Loathfinder - The Great Tired Ones (EP2017)

Loathfinder adalah antara unit baru yang agak misteri. Membawa konsep Blackened Doom Metal, band ini cuba menyembunyikan identiti line up nya. Berada dibawah naungan label Godz ov War, band dari Poland ini bakal mengeluarkan "The Great Tired Ones (EP2017)" pada 28 April 2017.

Cover artwork oleh Robert A. von Ritter
Ilustrasi & design oleh Maciej Kamuda.

Tracklist :

I. Genetic Gloom
II. Feast on my Entrails
III. Scents of Regression
IV. The Great Tired Ones

The Great Tired Ones (EP2017) melalui proses mix dan mastering oleh Haldor Grunberg di Satanic Audio. Tiada maklumat tambahan berkenaan rakaman EP ini. Betul2 misteri!

Sepanjang meneliti EP ini, adalah menjadi kebiasaan apabila setiap track kedengaran meleret-leret memandangkan sememangnya Loathfinder berpegang kepada konsep Doom Metal. Feel dan atmosfera keseluruhan EP ternyata punya elemen kegelapan dan kesuraman yang menjadikan ia berada dibawah pengaruh Black Metal. Jauhkan anggapan anda terhadap raja Doom Metal Cathedral kerana Loathfinder lebih evil, kejam, gelap dan beremosi.

Dari segi sound produksi, EP ini kedengaran menarik dengan sound gitar yang tebal, bass berdistortion, drum yang agak organik serta vocal yang mengerikan. Tahap keseimbangan yang baik dan kedengaran jelas kesemua instruments yang dimainkan.


Kepada penggemar irama Doom Black Metal, mungkin Loathfinder boleh menjadi pilihan anda. Irama yang lembap, berat dan evil! Kenali Loathfinder melalui link2 yang kami sediakan dibawah ini.

Loathfinder
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Godz ov War Productions
Email
Website
Facebook
Twitter
Bandcamp

Under the Ground Necro'pilation Part 1 - North Borneon Assault (2016)

Gua agak ketinggalan untuk mendengar sebuah kompilasi hebat dari Sabah ini. Under the Ground Necro'pilation Part 1 - North Borneon Assault (2016) release pada pertengahan 2016 dibawah label Kimar Records. Berformat agak old skool iaitu dalam versi tape (limited 300 copies sahaja), kompilasi ini menampilkan band2 dari Sabah iaitu Floodzild (Papar), Tormentor (Tenom), Madbullet (Lahad Datu), Infelicity (Papar), Sepulcher (Lahad Datu), Multicolour Shit Eater (Kota Kinabalu), Disobeyed (Tawau), Inside (Kota Kinabalu), Nihilist Volcanic Terror (Tuaran), Zoghnity (Tawau). Sesuatu yang menarik berkenaan kompilasi ini adalah ianya menampilkan kepelbagaian genre dari Speed Metal sehingga Black Metal. Kompilasi ini juga bagi gua menampakkan beberapa bakat dari Sabah yang perlu diberi perhatian kerana mereka punya potensi untuk pergi lebih jauh jika dilihat dari komposisi penulisan juga bakat permainan muzik mereka.

Artwork oleh Hisham Jaimie (Hishammer Art)

Tracklist :
SIDE A
1 - Floodzild - Sound of All Evil
2 - Tormentor - Kelibat Bangsat
3 - Madbullet - Kill or Die
4 - Infelicity - Suicidal Disease
5 - Sepulcher - Born from Dead

SIDE B
6 - Multicolour Shit Eater - Necrolust
7 - Disobeyed - Deathless Vengeance
8 - Inside - Eternal Hate (Til' Death)
9 - Nihilist Volcanic Terror - Armageddon Celebration
10 - Zoghnity - Hellzogher
11 - Outro

Kesemua track dari setiap band melalui proses rakaman di beberapa studio sekitar Sabah. Proses mastering di lakukan di Route88 Studio, Papar Sabah.

Sesuatu yang menarik apabila tape ini dimainkan adalah ianya dimulakan dengan irama Speed Metal oleh band Floodzild. Nama yang agak jarang didengar namun gua boleh katakan Floodzild perlu terus wujud kerana ini adalah band yang punya bakat besar. Permainan gitar yang berapi, vocal high pitch, bass yang lemak dan paduan drum yang padu dan tangkas. Pengaruh paling besar dapat dihidu disini ialah Helloween!

Tormentor, anak muda pejuang Old Skool Thrash Metal makin meniti di bibir peminat2 Thrash Metal amnya. Track Kelibat Bangsat ini turut diselit didalam EP terbaru mereka Blasting Torment keluaran Hellforce Records. Pasti ramai berpendapat seperti gua, Tormentor perlu diberi perhatian dan pasti juga ramai yang menanti buah tangan terbaru dari mereka.
Email
Facebook

Madbullet pada gua antara band paling gerek dalam kompilasi ini. Dari tajuk track berjudul Kill or Die sudah jelas menampakkan betapa semangatnya Madbullet. Mereka membawa genre Thrash Metal yang diberi sedikit suntikan Punk. Rancak dan pasti havoc jika lagu ini dibawa untuk persembahan live. Sama2 kita nantikan hasil terbaru dari Madbullet.
Email


Infelicity paling mengejutkan gua apabila music mereka tidak tumpah seperti At The Gates dan Dismember. Track berdurasi 4 minit 5 saat ini seakan tidak puas apabila mendengarnya. Difahamkan mereka bakal menghasilkan sebuah EP bertajuk "Existence of Misery". Agak teruja dan mengejutkan dengan bakat yang ada pada band ini. Diharap mereka akan menjadi band yang serius dan mampu memberi saingan kepada band2 seangkatan seperti Herriot, Blind Terror dan InCries. Ok sebelum terlupa track ini menggunakan sesionist untuk posisi vocal. Dinyatakan Ep yang bakal dikeluarkan akan menggunakan vocalist sebenar.
Email
Facebook

Sepulcher berada dalam landasan Death Metal yang agak agresif namun tetap dalam susunan yang Old Skool. Jika diamati music Sepulcher lebih menjurus kepada Swedish Death Metal ala Dissection dan Unleashed.
Email

Multicolour Shit Eater atau M.S.E adalah duo gila yang memainkan genre Grindcore. Paling gila M.S.E adalah band tanpa pemain gitar. Hanya pekikan vocal, bass berdistorsi dan hentaman drum membuta tuli. Dinyatakan juga M.S.E dalam perancangan mengeluarkan material terbaru.
Reverbnation

Disobeyed tidak perlu diperkenalkan lagi terutama di Borneo. Mereka telah menghasilkan sebuah album penuh pada 2015 bertajuk 'Extermination Enthroned" dibawah Earblast Records dan sebuah EP bertajuk "Warpokalypse Raid" pada 2016. Untuk kompilasi ini mereka telah merakamkan sebuah lagu baru bertajuk Deathless Vengeance. masih dengan konsep Black/Death Metal ternyata Disobeyed semakin menggila dengan track terbaru ini. Satu nama yang harus diberi perhatian.
Email
Facebook

Inside satu lagi nama yang agak kuat yang mana jugak antara pejuang Black/Death Metal. Frontmen band ini merupakan owner kepada label Kimar Records. Juga merupakan rakaman terbaru berjudul "Eternal Hate (Til' Death)". Sesuatu yang menarik berkenaan track ini ialah ianya didefinisikan sebagai reject track dan hanya boleh didapati dalam kompilasi ini.
Email

Nihilist Volcanic Terror atau N.V.T yang telah menghasilkan sebuah EP pada 2016 tampil dengan track terbaru bertajuk Armageddon Celebration. Juga punya konsep Black/Death Metal, N.V.T jelas membuktikan mereka band yang gila mengejar kelajuan. Black/Death Metal yang kelam, ganas dan tanpa sebarang belas kasihan.
Email
Facebook

Zoghnity yang berpaksikan Black Metal menjadi band penutup kepada kompilasi ini. Memainkan track yang terkandung didalam EP2016 Hellzogher (Devil Seed), mereka semestinya antara bintang hitam terbaru yang agak kejam dipentas. memainkan Black Metal dengan kelajuan tinggi adalah rencah music ciptaan mereka.
Email
Facebook


Secara keseluruhan boleh dikatakan Under the Ground Necro'pilation Part 1 - North Borneon Assault (2016) merupakan antara kompilasi yang bagus dan rata2 band yang terlibat adalah underrated selain beberapa nama yang sudah menggila di Borneo seperti Inside dan Disobeyed. Gua paling tertarik dengan bakat2 band yang kurang dikenali seperti Floodzild yang ternyata punya bakat dan skill yang bagus dalam permainan mereka. Speed Metal bawaan mereka memang ada class! Juga Tormentor yang seperti disebut diawal tadi yang menjadi sebutan namun band paling mengejutkan dan menjadi buruan gua selepas ini ialah Infelicity. Mereka ada ramuan yang meletakkan mereka dilandasan Swedish Death Metal. Sesuatu yang tidak terduga dengan hasil karya mereka untuk kompilasi ini. Juga Madbullet yang juga punya sesuatu yang perlu ditunggu dari mereka.

Ok, gua tak pasti adakah tape ini masih boleh diperolehi. Sila email Kimar Records untuk pertanyaan copy anda. Ini satu kompilasi yang bagus dan dibarisi band2 yang juga berbakat besar. Support!!!!

Kimar Records
Email

Streams of Blood - Allgegenwärtig (2017)

Streams Of Blood merupakan band beraliran Black Metal yang kini berpengkalan di Frankfurt Germany. Ditubuhkan sekitar 2009 oleh Thymos (Ex-Darkened Nocturn Slaughtercult, Ex-Sargwart, Ex-Engraved) and Tavor (Ex-Engraved) pada tahun yang sama mereka telah merakamkan sebuah mini CD bertajuk Antilife dengan bantuan Torturer (Mor Dagor, Belphegor) di posisi drum. Berlaku beberapa perubahan line up sepanjang kewujudan band ini namun 2 buah album penuh dan sebuah split album telah dikeluarkan dan terkini pada 25 February 2017, Allgegenwärtig yang merupakan album penuh ketiga dikeluarkan dibawah label Folter Records yang turut menaungi mereka untuk album kedua dahulu.

Thymos (Vocal,guitars,bass), Terrorin (Drums)


Tracklist :

1. Stella Nova (Collapse)
2. Corrosion
3. Detox
4. Open your third eye
5. Fusion
6. Man Owes Nature Only Death (Conduct)
7. Regeneration
8. Transformation

Allgegenwärtig (2017) melalui beberapa fasa rakaman berlainan lokasi. Antaranya track drums dirakam di Unleash the Sound, guitar dan bass di Blasphemy Hall, dan vocal serta solo gitar di Turning Key Studio. Proses mixing dilakukan oleh M.S. dan Thymos. M.S turut bertindak dalam proses mastering.

Streams of Blood boleh diklasifikasikan antara band Black Metal yang agak underrated namun pada gua mereka punya konsep music yang merbahaya. Black Metal yang kejam, imej yang ganas serta music yang kental. Dari segi teknikal music, gua lebih ghairah apabila mendengar paluan drum yang benar2 menggila terutama apabila tempo laju dimainkan. Konsisten dan padu! Tone gitar yang besar menampakkan kelainan music bawaan mereka dan gua pasti kombinasi bass yang di distortion kan yang telah menghasilkan tone dari instruments bertali band ini. Vocal dari mastermind band ini, kedengaran tidak keterlaluan tahap kejam nya namun beliau bijak mengawal tone mengikut tempo lagu yang dimainkan.

Streams of Blood - Detox

Stream of Blood boleh dikenali melalui link yang disediakan dibawah. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung dengan Folter Records juga melalui link yang disediakan dibawah.

Streams of Blood
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Folter Records
Email
Official Website
Facebook

Iron Bird - Heavy Metal Evil (Demo 2016)

Terus terang gua tak sempat nak grab demo ini yang pertama kali dikeluarkan dalam format limited 100 copies CD kerana (kalau xsilap lah...) ianya sold out dalam masa 4 hari. Release kedua dalam format limited 200 copies kaset juga sold out dalam masa yang singkat. Copy yang gua dapat adalah hasil pencarian dari label2 lain yang mendistrokan tape ini. Begitulah betapa larisnya hasil pertama Iron Bird untuk dengan demo bertajuk Heavy Metal Evil ini.

Ruls Hairul (Bass), Ash Rajis (Vocals), Mat Fadzhly (Drums), Eko Nurdin (Guitars)

Design oleh Unknown
Re-layout oleh Hellart
Logo oleh E.N.

Tracklist :

1 - Heavy Metal Evil
2 - Black Leather Soldier
3 - Welcome To Hell (Venom Cover)

Heavy Metal Evil (2016) melalui proses rakaman secara live di Mahsuri Studio, Petaling Jaya Selangor pada 29 Oktober 2016. Proses mixing dilakukan oleh Din Crash. Kesemua lagu dicipta oleh Eko Nurdin manakala lirik dihasilkan oleh John Thrashit.

Iron Bird - Heavy Metal Evil

Heavy Metal Evil adalah track pertama yang jelas sekali menampakkan kejituan semangat Heavy Metal dari Iron Bird. Riffing yang menarik, ada penggunaan harmoni chord walaupun hanya menggunakan 1 gitar, bedilan drum yang padu dan suara high pitch menjadi pakej lengkap kepada band ini berdiri atas konsep Heavy Metal.

Track kedua bertajuk Black Leather Soldier masih mengekalkan mood dan formula seperti track pertama. Pada gua track ini lebih bervariasi dari segi flow music nya. Satu komposisi yang baik dan solo gitar nya juga boleh tahan dan kena dengan feel lagu. Ini adalah feberet track gua!

Pemilihan track saduran dari Venom iaitu Welcome To Hell menjadi penutup demo ini. Iron Bird berjaya membawakan dengan gaya yang baik dan rasanya ianya sudah sebati untuk jiwa2 didalam Iron Bird. Tidak perlu dipertikaikan.

Heavy Metal Evil (Demo 2016) boleh dikatakan rival kepada perjuangan heavy metal 80-90an dahulu. Melabelkan band mereka sebagai New Wave of Malaysia Heavy Metal mungkin agak tepat kerana dari 2 track original, boleh dihidu bau2 Heavy/Rock lewat dan awal 80/90an. Cuma ianya kedengaran agak kental dan keras dengan hentakkan drum twin pedal, permainan gitar berwhammy bar dan kemampuan vocalist menggunakan high pitch vocal memudahkan lagi kerja2 band yang membawa haluan music sebegini. Pada gua Iron Bird berada dalam gugusan Heavy/Power/Speed Metal yang old skool.

Dari segi teknikal rakaman, ianya boleh dikatogerikan antara demo yang bagus walaupun ianya dirakam secara live untuk ketiga2 track. Kualiti itu ada, walaupun keseimbangan itu tidak seperti produksi profesional recording. Apa nak hairan, ini demo sahaja! Pasti untuk rakaman akan datang untuk EP atau album penuh, Iron Bird akan menghasilkan sound produksi yang bagus dan meletup!

Gua tak pasti jika anda masih berpeluang mendapatkan kaset ini (versi CD sudah awal2 lagi sold out untuk limited kuantiti 100 copies sahaja). Mungkin anda perlu menghubungi Iron Bird sendiri jika mahukan copies milikan anda. Kenali Iron Bird melalui link2 yang disediakan dibawah.


Iron Bird
Email
Facebook

Hellforced Records
Email
Facebook
Blogspot

Chaos - All Against All (2017)

Chaos merupakan antara band berkiblatkan Thrash Metal dan telah tertubuh seawal 2005. Berbekalkan sebuah demo pada 2009 dan sebuah album penuh berjudul Violence Redemption (2013), band dari Trivandrum, Kerala India ini nampak makin mengganas dengan penghasilan album kedua bertajuk All Against All yang bakal menemui pasran pada 10 June 2017. All Against All akan dikeluarkan oleh Transcending Obscurity Records (India).

 Manu Krishnan (Drums), Vishnu (Bass),  JK (Vocals), Nikhil N R (Guitars)


Tracklist :

1 - The Great Divide
2 - The Inevitable Genocide
3 - All Against All
4 - Indoctrination
5 - Death To The Elite
6 - The Enemy
7 - Patrons Of Pain
8 - Asylum
9 - Portrait In Blood
10 - The Escape


Wow secara keseluruhan All Against All (2017) terbukti rancak, penuh groove hebat dan diluar jangkaan. Pengaruh Kreator, Destruction, Pantera dan Lamb of God paling jelas dimana 4 pengaruh utama ini diblend secukup rasa untuk menghasilkan sebuah album yang benar2 mengejutkan. Ini satu pakej Thrash Metal yang kental, jitu dan tiada belas.

Chaos - All Against All (Official Music Video)

Musicwise, gua beranggapan All Against All lebih menjurus kepada Thrash/Groove Metal. kekuatan utama boleh dikatakan sama rata untuk diberi kredit kerana setiap line up memberikan yang terbaek. Ngauman vocal JK ternyata hebat disamping jeritan dengan nafas yang panjang. Riffing guitar yang rancak dan pengaruh Dimebag Darrell untuk beberapa riffing serta gaya permainan dapat dihidu disamping solo gitar yang boleh di label Nikhil N R adalah seorang guitar shreeder. Bass yang cukup lemak dari Vishnu sebagai latar kena sekali dengan mixing yang cantik bersama tone guitar dan drum. Manu Krishnan di posisi drum ternyata memberi energy berlebihan untuk memastikan setiap track tiada ruang kosng. Gua rasa setiap line up memberi komitmen semaksima mungkin untuk album ini.

Sound produksi untuk album ini antara yang terbaek dihasilkan oleh band2 dari India untuk suku pertama 2017. Tidak salah kiranya gua melabelkan ini keluaran terbaek untuk katogeri Thrash Metal dari negara India bagi suku pertama tahun ini. Momentum yang cukup kuat boleh di kecapi apabila melayan album ini.

Chaos - All Against All (Live At Control Alt Delete Mumbai)

Kepada mereka yang mengidam irama Thrash Metal sebenar, All Against All (2017) adalah kemestian. Gua rasa album ini antara kebanggaan Transcending Obscurity untuk tahun ini. jangan lupa kenali Chaos dan dapatkan CD All Against All (2017) jika ianya berada didepan mata anda. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung terus dengan label Transcending Obscurity records melalui link2 yang kami sediakan dibawah. ini bukan sebarangan Thrash Metal!!!!

Chaos
Email
Facebook
Twitter
Bandcamp

Transcending Obscurity
Email
Official Website
Facebook

Norse - The Divine Light of a New Sun (2017)

Norse merupakan sebuah unit Black Metal dari Southern Highland, Australia. Dengan duo line up yang masih kekal iaitu ADR dan Forge, Norse sebenarnya telah menghasilkan 2 buah album penuh dan 2 buah EP sebelum The Divine Light of a New Sun bakal menjengah pasaran pada 25 May 2017. Transcending Obscurity menjadi label naungan Norse setelah previous released dikeluarkan secara indiependent oleh mereka sendiri. The Divine Light of a New Sun (2017) dikeluarkan dalam 3 format iaitu vinyl (limited), CD dan digital.

ADR (All vocals and lyrics/ concepts)
Forge (Instruments / composition)


Tracklist :

1 - Supreme Vertical Ascent
2 - Drowned by Hope
3 - Telum Vitae
4 - The Divine Light of a New Sun
5 - Exitus
6 - Synapses Spun as Silk
7 - Sandarkan
8 - Arriving in Peace, Pregnant with War
9 - Cyclic


Jika dilihat pada laman facebook mereka, The Divine Light of a New Sun (2017) telah melalui proses rakaman sekitar suku pertama 2016. Penantian ini berakhir pada pertengahan 2017 apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Transcending Obscurity pada 25 May 2017. Owner label memilih album ini antara release terbaik dari label nya untuk 2017 setakat ini.

Sepanjang menghayati album ini, gua boleh simpulkan The Divine Light of a New Sun (2017) berada dalam lingkungan Black Metal yang penuh kesuraman dari segi musicnya walaupun ada perubahan ke arah progressive dari previous released mereka iaitu Pest (EP2014). Music mereka ketara dalam kegelapan yang seakan menggambarkan masa depan yang suram (ekspresi gua sepanjang mendengar album ini).

Musicwise, ini album yang di lakukan mixing yang baik walaupun tone gitar agak lembap dan berat bersama bass berdistortion. Drum yang sukar diduga blastbeat nya dan komposisi lagu yang pelik. Overall sound yang di blend bersama adakala kedengaran seakan sedikit Industrial. Untuk bahagian vocal ternyata ARD punya karekter yang bagus dalam menyampaikan mesej kegelapan yang ditulisnya. Emosi dan penghayatan yang bagus boleh di dengar dalam setiap jerit pekik beliau.



Kenali Norse melalui link yang di sediakan dibawah. Juga untuk urusan pembelian fizikal copies iaitu vinyl dan CD dila berhubung directly dengan Transcending Obscurity. Juga kepada pembeli format digital boleh ke laman bandcamp mereka.

Norse
Email (Band)
Email (General Manager)
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity
Email
Official Website
Facebook

Tormentor - Blasting Torment (EP2017)

Kami pernah review demo mereka berjudul Thrash Assault (2013) dimama pada ketika itu ianya hanya dikeluarkan dalam format CDR sahaja. Bakat mereka dikesan oleh sebuah label dari Thailand iaitu Roots Active Productions lantas ianya dikeluarkan dalam format tape secara profesional. Terkini Tormentor, band bakat anak muda dari Tenom, Kota Kinabalu Sabah ini tidak dapat disangkal lagi. Hellforced Records yang berpengkalan di Shah Alam milik gitarist Atomicdeath iaitu Kerry Kaufmann telah mengambil inisiatif mengeluarkan sebuah EP mengandungi 4 buah lagu yang dikeluarkan pada January 2017 dalam format limited tape. Blasting Torment (EP2017) adalah langkah yang sedang diatur oleh Tormentor disamping gig2 yang disertai untuk membuktikan mereka adalah band yang sememangnya patut mendapat perhatian Thrasher2 diluar sana.

Alen (Drums), Jayjay (Vocals/Bass), Unyil (Guitars)

Tracklist :

1 - Kelibat Bangsat
2 - Blasting Torment
3 - Hybrid Children
4 - Human Moron

Blasting Torment (EP2017) melalui 2 peringkat rakaman berasingan dimana Human Moron dan Kelibat Bangsat dirakam pada 9 March 2015, manakala Hybrid Children dan Blasting Torment pada 6 February 2016. Kesemua track melalui proses rakaman dan mastering di BMT Studio, Penampang Sabah.

Tormentor - Kelibat Bangsat

Bermula dengan track menggunakan 100% lirik berbahasa Melayu, apa yang boleh dikatakan Kelibat Bangsat tidak kekeringan idea walaupun ini track setelah 2 tahun Tormentor tanpa sebarang rakaman rasmi. Rakaman yang baek cuma kurang  1 saja iaitu tiada solo. Mungkin lebih menarik jika solo gitar diselitkan untuk track ini.

Blasting Torment agak ribut dari track pertama. Kedengaran makin ghairah dengan adrenalin yang lebih hebat dari permulaan track. Ini track yang agak sedikit melodic walaupun masih dalam tunjang Thrash Metal. Solo gitar yang agak selamat!

Hybrid Children nampaknya lebih menggila dan pasti boleh bikin havoc moshpit jika dimainkan untuk persembahan pentas. Ternyata track ini punya flow dan groove yang bagus. Bersiap sedia crowd jika track ini dimainkan Tormentor dipentas2 gig yang anda hadiri. Ini track pilihan gua!

Human Moron juga sebuah track yang masih rancak dan sesuai dimainkan secara live. Sebuah track yang straight forward dari segi penulisan/komposisi lagu juga lirik. Ok solo gitar kali ini paling feel dan kena dengan mood lagu.

Secara keseluruhan gua masih menaruh harapan tinggi untuk menanti material seterusnya dari Tormentor. Blasting Torment (2017) seperti yang gua katakan diawal review adalah "langkah" seterusnya dari Tormentor untuk menuju destinasi atau target seterusnya. Memandangkan keempat2 track adalah rakaman yang telah dilakukan setahun yang lalu, rasanya terkini Tormentor dalam rangka penulisan lagu2 baru untuk material/release akan datang.

Dari segi teknikal, Blasting Torment masih boleh dibanggakan jika melihat pada usaha dan usia muda mereka. Sukar juga untuk melihat anak muda awal 20an meminati genre Old Skool Thrash Metal dikala dunia dikuasai Modern Metal dengan sound produksi yang meletup-letup. Walaupun ada kedengaran sedikit (5% barangkali) terkucil untuk part vocal dan solo gitar, namun apa yang perlu dimalukan kerana anak2 muda ini mampu menghasilkan lagu2 yang bagus dan mampu menghayati feel klasik yang dilalui band2 lewat 80an dan awal 90an.

Sila berhubung dengan Hellforced Records untuk copies2 terakhir Blasting Torment yang diberitakan sudah hampir sold out. Dapatkan Blasting Torment (EP2017) dengan harga RM15 by hand excluding postage sebelum anda gigit jari. Thrasher2 diluar sana tunggu apa lagi? Takkan nk tengok Tormentor jadi otai baru terhegeh2 nak cari tape ni??? Hahaha

Tormentor
Email
Facebook

Hellforced Records
Email
Facebook
Blogspot

Lebenssucht - Fucking My Knife (EP2016)

Lebenssucht merupakan antara unit terbaru logam hitam dari gabungan 3 negara iaitu Germany, Bulgaria dan Belgium. Mungkin boleh diklasifikasikan music mereka berada dalam katogeri Depressive Suicidal Black Metal. Fucking My Knife merupakan material pertama berformat EP yang dikeluarkan secara digital oleh Lebenssucht sendiri pada awalnya dan dibawah label Abstruse Eerie Radiance ianya dikeluarkan secara fizikal dalam format limited digipack pada 9 July 2016.

 S Caedes (Vocals), Ahephaim (Vocals, Drums), Déhà (Vocals, Guitars, Bass), Irleskan (Guitars)


Tracklist :

1 - Beloved Depression
2 - Until We Die
3 - Fucking My Knife

Sepanjang mendengar album ini jelas sekali Lebenssucht membawa elemen yang gelap, penuh negatif dan depressive. Walaupun kebanyakkan bahagian dalam track kedengaran meleret2 namun apabila attack part menyusul memang tiada ruang kosong ditinggalkan. Main vocalist iaitu S Caedes adalah female vocal, punya cara penyampaian suara yang ngeri seperti sedang diseksa. Untuk bahagian vocal ini nampak terserlah kerana ianya dibantu oleh 2 orang line up lagi iaitu Ahephaim dan Déhà.



Dari segi sound produksi ianya satu keluaran yang bagus dan kena dengan konsep Lebenssucht. Menghasilkan rakaman yang bersih dan profesional. Terkini dengan penambahan line up terbaru di posisi gitarist iaitu dengan kemasukkan Irleskan (yang masih komited bersama band  Svarta) Lebenssucht semakin maju dengan penyertaan persembahan pentas serata dunia. Mungkin dalam masa yang sama mereka dalam proses penulisan material untuk album sulung.

Ok, setakat ini Fucking My Knife boleh didapati dalam format digital dan limited 200 copies format digipak dikeluarkan oleh Abstruse Eerie Radiance. Hubungi Lebenssucht atau Abstruse Eerie Radiance melalui link disediakan dibawah untuk urusan pembelian.

Lebenssucht - Beloved Depression (Official Music Video)

Lebenssucht
Email
Facebook
Bandcamp
Youtube

Abstruse Eerie Radiance
Bigcartel
Facebook

Satan's Sperm - Klitorist Goatlust (2016)

Antara release terhangat awal 2017 dimana diberitakan ianya sudah sold out untuk 100 unit pertama untuk format kaset. Begitulah antara kekuatan album ini yang membuatkan gua berusaha juga mencari label2 indiependent yang ada mendistrokan tape ini. Satan's Sperm jika dilihat pada line up nya ada gabungan dari 4 tulang belakang Spermblast bersama tambahan line up untuk posisi vocalist dan guitarist. Klitorist Goatlust adalah tajuk album ini. Nampak agak lucah mungkin pengaruh kuat Spermblast yang terkenal sebagai antara pelopor Porno Grind negara. Satan's Sperm dianggotai oleh Lou (Lead Vocals), MB (2nd Vocals), Chorth (Lead Guitars), Janz (2nd Guitars), Syharma (Bass), Zan (Drums). Untuk release pertama berformat kaset/tape di keluarkan oleh Gedebe Rekords.

Cover artwork oleh Mr Fred Sufistone

Tracklist :

Side A
1 - Slaytanic Sperm Brigade
2 - Malevolent Curse
3 - Hell Incarnate
4 - Cynical Existence 11th Floor

Side B
1 - Unholy Lust
2 - Voices Of The Undead
3 - Shroud Is Eternal
4 - Under The Macabre Gaze

Klitorist Goatlust (2016) melalui proses rakaman di I Seek Music Studio, Kota Damansara. Proses rakaman dan adunan dilakukan oleh Mokhtar. Proses mastering dilakukan oleh D'Atok (Otai Studio) Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ekspresi pertama setelah menghadam sekali imbas, gua terbayang Impaled Nazarene! Gua tak pasti adakah Impaled Nazarene merupakan pengaruh utama mereka atau ada band2 lain yang memberi pengaruh terbesar kepada penciptaan music, konsep dan music direction Satans Sperm. Permainan instruments yang padu, kedengaran penuh kejahatan, tanpa batasan dan segalanya kena pada konsep! Jika diteliti music Satan's Sperm, kebarangkalian adalah mereka berada dalam circle Black Metal dan Grind Death. Jika dilihat pada konsep ianya lebih kepada Black Metal.

Satan's Sperm - Slaytanic Spermbrigade

Dari segi sound produksi, ianya bukanlah satu rakaman yang solid, bersih dan kebaboom akan tetapi sedikit elemen raw dan warm yang boleh dihayati untuk format analog ini sudah cukup untuk memastikan rencah konsep jahat sebegini menjadi power!

Secara teknikal, Klitorist Goatlust memaparkan pekikan duo vocalist benar2 diluar batasan. Riffing yang agak straight forward adakala memberi tekanan dan beremosi. Juga perlu dinyatakan ada lagu2 yang menyelitkan solo gitar. Bass secukup rasa dan drum lazat membedil sebagai tunjang music.

Gua rasa Klitorist Goatlust (2016) sudah tiada dalam simpanan Gedebe Records, namun anda mungkin boleh menghubungi label ini untuk bertanya kemungkinan kaset/tape ini ada didistrokan oleh label2 lain. Difahamkan juga Klitorist Goatlust akan dikeluarkan juga dalam format CD dengan usaha line up Satan's Sperm sendiri. So jika versi kaset/tape sudah sold out, sama2 kita nantikan dalam format CD.

Gedebe Rekords
Email
Facebook

Plague Throat - The Human Paradox (2017)

Semenjak bekerjasama dengan sebuah label dari India iaitu Transcending Obscurity untuk urusan promosi band di sini, kami sedia maklum peningkatan mendadak band2 dari India seperti Demonic Resurrection, Darkrypt, Wired Anxiety, Carnage Inc dan beberapa lagi. Terkini agak mengejutkan sebuah band beraliran Death Metal bernama Plague Throat yang bermastautin di Shillong, Meghalaya India, tampil dengan sebuah full length bertajuk The Human Paradox (2017). Release ini secara rasminya akan dikeluarkan oleh Transcending Obscurity pada 30 May 2017. Sebagai penutup mukadimah, gua boleh katakan album ini patut mendapat highlight dari serata dunia kerana ia nya satu album yang punya pakej lengkap dari segi music yang bagus, rakaman yang meletup dan definisi Death Metal itu benar2 dirasai dari apa terkandung didalam album ini.

Nangsan (Vocals, Guitar)
Malice (Drums)
Jerry Nelson Ranee (Bass)


Tracklist :

1 - Inherited Failure
2 - Dominion Breach
3 - Fallible Transgression
4 - The Human Paradox
5 - Hour of Darkness
6 - Corporeal
7 - Truth in Silence
8 - Conception Subjection
9 - Conflict Resolution
10 - Ma Nga

Difahamkan The Human Paradox (2017) melalui proses rakaman dan penerbit bagi album ini ialah Ashwin Shriyan. Melalui beberapa interview dilakukan, frontmen iaitu Nangsan menyatakan proses rakaman dilakukan oleh Ashwin Shriyan menggunakan home studio sahaja. Album yang sepatutnya dikeluarkan oleh Incanned Production ini akhirnya dikeluarkan oleh Transcending Obscurity Productions. Tambahan info, Daniel Kenneth Rego yang merupakan bekas pemain gitar Demonic Ressurection turut menyumbangkan solo gitar untuk track bertajuk "Conception Subjection".

Seperti yang dinyatakan pada perenggan awal, The Human Paradox ternyata mengejutkan gua dengan kualiti music ciptaan, sound produksi dan rencah Death Metal ramuan Plague Throat. Mungkin mastermind iaitu Nangsan perlu diberi perhatian oleh metallers diluar sana kerana bakat, kerja keras, skill dan permainan beliau yang jitu. Kredit yang besar kepada beliau dan tak lupa kepada drummer Malice yang gila membanting tulang sebagai latar dalam penciptaan material2 Plague Throat. Ok, sebelum terlupa Plague Throat adalah antara band dari India yang pernah beraksi di Wacken Open Air 2014.

Plague Throat - Dominion Breach (Live at Wacken Open Air 2014)

Bercakap mengenai album The Human Paradox, ianya pada gua merangkumi pakej Death Metal itu sendiri. Teknikal, brutal, progressive, blast-beat semuanya termaktub dalam penulisan lagu2 mereka. Jika mahu di senaraikan pengaruh2 mungkin gua boleh nyatakan Cannibal Corpse, Morbid Angel, Nile, Origin, Suffocation, Vader sebagai antara pengaruh jika dihidu secara teliti. Mereka berada di antara Old Skool dan Modern Death Metal. Gua pasti jika promosi besar-besaran dilakukan Plague Throat bakal menjadi sebuah band besar satu masa nanti.

Plague Throat Live at Shine a light 2.0 Music Festival

Gua tak dapat nak nyatakan pilihan track terbaek kerana untuk setakat ini (6-7X spin) kesemua lagu punya kekuatan tersendiri. Ok, belum jemu!

Plague Throat - Ma Nga

Kenali Plague Throat melalui laman sesawang yang kami sertakan. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung directly dengan Plague Throat atau Transcending Obscurity Production. Akhir kata kepada yang berpegang kepada panji Death Metal, band ini perlu ada tersenarai dalam data otak anda. Ini bukan sebarangan band!

Plague Throat
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity
Email
Official Website
Facebook