Dark Messiah - Dark Messiah (EP2016)

Dark Messiah merupakan antara nama baru dari Winnipeg Canada. Ditubuhkan sekitar 2015, Dark Messiah tidak menunggu lama untuk tampil dengan material rasmi yang juga bertajuk Dark Messiah. EP mengandungi 5 buah lagu ini berteraskan genre Groove/Thrash Metal. Dengan pengaruh music seperti Metallica, Slayer, Pantera, Megadeth dan Anthrax, Dark Messiah nampak begitu bersungguh dalam misi mereka setelah Dark Messiah (EP2016) mula dikeluarkan pada 2 December 2016 dalam format digital manakala fizikal copy akan menyusul pada 20 January 2017.

 Lagg Walker (Bass), Robert Schau (Drums), Lawrence Reimer (Guitars - rhythm), Jonathan Hayward (Guitars), Stephen Chubaty (Vocals)


Tracklist :

1 - Dark Messiah
2 - No Soul to Sell
3 - Eliminate the Enemy
4 - Death from Above
5 - Your Final Breath

Dark Messiah (EP2016) melalui proses rakaman di Atomic Twenty-Nine Productions. Matt Cooper bertindak selaku penerbit dan juru adun manakala Jake Sacher bertindak dalam proses mastering.

Setelah meneliti EP ini, dapat gua simpulkan sound produksi nya sepatutnya masih boleh dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih "meletup". Sound gitar yang kedengaran agak mengimbau zaman klasik Metal dimana ianya kedengaran sedikit kering. Bercakap mengenai permainan instrument oleh line up, riffing2 Thrash Metal jelas kedengaran terutama ketika track ke2 iaitu No Soul to Sell yang kedengaran agak kuat pengaruh Pantera sepanjang lagu. Ini paling menyerlah jika dibbandingkan dengan track2 lain yang rata2 punya bau riffing seakan Metallica dan Anthrax.

Gua juga andaikan kemungkinan Dark Messiah ingin menghasilkan sesuatu yang old school seakan menyatakan mereka sepatutnya lahir ketika era permulaan Thrash dan Heavy Metal dahulu. Ok, 5 lagu dari EP ini ada kami sertakan dibawah. Sila dengar dan amati sentuhan dan sound old skool dari thrasher Canada ini.


Track pilihan : No Soul to Sell, Your Final Breath

Kenali Dark Messiah melalui laman sesawang yang kami sertakan di bawah. Untuk sebarang pembelian sila lawati laman bandpage mereka.

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp

0 feedbacks: