Loathfinder - The Great Tired Ones (EP2017)

Loathfinder adalah antara unit baru yang agak misteri. Membawa konsep Blackened Doom Metal, band ini cuba menyembunyikan identiti line up nya. Berada dibawah naungan label Godz ov War, band dari Poland ini bakal mengeluarkan "The Great Tired Ones (EP2017)" pada 28 April 2017.

Cover artwork oleh Robert A. von Ritter
Ilustrasi & design oleh Maciej Kamuda.

Tracklist :

I. Genetic Gloom
II. Feast on my Entrails
III. Scents of Regression
IV. The Great Tired Ones

The Great Tired Ones (EP2017) melalui proses mix dan mastering oleh Haldor Grunberg di Satanic Audio. Tiada maklumat tambahan berkenaan rakaman EP ini. Betul2 misteri!

Sepanjang meneliti EP ini, adalah menjadi kebiasaan apabila setiap track kedengaran meleret-leret memandangkan sememangnya Loathfinder berpegang kepada konsep Doom Metal. Feel dan atmosfera keseluruhan EP ternyata punya elemen kegelapan dan kesuraman yang menjadikan ia berada dibawah pengaruh Black Metal. Jauhkan anggapan anda terhadap raja Doom Metal Cathedral kerana Loathfinder lebih evil, kejam, gelap dan beremosi.

Dari segi sound produksi, EP ini kedengaran menarik dengan sound gitar yang tebal, bass berdistortion, drum yang agak organik serta vocal yang mengerikan. Tahap keseimbangan yang baik dan kedengaran jelas kesemua instruments yang dimainkan.


Kepada penggemar irama Doom Black Metal, mungkin Loathfinder boleh menjadi pilihan anda. Irama yang lembap, berat dan evil! Kenali Loathfinder melalui link2 yang kami sediakan dibawah ini.

Loathfinder
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Godz ov War Productions
Email
Website
Facebook
Twitter
Bandcamp

0 feedbacks: