Tormentor - Blasting Torment (EP2017)

Kami pernah review demo mereka berjudul Thrash Assault (2013) dimama pada ketika itu ianya hanya dikeluarkan dalam format CDR sahaja. Bakat mereka dikesan oleh sebuah label dari Thailand iaitu Roots Active Productions lantas ianya dikeluarkan dalam format tape secara profesional. Terkini Tormentor, band bakat anak muda dari Tenom, Kota Kinabalu Sabah ini tidak dapat disangkal lagi. Hellforced Records yang berpengkalan di Shah Alam milik gitarist Atomicdeath iaitu Kerry Kaufmann telah mengambil inisiatif mengeluarkan sebuah EP mengandungi 4 buah lagu yang dikeluarkan pada January 2017 dalam format limited tape. Blasting Torment (EP2017) adalah langkah yang sedang diatur oleh Tormentor disamping gig2 yang disertai untuk membuktikan mereka adalah band yang sememangnya patut mendapat perhatian Thrasher2 diluar sana.

Alen (Drums), Jayjay (Vocals/Bass), Unyil (Guitars)

Tracklist :

1 - Kelibat Bangsat
2 - Blasting Torment
3 - Hybrid Children
4 - Human Moron

Blasting Torment (EP2017) melalui 2 peringkat rakaman berasingan dimana Human Moron dan Kelibat Bangsat dirakam pada 9 March 2015, manakala Hybrid Children dan Blasting Torment pada 6 February 2016. Kesemua track melalui proses rakaman dan mastering di BMT Studio, Penampang Sabah.

Tormentor - Kelibat Bangsat

Bermula dengan track menggunakan 100% lirik berbahasa Melayu, apa yang boleh dikatakan Kelibat Bangsat tidak kekeringan idea walaupun ini track setelah 2 tahun Tormentor tanpa sebarang rakaman rasmi. Rakaman yang baek cuma kurang  1 saja iaitu tiada solo. Mungkin lebih menarik jika solo gitar diselitkan untuk track ini.

Blasting Torment agak ribut dari track pertama. Kedengaran makin ghairah dengan adrenalin yang lebih hebat dari permulaan track. Ini track yang agak sedikit melodic walaupun masih dalam tunjang Thrash Metal. Solo gitar yang agak selamat!

Hybrid Children nampaknya lebih menggila dan pasti boleh bikin havoc moshpit jika dimainkan untuk persembahan pentas. Ternyata track ini punya flow dan groove yang bagus. Bersiap sedia crowd jika track ini dimainkan Tormentor dipentas2 gig yang anda hadiri. Ini track pilihan gua!

Human Moron juga sebuah track yang masih rancak dan sesuai dimainkan secara live. Sebuah track yang straight forward dari segi penulisan/komposisi lagu juga lirik. Ok solo gitar kali ini paling feel dan kena dengan mood lagu.

Secara keseluruhan gua masih menaruh harapan tinggi untuk menanti material seterusnya dari Tormentor. Blasting Torment (2017) seperti yang gua katakan diawal review adalah "langkah" seterusnya dari Tormentor untuk menuju destinasi atau target seterusnya. Memandangkan keempat2 track adalah rakaman yang telah dilakukan setahun yang lalu, rasanya terkini Tormentor dalam rangka penulisan lagu2 baru untuk material/release akan datang.

Dari segi teknikal, Blasting Torment masih boleh dibanggakan jika melihat pada usaha dan usia muda mereka. Sukar juga untuk melihat anak muda awal 20an meminati genre Old Skool Thrash Metal dikala dunia dikuasai Modern Metal dengan sound produksi yang meletup-letup. Walaupun ada kedengaran sedikit (5% barangkali) terkucil untuk part vocal dan solo gitar, namun apa yang perlu dimalukan kerana anak2 muda ini mampu menghasilkan lagu2 yang bagus dan mampu menghayati feel klasik yang dilalui band2 lewat 80an dan awal 90an.

Sila berhubung dengan Hellforced Records untuk copies2 terakhir Blasting Torment yang diberitakan sudah hampir sold out. Dapatkan Blasting Torment (EP2017) dengan harga RM15 by hand excluding postage sebelum anda gigit jari. Thrasher2 diluar sana tunggu apa lagi? Takkan nk tengok Tormentor jadi otai baru terhegeh2 nak cari tape ni??? Hahaha

Tormentor
Email
Facebook

Hellforced Records
Email
Facebook
Blogspot

0 feedbacks: