IV V I IV - Hening.. Kelam.. (2016)

Review dari kami berkenaan EP Endless Morbidity boleh dibaca di SINI. IV V I IV atau DEAD pada kami merupakan anda band tempatan yang sedang meningkat naik. Boleh dilihat usaha dilakukan mereka tanpa kenal erti penat lelah. Mereka menjelajah serata Malaysia untuk persembahan pentas, menghasilkan sebuah EP, menyertai album kompilasi dan terkini sebuah album penuh dihasilkan tanpa perlu ditangguh-tangguh. Hening.. Kelam yang mempertaruhkan 10 buah lagu termasuk sebuah instrumental ternyata menunjukan kegigihan band berkhiblatkan Black Metal ini terus melangkah ke hadapan dengan berani.

 Nocturr (Vocals/Guitars), Obscurum (Drums), Shadow (Guitars), Ievol Cytherea (Bass)

 IV V I IV - Hening.. Kelam.. (2016)

Tracklist :

1 - Subhi (Intro)
2 - Graveyard Romanticism
3 - A Night of Ghastly Moon
4 - Akal Tersangsi Metafizik
5 - Hancur Badan Di Kandung Tanah
6 - Will You Share This Suffering?
7 - The Inferi
8 - Hening... Kelam...
9 - Sri Gumum
10 - Terbungkam Lisanku

Tiada sebarang informasi berkenaan rakaman disebalik 8 pages cover sleeve cd ini. Nampak seakan mereka masih bermisteri dan hanya mahu karya music dikenali.

Sepanjang beberapa minggu mendengar Hening.. Kelam.. gua berpendapat ini antara release yang bagus dari 4 unit music gelap ini. Definisi Hening.. Kelam.. sebagai tajuk album berjaya diterjemah dengan baek melalui lagu2 yang terkandung. Minor chord digunakan sebaek mungkin untuk menghasilkan riffing yang membawa mood yang suram, negatif, depressive sehingga ketitisan embun rimba. Gua percaya hanya line up yang punya jiwa atau soul sahaja yang mampu menghasilkan apa yang mahu dihasilkan untuk karya "berjiwa" sebegini. Mereka tahu dan arif dalam profesionaliti mereka dalam hal ehwal yang memang sudah ada dalam diri masing2.

Seperkara menarik mengenai release2 dari IV V I IV adalah sound produksi yang clear, solid, bersih dan kemas. Ia merupakan perkara yang harus dipuji kerana rata2 band berkhiblat music sebegini lebih suka memilih rakaman raw dan kotor sebagai pilihan bunyi hasil akhir produksi. Kesimpulannya anda selaku pendengar tidak perlu pertikaikan kualiti bunyi rakaman album ini. Profesional!

Track pilihan : A Night of Ghastly Moon, Akal Tersangsi Metafizik, Hancur Badan Di Kandung Tanah, The Infery, Sri Gumum.

Hening... Kelam.. boleh dibeli dengan harga RM25 byhand atau RM32 semenanjung dan RM35 Sabah/Sarawak. 

IV V I IV - Graveyard Romanticism


IV V I IV
Email
Facebook

Moondusk Productions
Email
Facebook

0 feedbacks: