Demonic Ressurection - Dashavatar (2017)

Demonic Resurrection boleh gua anggap antara nama besar dalam scene music gelap India. Terdahulu mereka telah menghasilkan 4 buah album penuh, sebuah EP dan sebuah split. Masih berpegang kepada Death Metal yang di mix bersama elemen Progressive dan Black/Death, album terbaru berjudul Dashavatar menampakkan lebih keberanian dan kematangan dalam penulisan lagu. Untuk Asia, mungkin Demonic Resurrection adalah antara band yang memperjuangkan elemen sebegini yang mana bunyi-bunyian etnik diserapkan kedalam music mereka (jika anda pernah mendengar Rudra, anda boleh expect bagaimana music Demonic Resurrection tetapi music mereka lebih kompleks). Dashavatar akan dikeluarkan secara indiependent oleh Demonic Resurrection sendiri pada 15 March 2017.

 Ashwin Shriyan - Bass
Nishith Hegde - Lead Guitars
Demonstealer - Vocals, Guitars & Keys
Virendra Kaith - Drums

Artwork oleh Visual Amnesia

Tracklist :

1 - Matsya - The Fish
2 - Kurma - The Tortoise
3 - Varaha - The Boar
4 - Vamana - The Dwarf
5 - Narasimha - The Man-Lion
6 - Parashurama - The Axe Wielder
7 - Rama - The Prince
8 - Krishna - The Cowherd
9 - Buddha - The Teacher
10 - Kalki - The Destroyer Of Filth

Dashavatar (2017) melalui proses rakaman di beberapa studio. Antaranya Demonic Studios untuk rakaman guitar, bass dan vocal (rakaman track vocal dibantu oleh Daniel Kenneth Rego) manakala track drums di That Studio (rakaman dibantu oleh Ashwin Shriyan - Mindmap Audio). Demonstealer merupakan sound engineer untuk rakaman dan beliau turut terlibat dalam proses mixing. Victor Bullok bertanggung jawap dalam proses mastering yang dilakukan di Woodshed Studios (Germany). Kesemua track dan lirik oleh Demonstealer kecuali track 9 iaitu Buddha oleh Mephisto.

Demonic Resurrection - Matsya - The Fish (Official Lyric Video)

Matsya - The Fish merupakan single pertama yang juga dikeluarkan dalam format lirik video melalui channel youtube mereka. Sebuah track yang menarik dengan tambahan instrument sitar dan tabla yang merupakan alat music tradisional India.

Secara keseluruhan, Dashavatar sebenarnya merupakan sebuah album yang setiap track menceritakan avatar berasingan mengikut methologi Hindu. Elemen menarik pengaruh music folk India yang dimasukkan jelas membuatkan album ini lebih punya "soul" ke"india"an itu sendiri. Progressive Death Metal yang jelas nampak kematangan dan pada gua setiap elemen tambahan seperti suara wanita, penggunaan alat music tradisional memang kena pada part2 yang dimasukkan. Ianya matching!

Dari segi permainan instrument, ternyata Demonic Resurrection bukan calang2 pemuzik.10 buah track yang berada dalam konsep yang sama. Pembawaan vocal yang terkawal dari Demonstealer juga nyanyian clean vocal yang bagus bersama melodi vocal yang segar. Solo gitar dari Nishith Hegde yang pertama kali terlibat dalam recording Demonic Resurrection harus diberi pujian. Juga permainan bass yang mengisi setiap kekosongan dalam music garapan mereka. Permainan drum Virendra Kaith juga konsisten dan kepelbagaian teknik yang dimainkan ternyata membuktikan beliau salah seorang drummer yang patut digeruni untuk music berat India. Seperkara menarik berkenaan sound keseluruhan Dashavatar adalah sound atmospheric untuk setiap track. Difahamkan keyboardist mereka tidak lagi bersama Demonic Resurrection (refer kepada web Metal Archive). Boleh jadi beliau akan bersama untuk persembahan live atau sebaliknya hanya Demonic Resurrection yang punya jawapan.

Track pilihan : Matsya - The Fish, Narasimha - The Man-Lion, Krishna - The Cowherd

Sebarang pembelian boleh dilakukan dengan berurusan terus melalui LINK INI. Untuk pengenalan, sila klik link2 yang disediakan dibawah video live yang kami sediakan dibawah ini.

Demonic Resurrection - Live at Wacken 2014

Email
Official Website
Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp

Goresluts - Mahwus (2016)

Gua anggarkan Goresluts antara band tempatan yang punya visi dan misi tersendiri. Mereka boleh dikatakan antara local band yang aktif menghasilkan release disamping menghangatkan gig2 serata Malaysia. Divisi Panji Merah (2014) merupakan antara release yang kami angkat sebagai antara release tempatan terbaek untuk 2014 dahulu (klik untuk baca) dan pada penghujung 2016 diwarwarkan Mahwus yang merupakan album penuh ketiga mereka bakal menyusul. Album ketiga ini dikeluarkan oleh Mamat Records.

  Dr. Maniaxe (Bass), Man Maggots (Vocal), Ndee Corpsegrinder (Lead/Rhythm Guitars), Panjang 69 (Drums), Hell Butcher (Rhythm Guitars)

Album cover oleh Dr. Maniaxe & Mann Maggots

Tracklist :

1 - Ortus
2 - Big-Terrorism
3 - Morgue - Breakfast With The Dead II
4 - Born Putrefied
5 - Butchery
6 - Mahwus
7 - Forcep . Scalpel . Scissor
8 - Mortal Skull Fractured
9 - Exo-Skeleton Distric
10 - Tetra Luna

Mahwus melalui proses rakaman di Greenhouse Studio oleh Tom sekitar September sehingga Oktober 2016. Proses mixing dilakukan oleh Dark-E manakala proses mastering dilakukan oleh Dennis Israel di Clintworks, Hamburg Germany.

Setelah menghadam Mahwus untuk beberapa lama, beberapa perkara yang pasti untuk dikatakan adalah pertama Mahwus adalah 1 kelainan ketara dari album terdahulu. Walaupun masih didalam ruang lingkup Death Metal tetapi Mahwus seakan cuba kembali ke era kegemilangan music keras era 90an. Maksud gua, sound gitar kedengaran lebih crunchy dan sedikit kotor dan tidak sebersih dan sesolid Divisi Panji Merah. Boleh jadi setup paling simple menggunakan distortion oren (DS1) barangkali. Kedua tema untuk album ini tidak lagi kearah porno2 dan hal ehwal dalam kain tetapi lebih terbuka kepada keadaan sekeliling. Namun tema darah2 masih tidak ditinggalkan. Ketiga, jika sebelum ini Goresluts dikenali dengan music laju yang ada bau2 Goregrind, rasanya Mahwus sudah jauh dari apa yang dilakukan dahulu. Pengalaman mematangkan, kelajuan bukan segala2 nya. Hahahaha!!! Pengaruh terbesar yang dapat gua hidu dari album ini mungkin dari Carcass.. Ok sebelum terlupa, Mahwus disertakan dengan sebuah track akustik yang menyaksikan Man Maggots menyampaikan seakan bersajak. Ya dengan senikata berbahasa Melayu yang "makan dalam"!

Dari segi sound produksi, Mahwus kedengaran sedikit old skool dengan tone gitar yang keras dan tidak segebu rakaman menggunakan perkakasan Line 6.. tapi 4-5 spin dengar gua rasa mcm sound2 album klasik Death Metal lama. Man Maggots nampak lebih yakin dengan growl dan scream nya. Juga gua tertarik dengan solo2 gitar oleh Ndee Corpsegrinder. Syahdu dan berjiwa. Panjang 69 selaku drummer mungkin berada antara serba salah kerana Mahwus tidak memerlukan kudrat 4 kerat tulangnya seperti release terdahulu. Tapi kepada yang bermain music, sesungguhnya yang perlahan itu lebih mencabar..

Mahwus boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand dan untuk pembelian secara pos RM33 untuk semenanjung dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Sila hubungi Goresluts atau Mamat Records melalui link2 yang disediakan dibawah.(Untuk pembelian secara kombo boleh refer flyers yang disediakan)


Goresluts
Email
Facebook

Mamat Records
Facebook

Rome in Monochrome - Karma Anubis (EP, 2015)

Unit Post-Metal/Ambient dari Italy ini mengeluarkan terbitan sulung mereka Karma Anubis pada 2015, menghidangkan 3 trek sebagai pengenalan kepada muzik mereka. Individu-individu yang membentuk Rome in Monochrome terdiri daripada pelbagai latar belakang muzik yang takde pun kaitan dengan stail band ini.




1. Karma Anubis
2. Spheres
3. Endmusic

Karma Anubis - Trek pembukaan ini tak segan-segan untuk beritahu yang mereka ni main band stail sedih lol. Trek yang sluggish dengan nyanyian seakan tak acuh (dan sengau macam baru lepas nangis) mewarnai Karma Anubis. Saya berpendapat nyanyian Valerio terlalu mendatar dalam trek ini. Saya faham penyampaiannya mungkin disengajakan untuk mewujudkan impresi rasa kosong dan sepi, tapi tak salah rasanya dengan sedikit variasi dan jika saya boleh cadangkan, isikan dengan vokal latar untuk menghidupkan trek yang sad for the sake of being sad.

Spheres - Lagu ini macam trippy pun ada dengan bunyian sitar dan keyboard sedikit spacey. Spheres nyata lebih terarah kepada gaya progressive dan santai. Sebenarnya Spheres lebih menyinar daripada title track EP ini. Good one.

Endmusic - Instrumental yang macam post rock bertumpu kepada atmosphere. Biasa sahaja bagi saya, tak seperti post rock saya biasa dengar.

Secara keseluruhannya, Karma Anubis merupakan keluaran pertama yang biasa-biasa sahaja. Pada saya ia sekadar EP yang cuma nak beritahu, 'hei kami ada band, sudi-sudikan dengar ya' tanpa ada x-factor dan substance yang buat pendengar acknowledge kewujudan mereka, tanpa intention untuk membeli atau menikmati. Adalah biasa untuk keluaran sulung tidak berapa menjadi, oleh itu saya akan menunggu keluaran susulan Rome in Monochrome untuk melihat kemajuan mereka.


Frost & Revenge - 3 Years In Vain (EP2016)

Frost & Revenge adalah antara nama2 baru yang kerap menghangatkan pentas2 gig tempatan. Gua anggap mereka antara band yang cuba membuktikan kemampuan sebenar melakukan persembahan live terlebih dahulu. Kesungguhan nampak jelas apabila kesanggupan mereka menyertai gig2 di luar seperti di Indonesia dan Thailand. Penghujung 2016 Frost & Revenge telah menghasilkan EP pertama berjudul 3 Years In Vain.

 Syawal (Guitars), Fazi (Drums), Nett (Vocals), Mell (Bass), John (Guitars)


Tracklist :

1 - Intro
2 - 3 Years in Vain
3 - Left in Silence
4 - Morva Eksiilis
5 - El Salvador de Sham

3 Years in Vain melalui proses rakaman di Fifi Recordings Studio. Fifi Filoforce bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman ini. Beliau turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering. Shawal Isroh bertindak sebagai producer untuk EP ini.

Sepanjang menghadam EP ini gua boleh simpulkan Frost & Revenge merupakan antara band baru yang perlu diberi perhatian. Komposisi, idea riffing, strok drum yang bagus adalah kekuatan mereka. Groove Metal adalah terma paling tepat dalam pembawaan music mereka. Gua anggarkan Lamb of God adalah pengaruh terbesar dalam penghasilan lagu2 mereka.

Dari segi sound mungkin perlu dipertingkatkan lagi untuk rakaman akan datang. Gua boleh kata Frost & Revenge punya kekuatan tersendiri dalam lagu2 ciptaan mereka namun sound produksi akhir EP ini seakan ada sedikit kekurangannya. Jika lebih "boom" pasti EP ini boleh diangkat tinggi dan mampu untuk penjualan luar negara. Lagi berkenaan teknikal, mungkin Frost & Revenge ada jawapannya adakah mereka menggunakan drum machine atau penggunaan EQ yang ketara dalam rakaman track drum. Gua ada diberitahu Fazi merupakan antara drummer yang berbakat besar (minta maaf gua belum berkesempatan menyaksikan persembahan live mereka didepan mata kepala kecuali melalui video youtube). Tone drum seperti ini mengingatkan gua pada rakaman album lagenda Black Metal negara Blackfire untuk album Lahir Dari Api (2006). Gua harap next material (album barangkali) Frost & Revenge dapat spent lebih modal untuk mendapatkan sound rakaman yang lebih meletup!

Ok, EP ini boleh diperolehi dengan harga RM15. Sila hubungi Frost & Revenge melalui email atau laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini. Beri mereka peluang. Kepada pendengar Metal yang sedikit modern, EP ini adalah suatu yang wajib untuk anda miliki.

Frost & Revenge - 3 Years in Vain

Email
Facebook
Twitter

IV V I IV - Hening.. Kelam.. (2016)

Review dari kami berkenaan EP Endless Morbidity boleh dibaca di SINI. IV V I IV atau DEAD pada kami merupakan anda band tempatan yang sedang meningkat naik. Boleh dilihat usaha dilakukan mereka tanpa kenal erti penat lelah. Mereka menjelajah serata Malaysia untuk persembahan pentas, menghasilkan sebuah EP, menyertai album kompilasi dan terkini sebuah album penuh dihasilkan tanpa perlu ditangguh-tangguh. Hening.. Kelam yang mempertaruhkan 10 buah lagu termasuk sebuah instrumental ternyata menunjukan kegigihan band berkhiblatkan Black Metal ini terus melangkah ke hadapan dengan berani.

 Nocturr (Vocals/Guitars), Obscurum (Drums), Shadow (Guitars), Ievol Cytherea (Bass)

 IV V I IV - Hening.. Kelam.. (2016)

Tracklist :

1 - Subhi (Intro)
2 - Graveyard Romanticism
3 - A Night of Ghastly Moon
4 - Akal Tersangsi Metafizik
5 - Hancur Badan Di Kandung Tanah
6 - Will You Share This Suffering?
7 - The Inferi
8 - Hening... Kelam...
9 - Sri Gumum
10 - Terbungkam Lisanku

Tiada sebarang informasi berkenaan rakaman disebalik 8 pages cover sleeve cd ini. Nampak seakan mereka masih bermisteri dan hanya mahu karya music dikenali.

Sepanjang beberapa minggu mendengar Hening.. Kelam.. gua berpendapat ini antara release yang bagus dari 4 unit music gelap ini. Definisi Hening.. Kelam.. sebagai tajuk album berjaya diterjemah dengan baek melalui lagu2 yang terkandung. Minor chord digunakan sebaek mungkin untuk menghasilkan riffing yang membawa mood yang suram, negatif, depressive sehingga ketitisan embun rimba. Gua percaya hanya line up yang punya jiwa atau soul sahaja yang mampu menghasilkan apa yang mahu dihasilkan untuk karya "berjiwa" sebegini. Mereka tahu dan arif dalam profesionaliti mereka dalam hal ehwal yang memang sudah ada dalam diri masing2.

Seperkara menarik mengenai release2 dari IV V I IV adalah sound produksi yang clear, solid, bersih dan kemas. Ia merupakan perkara yang harus dipuji kerana rata2 band berkhiblat music sebegini lebih suka memilih rakaman raw dan kotor sebagai pilihan bunyi hasil akhir produksi. Kesimpulannya anda selaku pendengar tidak perlu pertikaikan kualiti bunyi rakaman album ini. Profesional!

Track pilihan : A Night of Ghastly Moon, Akal Tersangsi Metafizik, Hancur Badan Di Kandung Tanah, The Infery, Sri Gumum.

Hening... Kelam.. boleh dibeli dengan harga RM25 byhand atau RM32 semenanjung dan RM35 Sabah/Sarawak. 

IV V I IV - Graveyard Romanticism


IV V I IV
Email
Facebook

Moondusk Productions
Email
Facebook

VotW : Restraint - Still Believe (Official Music Video)

Restraint tampil dengan sebuah music video bertajuk Still Believe iaitu track ke 5 dari album terbaru Rise Above Hate (klik untuk baca review album ini) yang release pada 29/10/2016 yang lepas. Ok, Restraint mungkin boleh dinobat sebagai raja hardcore masakini dan tanpa buang masa sila klik play untuk layan video ini.

Restraint - Still Believe (Official Music Video)

Kenali Restraint melalui link dibawah.. Opsss jangan lupa dapatkan album terbaru mereka Rise Above Hate dengan menghubungi Persistence Records.

Email
Email (Booking)
Facebook
Twitter
Instagram

Neftaraka - Revelation of Suppression (EP2016)

Release ini dikeluarkan secara limited dalam format kaset oleh Witchery Records yang berpengkalan di Pulau Pinang. Sesuatu yang agak mendukacitakan Revelation of Suppression (EP2016) ini mungkin merupakan release terakhir Neftaraka yang mengumumkan pengakhiran hayat mereka dalam persembahan pentas pada gig hujung 2016 lepas.


Tracklist :

1 - Abandon
2 - Funeral Fog (Mayhem Cover)
3 - Dilivium
4 - Death, Pierce Me (Silencer Cover)

Abandon dimulakan dengan intro yang gua rasa belum pernah dimuatkan dalam mana2 release Neftaraka iaitu sound sample dengan suara wanita. Namun intro ini tidak meleret sebelum irama berdistortion dan attack drum dengan lantang mengeruhkan suasana. Masih dengan trademark music yang menggambarkan mood tekanan dalam segala scale minor. Ekspresi pertama untuk sound produksi, ia nya antara hasil rakaman yang bagus untuk produk bergenre gelap sebegini dan mengingatkan gua kepada album Morts yang sememangnya antara masterpiece Neftaraka yang patut dibanggakan.

Funeral Fog lagu saduran dari Mayhem memang kena dengan konsep Neftaraka. Feel dan soul dari setiap line up terhadap music gelap ini memudahkan Neftaraka membawa lagu ini dengan baek.

Dilivium mungkin merupakan rakaman yang dibuat secara live recording jika dilihat pada permulaan lagu. Sukar didefinisikan dengan penulisan namun secara ringkasnya music sebegini sememangnya adalah jantung dan nadi Neftaraka. Sadis, tekanan, negatif dan suram adalah intipati untuk Dilivium.

Death, Pierce Me yang merupakan lagu saduran dari Silencer (sebuah band bagus yang tidak panjang hayatnya). Ini merupakan kali kedua Neftaraka membuat rakaman cover song dari Silencer setelah Digital Blasphemy (EP2016) yang dikeluarkan awal 2016 melalui lagu bertajuk Sterile Nails & Thunderbowels. Soul Black Metal yang kuat dan cara penyampaian yang agak lari dari kebiasaan membuatkan Silencer dan material mereka kedengaran unik.

Secara keseluruhan, Revelation of Suppression (EP2016) boleh gua katakan antara hasil dari Neftaraka yang wajib dimiliki oleh penggemar irama gelap. Lagi pun ini adalah hadiah terakhir Neftaraka sebelum mereka bersemadi. Dari segi sound produksi, ianya antara release yang bagus dari Neftaraka. Tidak terlalu bersih, tidak terlalu raw dan Neftaraka tahu apa yang perlu untuk music yang "ugly" sebegini.

Ok hubungi Witchery Records untuk copy anda sebelum terlewat. Laman sesawang disediakan dibawah preview ini.


Witchery Records
Facebook

Editors' Pick : 2016 Best Releases & Music Video

Seperti kebiasaan setiap penghujung tahun kami di Dissecting the Euphony (DtE) akan memulakan sesi pening kepala memilih release terbaek dan sepanjang 2016, pelbagai material dalam dan luar negera lahir dari segenap penjuru dunia. Ok, sebagai mukadimah ada baek nya sekali lagi kami memperkenalkan diri dimana sejak 2010, webzine ini dikemudi oleh A is for Anomaly dan Contramen, sebelum penambahan editor pada 2016 iaitu Hanif yang berkongsi minat yang sama. Ok, cukup untuk pengenalan berkenaan penulis DtE. Ok, tidak mahu buang masa kita terus dengan pilihan album2 terbaek dari editor2 DtE dimulakan oleh Contramen, Hanif dan A is for Anomaly.


***********************************************************


Megadeth - Dystopia
Tradecraft

Ini merupakan album ke 15 Megadeth. Merupakan antara keluaran awal tahun iaitu pada 22 January 2016. Pada 2015 gua rasa seakan ada sesuatu yang gila memandangkan Kiko Loureiro yang merupakan antara gitarist handal yang terkenal dengan band Angra serta drummer Lamb of God iaitu Chris Adler menyertai Dave Mustaine bersama David Ellefson yang masih setia sejak kembali kepangkuan Megadeth pada 2010. Keseluruhan album ini boleh didefinisikan sebagai perfect untuk genre Thrash/Heavy Metal. Tidak tertangkap oleh gua sebarang cacat cela sepanjang layan album ini. Bukanlah album yang sekadar cukup makan atau play safe tetapi "ketepatan" dari setiap sudut komposisi lagu adalah perkara pertama yang dapat gua simpulkan. Sebagai pemuzik, setiap line up memberikan sesuatu yang terbaek untuk Dystopia. Juga perlu gua bagitau sebenarnya gua bukanlah peminat atau pendengar Megadeth, tetapi apabila muncul rasa "teruja" dalam menghayati album ini, ianya boleh gua katakan sebagai satu keluaran yang istimewa!
Rating : 8.5/10

Myrath - Legacy
Verycord / Nightmare Records

Progressive Metal dan irama Middle East Folk yang dihasilkan band dari Tunisia ini nampak terlalu bagus untuk genre seangkatannya. Dikeluarkan pada 19 February 2016, Legacy pada gua terus menerus menenggelamkan 3 album mereka terdahulu. Peningkatan yang sungguh menakjubkan. Track Nobody's Lives antara track yang menjadi playlist paling kerap gua. Komposisi dan idea yang baek sepanjang album ini dimainkan. Cukup sekadar mendengar 4 track terawal akan membuatkan anda merasakan Myrath bukan sebarangan band. Mereka sebuah band yang skillful dan menggunakan kemahiran dalam memasukkan unsur2 teknikal untuk diseragamkan bersama elemen2 folk timur tengah. Myrath - Legacy (2016) patut menjadi habuan telinga2 penggemar music Progressive Metal tidak kira dimana anda berada.
Rating : 8.5/10

Balance Interruption - Door 218
Satanath Records

Door 218 kerap menjadi album pilihan dari webzine dan blog didunia untuk 2016. Ini membuatkan gua cuba menghadam apa intipati sebenar album ini. Ia satu idea gila apabila Door 218 merupakan sebuah album dalam genre Black Metal dan disulami elemen electronic dan jazz noir. Tidak terfikir atau mungkin sudah ada band yang menghasilkan music sebegini yang gua terlepas pandang? Emperor, Rob Zombie dan Bohren und de Club of Gore di blend bersama mungkin adalah resepi music Balance Interruption untuk album Door 218 ini.
Rating : 8/10

Azooma - The Act of Eye
Xtreem Music


Dari Iran, Azooma benar2 mengejutkan dengan music ciptaan mereka. Progressive Technical Death Metal dan setiap line up punya kemahiran tinggi dalam permainan instrument masing2. The Act of Eye antara hasil terbaek 2016 pilihan gua dari segi komposisi, idea dan tahap teknikal yang dimainkan. Agak teruja dengan apa yang dihasilkan oleh Azooma dan peringatan kepada penggemar Progressive Technical Death Metal, sila simpan nama Azooma dalam kepala anda. Ini bukan sebarangan band!!!
Rating : 8.5/10
 
Malapetaka - Lawless Perdition
Self-Release / Indiependent

Antara satu-satunya local release yang terbaek dihasilkan sepanjang 2016. Malapetaka nampak terus maju kehadapan tanpa mengendahkan apa yang telah berlaku terdahulu. Lawless Perdition adakah satu produk yang "perlu' kepada penggemar irama berat khasnya anda yang berada di Malaysia. Agak terperanjat dengan hasil rakaman, konsep dan sound produksi album penuh pertama mereka ini. Gabungan Thrash Metal yang menjurus kearah Death Metal disulami aroma Nusantara menjadi trademark yang dibawa dari awal demo mereka sebelum ini. Album ini ada kekuatan tersendiri. Sukar diterangkan dengan penulisan. Masih boleh diperolehi dengan menghubungi band sendiri dan sesuatu yang menampakkan kesungguhan adalah Malapetaka antara band local yang masih mengamalkan etika DIY sehingga ke urusan promosi dan jualan. Support mereka dengan membeli album ini.
Rating : 8/10


Behemoth - Ben Sahar (Official Video)

Rasanya karya2 visual yang berjaya menakluk otak gua masih lagi dipegang oleh band2 berkepala diluar jangkaan. Selain Tool yang sememangnya antara pilihan tetap namun mereka masih tidak mengeluarkan sebarang album sejak 2006, Behemoth sudah bertahun menyajikan sesuatu diluar jangkaan melalui video music mereka yang berhantu. Ben Sahar dikeluarkan 2 tahun selepas album The Satanist memasuki pasaran. Mungkin sekarang Behemoth dalam rangka komposisi lagu2 untuk album terbaru. Nergal pun sedang dalam proses rakaman album solo yang dikhabarkan lari jauh dari elemen music keras. Entah gua pun xtau apa hasil nya mungkinkah music country atau jazz noir? hahaha..


Honorable mentions:

 Gua memilih beberapa release yang agak tidak berapa diketahui antaranya..

Gadget - The Great Destroyer (Relapse Records)
Peningkatan mendadak dari release terdahulu dan antara band Grindcore yang bleh bikin x senang duduk bila layan album ni..

Ade - Carthago Delenda Est (Xtreem Music)
Death Metal laju, kental yang disulam pengaruh Folk. Beberapa lagu dari album ini ternyata menguji kesabaran. Hahaha.. Kental, jitu dan mengejar kelajuan seakan menafikan kemampuan manusia. Kalau xde keyboard mungkin dah jadi Nile.

Meshuggah - The Violent Sleep of Reason (Nuclear Blast)
Tak boleh tipu raja music mathematic ini memang menghasilkan kerjatangan yang kejam pada pendengar music2 teknikal. Clockworks dan Nostrum memang antara pilihan gua untuk album ini.

Metallica - Hardwired…To Self-Destruct (Blackened Recordings)
Raja Heavy/Thrash Metal ini menghasilkan album ke 11 ketika 2016 hampir2 tamat. Gua suka compare album ni dengan album Megadeth Dystopia yang release awal tahun. Album ni nampak lebih berjaya walaupun gua rasa tak dapat bagi album terbaek 2016. Nampak seakan Metallica cuba menghasilkan sesuatu yang paling terbaek berbanding album2 yang menerima pelbagai kritikan sebelum ini. Berjaya namun seakan tidak mencapai tahap "berjaya" yang menterujakan. Spit Out The Bone adalah karya paling heavy dan entah kenapa ada lagu yang full offbeat.. haha

IV V I IV - Hening.. Kelam.. (Moondusk Productions)
Antara local release yang gua anggap baek. Selain itu gua rasa perkara paling penting disebut ini antara produk berani dari band ini. Mereka masih baru ditubuhkan sekitar 2013. Tidak memandang kebelakang malah terus menggegarkan pentas2 gig , menghasilkan EP dan album penuh. Gua anggap ini most promosing band untuk local scene setakat ini!



Contramen merupakan pengendali asal bersama A for Anomaly sejak 2010. Masih punya passion yang kuat terhadap muzik dan tidak tahu bila ianya akan berakhir. Hahahaha








***********************************************************

It's the end of the year! Jom check out rilisan rilisan favourite gua tahun ini.


Thrice - To Be Everywhere Is to Be Nowhere
(May, 2016)

I always have a soft spot for post-hardcore bands. I grew up listening to a lot of 'em and couples of punk bands. Apart of loving Thrice for nostalgic reasons, the band grew up alongside with their fans. Honestly the most anticipated records of the year bagi aku. 5 years hiatus, then they throw out "Blood on the sand" and "Black Honey". My goodness, tak berhenti replay. Old fans will love this. New fans will love this and digging their old stuff and realize how much they've been missing out.
Rating : (10/10)


Norma Jean - Polar Similar
(Sept, 2016)

3 years after their last release, they did it again. If i'm not mistaken pernah review Wrongdoers on my personal blog, which is freakingly good. And this year, Norma Jean continues to deliver with Polar Similar. The first track was right on point where Cory Brandan shout "I hope you burn!", i got goose-fuckin-bump. Every track are right at where they are rasa macam tak cukup. Perfect blend between chaos, intense and melodramatic. I dont have any complaint on this record. Top notch.
Rating : (10/10)

 
Erra - Drift
(April, 2016)

Band yang bagi aku improves a lot since i first heard 'em back in 2011. In my opinion, it doesnt tops their last album Augment (2013), but with Drift boleh kata offers wider audience. Not just for those who loves the heavy part of 'em. Track macam Skyline, Hourglass, Drift memang syok layan dan sing a long. I only listen to a few bands yang ber-genre begini, and Erra is one of the catchiest if i might say. As much as i adore complicated riffs and how odd the time signature such bands plays, the one with the catchiest structures will always have a spot in my playlist. Hah!
Rating : (9/10)


 Protest the Hero - Pacific Myth
(Nov, 2016)

I did ask a few oppinion whether this album counts as 2016 release or not, due the fact that album ni release track by track since 2015 exclusive untuk fans yang subscribe bandcamp mereka. Since the public release is in Nov 2016, and baru aku dapat dengar, so this fits well la kot on my top list. Fast riffs and that high pitched voice by Rody Walker, PTH still killin' it. Even though hanya lah sebuah EP, but it was solid 6 track of heart pounding mathematical-metal! Plus, awesome art cover!
Rating : (9/10)

 
Patriots - Stand Off
(Aug, 2016)

Local released! Another post-hc band, tapi for Malaysian local scene, susah nak jumpa band post-hc yang truly outstanding bilamana gig bergenre berat penuh dengan hardcore and metal bands. Been hearing a few previews of songs yang belum mixed since last 2 years kalo tak silap. Akhirnya tahun ni released, and it was worth it. Track by track all well-polished sound and semua padu. Ayeen as the vocalist, doing a great job. Honestly dengar macam band luar dari Malaysia. Kalau ada yg missed out, previously they're also known as Heart-A-Tack. We need to give full support to all our independent bands. If not band like this will die out macam tu je.
Rating : (10/10)



Honorable mentions:

Social Circuit - Demo
3 bijik lagu full fledge Pop-punk untuk peminat Neckdeep, The Get Up Kids, and early days of Taking Back Sunday etc etc. (8/10)

Beatburns - Rebirth (Dec, 2016)
Song writing in this record should have more recognition from the local scene. (9/10)

The Dillinger Escape Plan - Dissociation
Extremely good album. And the band calling it quits. You decide. (9/10)

Landon Tewers - Dynamite
Aside from his metalcore band, The Plot In You yang aku minat teruk, this guy alone is on another level. Good rockin album. (9/10)



Hanif merupakan tambahan terbaru kepada Dissecting the Euphony dan masih rock teruk menjelang 2017. Jangan lupa ikuti band beliau Grayson dan Against Infinity. 

***********************************************************

Sebenarnya saya pun tak tahu mana nak mula. Jujur cakap, saya menghadapi kesukaran nak memilih keluaran terbaik 2016. Bukan kerana terlalu banyak nak dipilih, sebaliknya saya merasakan tahun ini agak suram, terutamanya keluaran tempatan. Saya perasan band-band tempatan yang hebat dan promising tak berapa menyinar atau aktif (tak pun re-release aje hehehehe), manakala band yang biasa-biasa pulak masih biasa-biasa dalam usaha mereka. Tapi ini bukan bertujuan untuk merendah-rendahkan siapa-siapa. Saya mencari keluaran yang exciting, yang menjadikan sesiapa saja teruja… dan saya tak temui pun. Tapi disebabkan tiap-tiap tahun kami buat senarai keluaran terbaik, saya senaraikan sajalah.

Mechina – Progenitor
(Self-Released)

Metal dengan tema eksplorasi angkasa kena dipadankan pulak elemen symphonic dan Djent. Saya tak berapa gemar dengan keluaran Mechina pra-Progenitor sebab macam biasa-biasa aje. Album ini betul-betul menarik perhatian saya dengan songwriting yang superb, ditambah dengan penceritaan dan tema yang meluas… tak keterlaluan juga kalau saya nak cakap macam #deep lol. Saya suka dengan konsepnya yang futuristic dan penuh beremosi tentang kelangsungan survival manusia di planet baharu.

Bagi saya Progenitor really nailed it dengan setiap lagu meneroka perjalanan explorers dari Bumi yang berusaha mendiami planet baharu tapi menunggu lama untuk planet tersebut menjalani terraform sampai bergenerasi mengelilingi orbit barulah boleh mendarat. Paduan vokal harsh dan clean dengan kemunculan vokal Melrose sekali-sekala menjadikan Progenitor satu winning combination yang jauh membezakan keluaran-keluaran mereka sebelum ini dan asyik didengar.

8.5/10


Warfather – The Grey Eminence
(Greyhaze Records)

Rasanya macam ramai tak maafkan Trey & Morbid Angels pasal album Illud Divinum Insanus. Album yang patutnya jadi comeback, alih-alih jadi cercaan yang berakhir dengan David Vincent blah (atau kena tendang, whatever) dan Steve Tucker masuk balik. Cakap pasal Tucker, beliau juga bermain untuk Warfather yang terdiri daripada international line-up dan tahun ini menyaksikan album kedua berjudul The Grey Eminence diterbitkan.

Saya berpendapat The Grey Eminence ni memang takde kompromi. Straightforward American Death Metal tanpa belok-belok. Vibe Morbid Angel memang mengalir hebat dalam nadi album ni sebab diterajui Tucker, apatah lagi diterbitkan oleh bekas gitaris Morbid Angel (kini frontman Hate Eternal), Erik Rutan. Sound memang chunky dan padat, cukup perisa Death Metal gaya Amerika. Bolehlah dianggap alternatif kepada Morbid Angel.

7/10

Mist of Misery – Absence
(Black Lion Records)

Saya agak surprise tahun ni saya berpeluang mendengar Depressive Suicidal Black Metal yang excellent. Absence merupakan DSBM yang dijalin bersama elemen symphonic, yang buat pendengar kasual macam saya tertarik nak dengar sampai habis. Sebenarnya saya pun tak pasti mana kategori album ini patut diletak, DSBM atau Symphonic Black Metal?

Saya menyukai mood keseluruhan album ini yang diverse. Kira nak cakap album ini seperti roller coaster ride of emotions lah gitu. Semuanya berjaya dicapai dengan songwriting dan permainan yang excellent serta majestic. Dan saya rasa kredit juga patut diberikan kepada elemen symphonic yang memberikan sound yang lebih meluas dan indah kepada Absence.

8/10

Crator – The Ones Who Create, The Ones Who Destroy
(Unspeakable Axe Records)

Crator adalah definisi organized chaos tanpa perlu poyo menunjuk-nunjuk kemahiran. Band yang didalangi individu daripada Origin, Krallice dan Tentacles ini cukup impressive dengan terbitan album pertama yang well thought dan executed. Secara peribadi, saya merasakan TOWCTOWD adalah terbitan yang mindblowing untuk pendengar kasual macam saya. Saya macam holy fuck, ini laju nak mampus, saya tak pasti ini manusia ke robot yang main!

Crator boleh dikatakan sebagai all-star Tech Death Metal band yang deliver seperti reputasi ahlinya. Macam dalam review asal, saya menyebut album ini memang ferocious dan face melting. Brutal, complex dan takde kompromi. Saya cuma merasakan durasi album ini terlalu pendek… atau mungkin John Longstreth main terlalu laju haha!

7.5/10

Saor – Guardians
(Northern Silence Productions)

Saya mempunyai soft spot terhadap band metal yang menyelitkan elemen folk seperti Eluveitie, Panopticon dan yang terkini, Saor. One-man band yang senegara dengan Cnoc An Tursa ini turut berkongsi tema yang serupa; sejarah  dan budaya Scotland. Saya tertarik dengan Saor yang bukan setakat menggabungkan Folk dengan Black Metal, malah turut menyelitkan elemen Atmospheric dan Post-Rock. Big win, Scottish folk elements dengan stail Atmospheric, I’m sold lah senang cakap!

Saya menggemari perbezaan sound Black Metal yang harsh dengan melankoli vibe folk bawaan Saor. Saya kira inilah resepi Guardians begitu menambat sekali sekalipun durasi setiap trek panjang tak ingat punya. Oh saya hampir lupa, bekas fiddler Eluveitie Meri Tardić membuat penampilan dalam Guardians! 10 folk metal points untuk Saor! Guardians adalah release yang solid, grand dan majestic.

8.5/10

Trees of Eternity – Hour of the Nightingale
(Svart Records)

Sejak mendengar demo Trees of Eternity berjudul Black Ocean, saya menyimpan harapan yang cukup besar terhadap band ini. Saya bertambah teruja apabila mengetahui album sulung mereka akan diterbitkan tahun ini dan… Aleah Starbridge meninggal dunia sebelum sempat Hour of the Nightingale keluar. Nasib baik semua rakaman dah selesai dan tinggal fasa terakhir.

Still… what a loss, dan saya benar-benar berharap album ini sesuatu yang boleh dibanggakan dan jadi memento kepada pengikut ToE, sebab saya tak pasti band ini akan berkubur sekali dengan pemergian vokalis mereka. Hour of the Nightingangle banyak mengangkat trek daripada demo Black ocean dan menyempurnakannya dengan tambahan beberapa trek baru. Saya menyukainya kerana soundnya yang indah dan kemas. Traces daripada stail dan sound Swallow the Sun sangat nyata memandangkan Juha Raivio bermain untuk band ini. Kalau anda mendengar demo mereka, Aleah gemar menjadikan vokalnya sedikit bergema dan haunting, tapi dalam album ini, efek bergema diminimalkan tapi kualiti vokalnya masih haunting… dan the fact anda mendengar nyanyian seseorang yang sudah tiada… it gives you the chill, kan?

8.5/10


Honorable mentions:

Sylvaine – Wistful
(Season of Mist)

Sylvaine merupakan sebuah projek solo Katherine Shepard dan untuk album kedua, Wistful, telah dikeluarkan oleh Seasons of Mist. Sylvaine berada di grey area dan susah untuk dikategorikan. Terdapat pelbagai elemen seperti metal, post rock, pop dan ambient digodak bersama.

Wistful merupakan album yang memainkan emosi pendengar dan adakalanya cenderung kepada memainkan perasaan melankoli dan sedih teruk. Sound Sylvaine yang tak berapa garang sangat buat saya sedikit kecewa, tetapi elemen post rocknya dan nyanyian indah Katherine membuatkan Wistful tersenarai dalam honorable mention saya.

Somnium Nox – Apocrypha
(Self-Released)

Black Metal dari Australia ni cukup misteri dari segi vibe dan soundnya, apatah ini merupakan terbitan sulung mereka yang hanya ada… satu trek berdurasi 16 minit. Dengan sound yang brooding dan build up yang lembap, saya menyukai atmosferanya yang sinister sebelum meletus kepada full blown Black Metal ferocity.

16 minit merupakan durasi yang panjang, saya merasakan sebenarnya Apocrypha adalah gabungan beberapa trek yang dijadikan satu kerana terdapat beberapa part yang berlainan mood dan dinamik. Saya menyukai di bahagian terakhir Apocrypha. Gitar mengulangi riff yang sama (ada feel macam Burzum), sebelum  disambut bunyi droning Didgeridoo sehingga lagu tamat. Cukup jahat dan bikin uncomfortable.






A, is for Anomaly melancarkan Dissecting the Euphony pada 2010 dan berazam belajar teknik bermain tin whistle di tahun 2017.