Dante's Theory - Amut (EP2017)

Dante's Theory antara pembawa genre Death Metal dari Singapore. Difahamkan mereka telah wujud sekitar 90an namun perubahan line up telah membuatkan berlaku perubahan dalam hala tuju dan music mereka. Menggunakan nama Pyro sebelum ianya ditukar kepada Dante's Theory, mereka tampak aktif dalam merekod material2 sekitar 2008 dimana pada tahun tersebut Rise from the Ashes (EP2008) telah dilahirkan dan tiada rakaman rasmi hampir 10 tahun dan pada 2016 single berjudul "Amut" telah dihasilkan dan ianya disusuli EP yang bakal dikeluarkan juga menggunakan nama Amut pada 15 April 2017 dimana ianya menandakan Dante's Theory secara sah bernaung dibawah label meningkat naik dari India iaitu Transcending Obscurity Records.

Remy (Vocal), Naz (Guitars), Aaron (Bass), Karsten (Drums)


Tracklist :

1 - Qiamat Heretics
2 - Iron Coffin
3 - Insanity of the Saints
4 - Dethroned the Purist
5 - Amut

Difahamkan Amut (EP2017) melalui proses rakaman di studio yang tidak asing lagi di Singapore iaitu TNT Studio.

Sepanjang meneliti EP ini gua boleh simpulkan music Dante's Theory berada dalam landasan Death Metal yang agak modern. Boleh didengar pengaruh Groove Metal juga sedikit Deathcore. Jelas nampak kemajuan jika anda pernah mendengar EP mereka terdahulu.


Seperkara menarik, EP ini menggunakan dwi bahasa sebagai medium penyampaian mesej. Qiamat Heretic dan Iron Coffin merupakan antara track yang dapat dihidu penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris yang di satukan dalam sebuah lirik.

Dari segi permainan instrument ternyata kesemua line up memberikan yang terbaek dalam permainan masing2. Hasil akhir sound produksi menambah bantuan EP ini untuk kedengaran lebih gah. Proses mix dan mastering yang baik!

Dinyatakan band2 disenaraikan ini merupakan antara yang memberi influence kepada mereka : Integrity, Rot in Hell, Nails, Godflesh, Liar, Congress, Nostromo, Heaven Shall Burn, Meshuggah, Decapitated, Feared, Fear Factory, Pantera, Nails, Nasum, Magrudergrind, Angry Admiral, Car Bomb.

Dante's Theory - Iron Coffin (Official Lyric Video)

Track pilihan : Qiamat Heretics, Iron Coffin, Dethroned the Purist.

Ok, Amut (EP2017) bakal menyusul pada 15 April 2017. EP ini boleh diperolehi dalam format fizikal dan digital. Hubungi Dante's Theory atau Transcending Obscurity Records untuk copy anda!

Dante's Theory
Facebook
Instagram
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: