Hereafter - Insignia (2017)

Hereafter merupakan antara band2 yang aktif memperjuangkan irama Thrash Metal di bumi Malaysia amnya. Mereka yang kini berpengkalan di Kuala Lumpur dilihat antara band yang semakin serius memeriahkan industri music bawah tanah negara. Dalam tak sedar sepanjang penubuhan bermula 2007, mereka telah menghasilkan sebuah demo, 2 split dan 3 buah album. Album ketiga berjudul "Endcient" yang muncul pada 2012 agak memeranjatkan dengan penghasilan pakej profesional dari segi sound produksi dan packaging cd. Ia juga diberitakan telah sampai ditangan pakcik Tom Angelripper. hahaha.. Ok, terkini mereka muncul dengan album ke 4 berjudul Insignia. Masih mengekalkan konsep yang sama dan release ini dikeluarkan bersama oleh 3 buah label iaitu Witchhunter Productions (Thailand), Evildead Productions (Malaysia) dan Bullwhip Records (Malaysia).

Cover artwork under permission by Filip Dudek
Inlay oleh Ahmad Raimi

Tracklist :

1 - The Continuum
2 - Command Centre
3 - Trilateral Insigma
4 - No Return From A Life
5 - Cosmic Confusion
6 - The Signs Of The Dead
7 - Shit To The Max
8 - Future World (Helloween Cover)

Insignia (2017) melalui proses rakaman di I Seek Studio oleh Mokhtarizal dan Hereafter sendiri. namun proses mix, mastering dan arrangement dilakukan oleh Dark-E (Silkhannaz, Dissectomy, Vociferation Eternity). Proses rakaman ini bermula dari 2016 sehingga 2017.

Sepanjang CD ini dimainkan gua boleh katakan pengaruh paling besar tak lain tak bukan ialah Sodom. Selain itu tetap ada bau2 Sepultura zaman kurus, Municipal Waste dan sikit2 Destruction. Dari old Skool Thrash, Crossover, Teutonic sehingga ke Power Metal. Kepada yang gila kelajuan Teutonic Thrash mungkin terpaksa menunggu sehingga track ke 6 dan Shit To The Max adakala rasa macam dengar lagu Carburetor Dung dari album Songs For Friends (1993). hahaha.. Lagu ini sesuai kalau di sing along oleh crowd kalau dimainkan live. Tak sangka pulak Hereafter boleh bikin lagu macam ni. hahahaha.. Hereafter masih mengekalkan tradisi menyelitkan sebuah cover songs dalam release2 mereka. Jika sebelum ini Living After Midnight (Judas Priest), Holy Wars... The Punishment Due (Megadeth), City of God (Sodom), Welcome Home (King Diamond) pernah dirakam, untuk Insignia mereka menghadiahkan sebuah cover dari Helloween bertajuk Future World.

Untuk kepuasan sound produksi gua bagitau awal2 tak perlu lah rasa curiga. Rakaman oleh Mokhtar dan mix, mastering oleh Dark-E. Dua nama yang cukup terkenal dalam bab rakaman. Hasil akhir yang cukup perisa dan memang ditahap membanggakan. Jual oversea pun rasa bangga weiii.. Ok sebelum gua lupa, rasanya tone gitar, drum lebih bagus dari album terdahulu. bass gitar sebegini adalah kegemaran gua. Lemak berkrim dan bleh dengar setiap note bila running chord dimainkan.

Ok, track pilihan gua : The Signs Of The Dead, Shit To The Max (lirik macam celaka kahkahkah..), Future World.

Kepada yang mahukan kelainan mungkin anda tak akan jumpa melalui CD ini, tapi kalau mahukan sesuatu yang kerek, sesuatu yang rancak dan mampu buat anda menari ronggeng, Insignia adalah jawapannya. Hubungi Hereafter untuk mendapatkan Insignia dengan harga RM25 by hand atau RM32 by postage. Peminat Thrash Metal baca saja ke???? Tunggu apa lagi??? Ini wajib ada dalam koleksi anda!

Hereafter
Email
Facebook
Blogspot

Witchhunter Productions (Thailand)
Email
Facebook

Evildead Productions (Malaysia)
Email
Facebook

Bullwhip Records (Malaysia)
Email
Blogspot

Fathulistiwa Soundscapes - Infectious Maggots 1992 - A Tribute Farewell (2017)

Fathulistiwa Soundscapes merupakan projek solo ex-frontman Infectious Maggots iaitu Fathul. Ini merupakan album kedua beliau yang pada awalnya hampir menggunakan nama Infectious Maggots namun di fasa akhir kembali menggunakan nama Fathulistiwa Soundscapes. Terlebih dahulu Romantikarat (KLIK UNTUK BACA) yang lahir pada 2006, (menurut Fathul berkonsep "Pop Pontianak",) dan beliau kembali memegang posisi vocalist bersama Infectious Maggots untuk persembahan pentas. Kelahiran Infectious Maggots 1992 - A Farewell Tribute (2017) adalah album terakhir beliau yang secara rasmi nya telah mengundur diri dari Infectious Maggots. Album ini dikeluarkan oleh Orang Utan Productions.

Art director/front cover dan illustrasi oleh Fathul
Design/Konsep dan fotografi oleh Ihwan "Bob" Ismail

Tracklist :

1 - Ice Cream Butterfly
2 - AK240185
3 - Annihilation of Self
4 - Govenor Gibberish
5 - .... How to Reduce Stress
6 - .... And Be Happier Today
7 - Sky Blue Sky
8 - At War War With....
9 - Why(?) Tempur Terus
10 - Organized Chaos
11 - Farewell, Goodbye Takes Forever
12 - .... Suka Makan Dengan Abbi
13 - Ghaib (Sykogroove)
14 - Twinkle X2 (Sykogroove)
15 - Ice Cream Butterfly (Minus One)
16 - Annihilation of Self (Minus One)
17 - .... How to Reduce Stress (Minus One)
18 - Sky Blue Sky (Minus One)
19 - Why(?) Tempur Terus (Minus One)

Infectious Maggots 1992 - A Farewell Tribute (2017) melalui proses rakaman di Betarecs. Kesemua track adalah ciptaan Fathul dimana beliau turut bertindak sebagai producer manakala Ahmad Abdullah selaku executive producer dibantu oleh Jack Jafni yang turut bertindak sebagai sound engineer. Beberapa pemuzik terlibat sebagai sessionist untuk rakaman ini seperti Fathul sendiri untuk section synth dan loops, John Castro untuk rakaman gitar dan drum programming, Amad dan Jack Jafni untuk rakaman bass. Max Sayuthi (Cryo Inferno) dari Studio Koman turut menyumbangkan blast beat drum untuk track ".... And Be Happier Today". 2 track bertajuk "Ghaib (Sykogroove) dan Twinkle X2 (Sykogroove) melalui proses remix oleh Syko G. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Jack Jafni di Uncle's Productions.

Sepanjang CD ini diputar, gua beranggapan album ini masih punya sikit2 sound Deep Within (album pertama) walaupon album A Tribute Farewell ini menggunakan drum loops sepenuhnya. Growl dan scream dari Fathul mungkin tidak keterlaluan seperti apa yang dilakukan terdahulu. Gaya penyampaian vocal Fathul masih mengekalkan apa yang dilakukan untuk album Romantikarat (2016). Seperkara yang menarik adalah kombinasi suara yang mampu dilakukan Fathul terdapat sepenuhnya didalam album ini. Pengaruh electronica masih jelas dengan penggunaan synth dan loops sepanjang lagu. Album ini pada pendapat gua, lebih bersifat "Fathul" itu sendiri. Tidak terlalu "Deep Within...", lari dari "Besi Karat Simfoni", lebih santai, tidak terlalu "Atari Teenage Riot" atau "The Prodigy" dan tiada bedilan snare 250bpm walaupun gua teringin dengar growl Fathul untuk track ".... And Be Happier Today".

Ya, seperti yang gua tulis diatas, album ini lebih bersifat santai dan melodi2 yang terdapat dalam lagu2 kedengaran "segar" untuk beberapa part korus amnya. Nampak seakan Fathul masih mampu menghasilkan lagu2 bermelodi catchy seperti yang dilakukan bersama Spiral Kinetic Circus. Selain itu, jika diteliti setiap track bervocal diselang seli kan dengan track pendek seperti track2 berangka genap sebelum Fathul membuka mulut (nyanyi) untuk track2 berangka ganjil. Selain itu 5 buah lagu bersifat "minus one" turut disertakan. Boleh lah kalau para pendengar nak berkaraoke.. Hahaha..

Dari segi sound produksi, tidak perlu disanggah kerana ini produk yang clear dan bright. Masih berada dalam keseimbangan yang baik untuk mixing setiap instruments. Mungkin tone gitar tidak terlalu berat, dan gua jangka ini untuk kesesuaian keseluruhan album ini yang tidak menjurus kepada grindcore Infectious Maggots.

A Farewell Tribute 1992 Infectious Maggots (2017) dikeluarkan secara pakej double CD bersama album pertama Romantikarat (Remastered 2017) dan dijual dengan harga RM69.00 (Semenanjung) dan RM74.00 (Sabah/Sarawak). Untuk pesanan limited edition 300 unit pertama akan disertakan 1 unit kaset "A tribute farewell - Chosen Few" beserta sebuah poster bersaiz A3. Pengikut Fathul digalakkan mendapatkan album ini yang mana sebenarnya boleh saja didapati seluruh tanahair (melalui marketing method oleh fathul) atau berhubung secara terus dengan fathul melalui laman email dan facebook beliau yang disertakan dibawah. Ok sebelum itu boleh kiranya layan sedikit preview untuk album ini. Tempur Terus!!!


Fathulistiwa Soundscapes
Email
Facebook (Fathulistiwa Soundscapes)
Facebook (Fathul)

Orangutan Productions
Email
Facebook

Damokis/Spermblast - Split Tape (2016)

Damokis dan Spermblast merupakan 2 veteren grindcore tempatan yang tak perlu diperkenalkan kepada followers genre pantas ini. Damokis dari selatan manakala Spermblast dari utara tanahair. Satu gabungan menarik dan ini rasanya mampu mengubat sedikit rindu untuk mendengar material2 baru dari kedua2 band.


Split yang menggabungkan 2 band berpengalaman ini dikeluarkan dalam format limited tape oleh label Grind Planet Records.

Damokis
Tasyrif (Vocals), Wan (Bass/Vocals), Agigi (Guitars), Fauzi (Drums)

Tracklist :

1 - Psychopath
2 - Shut Off Your Power
3 - Anjakan Paradigma
4 - Doomed to Stay, Stay Infested
5 - Night of the Ultimate Dracula
6 - Goldilock Strikes Back
7 - No Title! No Bass! No Vocals!
8 - No Title! No Bass! No Vocals!
9 - No Title! No Bass! No Vocals!
10 - No Title! No Bass! No Vocals!

Dari info tertera di cover sleeve menyatakan track 1 & 3 merupakan unreleased track yang bakal terkandung dalam upcoming 7" EP. Track ke 2 diambil dari Hell, Fuck, Yeah! 7" EP. Track 4,5 dan 6 dari album Grinding Mother Whore (Grundar Productions) manakala track 7 sehingga 10 adalah unreleased, unmix, uncut version.

Untuk track2 dimainkan Damokis gua rasa track2 baru agak menyerlah dan nampak mereka masih punya idea dalam pembikinan material2 baru. Harap akan ada album ke2 dalam masa terdekat. Track 7 hingga 10 kalau siap bass dan vocal ada harapan lebih meletup.

Spermblast

Man Berex (Vocals), Zan Din (Drums), Chot (Guitars/Vocals), Syharma (Bass/Vocals)

Tracklist :

1 - Actuator Destroyer
2 - Forgot to Something New
3 - Tragedy of This Century
4 - Genocide
5 - I Spit On Your Grave
6 - Who's the Crook Now?
7 - Chemical Massacre
8 - Butchers, Liar & Hypocrites
9 - Kepala Hotak Hang!!
10 - Suffer In Silence
11 - Power Tends to Abuse
12 - Ignorance Kills

Kesemua track dari Spermblast melalui proses rakaman secara live di Pertama Studio Cheras pada 2008. Tom (The Bollocks) merupakan engineer rakaman ini manakala Masumi (Goresluts) dan Man Berex bertindak sebagai juru adun pada 2016.

Wow.. bagus jugak sound produksi dari Spermblast walaupun ianya adalah rakaman live. Sepanjang pendengaran gua rasa ini mungkin rakaman live yang dilakukan dimana line up bermain serentak tapi diasingkan dalam bilik berasingan atau mungkin setiap instrument line up di miking secara berasingan untuk mendapatkan wave file untuk setiap instruments. Mungkin! Rakaman 2008 dan mixing 2016. Jangkamasa panjang 8 tahun. Ok musicwise memang menarik komposisi lagu2 Spermblast dan gua suka kepelbagaian vocal dimana 3 dari 4 line up mampu menyumbangkan suara. Lebih indah jika Spermblast menghasilkan album penuh selepas ini. Pasti lebih meriah dan ada saingan sihat antara band2 grindcore tempatan.

Ok, gua rasa split tape ini bagus juga untuk membuktikan irama grindcore tempatan sudah maju kehadapan. Ini rasanya split yang sama konsep dari Grind Planet Records selepas split release Negation/Wallcollapse. Satu usaha yang harus dipuji kepada Grind Planet Records walaupun kuantitinya limited kepada 100 copies sahaja. Split ini juga seperti gua katakan tadi membuktikan kita tidak ketandusan bakat2 grindcore tempatan. Mungkin Spermblast dan Damokis perlu menghasilkan album baru untuk memeriahkan lagi genre ini seperti yang dilakukan Tools of the Trade, Negation, Goresluts, Bahajang dan band2 baru yang banyak diberi peluang beraksi live dalam gig tahunan Ipoh Grind Fest amnya.

100 copies limited format kaset dan gua xpasti adakah masih available atau sold out. Sila berhubung secara terus dengan Grind Planet Records. Kenali Damokis dan Spermblast melalui link2 yang kami sediakan di bawah.

Grind Planet Records
Email
Facebook

Damokis
Email
Facebook

Spermblast
Email
Myspace

Dante's Theory - Amut (EP2017)

Dante's Theory antara pembawa genre Death Metal dari Singapore. Difahamkan mereka telah wujud sekitar 90an namun perubahan line up telah membuatkan berlaku perubahan dalam hala tuju dan music mereka. Menggunakan nama Pyro sebelum ianya ditukar kepada Dante's Theory, mereka tampak aktif dalam merekod material2 sekitar 2008 dimana pada tahun tersebut Rise from the Ashes (EP2008) telah dilahirkan dan tiada rakaman rasmi hampir 10 tahun dan pada 2016 single berjudul "Amut" telah dihasilkan dan ianya disusuli EP yang bakal dikeluarkan juga menggunakan nama Amut pada 15 April 2017 dimana ianya menandakan Dante's Theory secara sah bernaung dibawah label meningkat naik dari India iaitu Transcending Obscurity Records.

Remy (Vocal), Naz (Guitars), Aaron (Bass), Karsten (Drums)


Tracklist :

1 - Qiamat Heretics
2 - Iron Coffin
3 - Insanity of the Saints
4 - Dethroned the Purist
5 - Amut

Difahamkan Amut (EP2017) melalui proses rakaman di studio yang tidak asing lagi di Singapore iaitu TNT Studio.

Sepanjang meneliti EP ini gua boleh simpulkan music Dante's Theory berada dalam landasan Death Metal yang agak modern. Boleh didengar pengaruh Groove Metal juga sedikit Deathcore. Jelas nampak kemajuan jika anda pernah mendengar EP mereka terdahulu.


Seperkara menarik, EP ini menggunakan dwi bahasa sebagai medium penyampaian mesej. Qiamat Heretic dan Iron Coffin merupakan antara track yang dapat dihidu penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris yang di satukan dalam sebuah lirik.

Dari segi permainan instrument ternyata kesemua line up memberikan yang terbaek dalam permainan masing2. Hasil akhir sound produksi menambah bantuan EP ini untuk kedengaran lebih gah. Proses mix dan mastering yang baik!

Dinyatakan band2 disenaraikan ini merupakan antara yang memberi influence kepada mereka : Integrity, Rot in Hell, Nails, Godflesh, Liar, Congress, Nostromo, Heaven Shall Burn, Meshuggah, Decapitated, Feared, Fear Factory, Pantera, Nails, Nasum, Magrudergrind, Angry Admiral, Car Bomb.

Dante's Theory - Iron Coffin (Official Lyric Video)

Track pilihan : Qiamat Heretics, Iron Coffin, Dethroned the Purist.

Ok, Amut (EP2017) bakal menyusul pada 15 April 2017. EP ini boleh diperolehi dalam format fizikal dan digital. Hubungi Dante's Theory atau Transcending Obscurity Records untuk copy anda!

Dante's Theory
Facebook
Instagram
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Warfear - Demo (2016)

Warfear merupakan 3 piece band dari Melaka. Beberapa info yang diperolehi menyatakan mereka adalah antara individu yang turut terlibat bersama band2 sebumbung seperti Antiprotokol, Melarat, Kerenaneko, Osmantikos and Grin(d)amage. Terdahulu mereka telah menghasilkan demo yang mengandungi 3 buah lagu dan pada 2016, mereka tampil dengan sebuah demo tape yang melalui proses rakaman yang pada gua punya hasil yang bagus dari segi sound produksi.

Fizam (Guitars/Vocals), Kecik (Drums/Vocals), Lan (Bass/Vocals)


Tracklist :

1 - Hunger Games
2 - Dead End
3 - Nothing Remains
4 - State of Hate
5 - Lead By The Bastards

Demo ini merupakan rakaman live yang boleh dikatakan punya kualiti yang agak profesional. IseekMusic merupakan lokasi rakaman yang dilakukan sekitar April 2016 dimana Mokhtar bertindak sebagai jururakam dan juruadun bersama Warfear.

Sesuatu yang berada dalam katogeri "berat", "penuh amarah" dan "beremosi". Itu 3 perkara yang gua rasa paling tepat apabila berulang kali demo ini dimainkan. Warfear berada dalam lingkungan Hardcore/Crusty Punk. Pengaruh dbeat jugak agak pekat terutama pada bahagian drum. Sound dan tone gitar jugak agak berat dan "feel in" pada beberapa track mengingatkan gua pada wolfbridget dan band2 melodic hardcore agung dunia. Bass sekadar memenuhi ruang dan sudah cukup tanpa perlu menunjuk-nunjuk untuk genre sebegini. Music yang straight forward, kental dan luapan kemarahan. Gua rasa kesemua track bagus, rancak dan boleh bikin chaos jika dibawa secara live.

Kepada penggemar hardcore/punk/crusty/dbeat adalah disarankan mendapatkan demo ini yang dikeluarkan dalam format tape. Juga kepada mat metal, gua rasa anda juga tidak rugi mencuba music Warfear kerana apa yang mereka hasilkan sebenarnya sudah menjerumuskan sedikit ke arah Metal. Penggemar Wolfpack, Wolfbridage, Tragedy pasti berpuas hati dengan produk ini.

Ok hubungi Warfear untuk pembelian kaset ini melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Juga rasanya ada label2 tempatan yang mendistrokan demo ini. Sila dapatkan sebelum kehabisan.


Warfear
Facebook
Bandcamp

Grá - Ramsvarta Tankar (Single 2017)

Grá merupakan band beraliran Black Metal dari Stockholm, Sweden. Ditubuhkan sekitar 2010, menghasilkan 2 buah EP, 2 buah album penuh, sebuah single pada 2014 dan sebuah split bersama Gnosis of the Witch. Terkini setelah berlaku penarikan diri beberapa line up (line up asal adalah Heljarmadr - Cursed 13, Dark Funeral, Domgård, ex-Diabolic Lust, ex-Cursed 666 dan Dimman -     Cursed 13, Spazmosity, When Nothing Remains, ex-Cryptic Art, ex-Nocturnal Damnation, ex-Nocturnal Domination, Ztringtroza, ex-WAN, ex-Faceless, ex-Niðurdrepandi, ex-Saphier) disamping Maugrim (Cursed 13, ex-Vargagrav, ex-Hydra), Grá telah disertai oleh Natt (ex-Horde of Hel, ex-Dark Funeral, ex-Withershin) diposisi guitarist dan Vediger (ex-Diabolic Lust, ex-Symphony of Malice) di posisi bass. Line up ini terlibat dalam rakaman terbaru dimana pada 24 March 2017, mereka akan tampil bersama single bertajuk Ramsvarta Tankar yang mengandungi 2 buah track yang akan dikeluarkan oleh Carnal Records.

 Dimman (Drums), Vediger (Bass), Heljarmadr (Vocals), Natt (Guitars), Maugrim (Guitars)


Tracklist :

 1 - Ramsvarta Tankar
2 - Osculum Obscenum (Lord Belial Cover)

Dua buah track yang terkandung dalam single ini agak sukar untuk diadili tahap kekuatannya, namun yang nyata Grá seakan kembali ke method lama penulisan lagu. Akan tetapi sound produksi single ini adalah memuaskan dan bersifat profesional.

Ramsvarta Tankar yang merupakan tajuk single ini boleh dikatakan track yang punya flow yang baik untuk tempo yang laju dan perlahan. Black Metal bawaan Grá mungkin tidak sekejam Marduk dan angkatan logam gelap yang benar2 ekstrim. Grá lebih kepada mood dalam penyampaian lagu itu sendiri. Mereka ada 'soul" untuk music sebegini dan tahu apa yang perlu dalam komposisi lagu2 mereka. Untuk track pertama ini gua sukakan sound bass yang agak "lemak" dan mengikut tepat setiap hentakkan pedal oleh Dimman (drummer).

Lagu saduran dari lagenda Black Metal Sweden iaitu Lord Belial bertajuk Osculum Obscenum yang diambil dari album Kiss the Goat (1995) mungkin boleh diklasifikasikan sebagai berjaya dibawa dengan baek. ini mungkin satu tribute penghormatan kepada otai Black Metal Sweden. Seperkara yang boleh dikatakan rakaman ini mungkin adalah lebih cantik, bersih dan modern jika dibandingkan dengan versi asal yang punya sound yang agak klasik jika didengar masakini.

Kenali Grá melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video live full set mereka di bawah ini. Juga untuk pembelian sila hubungi Carnage Records juga melalui link yang disediakan.

Grá - "The Apoteos Ritual" Live at Klubben, Stockholm 2014 (Full Show)

Grá
Email
Official Website
Facebook
Youtube 

Carnal Records
Email
Official Website
Facebook

Henry Kane - Den Förstörda Människans Rike (2017)

Pendengar Death Metal tegar pasti mengenali band bernama Wombbath, lagenda Death Metal Sweden yang mana album pertama mereka Internal Caustic Torments (1993) pernah menerjah pasaran music keras tanahair sekitar awal 90an dahulu. Henry Kane pula merupakan projek solo kepada Jonny Pettersson iaitu vocalist merangkap bassist yang menyertai Wombbath sekitar 2014. Berlainan dengan gaya bawaan Wombbath, projek khas Henry Kane ini lebih menjurus kearah Crust/Death Metal/Grindcore. Den Förstörda Människans Rike (2017) adalah tajuk release pertama Henry Kane yang dikeluarkan secara limited 300 copies untuk format digipak CD oleh Transcending Obscurity Records. Album ini menemui pendengar pada 20 February 2017.


 Jonny Pettersson -  All instruments


Tracklist :

1. En själ till salu
2. Svarta tankar
3. Skuld och begär
4. En grav av ångest
5. Är din botten nådd
6. Dragen i skiten
7. En längtan
8. Den förstörda människans rike
9. Flaskan var din sista vän
10. Bön för bön
11. Kära bror
12. Bara hat
13. Lögnens svarta ögon
14. Det var inte ditt fel
15. Vinst eller fölust

Den Förstörda Människans Rike (2017) boleh diungkap sebagai sebuah album dengan track berdurasi 1 ke 2 minit sahaja kecuali 2 track berdurasi 4 minit lebih. Bingit dan attitude Crust boleh dihidu dari sound gitar, drum membabi buta membawa maksud Grindcore dan sedikit perisa Swedish Death Metal untuk menampakkan ianya penuh kekerasan.

Sepanjang menghadam album dengan total durasi 30 minit ini, jelas menunjukkan Henry Kane punya ramuan dalam penghasilan konsep dan music direction mereka sendiri. Bass berdistortion, guitar yang berada pada tone lembap, kurang gain dan mentah, dentuman drum sehabis grind yang mampu, growl dan scream yang cukup sifat bengis ternyata antara yang mampu mencederakan gegendang telinga anda.

Dinyatakan juga band2 yang memberi pengaruh kepada Henry Kane adalah seperti Nasum (sound gitar yang mengingatkan kepada album Human 2.0), Terrorizer, Repulsion, Rotten Sound, Napalm Death, Agathocles, Phobia, Mortician, Wolfbrigade/Wolfpack, Skitsystem, Discharge, Anti-Cimex, Moderat Likvidation, Driller Killer, Totalitär, Avskum, Entombed, Carnage, Dismember, Mob 47.

Penggemar fast track berdurasi pendek dengan sulaman Death Metal/Grindcore/Crust adalah disarankan untuk mengenali band Henry Kane. Sila hubungi Transcending Obscurity Records untuk urusan pembelian melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video rasmi dibawah ini.

Henry Kane - Det var inte ditt fel (Official Video)

Henry Kane
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Assault - The Fallen Reich (2017)

Assault merupakan antara nama yang sedang meningkat naik di Singapore. Antara pendukung genre Melodic Death Metal sejak 2006 dan menghasilkan sebuah EP bertajuk The Exceptions of the Rebellions (2011). Terkini Assault berpengkalan di bawah label meningkat naik dari India iaitu Transcending Obscurity Records dan pada 30 April 2017, album penuh berjudul The Fallen Reich bakal dipasarkan dalam kuantiti yang agak limited iaitu sebanyak 250 unit sahaja.

 Yuda (Rhythm Guitars), Syaz (Bass), Noh (Drums), Clarence Chong (Vocals), Hanesh (Lead Guitars)

Double artwork oleh Mark Riddick & Ishaan Kumar

Tracklist :

1 - Enslavement to Torture
2 - Genocidal Conspiracy
3 - Spawn of Rage
4 - Ghettos
5 - The Fallen Reich
6 - The Final Solution

The Fallen Reich (2017) melalui proses rakaman di Inversion Studio sekitar July 2016 oleh Cedric Chew. Sesuatu yang menarik berkenaan album ini adalah terdapat guest musician yang terlibat iaitu Freedy Lim (Chthonic - Taiwan) sebagai guest vocalist untuk track "Enslavement to Torture" dan Fufu (Nothnegal - Maldives) menyumbangkan solo gitar untuk track berjudul "Ghetto".


Terdahulu single bertajuk Ghetto telah dijadikan preview awal sekitar pertengahan January 2017.

Sepanjang menghadam album ini, walaupun dari track pertama sudah ternyata music yang disajikan benar2 padat dan sendat, namun gua dapat rasakan adrenalin sebenar bermula pada track kedua dan terus menerus semakin menggila dan Assault benar2 mengganas sehingga durasi terakhir album ini. Music Assault juga boleh gua katakan berada dalam lingkungan Thrash Metal yang diadun bersama elemen Death Metal. Gua tak mahu lupa menulis ada juga elemen2 Melodic didalam komposisi lagu2 Assault. Dari segi root music iaitu Thrash/Death Metal ianya sememangnya padat dan tiada sebarang ruang ditinggalkan. Bersesuaian dengan sound produksi dan kredit patut diberi kepada sound engineer iaitu Cedric Chew.

Bercakap berkenaan teknikal, overall album ini punya sound produksi yang cukup baik. Dinyatakan proses penghasilan album ini mengambil masa selama 3 tahun untuk benar2 mendapat kepuasan pada kualiti penulisan dan sound produksi. Jadi tidak perlu menyangkal sesuatu yang negatif berkenaan sound akhir rakaman ini. ianya perfect dan bersifat profesional.

Feveret track : Genocidal Conspiracy, Spawn of Rage, The Fallen Reich, The Final Solution.

Dapatkan The Fallen Reich yang dikeluarkan dalam format limited (250 copies) slipcase CD bersama 8 pages booklet. Sila hubungi Assault atau terus berhubung dengan Transcending Obscurity Records untuk copy anda. Akhir kata, agak "bengkak" juga gegendang telinga gua yang cerewet ini sepanjang album ini dimainkan.

Assault - Live Full Set at Illemauzar 
"The Ascension" Album Launch 18 September 2016

Assault
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Interview : Predicate Not Defined - Pengenalan kepada muzik yang sukar dijangka!

Predicate Not Defined merupakan antara band yang memperjuangkan aliran Progressive Metal yang di adun bersama elemen2 fusion tradisional. Agak sukar untuk memberi definisi sebenar music mereka bersesuaian dengan maksud nama band ini "sesuatu yang dijangka namun sukar diterjemah" (lebih kurang begini lah maksud yang pernah gua baca dalam 1 sesi temubual bersama mereka 1 masa dahulu - ed). Predicate Not Defined (selepas ini disebut PND sahaja) juga antara band yang telah berusia lebih 15 tahun dimana mereka bermula sekitar 2001 di Pulau Pinang. Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan berkenaan band ini, mereka boleh dikatakan antara band yang kerap beraksi live didalam dan luar negara.. Mungkin sikit hari lagi boleh capai 100 kali bermain gig. Untuk discography, PND telah menghasilkan 3 buah album penuh disamping demo dan single pada awal penubuhan. Terkini pada suku ketiga 2016, PND telah mengeluarkan album ketiga bertajuk Cosmosis Indulgence yang mana ianya boleh dikatakan produk separa DIY kerana mereka bertindak secara keseluruhan pada penghasilan sehingga penjualan album ini. Ok, tanpa perlu membuang masa
sila baca temubual yang telah kami lakukan.. cheerrrss!


1 - Assalamualaikum saudara Azwi. Terlebih dahulu kami di DtE ingin mengucapkan tahniah diatas kelahiran album terbaru Cosmosis Indulgence. Mungkin ada pembuka kata dari anda selaku frontmen Predicate Not Defined untuk sesi temubual ini?
Waalaikumussalam, saya mewakili band mengucapkan terima kasih kpd DtE kerana interview kami, diharap pembaca dapat lebih info mengenai Predicate Not  Defined dan album terbaru selepas ni.


2 - Boleh nyatakan line up terkini Predicate Not Defined? Adakah line up terbaru ini turut terlibat bersama band2 lain?
Line up terbaru 2017 ialah Azwi (vocal, guitar), Fazi (drums), Is (bass) dan Damaq (guitar,lead). Semua line up ada bersama band2 lain iaitu Azwi (Cakerawala), Fazi (Lake & Snadders, Frost & Revenge), Is (Broken Tapes Incident) dan Damaq (Mayangs). Saya berterima kasih kpd lineup terbaru atas masa dan komitmen mereka untuk jamming bersama dan ada masa untuk gig.

3 - Boleh ceritakan bagaimana Cosmosis Indulgence dihasilkan dan kenapa ianya mengambil masa yang agak lama untuk release jika dibandingkan dengan Fear, Forgotten and Regret yang terbit pada 2010?
Proses mengumpul material untuk album ni bermula dari tahun 2011 dimana musical direction lebih kearah back to root (originaliti muzik pnd). Namun selepas kemasukan Hilda, unit PND mendapat banyak show sekitar Malaysia dan kami mengambil peluang untuk promosi album kedua, Fear, Forgotten and Regret apabila bermain gig. Terima kasih kpd organizer juga yang menjemput kami sehingga kami dapat tour ke Indonesia dan Phillipines sekitar tahun 2012-2014. Selepas itu kami sempat praktis untuk lagu2 baru dan dapat merekod 2 lagu iaitu Uprising dan Magnificent. Lagu2 album baru akhirnya sedia untuk direkod pada penghujung 2014. Perancangan utk preproduksi album baru sepatut dijalankan pada 2015 tertangguh disebabkan kekangan masa oleh lineup dan saya membuat keputusan untuk menyambung proses produksi album pada 2016. Produksi album siap pada June 2016 termasuk inlay, booklet artwork dan lain-lain dan akhirnya album dirilis pada September 2016. Antara sebab kenapa ia mengambil masa yg agak lama disebabkan oleh pengumpulan material yang lebih teliti dan juga kekangan masa lineup dan saya mengambil keputusan merekrut line up baru untuk meneruskan Predicate Not Defined.


4 - Apa yang mahu diceritakan melalui cover artwork yang dihasilkan oleh Amar Syamsul dari Atrocious?
Amar mempunyai banyak artwork yang simbolik dalam instagram dan saya berminat bekerjasama dengan beliau untuk album ini, cover album Cosmosis Indulgence merujuk kepada elemen elemen kosmos dan hubungan kepada mikro organisma yang hidup dalam elemen elemen tersebut. Dari segi artwork design ianya lebih abstrak itu sahaja.

5 - Kenapa memilih watak Pendekar Mustar dalam track terakhir bertajuk "The Mustar Anthem"?
Tiada apa-apa sebab pun asalnya, kerana lagu ini diilhamkan dari sedutan lagu filem Pendekar Bujang Lapok (Maafkan Kami) di mana secara suka2 saya mencari solo lagu tersebut dan tiba-tiba mendapat ilham untuk membuat satu lagu berdasarkan solo tersebut. Ia adalah trademark PND dimana sebelum ini ada lagu metal experimental seperti Timur Barat (2007-The Story Remains The Same) di tulis yang ada unsur metal dan solo keroncong dalam lagu itu. Namun, untuk The Mustar Anthem, liriknya adalah sinis kepada orang Melayu khususnya.

6 - Jika diteliti music PND agak "sukar" untuk dimainkan. Perubahan mood dan riff yang mendadak, sedikit odd signature dan juga penggunaan note yang pelbagai. Kenapa memilih cara ini dan tidak menggunakan cara formal dalam komposisi lagu seperti 4X4, straight forward music dan music yang mudah untuk dimainkan?
Soalan yang baik. Ianya mengenai evolusi pemikiran minda. Sebagai peminat muzik (metal khususnya), kita banyak mendengar pelbagai jenis genre yang menjadi sebahagian dari inspirasi dalam membuat lagu. Saya sendiri pernah bermain pelbagai jenis genre dan boleh menulis lagu-lagu metal mengikut cara normal dan juga lagu-lagu komersial (azinspire). Disebabkan oleh minat, skill dan pengetahuan teknikal menjadikan saya lebih suka menulis lagu-lagu metal yang ada semua elemen yang disukai pendengar seperti groove riffing, progressive,hook, odd signature dan komplek composition dan saya juga seorang yang suka kepada originaliti. Maka disebabkan itu, Predicate Not Defined cuba membuat muzik yang ada originaliti dan ada elemen-elemen tarikan metal kepada pendengar biasa dan pendengar metal khususnya. Dan saya sedar muzik sebegini tidak boleh dihadam dalam masa yang singkat dan apabila mereka dapat menikmati muzik pnd, diharapkan minda mereka akan lebih terbuka dan lebih matang dalam menilai sesebuah muzik kerana ianya universal dan unik.

7 - Boleh nyatakan band2 atau perkara2 yang secara langsung dan tidak langsung memberi pengaruh dalam penulisan material2 untuk Cosmosis Indulgence?
Ianya lebih kepada penulisan dan inspirasi individu. Saya banyak merujuk kepada album-album terdahulu PND untuk mendapat formula dan trademark muzik. Selain itu band-band metal tempatan juga menjadi rujukan seperti Langsuyr dan Senseless. Pantera, Kreator, InFlames, Metallica adalah rujukan utama untuk trash dan groove dan Dream Theater, Cynic, Death, Between The Buried And Me, Necrophagist adalah rujukan elemen progressive dan fusion. Tak lupa juga pada filem2 P.Ramlee untuk mood-mood melayu dalam lagu :)

8 - Kami ada terbaca banyak komen berkenaan kepuasan dari segi sound produksi apabila mendengar album terbaru ini? Boleh ceritakan perkakasan dan method yang digunakan untuk rakaman album ini?
Kami ada share recording method dalam post di facebook predicatenotdefined. Utk Cosmosis Indulgence, ianya masih menggunakan method yang sama seperti album sebelumnya. Drum track menggunakan Rhythm Rascal dan diolah lebih natural dari segi stereo panning dan drumkit. Untuk gitar, kami menggunakan Gibson LP Custom dgn tali gauge 0.11-0.52 jenama Earnie Ball. Menggunakan multieffect Digitech RP80 distorsion drive, kami direct cable ke auxilary input ke PC untuk guitar tracking. Utk bass, kami menggunakan bass LTD dan yamaha dimana direct cable dari bass ke PC tanpa sebarang interface. Untuk vokal, kami menggunakan consender PC microphone yg juga mempunyai mini jack output terus direct masuk ke PC. Untuk mixing, kami menggunakan Sonic Foundary Vegas Pro dan menggunakan setting / plugin yang minima kecuali EQ yang teliti untuk kesemua track. Manakala untuk mastering kami menggunakan Sonic Foundary Soundforge 5.0. Produksi akhir adalah seperti yang kamu dengar dalam album dan saya sedar ianya tidak seperti profesional tapi kami rasa cukup selesa dengan hasil tersebut.

9 - Azwi, anda selaku frontmen PND, turut terlibat juga selaku frontmen untuk satu lagi band iaitu Cakerawala. Apa perbezaan antara PND dan Cakerawala secara terpericinya?
Untuk PND, muziknya lebih serius dan banyak elemen experimental dan ada high and low dalam setiap lagu. Muzik PND juga lebih bebas untuk pelbagai elemen nonmetal dan teknik vokal. Manakala untuk Cakerawala, ianya lebih kepada metal radikal yang lebih straight forward, rage, trash, progressive dan aggresive. Dalam Cakerawala saya dan vinoth bersama-sama menulis lagu dan hasilnya lebih dinamik mengikut rujukan saya dan vinoth.

10 - Menjadi frontmen kepada 2 buah band, adakah ianya mengganggu masa dan aktiviti komposisi lagu antara kedua2 buah band?
Secara peribadi ia tidak menggangu bahkan ia lebih membantu dari segi kematangan muzik pada individu. Namun jika kedua2 band aktif, saya kena pandai membahagikan masa untuk praktis dan gig agak tidak berlaku sebarang masalah. Sebagai frontman, saya hanya menjadi diri sendiri tak kira dalam PND mahupun Cakerawala kerana yang penting dalam sesebuah band ialah sebagai unit.

Predicate Not Defined - live at Jogja Brebeg 2013

11 - Berbalik kepada PND, rasanya PND antara local band yang agak aktif dipersada gig tempatan malah turut pernah melakukan tour sekitar Asia tenggara. Boleh nyatakan gig terbaik dalam dan luar negara yang pernah disertai?
Untuk gig tempatan, paling manis ialah ketika fatal4way tour di penvia KL, Untuk gig luar negara pula ialah Indonesian Tour dan Phillipines Tour, kerana mendapat respon yang penuh dari crowd yang sangat ramai, perasan headbanging bersama crowd yang 1st time dengar lagu PND dan moment tersebut memang tak dpt dilupakan. Sambil perfom, saya bileh melihat mereka menikmati muzik dan have fun. Sepanjang penglibatan PND dari 2001 sampai sekarang, terlalu banyak gig untuk diingati tapi bagi saya semuag gig tersebut bermakna untuk PND tak kira gig besar ataupun kecil.

12 - Pengalaman menjayakan gig di luar negara, apa yang paling jelas menampakkan kelainan local gig dan luar negara?
Pengalaman bermain di Bangkok, Thailand ialah penyediaan kelengkapan gig yang terliti, venue yang besar dan masa yang teratur, terdapat crew untuk stage dan  monitor yang berfungsi. Di Indonesia pula, kelengkapan gig biasa, seperti di malaysia namun crowd di indonesia sangat ramai dan suka mendapatkan merchandize band seperti t-shirt, sticker dan CD. Di manila pula gig bermula jam 11malam hingga 4pagi dan mereka lebih kepada gothic metal. Apapun saya menyokong penambahbaikan yang dilakukan oleh organizer gig malaysia dalam memperbaiki pengurusan gig untuk kepuasan crowd.

13 - Adakah perlu sesebuah band mempunyai soundman tersendiri untuk persembahan pentas?
Pada pendapat saya, ia bergantung kepada band itu sendiri, mereka perlu mendefinisikan sound mereka sendiri sebelum menggunakan soundman.

14 - Gear dan equipment yang digunakan semasa rakaman dan persembahan pentas?
Azwi - Gibson LP Custom, PRS Custom, Gibson Explorer, Digitech RP500
Damaq - Jackson flying V, ESP LesPaul, Big Muff, Delay
Is - Yamaha Bass
Fazi - Pearl Eliminator Twin Pedal , Yamaha Drumstick

15 - Nasihat kepada band2 yang punya keinginan untuk tour ke luar negara?
Mudah je, hasilkan muzik yang berkualiti, pengurusan band yang profesional, pengurusan marketing dengan social media dan rajin turun ke gig tempatan dan tak lupa membeli merchandize band-band tempatan. lagi banyak gig tempatan anda sertai dapat menambahbaik portfolio /presskit band anda untuk organizer luar negara membantu anda tour di luar negara.

16 - Jika diberi peluang sebarang opening band sesebuah band besar dunia, apakah band yang PND idamkan itu?
In Flames, Dream Theater, Between The Buried And Me, System of A Down

Predicate Not Defined - Juvenile (Live)

17 - Memandangkan PND antara band yang kerap memeriahkan pentas gig tanahair, kami ingin bertanya berkenaan gig/show tanpa bayaran. Apa pendapat PND berkenaan perkara ini?
Perkara gig takde payment ini memang biasa dalam gig tempatan. Gig takde payment adalah platform kepada band-band baru untuk menimba pengalaman bermain gig. Sekiranya band tersebut menjadi terkenal, mereka kena bijak berurusan dengan organizer untuk sebarang bayaran gig. Antara faktor lain ialah usia band, album dan pengalaman sebagai checklist kepada organizer untuk tarikan crowd. Gig takde payment atau ada, ianya ialah gathering dan sesi mendapat crowd dan kawan baru kepada komuniti muzik.

18 - Pernah mendapat "offer' sebagai resident artist untuk label luar negara?
Tiada

19 - Perancangan terkini PND. Tour, merchandise atau mungkin ada material terbaru yang bakal di rakam dalam format EP atau sudah berkira2 untuk album selanjutnya?
Untuk 2017, PND fokus dengan show untuk promosi album Cosmosis Indulgence, kami dah secure show sampai bulan May 2017. Proses diskusi masih berjalan untuk Indonesian Tour dan Thailand Tour. Manakala proses pengumpulan material baru untuk next album kami jangka pada 2018.

20 - Ok, setakat ini temubual kami DtE bersama PND. Mungkin ada pesanan dari PND kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Terima kasih sekali lagi atas interview ini, teruskan menyokong kami dan jugak band-band metal tempatan. Belilah album terbaru kami dan baju baru PND. Sekian terima kasih.

**********************************************************

Ok itu sahaja untuk sesi temubual kali ini. Sebagai penutup, album Cosmosis Indulgence masih boleh diperolehi dengan menghubungi PND atau Azwi selaku frontmen band ini. Kami sediakan juga laman2 sesawang PND untuk anda hubungi bagi urusan pembelian dibawah video track bertajuk Physic.

Predicate Not Defined - Physic (HD)

Email
Facebook
Reverbnation
Bandcamp

VotW : Brawk - Friends By My Side (Official Lyric Video)

Brawk merupakan antara jenama baru Punk/Crossover dari Kuala Lumpur walaupun line up band ini boleh dikira veteren underground tempatan. Brawk juga kini antara band yang hangat memenuhi undangan2 gig serata Malaysia. Difahamkan mereka dalam langkah2 akhir penghasilan deo atau EP yang bakal release dalam masa terdekat. Gua ada tengok live performance Brawk ketika temasya KL Metalcamp 2016 dahulu. memang energetic dan rancak.

Brawk - Friends By My Side (Official Lyric Video)
 
 Emri (Drums), Asy (Vocal), Roi (Guitar), Man (Bass)

Kenali Brawk dengan lebih rapat melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah..

Email
Facebook