Streams of Blood - Allgegenwärtig (2017)

Streams Of Blood merupakan band beraliran Black Metal yang kini berpengkalan di Frankfurt Germany. Ditubuhkan sekitar 2009 oleh Thymos (Ex-Darkened Nocturn Slaughtercult, Ex-Sargwart, Ex-Engraved) and Tavor (Ex-Engraved) pada tahun yang sama mereka telah merakamkan sebuah mini CD bertajuk Antilife dengan bantuan Torturer (Mor Dagor, Belphegor) di posisi drum. Berlaku beberapa perubahan line up sepanjang kewujudan band ini namun 2 buah album penuh dan sebuah split album telah dikeluarkan dan terkini pada 25 February 2017, Allgegenwärtig yang merupakan album penuh ketiga dikeluarkan dibawah label Folter Records yang turut menaungi mereka untuk album kedua dahulu.

Thymos (Vocal,guitars,bass), Terrorin (Drums)


Tracklist :

1. Stella Nova (Collapse)
2. Corrosion
3. Detox
4. Open your third eye
5. Fusion
6. Man Owes Nature Only Death (Conduct)
7. Regeneration
8. Transformation

Allgegenwärtig (2017) melalui beberapa fasa rakaman berlainan lokasi. Antaranya track drums dirakam di Unleash the Sound, guitar dan bass di Blasphemy Hall, dan vocal serta solo gitar di Turning Key Studio. Proses mixing dilakukan oleh M.S. dan Thymos. M.S turut bertindak dalam proses mastering.

Streams of Blood boleh diklasifikasikan antara band Black Metal yang agak underrated namun pada gua mereka punya konsep music yang merbahaya. Black Metal yang kejam, imej yang ganas serta music yang kental. Dari segi teknikal music, gua lebih ghairah apabila mendengar paluan drum yang benar2 menggila terutama apabila tempo laju dimainkan. Konsisten dan padu! Tone gitar yang besar menampakkan kelainan music bawaan mereka dan gua pasti kombinasi bass yang di distortion kan yang telah menghasilkan tone dari instruments bertali band ini. Vocal dari mastermind band ini, kedengaran tidak keterlaluan tahap kejam nya namun beliau bijak mengawal tone mengikut tempo lagu yang dimainkan.

Streams of Blood - Detox

Stream of Blood boleh dikenali melalui link yang disediakan dibawah. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung dengan Folter Records juga melalui link yang disediakan dibawah.

Streams of Blood
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Folter Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: