Assault - The Fallen Reich (2017)

Assault merupakan antara nama yang sedang meningkat naik di Singapore. Antara pendukung genre Melodic Death Metal sejak 2006 dan menghasilkan sebuah EP bertajuk The Exceptions of the Rebellions (2011). Terkini Assault berpengkalan di bawah label meningkat naik dari India iaitu Transcending Obscurity Records dan pada 30 April 2017, album penuh berjudul The Fallen Reich bakal dipasarkan dalam kuantiti yang agak limited iaitu sebanyak 250 unit sahaja.

 Yuda (Rhythm Guitars), Syaz (Bass), Noh (Drums), Clarence Chong (Vocals), Hanesh (Lead Guitars)

Double artwork oleh Mark Riddick & Ishaan Kumar

Tracklist :

1 - Enslavement to Torture
2 - Genocidal Conspiracy
3 - Spawn of Rage
4 - Ghettos
5 - The Fallen Reich
6 - The Final Solution

The Fallen Reich (2017) melalui proses rakaman di Inversion Studio sekitar July 2016 oleh Cedric Chew. Sesuatu yang menarik berkenaan album ini adalah terdapat guest musician yang terlibat iaitu Freedy Lim (Chthonic - Taiwan) sebagai guest vocalist untuk track "Enslavement to Torture" dan Fufu (Nothnegal - Maldives) menyumbangkan solo gitar untuk track berjudul "Ghetto".


Terdahulu single bertajuk Ghetto telah dijadikan preview awal sekitar pertengahan January 2017.

Sepanjang menghadam album ini, walaupun dari track pertama sudah ternyata music yang disajikan benar2 padat dan sendat, namun gua dapat rasakan adrenalin sebenar bermula pada track kedua dan terus menerus semakin menggila dan Assault benar2 mengganas sehingga durasi terakhir album ini. Music Assault juga boleh gua katakan berada dalam lingkungan Thrash Metal yang diadun bersama elemen Death Metal. Gua tak mahu lupa menulis ada juga elemen2 Melodic didalam komposisi lagu2 Assault. Dari segi root music iaitu Thrash/Death Metal ianya sememangnya padat dan tiada sebarang ruang ditinggalkan. Bersesuaian dengan sound produksi dan kredit patut diberi kepada sound engineer iaitu Cedric Chew.

Bercakap berkenaan teknikal, overall album ini punya sound produksi yang cukup baik. Dinyatakan proses penghasilan album ini mengambil masa selama 3 tahun untuk benar2 mendapat kepuasan pada kualiti penulisan dan sound produksi. Jadi tidak perlu menyangkal sesuatu yang negatif berkenaan sound akhir rakaman ini. ianya perfect dan bersifat profesional.

Feveret track : Genocidal Conspiracy, Spawn of Rage, The Fallen Reich, The Final Solution.

Dapatkan The Fallen Reich yang dikeluarkan dalam format limited (250 copies) slipcase CD bersama 8 pages booklet. Sila hubungi Assault atau terus berhubung dengan Transcending Obscurity Records untuk copy anda. Akhir kata, agak "bengkak" juga gegendang telinga gua yang cerewet ini sepanjang album ini dimainkan.

Assault - Live Full Set at Illemauzar 
"The Ascension" Album Launch 18 September 2016

Assault
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: