Soothsayer - At This Great Depth (EP2016)

Soothsayer merupakan sebuah band dari Cork, Ireland yang membawa konsep Atmospheric Doom Metal. Ditubuhkan sekitar 2013, terlebih dahulu Soothsayer telah menghasilkan sebuah EP bertajuk The Soothsayer pada 2015. Apabila bercakap mengenai band yang membawa konsep Atmospheric Doom Metal, perkara pertama yang pasti akan terbayang adalah lagu2 yang mempunyai durasi yang panjang. The Soothsayer (EP2015) terdiri dari 3 buah lagu yang mana durasi secara totalnya adalah 36 minit 43 saat. Manakala At This Great Depth (EP2016) terdiri dari 2 buah lagu dengan jumlah durasi 24 minit 12 saat. At This Great Depth (EP2016) dikeluarkan dibawah label Transcending Obscurity Records.

Líam Hughes (Vocals/Noise), Con Doyle - (Guitar/Vocals), Marc O'Grady (Guitar), Pavol Rosa (Bass), Will Fahey (Drums)


Tracklist :

1 - Umpire
2 - Of Locust and Moths

At This Great Depth (EP2016) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Eamonn Coleman Recording iaitu berlokasi di Cork, Ireland.

Umpire merupakan sebuah track panjang yang berdurasi 16 minit. Punya ekspresi pelbagai. Sukar untuk mengenalpasti pengaruh music Soothsayer memandangkan kepelbagaian gaya dan mood dimainkan dari Doom, Sludge sehingga ke arah Depressive Black Metal.

Of Locust and Morts yang berdurasi 8 minit 12 saat walaupun berada dalam mood Doom Metal namun ianya sangat beremosi, depressive dan penuh tekanan. Mengamati track ini lebih mudah jika dibandingkan dengan track pertama. Of Locust and Morts mungkin boleh diterjemah sebagai sebuah track yang tergolong dalam terma Depressive Black Metal. Sebuah track yang punya pengaruh Black Metal yang kuat beserta kekuatan sebanr adalah pada riffing gitar yang seakan membuai pendengaran anda kepada situasi dan emosi apa yang ingin disampaikan Soothsayer melalui media iaitu music.

Mengamati music garapan Soothsayer seakan berada dalam satu dunia khayalan. Emosi, kegelapan, tekanan dan negatif adalah asas utama sepanjang menghayati kedua2 track dari EP ini. Gua jarang layan genre sebegini namun apabila sahaja mendengar EP ini, terasa seakan sedikit "high" dan melayang dengan mood atmospheric ciptaan mereka.

Gua pasti ada sahaja penggemar music seperti bawaan Soothsayer dimerata alam. Jika ingin memiliki CD berformat digipak ini, anda boleh menghubungi label atau membuat pembelian di SINI dan sebelum menutup review ini, kami sertakan sebuah track bertajuk Umpire sebagai preview kepada anda.


klik SINI untuk pembelian secara package

Soothsayer
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Restraint - Rise Above Hate (2016)

Penantian sekian lama akhirnya menemui jalan kesinambungannya. Itu yang dapat gua gambarkan apabila Restraint bersama Persistence Records melahirkan album terbaru berjudul Rise Above Hate pada 29/10/2016. Thrash Metal digabungkan bersama New School Hardcore adalah intipati album kedua mereka.

 Ijam (vocals), Mizan (Guitars), Afwan (Guitars), Zam (Bass), Apeq (Drums)

Artwork, layout & design oleh Uze Osbourne of PixelDixel Art
Logo rasmi "Eagle" oleh Quairul Whai (Allahyarham) of Q.Graphix

Tracklist :

1 - Never Regret
2 - The Final Hope
3 - Rise Above Hate
4 - Strength From Within
5 - Still Believe
6 - For Better Days
7 - Bring It Back ( The Glorious Days)
8 - We're Still Alive

Rise Above Hate (2016) melalui proses rakaman di MC16 Studio oleh Sendart dan NuBreax Studio oleh Ardy Hamdan. Proses mix dan mastering di lakukan oleh Sendart di MC16 Studio, Seri Kembangan Selangor. Terdapat 3 gitarist undangan menyumbangkan solo gitar masing2 iaitu Godoy (Massacre Conspiracy) untuk track Never Regret, Andre Tiranda (Siksa Kubur) untuk track Rise Above Hate dan Iskandar Tajuden (Artefacts) untuk track For Better Day.

Never Regret bermula dengan sedikit intro sound sample radio sebelum music sebenar menggegarkan. Sesuai sekali Never Regret dijadikan track pemanas kerana energy yang dihambur dari track ini ternyata mampu membakar adrenalin pendengar. Godoy dari Massacre Conspiracy turut menyumbangkan solo gitar yang laju seiring dan kena dengan mood lagu ini. Ini merupakan track yang agak kencang dan bertempo rancak! The Final Hope ada dinyatakan sebelum ini merupakan track pertama dihasilkan Restraint yang mana ianya tidak dimasukkan didalam album pertama namun dimasukkan didalam album terbaru ini. Sebuah track yang punya pengaruh Hardcore yang kental. Rise Above Hate yang merupakan self-title album ini agak menonjol pengaruh Thrash Metal ala Slayer dan Kreator melalui riffing gitar. Boleh gua katakan solid riffing Thrash Metal di blend bersama pengaruh Hatebreed, Throwdown, untuk sound direction yang semakin keras dari apa yang Restraint lakukan sebelum ini. Solo gitar dari Andre Tiranda (Siksa Kubur) dipenghujung track menambah rencah huru hara pada lagu ini. Strength From Within seakan sambungan track terdahulu jika diteliti pada mood music nya namun kekentalan lebih kearah hardcore. Still Believe keras dengan elemen hardcore dari awal jika dilihat pada riffing dan stroke drum. Paling menarik pada track ini apabila perubahan riffing dari Hardcore ke Thrash Metal. Acuan yang berjaya dari Restraint.

Restraint - For Better Days (Official Lyric Video)
featuring Iskandar Tajuden of Artefacts

For Better Days merupakan track yang diberi preview awal sebelum album ini dilancarkan. Video lirik rasmi ini menemui telinga2 pendengar pada September iaitu lebih kurang sebulan lebih sebelum album ini dipasarkan. Track ini sesuai benar di jadikan promosi awal memandangkan ianya seakan memberitahu akan music direction terbaru Restraint yang lebih berani menggabungkan elemen Thrash Metal kedalam acuan Hardcore dari Restraint. Iskandar Tajuden dari Artefacts sebagai guest gitarist juga pada gua menghasilkan solo gitar yang berkualiti untuk track ini. Bring It Back (The Glorious Days) merupakan track terpanjang, paling beremosi dari segi lirik, kepelbagaian rentak dan mood dan chorus yang catchy yang mana tidak pernah dihasilkan dalam mana2 rilis Restraint sebelum ini. We're Still Alive merupakan track paling gua tak puas hati hahaha kerana feel dan vibe track ini benar2 mampu melonjak semangat namun ianya sekadar berdurasi pendek. Ok, gua rasa ada sambungannya lagi selepas ini.

Keseluruhan album ini boleh gua katakan antara produk tempatan tahun ini yang kaya dengan sound produksi yang jitu. Berada dalam kelas tersendiri juga jauh kehadapan dari segi konsepnya jika dibandingkan dengan Pure From Blood (2007). Formula berani dengan menggabungkan Thrash Metal dan New Skool Hardcore yang pada gua boleh menarik lebih ramai peminat tidak kira muda atau yang pernah melalui era old skool hardcore dan metal. Rise Above Hate juga merupakan album yang sangat beremosi (emosi nya tak dapat dirasai tanpa membelek cover sleeve disamping membaca liriknya) dari segi penyampaian liriknya. Ok, setakat itu sahaja rasanya review kali ini.

Rise Above Hate boleh didapati dengan pembelian RM25 byhand dan RM30 by postage. Sila hubungi Restraint atau Persistence Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah untuk copy anda. Kata2 akhir, bayangkan Slayer bertembung Hatebreed dan Kreator bertembung Sick Of It All. Ok, dapatkan copy anda sekarang!

Restraint
Email
Email (Booking)
Facebook
Twitter
Instagram

Persistence Records
Facebook

Purge The Arbitrator - Martyrdom (2016)

Purge the Arbitrator (selepas ini akan disebut PTA) ketika ini dikira antara kuasa baru music berat untuk wilayah Pulau Pinang. Mereka antara band2 masakini yang menghidupkan gerakan music berat di utara amnya selain nama2 seperti Dissectomy, Mandatory, Mistik dan lain2. Setelah menghasilkan sebuah EP pada 2011, terkini mereka telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Martyrdom yang mana ianya dipasarkan oleh label paling aktif setakat ini iaitu Grundar Productions.

Mr. H (Vocals ), Blackbeard (Strings), Edream (Bass), Arbit (Drums)

Band photo, cover dan isikandungan oleh malaih Art
Seni konsep oleh PTA
Layout oleh Ahfad Design Solution

Tracklist :

1 - Act Of Suffer
2 - Beyond Imaginative Self Theory
3 - Defied
4 - Disengaged Thy Fear
5 - Haanaq (Instrumental)
6 - Martyrdom
7 - Need : The Revival
8 - Vile Decision

Martyrdom melalui proses rakaman, mix dan mastering di Dusthall Studio Seberang Jaya, Pulau Pinang. PTA dan Grundar Productions merupakan penerbit bersama untuk album ini.

Bercakap mengenai album ini, ia merupakan sebuah album yang menggabung beberapa elemen seperti technical, grind dan brutal khususnya dalam acuan Death Metal. Tempias dari Psyrosix (2 dari line up PTA pernah menganggotai Psyrosix) mungkin ada sedikit tetapi dilihat pada keseluruhan album ternyata PTA punya acuan tersendiri, juga music direction yang punya struktur yang tetap dalam komposisi lagu2 mereka.

Purge The Arbitrator - Beyond Imaginative Self Theory (Lyric Video)

Sound produksi jika diteliti menampakkan kelainan dari apa yg di hasilkan ketika EP 2011 dahulu. Sound dan tone gitar misalnya kedengaran seakan sedikit kurang gain dan lebih bass. Bass pula (PTA sudah punya pemain bass tetap selepas rakaman album ini) dalam keadaan terkawal dan untuk persembahan live gua lihat pemain bass ini menggunakan teknik fingering. Drum tetap menggila tahap permainannya seperti apa dilakukan dalam EP terdahulu. Vocalist juga harus diberi perhatian untuk tahap konsistensinya.

Gua andaikan beberapa nama besar seperti Cryptopsy, Kataklysm, Origin sebagai penjana idea dan pengaruh music PTA. Kepada penggemar Death Metal tempatan jangan terlepas mendapatkan Martyrdom.

Martyrdom boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand. Hubungi band atau Grundar Production untuk mendapatkan copy anda melalui link yang kami sediakan dibawah video ini.

Purge The Arbitrator - Defied (Live at Southern Legion 2016 - Thailand)

Purge The Arbitrator
Facebook
Twitter
Youtube
Reverbnation

Grundar Productions
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Twitter

Grausig - Di Belakang Garis Musuh (2016)

Grausig merupakan antara band lama dari Jakarta Indonesia yang masih aktif menghangatkan pentas2 gig. Sebagai mukadimah, Grausig bermula pada 1989 dan menghasilkan sebuah EP dan 2 buah album sebelum berada dalam mode hibernate. Jangkamasa penghasilan album kedua Tiga Dimensi dan In the Name of All Who Suffered and Died (EP) adalah 10 tahun. 2013 menyaksikan Grausig kembali dan setahun kemudian menghasilkan sebuah single dan juga EP seterusnya sebelum Di Belakang Garis Musuh yang merupakan album ketiga mereka muncul berada dipasaran pada 9 march 2016 dalam format CD. Majemuk Records merupakan label yang mengeluarkan album ini ianya disusuli dengan pengeluaran format kaset oleh Rumah Tanah Production pada 19 September 2016. Terkini Di Belakang Garis Musuh akan dikeluarkan kembali oleh label dari USA iaitu Obscure Musick dan dijadualkan akan berada di pasaran global pada 9 December 2016.

Denny (Drums), Mame (Guitar/Backing Vocals), Phuput - Vocals, Ewin (Bass/Backing Vocals), Ipay (Guitar)

Artwork oleh Timbul Cahyono
Layout oleh Bimo D.Samyayogi

Tracklist :

1 - Di Belakang Garis Musuh
2 - Teokrasi Biru
3 - Pralaya Hipokrit  
4 - Doktrinasi Cacat Temporer  
5 - Sampah Moralitas Dimensi 
6 - Infeksi Kanibal Utopia 
7 - God's Replicated
8 - Prelude One
9 - Doomsday

Di Belakang Garis Musuh boleh diklasifikasikan sebuah album yang jauh kedepan jika anda menghayati isi kandungan CD ini. Pada gua Di Belakang Garis Musuh lebih kearah Death Metal yang punya kombinasi teknikal dan brutal. Walaupun irama sebegini menjadi kebiasaan di Indonesia (irama sebegini memang didominasi dalam scene music Indonesia) namun Grausig berada dalam trademark nya tersendiri. Pengaruh paling kuat apabila gua menghadam album ini berkali2 mungkin Suffocation adalah ikutan utama mereka. 

Dari segi sound produksi, produk sebegini memang sudah diketahui Indonesia sudah punya resepi tersendiri dalam penghasilan kualiti bunyi nya. Jasad, Dajjal, Siksa Kubur antara band seangkatan juga punya sound produksi terbaik sama seperti apa yang dihasilkan Grausig kali ini. Masakan label dari USA mahu merilis kembali album ini jika bukan kerana kemampuan permainan yang tight juga sound produksi yang bagus.

Grausig - God's Replicated (Official Video)

Kepada pendengar2 yang mengagumi kehebatan band2 seperti Jasad, Disgorge, Cattle Decapitation, Aborted, Gorgasm, Suffocation, Di Belakang Garis Musuh seharusnya berada dalam simpanan anda. Music yang mantap, kental dan brutal dari Grausig! Ok, kenali Grausig melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah, juga sila hubungi Obscure Musick untuk mendapatkan copy anda!

Grausig
Email
Official Website
Facebook

Obscure Musick
Email
Official Website
Big cartel (for order)
Facebook

* Ok selepas ini kami akan kembali dengan band yang punya music sebegini dari Malaysia pula. nantikan... 

Shark Infested Daughters - These Tides, Our Tombs (2016)



Band yang berasal dari Alberta, Canada ini bakal melancarkan album full length mereka pada 11 Nov tahun ini berjudul "These Tides, Our Tombs" lengkap dengan 11 track lagu, termasuk 1 lagu acoustic.

Gabungan 6 anak muda yang mempersembahkan komposisi muzik metalcore yang tidak bosan berlatar belakang kan alunan keyboard, menimbulkan pengalaman yang berbeza berbanding band band metalcore masa kini yang lain.


Namun tidak lah terlalu lari dari asas genre "metalcore" itu sendiri memandangkan sedia maklum kita tahu genre ini adalah genre fusion dari pelbagai element metal dan hardcore.

Kali pertama memainkan playlist mereka dari album ini, apa yang terbayang di ruang memory ialah Eye Set To Kill. Mungkin penggunaan vocal wanita yang agak mirip dengan ESTK.


"These Tides, Our Tombs" is a project that has been in the works for the last two years. Our entire goal was to create an album that challenged all of us musically plus would break down the genre walls placed upon us by our previous releases. On a lyrical standpoint, the album is an emotional roller coaster touching on subjects such as loss, suicide and depression. "These Tides" symbolizes the negativity that surrounds us; "Our Tombs" symbolizes how we choose to deal with them. It's either sink or swim. We hope the fans will feel the same raw emotion we put into writing this record." - komen dari Shark Infested Daughters tentang hala tuju di sebalik pembikinan album terbaru mereka.

Dari segi bunyi album keseluruhan, produksi yang agak baik, cuma kami agak kurang menggemari bunyi drum yang dihasilkan. Kedengaran seperti over-produce dan tidak organik.


Bagi penggemar muzik metalcore seperti Eye Set To Kill, I Killed The Prom Queen atau Asking Alexandria boleh lah cuba mengenali band yang bernama Shark Infested Daughters ini.

Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp
Instagram