Henry Kane - Den Förstörda Människans Rike (2017)

Pendengar Death Metal tegar pasti mengenali band bernama Wombbath, lagenda Death Metal Sweden yang mana album pertama mereka Internal Caustic Torments (1993) pernah menerjah pasaran music keras tanahair sekitar awal 90an dahulu. Henry Kane pula merupakan projek solo kepada Jonny Pettersson iaitu vocalist merangkap bassist yang menyertai Wombbath sekitar 2014. Berlainan dengan gaya bawaan Wombbath, projek khas Henry Kane ini lebih menjurus kearah Crust/Death Metal/Grindcore. Den Förstörda Människans Rike (2017) adalah tajuk release pertama Henry Kane yang dikeluarkan secara limited 300 copies untuk format digipak CD oleh Transcending Obscurity Records. Album ini menemui pendengar pada 20 February 2017.


 Jonny Pettersson -  All instruments


Tracklist :

1. En själ till salu
2. Svarta tankar
3. Skuld och begär
4. En grav av ångest
5. Är din botten nådd
6. Dragen i skiten
7. En längtan
8. Den förstörda människans rike
9. Flaskan var din sista vän
10. Bön för bön
11. Kära bror
12. Bara hat
13. Lögnens svarta ögon
14. Det var inte ditt fel
15. Vinst eller fölust

Den Förstörda Människans Rike (2017) boleh diungkap sebagai sebuah album dengan track berdurasi 1 ke 2 minit sahaja kecuali 2 track berdurasi 4 minit lebih. Bingit dan attitude Crust boleh dihidu dari sound gitar, drum membabi buta membawa maksud Grindcore dan sedikit perisa Swedish Death Metal untuk menampakkan ianya penuh kekerasan.

Sepanjang menghadam album dengan total durasi 30 minit ini, jelas menunjukkan Henry Kane punya ramuan dalam penghasilan konsep dan music direction mereka sendiri. Bass berdistortion, guitar yang berada pada tone lembap, kurang gain dan mentah, dentuman drum sehabis grind yang mampu, growl dan scream yang cukup sifat bengis ternyata antara yang mampu mencederakan gegendang telinga anda.

Dinyatakan juga band2 yang memberi pengaruh kepada Henry Kane adalah seperti Nasum (sound gitar yang mengingatkan kepada album Human 2.0), Terrorizer, Repulsion, Rotten Sound, Napalm Death, Agathocles, Phobia, Mortician, Wolfbrigade/Wolfpack, Skitsystem, Discharge, Anti-Cimex, Moderat Likvidation, Driller Killer, Totalitär, Avskum, Entombed, Carnage, Dismember, Mob 47.

Penggemar fast track berdurasi pendek dengan sulaman Death Metal/Grindcore/Crust adalah disarankan untuk mengenali band Henry Kane. Sila hubungi Transcending Obscurity Records untuk urusan pembelian melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video rasmi dibawah ini.

Henry Kane - Det var inte ditt fel (Official Video)

Henry Kane
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: