Iron Bird - Heavy Metal Evil (Demo 2016)

Terus terang gua tak sempat nak grab demo ini yang pertama kali dikeluarkan dalam format limited 100 copies CD kerana (kalau xsilap lah...) ianya sold out dalam masa 4 hari. Release kedua dalam format limited 200 copies kaset juga sold out dalam masa yang singkat. Copy yang gua dapat adalah hasil pencarian dari label2 lain yang mendistrokan tape ini. Begitulah betapa larisnya hasil pertama Iron Bird untuk dengan demo bertajuk Heavy Metal Evil ini.

Ruls Hairul (Bass), Ash Rajis (Vocals), Mat Fadzhly (Drums), Eko Nurdin (Guitars)

Design oleh Unknown
Re-layout oleh Hellart
Logo oleh E.N.

Tracklist :

1 - Heavy Metal Evil
2 - Black Leather Soldier
3 - Welcome To Hell (Venom Cover)

Heavy Metal Evil (2016) melalui proses rakaman secara live di Mahsuri Studio, Petaling Jaya Selangor pada 29 Oktober 2016. Proses mixing dilakukan oleh Din Crash. Kesemua lagu dicipta oleh Eko Nurdin manakala lirik dihasilkan oleh John Thrashit.

Iron Bird - Heavy Metal Evil

Heavy Metal Evil adalah track pertama yang jelas sekali menampakkan kejituan semangat Heavy Metal dari Iron Bird. Riffing yang menarik, ada penggunaan harmoni chord walaupun hanya menggunakan 1 gitar, bedilan drum yang padu dan suara high pitch menjadi pakej lengkap kepada band ini berdiri atas konsep Heavy Metal.

Track kedua bertajuk Black Leather Soldier masih mengekalkan mood dan formula seperti track pertama. Pada gua track ini lebih bervariasi dari segi flow music nya. Satu komposisi yang baik dan solo gitar nya juga boleh tahan dan kena dengan feel lagu. Ini adalah feberet track gua!

Pemilihan track saduran dari Venom iaitu Welcome To Hell menjadi penutup demo ini. Iron Bird berjaya membawakan dengan gaya yang baik dan rasanya ianya sudah sebati untuk jiwa2 didalam Iron Bird. Tidak perlu dipertikaikan.

Heavy Metal Evil (Demo 2016) boleh dikatakan rival kepada perjuangan heavy metal 80-90an dahulu. Melabelkan band mereka sebagai New Wave of Malaysia Heavy Metal mungkin agak tepat kerana dari 2 track original, boleh dihidu bau2 Heavy/Rock lewat dan awal 80/90an. Cuma ianya kedengaran agak kental dan keras dengan hentakkan drum twin pedal, permainan gitar berwhammy bar dan kemampuan vocalist menggunakan high pitch vocal memudahkan lagi kerja2 band yang membawa haluan music sebegini. Pada gua Iron Bird berada dalam gugusan Heavy/Power/Speed Metal yang old skool.

Dari segi teknikal rakaman, ianya boleh dikatogerikan antara demo yang bagus walaupun ianya dirakam secara live untuk ketiga2 track. Kualiti itu ada, walaupun keseimbangan itu tidak seperti produksi profesional recording. Apa nak hairan, ini demo sahaja! Pasti untuk rakaman akan datang untuk EP atau album penuh, Iron Bird akan menghasilkan sound produksi yang bagus dan meletup!

Gua tak pasti jika anda masih berpeluang mendapatkan kaset ini (versi CD sudah awal2 lagi sold out untuk limited kuantiti 100 copies sahaja). Mungkin anda perlu menghubungi Iron Bird sendiri jika mahukan copies milikan anda. Kenali Iron Bird melalui link2 yang disediakan dibawah.


Iron Bird
Email
Facebook

Hellforced Records
Email
Facebook
Blogspot

0 feedbacks: