ternyata penuh teknikal, elemen odd signature yang bersepah di setiap ceruk lagu, riffing kejam Death Metal dan kadangkala kedengaran seperti Dream Theater versi Death Metal. Bukan sekadar permainan gitar berteknikal dari Ahmad Tokallou, solo gitar beliau juga rasanya bukanlah kosong dan sekadar melepas batuk ditangga. Tone Bass dari Farid Shariat memang cukup lemak dan power. Cuma beliau tak buat solo bass sahaja. Permainan drum dari Saeed Shariat memang superb dan anda boleh lihat sendiri permainan beliau melalui video yang kami sertakan dibawah. Tugasan Shahin Vaqfipour selaku tukang pekik bersesuaian dengan konsep Azooma. Untuk track pertama, gua sudah seperti tidak dapat mengenalpasti yang mana suara Shahin Vaqfipour dan Dave Rotten.

Untuk memilih track terbaek gua rasa tidak adil kerana kesemua track ternyata bagus dan setiap track juga punya keistimewaan tersendiri. Sebagai klue, music Azooma boleh di imaginasi seperti campuran antara Nile + Dream Theater + Gorgut + Necrophagist dan seangkatan..

Hubungi Xtreem Music untuk pembelian The Act of Eye (2016) dan produk2 mereka dan kenali Azooma melalui link2 yang kami sertakan di penghujung entry.

Azooma - Encapsulated Delusion (Live at Persian Rock & Metal Fest 2013)

Echelon - The Brimstone Aggrandizement (2016)

Echelon merupakan sebuah band yang menggabungkan juga beberapa star dari kelompok band2 Death Metal dunia. Setelah menghasilkan album pertama Indulgence over Abstinence Behind the Obsidian Veil pada October 2015 dibawah Metal Inquisition Records, Echelon kini bakal tampil dengan album terbaru berjudul The Brimstone Aggrandizement pada 22 December 2016. Album kedua ini menyaksikan Echelon bernaung dibawah Transcending Obscurity Records.


Dave Ingram - Vocals
(Hail of Bullets, Down Among the Dead Men, Ex-Bolt Thrower, Ex-Benediction)
Rogga Johansson - Guitars
(Paganizer, Demiurg, Putrevore, Megascavenger, Down Among the Dead Men)
Johan Berglund - Bass
(Ribspreader, Demiurg, the Grotesquery)
Kjetil Lynghaug - Lead guitars
(Johansson, Speckmann, Paganizer)
Travis Ruvo - Drums
(Akatharta, Cropsy Maniac)

 Artwork oleh Propraetor

1 - Plague of the Altruistic
2 - The Forbidden Industry
3 - Lex Talionis
4 - Of Warlocks and Wolves
5 - The Brimstone Aggrandizement
6 - Vital Existence
7 - The Feared Religion
8 - Monsters in the Gene Pool / Sonic Vortex

Apabila bercakap mengenai "supergroup" pasti kita akan terbayang betapa power dan persoalan bagaimana hasil akhir band tersebut. Beberapa line up dari band seperti Mastodon, Soulfly, Dillinger Escape Plan seperti yang kita sedia maklum antara yang pernah menghasilkan beberapa supergroup. Juga review kami terdahulu mengenai band Stench Price yang berakhir dengan hasil Grindcore yang berada di tahap eksperiment yang sukar diduga. Hahaha..

Bercakap mengenai Echelon, mereka merupakan band yang tidak terlalu dikenali seperti band2 yang meniti nama dibibir pendengar music berat seperti Killer Be Killed, Bloodbath, Down, Lockup dan sebagainya. Namun kesemua line up (terutama Dave Ingram dan Rogga Johansson) merupakan antara pemuzik band2 Death Metal yang berjaya dan berada dalam lingkupan Death Metal yang sebenar.

Sound produksi The Brimstone Aggrandizement menyaksikan penghasilan sound Death Metal yang klasik! Pun begitu tone gitar dari Rogga Johansson dan Kjetil Lynghaug tidaklah terlalu kering seperti apa yang dihasilkan pada awal zaman 90an manakala drum masih mengekalkan stroke2 Old Skool Death Metal. Bassline adakala kedengaran agak galak dengan progression chord dan gaya pembawaan vocal oleh Dave Ingram dirasakan antara penyumbang utama kepada gaya klasik death Metal bawaan Echelon. Pun begitu riffing2 gitar juga antara penyumbang kepada gaya konsep Echelon. Seperkara yang mengukuhkan lagi terma "klasik" Death Metal bawaan Echelon, tidak ada clean vocal, tiada breakdown riff dan tiada blastbeat menggila. Format komposisi 4X4 mengukuhkan lagi apa yang dihasilkan Echelon.

Echelon (International) - Plague of the Altruistic

Kepada penggemar Death Metal yang mengharapkan sound klasik awal 90an, Echelon adalah jawapannya. Rindukan Bolt Thrower (kita tunggu pulak nanti Memoriam), Benediction? Echelon adalah jawapan untuk Death Metal klasik masa kini. Hubungi Transcending Obscurity Records untuk mendapatkan copy anda. Echelon untuk pendengar Death Metal veteren dan sesuai untuk telinga2 yang boring dan membenci Modern Metal!!!

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Echelon
Facebook
Bandcamp

Grayson - Greeting From The False Regime (EP 2016)

Grayson pada awalnya dikenali sebagai Prognosis : Death. Kami di DtE pernah membuat review keatas We’re Still Swinging (EP 2010) dan Dead and Dried Up (EP 2015). Beberapa perubahan line up telah membawa kepada perubahan nama band dan dengan menggunakan nama baru iaitu Grayson, pada awal 2016 mereka telah menghasilkan single bertajuk Vile & Loathsome yang mana mengandungi 2 buah track iaitu Defiled dan Vile & Loathsome. Terkini Grayson tampil dengan material terbaru bertajuk Greeting From The False Regime (EP 2016) yang baru sahaja dikeluarkan dan seperti keluaran2 terdahulu, segala kerja2 penghasilan dan penjualan dilakukan sendiri oleh Grayson.

 Azron (guitars), Hadi (Guitars), Izar (Drums), Hanif (Vocals), Adzer (Bassist)

Grayson - Greeting From The False Regime (EP 2016)

Tracklist :

1 - The Cleansing
2 - Burn the Flag
3 - Our Dear Leader
4 - Darth Seditious
5 - Rekt in Peace
6 - High Noon

Greeting From The False Regime (EP 2016) melalui proses rakaman di beberapa studio antaranya Nu Breax Studio digunakan untuk rakaman vocal, Kamar Seni untuk rakaman drums manakala kesemua track gitar dirakam di home studio milik Grayson sendiri. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Shahfeeq Jibin.

Grayson - Our Dear Leader

Setelah mentelaah EP ini beberapa kali, gua mendapati terma Southern Rock Hardcore Metal adalah sangat bertepatan dengan apa yang dihasilkan Grayson. Perbandingan dengan apa yang dilakukan ketika menggunakan nama Prognosis : Death tidak terlalu ketara cuma untuk Greeting From The False Regime (EP 2016), elemen Southern Rock, Harcore dan metal itu paling jelas untuk ditangkap dari setiap lagu yang terkandung. Lagu2 yang berdurasi rata-rata 2 minit lebih dan sedikit mencecah 3 minit untuk Darth Seditious (sila abaikan durasi track terakhir High Noon kerana track itu dinyatakan sebagai bonus track) kadangkala membuatkan rasa tidak puas untuk layan hasil penulisan Grayson kali ini.

Bercakap berkenaan sound produksi, gua sebenarnya menyukai sound organik drum untuk rakaman kali ini. Agak akustik dan sememangnya organik tone yang dihasilkan. Sound gitar yang seakan sengaja dihasilkan untuk menyesuaikan dengan tone drum memang matching! Juga bass yang menjadi latar setiap lagu sudah cukup untuk menghasilkan sound keseluruhan yang masih lagi nak sebut "organik". Hanif yang masih kekal sebagai line up asal dan pernah menganggotai Dicktracy dan Incarnation masih mendominasi setiap lagu dengan nyanyian dan jeritan yang pelbagai. Ok beliau menyanyi dengan untuk track terakhir High Noon. Ok, High Noon tu gua kira kalau dejay2 radio tempatan tidak double standard, confirm dah boleh dengar lagu tu dicorong-corong radio.

Ok, Greeting From The False Regime (EP 2016) boleh diperolehi dengan harga pembelian RM10 by hand dan RM15 melalui postage. Hubungi Grayson melalui laman sesawang yang kami sedikan dibawah video live mereka dibawah ini.

Grayson - Rekt in Peace (Live)

Email
Facebook
Twitter
Bandcamp (Grayson)
Bandcamp (Prognosis : Death)

Humiliation - Honourable Discharge (2016)

Humiliation pada amnya tidak perlu lagi diperkenalkan jika anda pendengar dan pentaksub irama Death Metal tempatan. Produktif dalam penghasilan album setiap tahun juga tour2 Eropah membuktikan Humiliation bukan sekadar band biasa2 atau main2. Jelas mereka ada misi dan target dalam hala tuju band. Album ke 7 bertajuk Honourable Discharge mula dipasarkan 30 September 2016 iaitu sempena Bullet Over Germany Tour 2016.

Asraf (Guitars), Bear Bee (Vocals), Amir (Guitars)
Aima (Bass) Mudon (Drums)

Layout design oleh Randy Askardia

Tracklist :

1 - Storm from the North
2 - Pearl of the Orient
3 - Battle of Slim River
4 - Parit Sulong Bloodbath
5 - 13th Battery
6 - A Single Ship Action
7 - The Forces of the Central Powers
8 - Atrocities
9 - Forgotten Soul
10 - Named in Honour

Hotsound Studio sudah seakan menjadi studio rasmi rakaman album2 Humiliation. Rakaman dilakukan sekitar 3 January sehingga 6 February 2016. Manakala proses mixing dilakukan sekitar 24 February sehingga 30 March 2016. Seperti biasa Ahmad Zahid bertanggungjawap dalam proses mixing sama seperti sebelum2 ini. Proses mastering dilakukan oleh Ferli Thielmann sekitar April 2016 di Fat-Knob-Recordings, Lahntal Germany. Untuk album ketujuh ini Humiliation masih bernaung dibawah label dari Germany iaitu Brutal Art Records.

Humiliation - A Single Ship Action

Sepanjang menghayati album ke 7 ini, apa yang boleh gua katakan Honourable Discharge masih berada dalam lingkungan album2 terdahulu kecuali Turbulence from the Deep (2013). Permainan konsisten dari line up terbaru kecuali Bear Bee, Asraf dan Mudon. Nampak gaya Amir (guitars) dan Aima (Bass) dapat memenuhi jiwa apa yang perlu ada dalam music direction Humiliation. Selain itu, solo gitar juga dilihat sudah banyak diterapkan didalam lagu2 terbaru ini. Perkara paling mengejutkan gua ialah untuk album ini, Humiliation memasukkan elemen offbeat (bukan formula 4X4) dalam sebuah track bertajuk The Forces of the Central Powers. Satu elemen yang tidak pernah dihasilkan sepanjang penghasilan lagu2 Humiliation. 

Sound produksi kali ini gua rasa agak sedikit keras dari album2 terdahulu. Kemungkinan pengaruh mastering dari Ferli Thielmann yang pertama kali terlibat dalam proses akhir album ini.


Honourable Discharge (2016) didatangkan dalam 2 format iaitu cakera padat dan vinyl 12'. Sila hubungi band atau Brutal Art Records untuk copy anda.

Humiliation - Live in Germany 2016

Humiliation
Email
Offcial Website
Facebook

Brutal Art
Facebook
Youtube

Stench Price - Self Titled (2016)

Stench Price ialah projek mega Grindcore sebenarnya. Menampilkan beberapa grindstar dari band2 seperti Necrophagist, Hail of Bullets, Brutal Truth, Paganizer, Echelon dan banyak lagi. Juga penampilan pemuzik2 yang punya lama dalam persada music keras dunia. namun mastermind untuk projek mega Grindcore ini ialah Peter Shallmin dari band Kamlath. Stench Price bernaung dibawah label Transcending Obscurity Records dan album ini akan berada dipasaran bermula pada 30 November 2016.

(klik untuk view lebih besar)

Line up terlibat :

Siberia – Peter Shallmin – Bass (Escapethecult, Kamlath)
Siberia – Max Konstantinov – Guitars (Kamlath, Nebesniesnami)
France – Romain Goulon – Drums (Necrophagist, Disavowed, etc.)


USA – Danny Lilker (Brutal Truth, Nuclear Assault, SOD, etc.)
Sweden – Rogga Johansson (Paganizer, Demiurg, etc.)
USA – Max Phelps (Cynic, Death DTA Tours, Exist)
UK – Dave Ingram (Hail of Bullets, Benediction, Bolt Thrower, etc.)
Australia – Karina Utomo (High Tension)
USA – Shawn Knight (Child Bite)

Ilustrasi dan layout oleh Xul1349
Art direction oleh Xul1349 dan Peter Shallmin

Tracklist :

01 - Living Fumes (feat. Danny Lilker of Brutal Truth)
02 - Furnaces Burn (feat. Rogga Johansson of Paganizer)
03 - Pressure (feat. Karina Utomo of High Tension)
04 - 4.27.15 (feat. Max Phelps of Cynic, Exist)
05 - The Genocide Machine (feat. Dave Ingram of Hail of Bullet, Echelon)
06 - The Vitality Slip (feat. Shawn Knight of Child Bite)

Kesemua track dihasilkan oleh Peter Shallmin, Max Konstantinov dan Romain Goulon. Sebagai mastermind beberapa penambahan dalam susunan lagu dilakukan oleh Peter Shallmin. Album ini melalui proses rakaman di studio lagenda iaitu The Morrisound Recordings Studio, Tampa, Florida. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tom Morris. Kesemua vocalist terlibat menghasilkan lirik untuk setiap track yang dinyanyikan.


Pengenalan track pertama berjudul Living Fumes menampilkan Danny Lilker dari Brutal Truth sebagai vocalist undangan. Persepsi pertama mendengar music dari grindstar ini, ianya satu yang pelik. Tahap eksperimentasi yang melampau namun permainan instrument tetap berteknikal tinggi. Bayangkan dalam hentaman grind menggila tiba2 diselitkan muzik bossanova bagai. Ekspresi pertama apabila tamat track ini gua terbayang seorang budak tetapi punya sifat dan fizikal yang jahat dan nakal melampau!


Furnaces Burn yang menampilkan Rogga Johansson dari Paganizer diposisi vocal. Odd signature dari Romain Goulon lari terus dari riffing gitar namun masih dalam persamaan tempo. Gila gua meneliti permainan hi-hat beliau. Marah plak gua bila tiba2 ada part seakan mendengar lagu George Michael.

Pressure feat. Karina Utomo of High Tension (Official Music Video)

Pressure terlebih dahulu telah diberi preview awal melalui video klip rasmi yang diupload seawal September. Menampilkan Karina Utomo dari High Tension diposisi vocal. Kepada yang telah mendengar track ini di youtube pasti pening memikirkan apa yang dilakukan Stench Price. Kalau track terdahulu bunyi Pop dari George michael kali ini selit pulak lagu koboi.

Max Phelps yang bersama Cynic sekitar 2011 sehingga 2015 muncul untuk track bertajuk 4.27.15. Ini gua rasa track pertama yang tiada selingan music bossa/lounge sepanjang lagu dimainkan. Ini juga satu track yang agak kompleks komposisinya. Apa yang gua perasan, walaupun adakala riffing gitar agak biasa tetapi part drum akan membuatkannya kedengaran teknikal dan kompleks.

The Genocide Machine menampilkan Dave Ingram of Hail of Bullet, Echelon. Sebuah track yang paling serius dan masih berteknikal tinggi terutama jika mendengar part drum nya. mau x teknikal lihat sahaja drummernya. Romain Goulon dari Necrophagist!

Track terakhir dan berdurasi paling panjang iaitu 5minit bertajuk The Vitality Slip menampilkan Shawn Knight dari band Child Bite. Komposisi gila dan permainan instrument yang berteknikal. Panjang pulak music bossa/lounge yang diselit dari 3 suku pertama lagu.

Secara kesimpulan Stench Price boleh dikatakan sebuah band Grindcore yang cuba lari dari grindcore biasa yang selalu didengar. Adakala ianya kedengaran agak lawak apabila sedang sedap grind tiba2 berubah menjadi bossa dan lounge music. Namun tidak boleh dinafikan walaupun track2 terkandung punya durasi 2 minit, tahap teknikal yang dimainkan setiap line up bukan perkara biasa2. Gua tak dapat imagin lagi bagaimana Stench Price beraksi dipentas. Ehh Obscene Extreme Fest lagi banyak band pelik2 kot???

Ok, jika anda sudah biasa dengan Napalm Death atau band2 yang grind serius rasanya Stench Price bukanlah pilihan anda. Mungkin penggemar Sore Throat dan Old Lady Drivers boleh jadi pembayang apa itu Stench Price tapi jangan lupa pengaruh bossa/lounge music!

Hubungi Transcending Obscurity Records untuk copy anda. Sekali lagi diulangi album self-titled ini akan mula dipasarkan pada 30 November 2016. Kenali Stench Price melalui laman facebook daan bandcamp mereka melalui link2 disediakan dibawah.

Stench Price
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Official Website
Facebook
Twitter 

Grandeur of the East - Compilation 2016

Grandeur of the East merupakan satu kompilasi yang mempertaruhkan 10 buah band yang rata2 terdiri dari band dari Pantai Timur iaitu Nosferiel (Terengganu), Anguish (Pahang), IV V I IV (Pahang), Tahannus (Terengganu), Suffer Remains (Terengganu), Visitant (Pahang) dan Tasyim (Pahang). Namun diselitkan juga beberapa band diluar pantai timur iaitu Collapsus (Kedah), Imperial (Kuala Lumpur) dan Black Abyss (Selangor). Kepelbagaian genre yang rata2 dari Death Metal sehingga Black Metal boleh di jamah sepanjang mendengar kompilasi ini. Celestial Frequency sebuah label yang berpusat di Kuala Lumpur bertanggungjawap sepenuhnya dalam penghasilan kompilasi ini.

Grandeur of the East - Compilation 2016

Tracklist : 

01 - Nosferiel - Myrmidonian Angel War
02 - Black Abyss - Unlight Destroyer
03 - Anguish - Screams of Brutality
04 - IV V I IV - The Ancient Prophecy I Desired
05 - Collapsus - Nocturnal Inception
06 - Tahannus - Storm of Seven Gods
07 - Suffer Remains - Remnants of the Ruined World
08 - Imperial - Emperor of the Hordes
09 - Visitant - Realm of the Night
10 - Tasyim - The Cried.. The Tears

*******************************************************


Nosferiel peneraju Black Metal pantai timur menjadikan Myrmidonian Angel War sebagai track permulaan untuk kompilasi ini. Black Metal ala Marduk, Dark Funeral dan seangkatan yang rata2 mengutamakan kelajuan adalah rupa sebenar Nosferiel. Walaupun bermula dengan sedikit flow yang perlahan temponya namun banyak juga gua terbaca ini merupakan antara track pilihan ramai pendengar CD kompilasi ini. Nosferiel juga bakal menghasilkan album penuh yang rasanya dalam proses akhir produksi.

Nosferiel boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Unlight Destroyer gua andaikan antara unreleased track dari Black Abyss kerana gua belum pernah nampak tajuk lagu ini didalam mana2 rilis mereka termasuk sebarang split. Penggemar BMH tidak boleh melepaskan peluang mendengar track ini. Jika sebelum ini Black Abyss lebih kepada sound organik dan raw untuk sound produksi mereka, namun untuk kompilasi ini mungkin, ianya adalah antara rakaman Black Abyss yang paling bright dan bersih pernah dihasilkan. Sebelum terlupa, Black Abyss baru sahaja mengeluarkan album sulung mereka bertajuk Funeral Christ yang terperam sejak 2010.

Black Abyss boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka. 


Band pertama membawakan irama Death Metal yang agak old skool dalam kompilasi ini iaitu Anguish. Ditubuhkan sekitar 2002, Anguish yang bermastautin di Pahang telah melahirkan beberapa buah demo dan terbaru pada 2014 bertajuk Abstract Decomposition. Istimewa sekali untuk kompilasi ini, Anguish telah menghasilkan track yang punya kualiti dari segi rakaman yang lebih meletup.
Screams of Brutality adalah track terbaru dari Anguish untuk kompilasi ini.

Setakat ini, Anguish hanya boleh dihubungi melalui email ini.


IV V I IV atau kata kekunci kepada DEAD turut sama menyumbangkan sebuah lagu terbaru bertajuk The Ancient Prophecy I Desired khas untuk kompilasi ini. Juga pujian harus diberikan kerana menghasilkan kualiti rakaman yang profesional sama seperti Black Abyss dan Anguish yang sebelum ini terkenal dengan sound raw. Pun begitu IV V I IV yang semakin kerap memenuhi pentas2 live telah menghasilkan sebuah EP baru2 ini bertajuk Endless Morbidity dan difahamkan bersedia untuk rakaman album penuh dalam masa terdekat.

IV V I IV boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Collapsus sebuah band yang gua rasa baru ditubuhkan dengan membawa genre Old Skool Death Metal. Mempertaruhkan lagu bertajuk Nocturnal Inception sebagai pengenalan music mereka, band yang berasal dari Kedah ini seakan ditunjangi oleh Azim dari band Herriot yang mengemudi posisi gitar dan bass. Penggemar Death Metal mid tempo boleh mengharapkan sesuatu dari Collapsus. Benediction, Obituary, Bolt Thrower gua kira antara pengaruh utama musical Collapsus. Collapsus mengingatkan gua pada Recidivist, sebuah lagi band Death Metal dari Kedah. Ok, gua harap Collapsus akan muncul dengan material terbaru tak lama lagi atau setidak-tidaknya muncul dipentas2 gig tempatan.

Collapsus boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Tahannus boleh dianggap antara band lama yang bernafas kembali setelah lama berkubur. Mereka tampil kembali dalam beberapa siri gig sekitar 2013 rasanya. Storm of Seven Gods menjadi taruhan terbaru Tahannus yang turut rasanya antara lagu baru yang khas dimuatkan didalam kompilasi ini. Muzik yang dalam lingkungan Death menjurus ke Black Metal adalah apa yang diperdendangkan melalui track ini. Merupakan track terpanjang berdurasi 7 minit 39 saat.

Tahannus boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Suffer Remains band Brutal Death Metal dari Terengganu ini telah menghasilkan album penuh bertajuk Impaled Humanity pada 2015. Mempertaruhkan lagu terbaru bertajuk Remnants of the Ruined World ternyata mereka masih dengan music berteknikal dan ganas dari segala sudut. Cukup tight permainan setiap line up tanpa memberi sebarang ruang. Antara track paling tepu tahap Death Metal nya dalam kompilasi ini. 

Suffer Remains boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Imperial muncul dengan rakaman semula Emperor of the Hordes yang merupakan self-title kepada demo mereka pada 1995 dahulu. Menariknya track ini seakan mengimbau era Black Metal lama seperti Dimmu Borgir era sebelum Puritanical Euphoric Misanthropia. Selain itu boleh lah dikatakan hanya Imperial sahaja antara band dalam kompilasi ini menghadiahkan lagu lama mereka dalam nafas baru untuk pendengaran follower2 mereka. Layan jugak track ini walaupun hampir mencecah 7 minit durasinya.

Imperial boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Visitant band yang memang menjadi penantian gua setelah rakaman terdahulu mereka untuk tribute album Silent Death dimana mereka membawakan lagu Before The Sunrise. Untuk kompilasi ini sebuah track terbaru bertajuk Realm of the Night telah dirakam. Terus terang gua ulang banyak kali track ini. Ianya kedengaran terawang-awangan untuk riffing dan petikan keyboard/synth nya yang mencelah diantara satu sama lain. Komposisi yang padat sebenarnya dengan kepelbagaian idea dan instruments yang dimainkan. Gua andaikan Visitant sudah perlu untuk menghasilkan sebuah album penuh memandangkan apa yang mereka hasilkan sememangnya berkualiti dari konteks music nya. Ok dah lama dah gua tunggu sejak The Sword Without Eyes (EP 2012).

Visitant boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Tasyim, antara veteran band dari Pahang tampil dengan track bertajuk The Cried.. The Tears. Kombinasi penggunaan bahasa melayu dan Inggeris dalam bait lirik. Music Tasyim masih boleh dikategorikan sebagai Death Metal disamping lirik yang menceritakan hal-hal occult. memang berhantu lagu ini dengan selingan suara wanita untuk bait lirik berbahasa Melayu dalam mewatakkan kisah lagu ini.

Tasyim boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.

Ok, secara kesimpulannya gua boleh katakan Grandeur of the East - Compilation 2016 merupakan antara kompilasi yang amat bagus dari segi pemilihan band2 terlibat iaitu band2 baru meningkat, band2 yang kembali dari hibernate juga band2 veteren tanahair. Sound produksi yang cukup profesional tidak perlu disanggah lagi. Apa lagi yang dimahukan? hahaha.. Sememangnya produk dari Celestial Frequency telah diketahui paling tidak, pasti memuaskan dari segi sound produksi yang akan memuaskan setiap gegendang telinga yang layan CD ini. Gua mengambil masa yang lama untuk menghadam kompilasi ini dan tidak keberatan kiranya jika kompilasi ini diangkat setaraf kompilasi2 terdahulu seperti Dark Live Collections dan Intrusion of Dark Journey namun Grandeur of the East muncul untuk zaman milleneum ini.

Sebagai preview boleh dengar lagu2 terkandung melalui player dibawah.


Kompilasi Grandeur of the East boleh diperolehi secara digital mahupun fizikal copy berformat CD yang boleh diperolehi dari toko2 music sekeliling anda. Life Records memainkan peranan dari sudut distribusi kompilasi ini. Dapatkan kompilasi hebat ini sekarang!!!!

PREMIERE - 'Distortion by Dissecting the Euphony' podcast #0

Seperti telah dijanjikan di laman Facebook, kami telah branch out kepada podcast sebagai satu usaha untuk complement blog DtE. Setelah berusaha lebih kurang sebulan lebih, akhirnya Distortion akan menemui anda hari ini. Episod #0 sememangnya banyak cacat-cela dan diharap anda boleh meninggalkan maklumbalas untuk kami perbaiki di episod akan datang. Untuk maklumat lanjut playlist ini, layari akaun kami di Soundcloud. Enjoy!

Rudra - Enemy of Duality (2016)

Selain Impiety, Singapura turut terkenal dengan beberapa band beraliran keras yang turut berjaya menakluk pentas2 antarabangsa. Demisor, Wormrot antara nama2 pejuang irama grindcore yang sudah dikenali, namun bagi Rudra mereka adalah antara perintis awal yang membawa konsep Verdic Metal di Singapura amnya.  Bermula pada 1992, Rudra antara band yang tidak memandang ke belakang, mereka maju setapak demi setapak, menakluk pentas2 gig tempatan sehingga menggegar bumi Eropah. Telah menghasilkan tujuh album sebelum ini, terbaru bersama Transcending Obscurity, mereka bakal melahirkan album ke lapan bertajuk Enemy of Duality yang dijadualkan akan berada di pasaran pada 17 December 2016.

 Kathir (Vocals, Bass), Vinod (Guitars), Simon (Guitars), Shiva (Drums)



Tracklist :

1 - Abating the Firebrand
2 - Slay the Demons of Duality
3 - Perception Apparent
4 - Acosmic Self
5 - Root of Misapprehension
6 - Seer of All
7 - Hermit in Nididhyasana    
8 - Ancient Fourth

Terlebih dahulu sebagai intro, gua nak bagitau gua mula mendengar Rudra melalui kompilasi Metal Legion (1998), dan penghasilan album dalam kadar progress yang bagus antara penyebab Rudra mendapat perhatian selain keberanian mereka menjelajah pentas2 serata dunia untuk persembahan live termasuk benua Eropah. Brahmavidya: Primordial I (2005), Brahmavidya: Transcendental I (2009) dan Brahmavidya: Immortal I (2011) adalah antara album2 yang pada gua antara album2 terbaek Rudra pada pendengaran gua.

Ok, berbalik kepada Enemy of Duality (2016), elemen2 tradisional perkusi dan alat music tiupan India adalah satu kemestian dalam album2 Rudra yang mana ianya adalah trademark kepada "Verdic Metal" bawaan Rudra. Damaru Singapore merupakan musician yang terlibat dalam rakaman album ini.

Rudra - Slay the Demons of Duality

Slay the Demons of Duality merupakan single pertama yang dijadikan preview awal Enemy of Duality. Merupakan track kedua selepas Abating the Firebrand.

Untuk 3 track terawal Rudra menggunakan sample bunyi sebagai intro contohnya penggunaan percakapan menggunakan bahasa ibunda mereka pada track pertama, sedikit instrument string untuk track kedua dan blower untuk track ketiga. Paling menarik apabila kesemua instruments tradisional India ini dimainkan untuk permulaan track Root of Misanpprehension.

Sepanjang pendengaran gua, vibe album ini bermula dari track Acosmic Self iaitu track ke 4 dimana pada gua ianya adalah sebuah track yang memulakan feel yang agak kelam dan agresif. Punya feel yang cukup gelap. Solo gitar berselang seli antara kedua2 gitarist menambahkan lagi keistimewaan pada track ini. Turutan dari track ke empat sehingga track terakhir memang punya feel asli "Verdic Metal" jika anda memang follower mereka dari awal.

Track pilihan : Hermit in Nididhyasana, Acosmic Self, Root of Misapprehension

Rudra - Enemy of Duality akan berada di pasaran secara rasmi pada 17 december 2016 dan ianya akan dikeluarkan dalam format slipcase CD. Sila ikuti perkembangan berkenaan album ini untuk sebarang urusan pembelian untuk format fizikal (CD) atau digital (bandcamp) melalui laman web rasmi, facebook atau terus ke laman web Transcending Obscurity. Untuk format CD hanya dikeluarkan limited 500 copies worldwide.

Rudra
Email (Booking)
Email (Booking)
Official Website
Facebook
Twitter

Transcending Obscurity Distribution
Email
Official Website
Facebook