Darkrypt - Delirious Excursion (2016)

Darkrypt merupakan sebuah band beraliran Death Metal dari Mumbai India. Ya nampak gaya India sedang "membangun" dengan baka2 music keras yang semakin menampakkan kesungguhan dari segi kualiti band, penghasilan lagu juga sound produksi yang bagus. Sebagai introduksi Darkrypt ditubuhkan sekitar 2013. Delirious Excursion merupakan album penuh pertama Darkrypt dan ianya dikeluarkan oleh Transcending Obscurity India pada 15 Oktober 2016.

  Amey Bhole - Vocals/Bass Guitar
Aumkar lele - Drums
Rishabh Ravi - Guitar
Mihir Gaikwad - Guitar

 Artwork oleh Turkka G. Rantanen

Tracklist :

1 - The Becoming Alteration
2 - Dark Crypt
3 - Chasm of Death
4 - Abstract Submission
5 - Cryptic Illusions
6 - Folie à Deux
7 - Limbic Dichotomy
8 - The Inducer
9 - The Acceptor

Delirious Excursion (2016) mendapat sentuhan mixing oleh Greg Chandler di Priory Recording Studios manakala proses mastering dilakukan oleh Dan Swano di Unisound Studios. Terdapat undangan vocalist iaitu Rogga Johansson (Paganizer, The Grotesquery, etc.) untuk track ke enam bertajuk Cryptic Illusions dan Nitin Rajan dari band Death Metal bernama Primitiv untuk track ke lapan iaitu The Inducer.

Menghadam album Delirious Excursion (2016) ini seakan mendengar material dari band2 Eropah. Gua beranggapan fans Old School Death Metal pasti menganggap album ini antara hasil terbaek sepanjang 2016. Music mereka adalah Death Metal yang tidak mengejar kelajuan semata2. Adakala boleh dikatakan seakan mid tempo. Darkrypt punya resepi tersendiri dalam penghasilan lagu2 mereka. Konsep dan music direction yang jelas boleh di dengar dari keseluruhan album.

Demilich, Adramelech, Demigod, (early) Amorphis, Funebre dan Nihilist merupakan antara nama yang diberi penghormatan sebagai antara pengaruh music Darkrypt.



Dark Crypt merupakan track bervocal pertama setelah The Becoming Alteration sebagai intro tamat. Track ini berada dalam tahap agresif namun terkawal dalam konteks Death Metal itu sendiri. Ini track yang boleh membuka selera pendengar untuk mengetahui "isi" lain yang terkandung didalam album ini. Selain dark Crypt, track ketujuh Limbic Dichotomy boleh gua katakan antara track yang sedikit laju tempo nya berbanding track2 lain. Riffing yang catchy dan bersahaja menambahkan ianya kedengaran menarik dan sedikit tidak jemu.


Track ke lima iaitu Cryptic Illusion sebagai antara salah satu track yang gua ulang beberapa kali setelah menghadam keseluruhan album ini. Menampilkan Rogga Johansson dari Paganizer (yang dilihat agak sibuk dengan beberapa projek band) di posisi vocal menambah lagi kekuatan terutama di bahagian vocal. Track ini punya flow turun naek yang baek. Cukup kuat pengaruh Old School Death Metal nya juga solo gitar yang menarik.


Satu lagi kalobrasi dimana Nitin Rajan dari band Primitiv menyumbangkan vocalnya. Sebuah track bertajuk The Inducer yang juga sedikit agresif dan penuh hentaman pedal drum serta percambahan idea untuk riffing gitar. Menarik apabila kedua2 vocalist undangan antara antara vocalist yang punya kemampuan teknik growl yang bagus.

Ok, dari segi sound produksi, Delirious Excursion (2016) ternyata adalah produk dengan hasil akhir yang bagus dan profesional. Kredit kepada Greg Chandler (juruadun) serta Dan Swano untuk proses akhir mastering. Mungkin ini boleh dijadikan antara kemestian kepada penggemar irama Death Metal amnya.

Difahamkan Delirious Excursion (2016) didatangkan dalam kuantiti agak limited iaitu 300 unit dengan harga USD10 manakala untuk format digital dengan harga USD6.99. Juga limited t-shirt Darkrypt boleh diperolehi dengan harga USD12. Klik di SINI untuk untuk pembelian secara online. Hubungi dan kenali Darkrypt melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Darkrypt
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

0 feedbacks: