Grandeur of the East - Compilation 2016

Grandeur of the East merupakan satu kompilasi yang mempertaruhkan 10 buah band yang rata2 terdiri dari band dari Pantai Timur iaitu Nosferiel (Terengganu), Anguish (Pahang), IV V I IV (Pahang), Tahannus (Terengganu), Suffer Remains (Terengganu), Visitant (Pahang) dan Tasyim (Pahang). Namun diselitkan juga beberapa band diluar pantai timur iaitu Collapsus (Kedah), Imperial (Kuala Lumpur) dan Black Abyss (Selangor). Kepelbagaian genre yang rata2 dari Death Metal sehingga Black Metal boleh di jamah sepanjang mendengar kompilasi ini. Celestial Frequency sebuah label yang berpusat di Kuala Lumpur bertanggungjawap sepenuhnya dalam penghasilan kompilasi ini.

Grandeur of the East - Compilation 2016

Tracklist : 

01 - Nosferiel - Myrmidonian Angel War
02 - Black Abyss - Unlight Destroyer
03 - Anguish - Screams of Brutality
04 - IV V I IV - The Ancient Prophecy I Desired
05 - Collapsus - Nocturnal Inception
06 - Tahannus - Storm of Seven Gods
07 - Suffer Remains - Remnants of the Ruined World
08 - Imperial - Emperor of the Hordes
09 - Visitant - Realm of the Night
10 - Tasyim - The Cried.. The Tears

*******************************************************


Nosferiel peneraju Black Metal pantai timur menjadikan Myrmidonian Angel War sebagai track permulaan untuk kompilasi ini. Black Metal ala Marduk, Dark Funeral dan seangkatan yang rata2 mengutamakan kelajuan adalah rupa sebenar Nosferiel. Walaupun bermula dengan sedikit flow yang perlahan temponya namun banyak juga gua terbaca ini merupakan antara track pilihan ramai pendengar CD kompilasi ini. Nosferiel juga bakal menghasilkan album penuh yang rasanya dalam proses akhir produksi.

Nosferiel boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Unlight Destroyer gua andaikan antara unreleased track dari Black Abyss kerana gua belum pernah nampak tajuk lagu ini didalam mana2 rilis mereka termasuk sebarang split. Penggemar BMH tidak boleh melepaskan peluang mendengar track ini. Jika sebelum ini Black Abyss lebih kepada sound organik dan raw untuk sound produksi mereka, namun untuk kompilasi ini mungkin, ianya adalah antara rakaman Black Abyss yang paling bright dan bersih pernah dihasilkan. Sebelum terlupa, Black Abyss baru sahaja mengeluarkan album sulung mereka bertajuk Funeral Christ yang terperam sejak 2010.

Black Abyss boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka. 


Band pertama membawakan irama Death Metal yang agak old skool dalam kompilasi ini iaitu Anguish. Ditubuhkan sekitar 2002, Anguish yang bermastautin di Pahang telah melahirkan beberapa buah demo dan terbaru pada 2014 bertajuk Abstract Decomposition. Istimewa sekali untuk kompilasi ini, Anguish telah menghasilkan track yang punya kualiti dari segi rakaman yang lebih meletup.
Screams of Brutality adalah track terbaru dari Anguish untuk kompilasi ini.

Setakat ini, Anguish hanya boleh dihubungi melalui email ini.


IV V I IV atau kata kekunci kepada DEAD turut sama menyumbangkan sebuah lagu terbaru bertajuk The Ancient Prophecy I Desired khas untuk kompilasi ini. Juga pujian harus diberikan kerana menghasilkan kualiti rakaman yang profesional sama seperti Black Abyss dan Anguish yang sebelum ini terkenal dengan sound raw. Pun begitu IV V I IV yang semakin kerap memenuhi pentas2 live telah menghasilkan sebuah EP baru2 ini bertajuk Endless Morbidity dan difahamkan bersedia untuk rakaman album penuh dalam masa terdekat.

IV V I IV boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Collapsus sebuah band yang gua rasa baru ditubuhkan dengan membawa genre Old Skool Death Metal. Mempertaruhkan lagu bertajuk Nocturnal Inception sebagai pengenalan music mereka, band yang berasal dari Kedah ini seakan ditunjangi oleh Azim dari band Herriot yang mengemudi posisi gitar dan bass. Penggemar Death Metal mid tempo boleh mengharapkan sesuatu dari Collapsus. Benediction, Obituary, Bolt Thrower gua kira antara pengaruh utama musical Collapsus. Collapsus mengingatkan gua pada Recidivist, sebuah lagi band Death Metal dari Kedah. Ok, gua harap Collapsus akan muncul dengan material terbaru tak lama lagi atau setidak-tidaknya muncul dipentas2 gig tempatan.

Collapsus boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Tahannus boleh dianggap antara band lama yang bernafas kembali setelah lama berkubur. Mereka tampil kembali dalam beberapa siri gig sekitar 2013 rasanya. Storm of Seven Gods menjadi taruhan terbaru Tahannus yang turut rasanya antara lagu baru yang khas dimuatkan didalam kompilasi ini. Muzik yang dalam lingkungan Death menjurus ke Black Metal adalah apa yang diperdendangkan melalui track ini. Merupakan track terpanjang berdurasi 7 minit 39 saat.

Tahannus boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Suffer Remains band Brutal Death Metal dari Terengganu ini telah menghasilkan album penuh bertajuk Impaled Humanity pada 2015. Mempertaruhkan lagu terbaru bertajuk Remnants of the Ruined World ternyata mereka masih dengan music berteknikal dan ganas dari segala sudut. Cukup tight permainan setiap line up tanpa memberi sebarang ruang. Antara track paling tepu tahap Death Metal nya dalam kompilasi ini. 

Suffer Remains boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Imperial muncul dengan rakaman semula Emperor of the Hordes yang merupakan self-title kepada demo mereka pada 1995 dahulu. Menariknya track ini seakan mengimbau era Black Metal lama seperti Dimmu Borgir era sebelum Puritanical Euphoric Misanthropia. Selain itu boleh lah dikatakan hanya Imperial sahaja antara band dalam kompilasi ini menghadiahkan lagu lama mereka dalam nafas baru untuk pendengaran follower2 mereka. Layan jugak track ini walaupun hampir mencecah 7 minit durasinya.

Imperial boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Visitant band yang memang menjadi penantian gua setelah rakaman terdahulu mereka untuk tribute album Silent Death dimana mereka membawakan lagu Before The Sunrise. Untuk kompilasi ini sebuah track terbaru bertajuk Realm of the Night telah dirakam. Terus terang gua ulang banyak kali track ini. Ianya kedengaran terawang-awangan untuk riffing dan petikan keyboard/synth nya yang mencelah diantara satu sama lain. Komposisi yang padat sebenarnya dengan kepelbagaian idea dan instruments yang dimainkan. Gua andaikan Visitant sudah perlu untuk menghasilkan sebuah album penuh memandangkan apa yang mereka hasilkan sememangnya berkualiti dari konteks music nya. Ok dah lama dah gua tunggu sejak The Sword Without Eyes (EP 2012).

Visitant boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.


Tasyim, antara veteran band dari Pahang tampil dengan track bertajuk The Cried.. The Tears. Kombinasi penggunaan bahasa melayu dan Inggeris dalam bait lirik. Music Tasyim masih boleh dikategorikan sebagai Death Metal disamping lirik yang menceritakan hal-hal occult. memang berhantu lagu ini dengan selingan suara wanita untuk bait lirik berbahasa Melayu dalam mewatakkan kisah lagu ini.

Tasyim boleh di kenali melalui laman sesawang facebook mereka.

Ok, secara kesimpulannya gua boleh katakan Grandeur of the East - Compilation 2016 merupakan antara kompilasi yang amat bagus dari segi pemilihan band2 terlibat iaitu band2 baru meningkat, band2 yang kembali dari hibernate juga band2 veteren tanahair. Sound produksi yang cukup profesional tidak perlu disanggah lagi. Apa lagi yang dimahukan? hahaha.. Sememangnya produk dari Celestial Frequency telah diketahui paling tidak, pasti memuaskan dari segi sound produksi yang akan memuaskan setiap gegendang telinga yang layan CD ini. Gua mengambil masa yang lama untuk menghadam kompilasi ini dan tidak keberatan kiranya jika kompilasi ini diangkat setaraf kompilasi2 terdahulu seperti Dark Live Collections dan Intrusion of Dark Journey namun Grandeur of the East muncul untuk zaman milleneum ini.

Sebagai preview boleh dengar lagu2 terkandung melalui player dibawah.


Kompilasi Grandeur of the East boleh diperolehi secara digital mahupun fizikal copy berformat CD yang boleh diperolehi dari toko2 music sekeliling anda. Life Records memainkan peranan dari sudut distribusi kompilasi ini. Dapatkan kompilasi hebat ini sekarang!!!!