Rome in Monochrome - Karma Anubis (EP, 2015)

Unit Post-Metal/Ambient dari Italy ini mengeluarkan terbitan sulung mereka Karma Anubis pada 2015, menghidangkan 3 trek sebagai pengenalan kepada muzik mereka. Individu-individu yang membentuk Rome in Monochrome terdiri daripada pelbagai latar belakang muzik yang takde pun kaitan dengan stail band ini.




1. Karma Anubis
2. Spheres
3. Endmusic

Karma Anubis - Trek pembukaan ini tak segan-segan untuk beritahu yang mereka ni main band stail sedih lol. Trek yang sluggish dengan nyanyian seakan tak acuh (dan sengau macam baru lepas nangis) mewarnai Karma Anubis. Saya berpendapat nyanyian Valerio terlalu mendatar dalam trek ini. Saya faham penyampaiannya mungkin disengajakan untuk mewujudkan impresi rasa kosong dan sepi, tapi tak salah rasanya dengan sedikit variasi dan jika saya boleh cadangkan, isikan dengan vokal latar untuk menghidupkan trek yang sad for the sake of being sad.

Spheres - Lagu ini macam trippy pun ada dengan bunyian sitar dan keyboard sedikit spacey. Spheres nyata lebih terarah kepada gaya progressive dan santai. Sebenarnya Spheres lebih menyinar daripada title track EP ini. Good one.

Endmusic - Instrumental yang macam post rock bertumpu kepada atmosphere. Biasa sahaja bagi saya, tak seperti post rock saya biasa dengar.

Secara keseluruhannya, Karma Anubis merupakan keluaran pertama yang biasa-biasa sahaja. Pada saya ia sekadar EP yang cuma nak beritahu, 'hei kami ada band, sudi-sudikan dengar ya' tanpa ada x-factor dan substance yang buat pendengar acknowledge kewujudan mereka, tanpa intention untuk membeli atau menikmati. Adalah biasa untuk keluaran sulung tidak berapa menjadi, oleh itu saya akan menunggu keluaran susulan Rome in Monochrome untuk melihat kemajuan mereka.


0 feedbacks: