Lucifera - Preludio Del Mal (2017)

Lucifera merupakan unit Thrash Metal dari San Juan de Pasto, Colombia. Paling menarik Lucifera ditunjangi oleh vocalist wanita iaitu Maria Blasfemia atau Maria Alejandra Pacheco. Antara line up asal yang masih kekal dan pernah juga kesemua line up adalah wanita sebelum perubahan line up terkini yang menampakkan keseimbangan dengan David HellRazor dan C.Commander menyertai Lucifera. Preludio Del Mal yang akan dikeluarkan pada 24 February 2017 boleh dikira satu produk yang agak cepat dihasilkan kerana Sed de Venganza & Legiones de Metal (sebenarnya rakaman semula demo dan EP pertama 2010) yang merupakan full length kedua dikeluarkan pada 17 June 2016. Preludio Del Mar berada dibawah seliaan label Morbid Skull Records dari El Savador.

 David HellRazor - Guitar
Alejandra Blasfemia - Vocals, Bass, Lyrics
Acid Witch - Guitar
C. Commander - Drums

Cover artwork oleh Shadow Art
Design oleh HR Design

Track list:

1. Esclavos de Dios
2. Los Demonios de Loudun
3. Tiempos Siniestros
4. Alianzas de Acero y Metal
5. Tormentas de Sangre
6. Culto Ancestral
7. A Través de la Muerte
8. Preludio del Mal
9. Leyendas Mortuorias
10. El Señor de las Moscas
11. Letanías Infernales
12. Blasfemias

Sebelum mengulas panjang, dimaklumkan gua mula mendengar Lucifera melalui demo tape Sed de Venganza keluaran War Productions pada 2010. Gua pun dah tak ingat local label yang distro kan tape ini. Hahaha..

Preludio Del Mal (2017) melalui proses rakaman instruments di HR Studios, Pasto Colombia sekitar September 2016. Track vocal melalui proses rakaman di Sound of Evil Studios, Quito Colombia sekitar November 2016.

Preludio Del Mar boleh dianggap sebuah produk yang bagus walaupon rata2 band Thrash Metal dari Colombia memang mengagumkan. 12 tracks menggunakan 100% bahasa ibunda mereka. Dari segi konsep music, Preludio Del Mar jelas bertunjangkan Thrash Metal, namun ianya lebih bersifat Tradisional Thrash Metal dengan formasi biasa 4X4 dan meminimakan unsur2 teknikal dalam music mereka. Mungkin ada yang mengklasifikasikan Lucifera berada dalam lingkungan Black/Thrash Metal. Ya ada kebenarannya juga jika dihadam keseluruhan material dari album ini. Seperkara lagi, gua menyukai beberapa track yang menggunakan riffing yang agak bermelodi dan ianya agak "segar" apabila pertama kali mendengarnya seperti Esclavos de Dios dan Leyendas Mortuorias.

Dari segi sound produksi, untuk konsep sebegini boleh dikatakan ianya punya hasil yang bagus. Sound gitar yang agak crunchy, bass yang jelas kedengaran dan drum yang separa organik tone nya. Permainan instruments yang baik dari setiap line up dan vocal dari Alejandra Blasfemia seakan menidakkan beliau adalah wanita. hahahaha..  

Feveret tracks : Esclavos de Dios, Los Demonios de Loudun, Leyendas Mortuorias, El Señor de las Moscas, Blasfemias.

Kenali Lucifera melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah 2 promo songs dibawah. Juga untuk sebarang pembelian boleh menghubungi Morbid Skull Records juga melalui link disediakan dibawah.

Lucifera - A Través de la Muerte

Lucifera - Letanías Infernales

Lucifera
Email
Facebook
Myspace
Reverbnation

Morbid Skull Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Twitter

The Furor - Cavalries of the Occult (2017)

The Furor, band dari Perth, Western Australia, yang ditunjangi Dizazter atau Louis Rando, drummer band tersohor Singapore iaitu Impiety nampak begitu aktif dengan penghasilan album terbaru bertajuk Cavalries of the Occult (2017). Ini merupakan album penuh ke 5 dari The Furor selepas 4 album dan 2 EP dihidangkan. Black/Death Metal adalah apa yang disajikan The Furor dan yang jelas Dizazter selaku mastermind band ini jelas begitu taksub dengan corak permainan mengejar kelajuan dan tidak mahu meninggalkan sebarang ruang kosong dalam komposisi music ciptaannya. Cavalries of the Occult (2017) akan menemui pasaran pada 5 March 2017 dibawah label paling berpengaruh buat masa kini di India iaitu Transcending Obscurity Records.

 The Grand Impaler (Bass), Dizazter (Drums/Vocals/Songwriting), Hellhound (Guitars)


Tracklist :

1 - 30 Year War
2 - Cavalries of the Occult
3 - Death Manifest
4 - Fomes Peccati
5 - Lake of Fire
6 - Rampage upon the Rational
7 - Second Coming Slaughtered
8 - Storm of Swords
9 - Totaliterror

Cavalries of the Occult (2017) melalui proses rakaman secara home studio milik Dizazter (pre-production) untuk track drum dan rakaman akhir track gitar juga di home studio rakannya. Nizam Aziz selaku gitarist Impiety bertindak sebagai juru adun di Studio 47 Singapore.

Pertama kali mendengar ternyata The Furor merupakan band yang mementingkan kelajuan dalam permainan instruments masing2. Track pertama 30 Year War sememangnya sangat padu, kejam dan bertempo laju. Mood yang sama diteruskan untuk track2 seterusnya.

Sepanjang menghadam album ini, gua boleh simpulkan bahawa The Furor merupakan band yang cukup kental pembawaan Black/Death Metal dalam penulisan material2 mereka. Dizazter yang sudah cukup dikenali dengan hentaman tanpa belas ke atas set drum bersama Impiety nampaknya mengekalkan tahap kegilaannya untuk the Furor. Paling menggila dimana beliau memikul tugas bahagian vocal bukan setakat rakaman studio tetapi turut melakukannya untuk persembahan pentas. Hellhound selaku pemain gitar juga harus diberi kredit dalam menggalas tugasan sebagai pemain gitar yang rata2 memerlukan latihan yang cukup menghadap riffing2 laju tanpa belas kasihan. Difahamkan kesemua track adalah dihasilkan oleh Dizazter dan dirakam secara demo sebelum track2 demo tersebut diberi kepada line up untuk di study sebelum ke proses rakaman secara profesional.

Dari segi sound produksi, ianya satu produk bertempo laju dan kental untuk music genre Black/Death Metal. Sound yang sedap dan profesional. Teknikal musicwise boleh jika gua bagi sedikit perumpamaan seperti anda mendengar Belligerent Intent dan Impiety. Produk yang mementingkan tempo kelajuan yang tinggi, keras dan pantas.

Kenali The Furor melalui laman sesawang disediakan dibawah, juga untuk pembelian CD (limited 300 copies) atau format digital sila hubungi TranscendingObscurity Records juga melalui link dibawah.

The Furor - Second Coming Slaughtered

The Furor
Email
Bandcamp
Facebook
Myspace
Reverbnation

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Twitter

The Committee - Memorandum Occultus (2017)

The Committee merupakan satu kolabrasi antarabangsa namun dinyatakan band ini berlokasi di Belgium. Ditubuhkan sekitar 2007 sebagai one men band, The Committee yang membawa genre Atmospheric Black Metal ini telah menghasilkan sebuah EP pada 2013 bertajuk Holodomor dan setahun kemudian album penuh pertama Power Through Unity telah dilahirkan dibawah label dari Germany iaitu Folter Records. Terkini pada 25 February 2017, album penuh kedua bertajuk Memorandum Occultus akan dikeluarkan dan masih dibawah seliaan Folter Records.

Igor Mortis (Guitar/Vocals), William Auruman (Drums/Percussion), Aristo Crassade (Guitar/Vocals),
Marc Abre (Bass), Urok (Keyboards), Navigator (Guest Vocals)
* Special members for “Memorandum Occultus”
Chris (Vocals), B (Vocals), Glad (Vocals)

Artwork oleh Hereby The Committee

Tracklist :

1 - Dead Diplomacy - Weapons of War
2 - Synthetic, Organic Gods - Weapons of Genocide
3 - Golden Chains - Weapons of Finance
4 - Treacherous Teachings - Weapons of Religion
5 - Flexible Facts - Weapons of History and Chronology
6 - Intelligent Insanity - Weapons of Methodology and Duality

Seperti material2 terdahulu, Memorandum Occultus juga mendendangkan track2 yang berdurasi panjang iaitu 7 minit dan keatas untuk setiap track. 

Pada gua Memorandum Occultus adalah satu karya yang menarik dimana ianya menceritakan berkenaan perjalanan sistem kehancuran yang melalui dunia tipu daya, skim pembohongan, manipulasi, penderitaan sehingga kepada pembunuhan beramai-ramai. Dinyatakan juga apa yang cuba disampaikan adalah sesuatu yang disebalik tabir kepada pandangan "realiti biasa" yang hanya dilihat pada mata kasar contohnya seperti perhambaan dan pembunuhan beramai-ramai kesan dari sistem kejam yang lebih kepada self-feeding system of "destructured control" yang akan berlarutan berabad-abad.

Dari segi sound produksi, hasil akhir adalah memuaskan walaupun mungkin ianya boleh di upgrade lagi tetapi memadai apa yang dihasilkan untuk music genre sebegini. Technically, music The Committee penuh emosi, punya jiwa dan ternyata mereka tahu dan sedia faham apa yang diperlukan dalam penghasilan music dan trademark The Committee. Pengaruh Doom Metal yang dipegang ketika mula kewujudan masih kekal walaupun di blend bersama pengaruh Black Metal. Riffing, strok drum dan gaya penyampaian vocal didalam Memorandum Occultus yang disatukan ternyata menghasilkan sound atmospheric yang suram, mendap dan sedikit murung.

Kepada penggemar irama Black/Doom gua sarankan agar mengikut perkembangan The Committee. Jika anda mentabsub irama seperti MGLA, sudah pasti anda dapat menerima Memorandum Occultus. Ok sebelum menutup review ini, The Committee juga merupakan antara band beraliran gelap yang membawa imej seperti apa yang dilakukan MGLA iaitu bemakai serkup muka serba hitam.

Kenali The Committee melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawa promo video yang dilancarkan baru2 ini. Juga jika berminat mendapatkan material2 mereka, sila hubungi band secara terus atau melalui Folter Records.

The Committee - Synthetic, Organic Gods - Weapons of Genocide

The Committee
Email
Official Website
Facebook

Folter Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Metallica - Hardwired…To Self-Destruct (2016)

Secara peribadi gua antara pengemar Metallica zaman sekolah dulu. hahahaha.. Tak tipu tapi 4 album awal cuma di dengar ketika "black" album menyusul. Ketika tu gua dah sekolah menengah. Ok stop! Hardwired…To Self-Destruct (2016) yang merupakan album studio ke 11 Metallica yang mana ianya release pada 18 November 2016.

 Cover artwork oleh Turner Duckworth

Tracklist :

DISC 1

1 - Hardwired
2 - Atlas, Rise!
3 - Now That We're Dead
4 - Moth into Flame
5 - Dream No More
6 - Halo on Fire

DISC 2

1 - Confusion
2 - ManUNkind
3 - Here Comes Revenge
4 - Am I Savage?
5 - Murder One
6 - Spit Out the Bone

Hardwired…To Self-Destruct (2016) melalui proses rakaman di HQ, San Rafael, CA sekitar May sehingga Ogos 2016 dibawah seliaan Greg Fidelman yang turut bertanggungjawap dalam proses mixing disamping bantuan rakaman oleh Mike Gillies, Sara Lyn Killion dan Ken Matcke selaku pembantu engineer. Proses digital editing dilakukan oleh Dan Monti, Jim Monti dan Jason Gossman. Proses mastering dilakukan oleh Dave Collins di Dave Collins Mastering, Los Angeles, CA.

8 tahun selepas Death Magnetic boleh dikira satu jangkamasa panjang untuk Metallica menghasilkan album baru walaupun Lord of Summer yang merupakan lagu baru yang dikeluarkan sebagai single pada 2014. Hardwired…To Self-Destruct (2016) merupakan album yang punya lagu berdurasi panjang antara menghampiri 6 minit sehingga 8 minit lebih kecuali track pertama berjudul Hardwired yang berdurasi 3 minit 9 saat sahaja.

So bagaimana persepsi anda selepas mendengar album tanpa perahan otak Kirk Hammert selain solo2 yang mampu disumbangkannya setelah phone yang sarat riffing ciptaannya hilang?

Metallica - Hardwired (Official Music Video)

Setelah berbulan menghadam album yang didatangi bersama music video untuk kesemua track terkandung, secara peribadi gua berpendapat Hardwired…To Self-Destruct mampu menghilangkan sedikit keresahan jutaan peminat Metallica yang dahagakan penangan Heavy/Thrash Metal buatan Metallica. Kelainan tetap ada dalam album ini dan seingat gua pada awal single Hardwired release, ramai yang agak terkejut dengan tone pedal drum Lar Ulrich. Gua cuba dengar melalui beberapa medium seperti speaker hifi dan headphone berjenama untuk dapatkan keterperincian sound atau tone tersebut. Selain itu rasanya tiada perkara pelik mengenai hasil rakaman kali ini. Tiada lagi komplen berkenaan tone snare Lar Ulrich. Hahaha.. Album ini ada kualiti dari segi sound produksi dan sememangnya ianya diteliti dengan cukup terperinci untuk perkara ini.

Metallica - ManUNkind (Official Music Video)
* apahal gua tengok music video ni lain macam ntah..hahaha - ed

Dari segi penciptaan lagu, rata2 masih mengekalkan sound dan trademark Metallica dan gua rasa komposisi lagu juga lebih teliti. Mungkin keempat-empat line up ini mahukan hasil kali ini memuaskan hati dan telinga para peminat mereka seluruh dunia. Hardwired selaku pembuka tirai sebuah fast track yang berada dalam gugusan Heavy/Thrash Metal namun Spit Out the Bone pasti menjadi pujaan peminat Metallica yang gemarkan fast song dari era awal penubuhan lagi. Ok, gua pun salute sama Lar Ulrich sebab masih mampu membanting tulang untuk fast song segila Spit Out the Bone walaupun sudah berusia hampir sama bapak2 kita yang hampir menunggu pencen kerja untuk duduk dirumah saja. hahaha.. Paling mengejutkan dan rasanya sukar dihadam serta teringin juga nak tengok diorang main live adalah track bertajuk ManUNkind yang 90% struktur komposisinya adalah offbeat dan bukan mengikut formasi normal 4X4. Adakah bahana berkongsi stage yang sama dengan Meshuggah barangkali? Hahahaha.. Gua rasa track ini tidak berapa digemari pendengar2 mainstream Metallica tapi disukai pemuzik2 hardcore Metallica untuk cuba2 jamming di studio.

Ok, gua memilih Atlas, Rise!, Moth into Flame, ManUNkind, Spit Out the Bone sebagai antara track pilihan dari album ini.

Metallica - Spit Out the Bone (Official Music Video)

Gua malas nak sertakan banyak2 music video album ini sebab ada 12 semuanya hahaha dan sekadar suggest korang semua klik SINI untuk laman youtube Metallica.

Segala update terkini berkenaan Metalica boleh cek laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Official Homepage (Metallica & Blackened Recordings)
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Sepulchral Curse - At the Onset of Extinction (EP 2016)

Sepulchral Curse merupakan band Blackened Death Metal dari Turku, Finland. Band ini ditubuhkan pada 2013. Selepas setahun penubuhan, mereka mengeluarkan sebuah EP bertajuk A Birth In Death dibawah label Chaos and Hell Productions. Pada penghujung 2016 mereka tampil bersama sebuah lagi EP bertajuk At the Onset of Extinction dibawah Transcending Obscurity Records.

 Tommi Ilmanen (Drums & Vocals), Kari Kankaanpää (Vocals), Jaakko Riihimäki (Guitars), Niilas Nissilä (Bass), Aleksi Luukka (Guitars)

Artwork oleh Luciana Nedelea

Tracklist :

1 - Envisioned in Scars
2 - In Purifying Essence
3 - Gospel of Bones
4 - Disrupting Lights of Extinction

At the Onset of Extinction (EP 2016) melalui proses rakaman dan mixing di Rehearsalucifer Studios. Proses mastering di lakukan di Resonance Sound Studio.



Track pertama Envisioned in Scars bermula dengan riffing yang mungkin kebetulan seakan-akan sebuah lagu dari Mgla bertajuk "Further Down The Nest I".. hahaha.. kemungkinan mungkin.. namun ia nya berubah apabila verse pertama menyerang bersama suara garau Kari Kankaanpää selaku vocalist. Ekspresi pertama ternyata Sepulchural Curse lebih menjurus ke arah Death Metal yang punya unsur Black Metal yang di "blend" bersama. Formasi mudah dalam komposisi lagu iaitu 4X4 yang meletakkan mereka sebagai band yang memperjuangkan irama yang old skool.

In Purifying Essence, track kedua yang bermula garang dari awal namun menjadi sedikit meleret apabila verse dimainkan. paling menarik berkenaan track ini adalah solo gitar yang agak mendayu dan sedap didengar.

Gospel of Bones agak agresif dengan attack drum, riffing yang jelas berpaksikan Death Metal, growl dan jeritan dari vocalist yang dapat memberi lebih "jiwa" pada track yang disampaikan.



Track terakhir Disrupting Lights of Extinction agak meleret pada awalnya. Walau begitu track berdurasi 9 minit ini punya flow nya tertentu dimana ada part2 yang laju pada pertengahan track contohnya.

Sepanjang menghayati EP ini, gua beranggapan At the Onset of Extinction merupakan antara produk bergenre old skool Death Metal yang disuntik elemen Black Metal dan juga riffing yang adakala kedengaran seperti riffing Thrash Metal. Dari segi sound produksi, At the Onset of Extinction boleh dikatogerikan antara produk yang punya mutu yang baek. Sound gitar yang besar, bass yang lemak, drum yang lebih dari separa organik dan keupayaan vocalist melakukan scream dan growl yang ganas.

Sepulchural Curse boleh dikenali melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Juga hubungi label mereka Transcending Obscurity Records untuk sebarang pembelian product mereka.

Sepulchral Curse
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Official Website
Facebook
Bandcamp

Behind the Sun - Post Solis (EP 2017)

Behind The Sun merupakan sebuah unit pemuzik yang memperjuangkan irama Progressive Metal yang pada gua lebih mudah jika dikaitkan dengan Mastodon atau Opeth. Mereka antara band baru yang jika di adili melalui material2 mereka, boleh dikatakan mampu pergi jauh. Sebagai mukadimah, Behind The Sun berasal dari South Carolina, USA. Menghasilkan produk berformat digital untuk 2 buah lagu yang dirakam melalui persembahan live dan sebuah single berjudul "The Fall" yang mana track ini turut dimuatkan dalam Post Solis (EP2017) yang akan dikeluarkan pada 10 March 2017.

Jesse Hanak (Guitar, Vocals), Nathan G. Day (Drums,Vocals), Brian Sisk (Bass ), Morgan Murray (Guitar, Vocals)


Tracklist :

1 - The Fall
2 - Pangaea
3 - Scrawlings of The Architect
4 - Periapsis
5 - Laniakea

Post Solis melalui proses rakaman di Basement Recording Studio di Winston-Salem, North Carolina oleh Behind The Sun sendiri bersama Jamie King.

Agak sukar sebenarnya untuk merumus produk sebegini, banyak pengaruh2 music yang diterapkan didalam komposisi lagu. namun begitu, Progressive Metal bawaan Behind the Sun tidak keterlaluan teknikalnya dan music mereka tidak boleh dibandingkan dengan Dream Theater atau Tools. Perumpamaan music mereka sesuai jika di gambarkan seperti mendengar Mastodon atau Opeth dengan permainan instruments yang agak sukar. EP ini masih punya sound berat pada tone gitar dan jiwa "Metal" itu masih menebal dalam penciptaan dan sound band ini. Clean vocal yang benar2 berkemampuan untuk "menyanyi" dan growl yang power menunjukkan mereka bukan sekadar pemuzik picisan.

Dari segi sound produksi, ternyata ia nya berskala profesional dan tiada cacat cela sepanjang mendengar semua track dari EP ini. Keseimbangan yang baik untuk setiap instruments dapat didengar dengan jelas. Proses mastering juga menyaksikan hasil bunyi akhir yang memuaskan dari EP ini. 

Kenali Behind the Sun melalui link yang kami sediakan dibawah promo video dari single bertajuk the Fall. Sebarang pembelian boleh berhubung juga melalui link2 yang telah tersedia.

Behind the Sun - The Fall

Email
Facebook
Bandcamp
Twitter

Kratornas - Devoured By Damnation (2016)

Kratornas merupakan band yang pada asalnya dari Cadiz City, Philippine dan kemudian frontmen/mastermind iaitu Zachariah mengambil keputusan berhijrah ke Kanada untuk meneruskan bakat seninya. Devoured By Damnation (2016) adalah album penuh ketiga selain demo dan split yang banyak dihasilkan. Devoured By Damnation dikeluarkan oleh Grathila Records iaitu label milik Zachariah sendiri. Ianya mula dipasarkan pada 8 December 2016.

Zachariah - Guitars, Vocals
GB Guzzarin - Drums

 Artwork oleh Dixon Jong

1. Spit On God
2. Dead Burning Christ
3. Archangels of Destruction
4. Deluge – After Massacre
5. Blood of The Devil
6. Evil Is Reborn
7. Devoured By Damnation
8. Cadavers of Gods
9. Huios Diabolus
10. World Within Demons

Proses rakaman Devoured By Damnation (2016) dilakukan di Sevenseal Studio sepanjang 27 September sehingga 5 Oktober 2016. Proses adunan dilakukan oleh Zachariah dan Boss Sloth bertindak sebagai producer. Proses mastering dilakukan oleh Brad Boatright di Audiosiege Mastering.

Sepanjang menghayati album ini, gua berpendapat penggemar irama Black/Death seperti Beherit, Bathory, Usurper, Aura Noir disarankan mengenali band ini. Devoured By Damnation merupakan sebuah percubaan yang lebih berani dari Kratornas dan jelas lebih matang dari segi komposisi dan ini adalah pertama kali Kratornas menggunakan real drum untuk rakaman kerana terdahulu Zachariah lebih kepada one men band dalam menggemudi Kratornas. Kedatangan GB Guzzarin seorang pemain drum gila ternyata membuatkan lagu2 Kratornas lebih tidak tentu hala dan punya energy yang lebih organik.


Kratornas boleh dikenali melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Untuk pembelian sebarang material, juga boleh berhubung dengan mereka melalui link2 tersebut. Juga perlu gua katakan sebelum ini gua ada nampak sebuah label music gelap tempatan iaitu Thrashingfist Productions ada mengimport CD ini untuk distribusi di malaysia amnya. Sila jengok2 laman facebook Thrashingfist Productions jika rezeki anda masih ada disitu.

Kratornas
Official Website
Facebook
Twitter
Bandcamp
Reverbnation

Necroven - Primordial Subjugation (2016)

Necroven merupakan sebuah band beraliran Death Metal dari Las Palmas, Canary Sepanyol. Ditubuhkan sekitar 2011 dan secara rasminya telah menghasilkan 2 buah demo, sebuah full length, sebuah EP dan turut menyertai sebuah kompilasi sebelum Primordial Subjugation di lahirkan pada 24 Oktober 2016 dibawah label Memento Mori.

 J.R. - Vocals, Guitars, Bass, Drums
F.C. - Bass

Artwork oleh Joe Petagno

Tracklist :

1 - Sacrificial Deliverance
2 - The Pyre Cycle (Burn in Solitude)
3 - Primordial Subjugation
4 - The Ethereal
5 - Esoteric Entropy (Gateway to the End)
6 - Martyrs of Repentance
7 - Serpents Crawl Stealthy

Primordial Subjugation (2016) adalah rakaman yang melalui proses mastering oleh Dan Lowndes bertempat di Resonance Sound Studio. Beliau turut pernah terlibat dalam penghasilan album band2 seperti Cruciamentum dan Grave Miasma.

Necroven - Sacrificial Deliverance

Setelah mentelaah Primordial Subjugation (2016), gua mendapati Necroven lebih menjurus kearah Old School Death Metal. Pengikut Death Metal seperti Morbid Angel, Incantation, Immolation mungkin boleh mengenali Necroven dengan lebih dekat melalui material yang dihasilkan. Juga perlu dinyatakan Primordial Subjugation bukanlah sebuah album yang mengikut trend semasa. Andaikan sound early 90's Death Metal dan itulah yang dihasilkan melalui rakaman album ini. Kadangkala sound sebegini kedengaran klasik dan mengingatkan nostalgia kegemilangan Death Metal awal 90an dahulu.

Dari segi sound produksi sekali lagi dinyatakan Primordial Subjugation lebih menjurus ke arah sound klasik early 90's Death Metal. Rakaman yang punya keseimbangan yang baik dari setiap instruments dan sound klasik paling jelas pada tone gitar yang tidak seberat drop tune yang selalu digunakan band2 modern ketika ini.

Necroven boleh dikenali melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung terus dengan Memento Mori juga melalui link yang kami sediakan dibawah.

Memento Mori
Email
Official Website
Facebook
Youtube

Necroven
Facebook
Bandcamp
Youtube