Shambles - Realm of Darkness Shrine (2016)

Shambles merupakan antara band meningkat naik dari Thailand untuk ketika ini. Ditubuhkan sekitar 2007, Shambles telah melalui beberapa fasa perubahan dari haluan asal Brutal Death Metal/Grindcore kepada Black Metal dan berakhir dengan Death Metal. Untuk terma Death Metal bawaan Shambles ianya lebih menjurus kepada pembawaan tempo perlahan yang adakala seakan Doom dan Sludge namun bersifat straight forward dan old school. Sebagai pengenalan, sepanjang penubuhan Shambles telah menghasilkan beberapa demo dan split sebelum kelahiran EP pertama pada April 2016 dan pada September 2016 album penuh pertama bertajuk Realm of Darkness Shrine telah menemui pasaran. Album ini dikeluarkan secara independent oleh Shambles untuk 500 copies CD manakala Nero One Records dari USA akan mengeluarkan untuk format vinyl.

Chainarong Meeprasert (Vocals), Thinnarat Poungmanee (Drums), Issara Panyang (Guitars), Thotsaphon Ayusuk (Bass)

 Artwork oleh Brian Vdp

Tracklist :

1 - Rosarium   
2 - Call from the Further Tomb    
3 - Breath of the Deathprayer   
4 - Onward into Chasms    
5 - Haxanwomb    
6 - Realm of Darkness Shrine   
7 - Bitter Abysmal Depths

Realm of Darkness Shrine boleh didefinisikan antara album Death Metal berdurasi panjang walaupun hanya terdiri dari 7 buah track. 45 minit dengan paling pendek berdurasi menghampiri 4 minit dan terpanjang 9 minit lebih dan rata2 track dalam lingkungan menghampiri 6 minit ke 7 minit lebih.

Bercakap berkenaan teknikal album ini boleh gua katakan konsep music bawaan Shambles mungkin agak jarang ditemui di Asia Tenggara ini (Malaysia gua sendiri tak pasti). Shambles berpegang teguh dengan konsep sebegini untuk kesemua track. Terma "Dark Death Metal" mungkin tepat memandangkan atmosfera yang dirasai agak gelap dan suram. Adakala seakan Doom Metal namun tiada major chord dalam komposisi lagu. Ianya penuh kesuraman, kegelapan dan tekanan.

Sound produksi album ini boleh dikira bagus dan gua pasti apa yang diingini Shambles adalah sound yang mampu memberi kesan dengan arah music dan konsep bawaan mereka. Sound gitar yang tebal, bass secukup rasa, drum yang adakala berada dalam tempo perlahan dan gaya bawaan vocal dari Chainarong Meeprasert ternyata menggerunkan.


Di atas adalah preview penuh Realm of Darkness Shrine (2016). Anda boleh kenali Shambles juga bagaimana music ciptaan mereka dengan melayari laman sesawang facebook mereka. Juga email kami sertakan jika ada organizer yang mahu memanggil mereka ke sini (mereka pernah beraksi di Pulau Pinang pada 2014). Kepada penggemar2 band seperti Incantation, Grave Miasma, Goatlord, Blood Incantation, Morbid Angel, Ruin mungkin akan meminati Shambles.

Email
Facebook

1 feedbacks:

deaf-angel said...

Thank you sentiasa memperkenalkan kumpulan2 muzik yang aku tak tahu dari negara2 berlainan.