Kratornas - Devoured By Damnation (2016)

Kratornas merupakan band yang pada asalnya dari Cadiz City, Philippine dan kemudian frontmen/mastermind iaitu Zachariah mengambil keputusan berhijrah ke Kanada untuk meneruskan bakat seninya. Devoured By Damnation (2016) adalah album penuh ketiga selain demo dan split yang banyak dihasilkan. Devoured By Damnation dikeluarkan oleh Grathila Records iaitu label milik Zachariah sendiri. Ianya mula dipasarkan pada 8 December 2016.

Zachariah - Guitars, Vocals
GB Guzzarin - Drums

 Artwork oleh Dixon Jong

1. Spit On God
2. Dead Burning Christ
3. Archangels of Destruction
4. Deluge – After Massacre
5. Blood of The Devil
6. Evil Is Reborn
7. Devoured By Damnation
8. Cadavers of Gods
9. Huios Diabolus
10. World Within Demons

Proses rakaman Devoured By Damnation (2016) dilakukan di Sevenseal Studio sepanjang 27 September sehingga 5 Oktober 2016. Proses adunan dilakukan oleh Zachariah dan Boss Sloth bertindak sebagai producer. Proses mastering dilakukan oleh Brad Boatright di Audiosiege Mastering.

Sepanjang menghayati album ini, gua berpendapat penggemar irama Black/Death seperti Beherit, Bathory, Usurper, Aura Noir disarankan mengenali band ini. Devoured By Damnation merupakan sebuah percubaan yang lebih berani dari Kratornas dan jelas lebih matang dari segi komposisi dan ini adalah pertama kali Kratornas menggunakan real drum untuk rakaman kerana terdahulu Zachariah lebih kepada one men band dalam menggemudi Kratornas. Kedatangan GB Guzzarin seorang pemain drum gila ternyata membuatkan lagu2 Kratornas lebih tidak tentu hala dan punya energy yang lebih organik.


Kratornas boleh dikenali melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Untuk pembelian sebarang material, juga boleh berhubung dengan mereka melalui link2 tersebut. Juga perlu gua katakan sebelum ini gua ada nampak sebuah label music gelap tempatan iaitu Thrashingfist Productions ada mengimport CD ini untuk distribusi di malaysia amnya. Sila jengok2 laman facebook Thrashingfist Productions jika rezeki anda masih ada disitu.

Kratornas
Official Website
Facebook
Twitter
Bandcamp
Reverbnation

0 feedbacks: