Lebenssucht - Fucking My Knife (EP2016)

Lebenssucht merupakan antara unit terbaru logam hitam dari gabungan 3 negara iaitu Germany, Bulgaria dan Belgium. Mungkin boleh diklasifikasikan music mereka berada dalam katogeri Depressive Suicidal Black Metal. Fucking My Knife merupakan material pertama berformat EP yang dikeluarkan secara digital oleh Lebenssucht sendiri pada awalnya dan dibawah label Abstruse Eerie Radiance ianya dikeluarkan secara fizikal dalam format limited digipack pada 9 July 2016.

 S Caedes (Vocals), Ahephaim (Vocals, Drums), Déhà (Vocals, Guitars, Bass), Irleskan (Guitars)


Tracklist :

1 - Beloved Depression
2 - Until We Die
3 - Fucking My Knife

Sepanjang mendengar album ini jelas sekali Lebenssucht membawa elemen yang gelap, penuh negatif dan depressive. Walaupun kebanyakkan bahagian dalam track kedengaran meleret2 namun apabila attack part menyusul memang tiada ruang kosong ditinggalkan. Main vocalist iaitu S Caedes adalah female vocal, punya cara penyampaian suara yang ngeri seperti sedang diseksa. Untuk bahagian vocal ini nampak terserlah kerana ianya dibantu oleh 2 orang line up lagi iaitu Ahephaim dan Déhà.



Dari segi sound produksi ianya satu keluaran yang bagus dan kena dengan konsep Lebenssucht. Menghasilkan rakaman yang bersih dan profesional. Terkini dengan penambahan line up terbaru di posisi gitarist iaitu dengan kemasukkan Irleskan (yang masih komited bersama band  Svarta) Lebenssucht semakin maju dengan penyertaan persembahan pentas serata dunia. Mungkin dalam masa yang sama mereka dalam proses penulisan material untuk album sulung.

Ok, setakat ini Fucking My Knife boleh didapati dalam format digital dan limited 200 copies format digipak dikeluarkan oleh Abstruse Eerie Radiance. Hubungi Lebenssucht atau Abstruse Eerie Radiance melalui link disediakan dibawah untuk urusan pembelian.

Lebenssucht - Beloved Depression (Official Music Video)

Lebenssucht
Email
Facebook
Bandcamp
Youtube

Abstruse Eerie Radiance
Bigcartel
Facebook

0 feedbacks: