Paganizer - Land of Weeping Souls (2017)

Kepada follower tegar music keras tempatan, pasti akan teringat satu keluaran dari Psychic Scream pada 1999 iaitu album dari band bernama Paganizer bertajuk Deadbanger dimana ini adalah album sulung dari Paganizer setelah band ini diwujudkan pada 1998 (demo pertama juga release pada tahun yg sama). Setelah hampir 20 tahun bergelumang dalam kancah Death Metal dunia, Paganizer yang sememangnya sebuah band yang produktif dengan material2 baru muncul dengan album ke 10 bertajuk Land of Weeping Souls (2017) dibawah label yang sedang berpengaruh dari India iaitu Transcending Obscurity Production. Album ini akan mula dipasarkan pada 1 August 2017.

Rogga Johansson (vocals/guitars)
Kjetil Lynghaug (lead guitars)
Martin Klasen (bass)
Matte Fiebig (drums)

Artwork oleh Daniel "Devilish" Johnsson
Layout oleh Silvester Koorevaar

Tracklist :

1 - Your Suffering Will Be Legendary
2 - Dehumanized
3 - Forlorn Dreams
4 - Land of Weeping Souls
5 - The Insanity Never Stops
6 - Selfdestructor
7 - Death Addicts Posthumous
8 - The Buried Undead
9 - Soulless Feeding Machine
10 - Prey to Death

Keras, berat dan brutal adalah 3 perkataan wajib dinyatakan apabila album ini diputar berkali2. Sejajar dengan usia Paganizer yang menghampiri 20 tahun dan pengalaman teraju utama Rogga Johansson yang sememangnya aktif dengan projek2 band lain yang dianggotainya, membuatkan album ke 10 Paganizer ini kedengaran begitu matang dan aura Death Metal itu begitu tebal dan memenuhi ruang lingkup music ciptaan Paganizer itu sendiri.


Secara keseluruhan, album berdurasi 35 minit ini rata2 setiap track berdurasi 3 minit kecuali track ke 3 yang berdurasi menghampiri 5 minit. Sound produksi yang bagus terang-trangan membuktikan Death Metal adalah pegangan rasmi Paganizer sejak sekian lama. Lebih teliti gua cukup berkenan dengan tone setiap instruments juga vocal berkahak dari Rogga Johansson. Penganut Death Metal yang sukakan aura agresif adalah disarankan memiliki album ini. Anda akan rasakan bagaimana gegendang telinga anda dibedil dengan hentaman drum Matte Fiebig juga riffing2 membunuh dari Rogga Johansson dan Kjetil Lynghaug.

Track merbahaya : Your Suffering Will Be Legendary, Dehumanized, Land of Weeping Souls, The Insanity Never Stops, Death Addicts Posthumous.


Land of Weeping Souls boleh diperolehi dalam beberapa format seperti 12" vinyl (150 copies - green), Gold embossed boxset CD (100 units), jewel case CD (300 units) dan juga boleh dibeli secara online. Sila berhubung secara terus dengan Transcending Obscurity Records untuk sebarang pembelian.

Paganizer
Email
Facebook
Bandcamp
Myspace
Reverbnation

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Peligrosos - Brainwash (EP2017)

Dinyatakan melalui laman facebook, Peligrosos ditubuhkan sekitar 2009 dalam keadaan mereka masih bersekolah, tidak tahu bermain alat muzik namun cita2 bermain band wujud setelah mendengar lagu dari band2 Punk dan Metal seperti Dum Dum Tak dan juga dua band yang aktif dikawasan mereka (Tawau dan Lahad Datu) iaitu Gerodok dan Armados. Juga dinyatakan Peligrosos mula menyertai scene Thrash Metal/Punk sekitar 2012 dan pada penghujung 2016, Peligrosos mula menjejak kaki ke studio untuk rakaman pertama bertajuk Brainwash(EP2017). Material ini release dibawah Nervous Records dalam format kaset.

Acap (Bass), Sepul (Vocal/Guitar), Keong (Drums), Ayen (Lead Guitars)
* line up terbaru adalah Niko (Drum) dan Acai (Bass)

Artwork oleh Reza

Tracklist :

1 - Korupsi
2 - Political Assault
3 - Media So Sial!!!
4 - Demokrasi Pagar Besi

Brainwash (EP2017) menjalani proses rakaman di Setanggi Setang Records, Lahad Datu oleh Munir pada 5 Disember 2016.

Secara keseluruhan apabila tape ini dimainkan berulang kali selama beberapa hari, gua dapat simpulkan beberapa perkara. Pertama akar atau root music Peligrosos lebih menjurus kearah Punk walaupun beberapa riffing dan strok drum berada dalam radar Thrash Metal. Music mereka berada dalam lingkungan Crossover seperti Municipal Waste dan Iron Reagan. Resepi dari 4 lagu EP ini yang dapat gua hidu adalah basic riff straight forward hardcore punk + riffing thrash metal + chorus yang melodic.. Kedua, gua beranggapan Ayen (Lead guitar) dan Keong (Drums) berkemungkinan punya asas music Metal jika diperhatikan pada corak permainan instrument masing2. Ketiga, mungkin pada mula nya gua rasa seakan tidak bersetuju dengan cara pembawaan vocal oleh Sepul, namun apabila tape ini dipaksa cerna gua berpendapat trademark Peligrosos selain pada music crossover nya, ia nya terletak pada cara pembawaan vocal Sepul. Jika lagu2 mereka dinyanyikan oleh penyanyi lain, gua rasa trademark Peligrosos pasti akan berubah dan tidak seperti yang didengar sekarang.

Dari segi sound produksi, Brainwash (EP2017) masih boleh dibanggakan walaupun ianya boleh di "up" lagi hasil nya. Mungkin bajet menghadkan semua ini. Diharap next material Peligrosos mampu menghasilkan mutu (bunyi) rakaman yang lebih meletup.

Feberet track : Political Assault

Brainwash (EP2017) boleh dibeli dengan harga RM12 by hand atau RM20 by postage. Sila hubungi Nervous Records untuk urusan pembelian dan kenali Peligrosos melalui link2 yang kami sediakan dibawah.

Peligrosos
Facebook

Nervhous Records
Facebook

Kreacion - Dying World (EP2017)

Kegilaan genre Thrash Metal nampak gaya nya sukar dibendung dari awal tahun 2017 sehingga menghampiri pertengahan tahun. Antacid, Tormentor, Hereafter, Verminator, Puakerysm dan tidak lupa Kreacion. Dinyatakan menerusi laman facebook, Kreacion ditubuhkan sekitar 2015. Membawa konsep Thrash Metal, gua terlebih dahulu ada melihat beberapa video live mereka di youtube dan nampak Kreacion bukan calang2 band walaupun baru berusia 2 tahun. Terkini Kreacion dengan berani tampil menghasilkan sebuah material bertajuk Dying World (EP2017) dan apabila CD ini menerjah gegendang telinga gua, rasanya ianya adalah bertepatan dan menjadi satu keperluan untuk kami pihak Dissecting the Euphony mempromosikan band ini. Ya mereka perlu di exspose!

 Megat (Drums), Loong (Gitars), Alif (Vocals), Ayie (Guitars), Nizam (Bass)

Artwork & grafik oleh Jae Hee Arch Ov Tyrant & Ayie Kreacion

Tracklist :

1 - The Path (Intro)
2 - Our Awakening
3 - Dying World
4 - War of Dissidence

Dying World (EP2017) melalui proses rakaman di Sound X Studio, Kajang Selangor. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Fifi Filoforce. Ep ini dikeluarkan secara DIY oleh Kreacion.

Track pertama yang bersifat instrumental bertajuk The Path pada gua tidak menjanji apa2 sangat selain track berdurasi 1 minit 45 saat ini masih belum dapat memberi bayangan kepada music ciptaan Kreacion.

Our Awakening pada awalnya masih membawa tanda tanya bagaimana rupa music Kreacion sehingga hampir2 mencecah minit pertama. Wow ekspresi pertama, band ini nampak begitu serius. Thrash Metal mereka berada diantara modern metal namun tunjangnya berada dalam kaedah old skool. Idea komposisi yang bagus dimana beberapa elemen seperti harmoni gitar ada diselitkan dipenghujung2 note untuk bberapa part, solo gitar yang clear, berani dan bersih. Tidak lupa pada kredibiliti vocalist yang jelas mempunyai characteristic yang bagus dengan jeritan dan pembawaan vocal yang mantap. Drum bergerak dengan bagus cuma seakan kurang sedikit umphhh bila gua rasa bass nya sedikit tenggelam.

Adakah telinga gua ada masalah atau entah kenapa gua rasa track kedua Dying World ini sound produksinya ada improvement dari track pertama. Track ini jelas tidak terlalu ribut namun ianya satu komposisi yang bagus dari segi flow song nya. Double gitar solo untuk track ini adalah antara tarikan yang membuatkan gua asyik ulang beberapa kali untuk track ini sahaja. hahahaha..

Track penutup War of Dissidence boleh gua anggap antara track pilihan walaupun startingnya agak rilek. Namun apabila melepasi durasi 0.30, track ini membuktikan kekecohan di mosh pit boleh saja berlaku jika track ini dibawa ketika persembahan pentas. Ribut dan penuh adrenalin dan idea riffing yang jelas pengaruh modern dan old skool yang boleh membawa kepada Iron Maiden dan Trivium. Ok, ini track yang gua pilih sebagai paling gerek!

Secara keseluruhan, Dying World boleh kiranya jika gua ambil sebagai antara keluaran yang bagus untuk pertengahan 2017 untuk genre Thrash Metal walaupun saingan dari release yang juga gila dari Antacid, Verminator, Hereafter dan sebagainya. Gua memuji pemilihan rakaman yang bersih dan terkawal dalam penghasilan EP ini. Sepanjang beberapa kali CD ini diputarkan, jelas nampak Kreacion adalah band yang serius. Menghasilkan music yang bagus bersama pakej rakaman yang rasanya hanya perlu sedikit lagi injection untuk memastikan produk sebegini kedengaran lebih BOOM!!! Apabila tadi gua menyebut material2 local band yang membawa haluan dan tunjang yang sama iaitu Thrash Metal, perlu juga gua tekankan Kreacion agak lari sedikit dari laluan2 band2 yang gua sebutkan tadi. Mereka melalukan "blend" yang cantek dengan ramuan modern dan old skool metal. Ini yang dapat gua hidu dan simpulkan berkenaan EP ini.

Dying World (EP2017) boleh diperolehi dengan harga harga RM15 by hand dan RM22 by postage. Sila hubungi Kreacion melalui email atau laman facebook mereka untuk sebarang urusan pembelian. Support Kreacion untuk memastikan akan ada lagi material2 yang bakal menjahanamkan gegendang telinga anda pada masa akan datang!

Kreacion
Email
Facebook

Gemuloh - Betrayed (EP2017)

Secara tiba2 band bernama Gemuloh yang membawa maksud "arwah" (diambil dari bahasa Kelantan) muncul bersama sebuah EP bertajuk Betrayed. Line up band ini pernah terlibat bersama beberapa band seperti Diman, Killer Corpse, Nronicu dan Humiliation. Mereka adalah Khirol (Vocals), Matt (Guitars), Afe (Bass) dan Zalie (Drums). Betrayed (EP2017) dikeluarkan oleh Gedebe Rekords. Old School Death Metal adalah pegangan Gemuloh dan adakah ianya dibayangi band2 yang pernah dianggotai mereka terdahulu atau sebaliknya harus ditelaah melalui EP ini.

Cover artwork oleh Raul Fuentes
Layout oleh Insomniac Lab

Tracklist :

1 - Left to Die
2 - Unwanted War
3 - Betrayed
4 - Painful Death

Betrayed (EP2017) melalui proses rakaman di Hotsound Studio, Kuala Lumpur. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Ahmad Zahid di Studio Mixing Audservatory. EP ini diterbitkan oleh Gemuloh sendiri.

Siren kecemasan sebagai intro sebelum irama berdistorsi muncul untuk track pertama berjudul Left to Die. Wow ekspresi pertama, sound instruments agak old skool dan konsep lagu yang mengimbas zaman2 klasik Death Metal mid tempo yang susah nak lari dari wira2 dunia seperti Bolt Thrower dan Benediction.

Unwanted War jelas memberi pengertian Gemuloh lebih bersedia dan attack drum untuk track ini jelas terkawal. Mungkin antara track yang best kerana agak heavy dan rancak untuk sesetengah bahagian.


Betrayed yang dijadikan promo EP ini melalui lirik video diatas adalah penjelasan kewujudan dan hasil serta konsep music Gemuloh. ia lebih menceritakan arah music serta tema lirik yang masih kearah peperangan. Satu tema yang masih tidak dapat lari untuk genre Death Metal Sekolah Lama ini.

Track terakhir Painful Death seawal lagi jelas berbunyi "kuno" dengan riffingnya. Masih kental dengan konsep seperti track2 terdahulu. Sebuah track yang gua rasa agak solid komposisi nya. Solo gitar paling feel dari sekalian track.

Secara keseluruhan, jelas tiada masalah bagi Gemuloh dalam mengadaptasi konsep Old School Death Metal dalam katogeri mid tempo ini memandangkan kesemua line up jelas pernah bersama antara satu sama lain melalui band2 terdahulu yang pernah mereka anggotai. Pakej lengkap dan tidak memerlukan pertikaian berkenaan konsep pilihan Gemuloh sebagai music direction mereka. Mereka tahu, faham dan sedia maklum inti dan rencah genre yang mereka perjuangkan.

Dari segi sound produksi, Gemuloh boleh dibezakan dengan band2 seangkatan melalui sound yang lebih klasik dan organik. Ya perlu gua highlight perkataan "organik" kerana ianya jelas boleh didengari untuk sekalian track terkandung. Tone gitar yang tidak terlalu berat dan sesuai jugak tone yang seakan kekurangan gain ini diblend bersama lemak tone bass dan organik sound dari instrument drum. Ini betul2 sound root dan seakan kembali ke era awal 90an.

Gemuloh - Betrayed (Ep2017) boleh diperolehi dengan pembelian pada harga RM15 by hand atau RM22 by postage denganmenghubungi Gedebe Rekords melalui link yang kami sediakan dibawah. Support Gemuloh kerana mereka antara pejuang masih percayakan Old Skool Death Metal dikala seakan cendawan wujud band2 Modern Metal selari dengan peredaran zaman digital ini. Ok, jika ada yang mahukan perbezaan music dengan band2 yang pernah dianggotai line up Gemuloh sebelum ini, gua rasa satu perkara yang perlu gua katakan (sebenarnya dah sebut di perenggan diatas) Gemuloh lebih "organik" dari apa yang pernah mereka keluarkan bersama band2 terdahulu. Ingat!!! Organik!!!

Gemuloh
Email

Gedebe Rekords
Email
Facebook

Thy Regiment - Iron Heart (EP2017)

Thy Regiment merupakan antara jentera penggerak scene Hardcore tempatan selain beberapa nama kental lain seperti Restraint, KOTM, Second Combat dan lain2 lagi. Gua antara pendengar music dari Thy Regiment sejak demo EP Mindbleed sekitar 2008 dahulu. 7 tahun selepas kelahiran album sulung Forgive & Forget (2010), mereka tampil dengan sebuah material terbaru bertajuk Iron Heart (EP2017) yang menyenaraikan 5 track terbaru bersama 2 track dari Mindbleed EP beserta sebuah track yang diambil dari kompilasi Give & Take dari Nervous Records. Iron Heart (EP2017) dikeluarkan oleh Terr-Records.

 Kenix (Bass), Minn (Drums), Alwee (Vocals), Kaza (Guitars), Azam (Guitars)

Artwork oleh Minn
Layout design oleh MeaMozarella

Tracklist :

1 - Uprising
2 - Stomper
3 - Never Look Back
4 - Get Away From Me
5 - Iron Heart
6 - Chaotic (Debut from Mindbleed EP2008)
7 - Blind Conspiracy (Debut from Mindbleed EP2008)
8 - Nothing Fear (Compilation Give & Take 2012)

Iron Heart (EP2017) melalui proses rakaman di MC16 Studio. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Senndart. Dinyatakan track bass untuk EP ini dimainkan oleh Akmal dari band T.I.M.

EP ini pantas bernada keras sedari track pertama lagi yang bertajuk Uprising. Jika diteliti dan dibandingkan track terbaru ini dengan previous material mereka, ternyata Thy Regiment masih utuh dan kental bersama pegangan Hardcore yang keras dan berat sama seperti apa yang mereka pernah lakukan sebelum ini. Cuma sebagai pendengar awal Thy Regiment, kelainan hanyalah pada sudut vocal dimana Alwee merupakan vocalist baru yang menggantikan vocalist terdahulu yang lebih kepada teknik growl. Pada gua Alwee punya keistimewaan yang mana cara penyampaian vocalnya menjadikan music Thy Regiment kedengaran kembali kepada Hardcore yang sebenar.


Track kedua bertajuk Stomper yang diberi preview awal melalui lirik video jelas menunjukkan bagaimana penampilan Thy Regiment beserta music terbaru mereka. Track ini tetap berat, keras dan kental dan pasti bakal menyaksikan aksi body slam apabila dimainkan diatas pentas.

Gua sedari juga bermula dari track ketiga ini, Thy Regiment seakan menambah injeksi keatas music mereka. Mungkin strategi susunan track yang sengaja dibuat yang menuju lebih berat mengikut track2 secara berturutan. Never Look Back mungkin paling ternyata perisa Hardcore nya jika dilihat dari kesemua track.

Get Away From Me pada startingnya mengingatkan gua pada sebuah track ciptaan Robb Flynn dari Machine Head yang dinyanyikan oleh Max Cavalera bertajuk Independent (Voice of the Voiceless) dalam projek Roadrunner United. hahaha.. Ok, itu hanya starting sahaja, apabila verse pertama menjengah, seperti yang gua katakan diperenggan diatas, kekentalan dan kekerasan semakin menjadi2. Sudah hampir seakan mendengar produk bergenre Metal.

Iron Heart yang merupakan tajuk kepada EP ini merupakan antara track yang paling chaos. Pengaruh Slayer paling jelas dapat gua hidu melalui beberapa riffing namun Thy Regiment bijak mengolah track ini dan memastikan ianya kekal dalam konteks Hardcore itu sendiri. Ini track pilihan gua!

Tiga buah bonus track yang mana 2 daripadanya diambil dari Mindbleed EP sebenarnya seakan menyembunyikan konsep EP itu yang pada gua agak lari dari ketipikalan genre Hardcore pada ketika itu. Ya, jika dihadam kesemua track melalui EP tersebut tak salah jika gua katakan EP tersebut lebih bersifat Tribal Hardcore. Ok, sapa yang ada CD EP tersebut akan memahaminya.

Secara keseluruhan seakan tidak puas apabila CD ini diputarkan. Thy Regiment punya formula sendiri dalam penulisan lagu2 mereka. Jelas mereka bijak dalam melarikan diri dari dibanding dan disamakan dengan band2 hardcore tempatan lain walaupun masing2 berusaha menghasilkan music yang paling keras dan kental sehingga Hardcore itu mencecah ke arah Metal.

Dari segi sound produksi, ternyata hasil tangan Senddart yang merupakan drummer Daarchlea, perlu diberi perhatian. Ianya terbukti meletup! Tiada komplen berkenaan sound produksi dan ianya perfect dan mampu menyaingi sound2 produk luar negara. Ok, CD EP ini boleh jual luar!


Akhir kata, penggemar Hardcore kental, keras dan bersifat "heavy" anda perlu dapatkan EP ini. Kepuasan boleh dirasai sepanjang CD ini dimainkan. Cuma gua x puas cuma ada 5 lagu baru sahaja yang membantai gegendang telinga gua. Gua harap Thy Regiment bakal menghasilkan album penuh kedua pula selepas ini. Dapatkan Iron Heart (EP2017) dengan harga RM20 by hand untuk CD. EP ini juga dikeluarkan dalam format kaset. Hubungi Glord Records atau Terr-records untuk copy anda.

Thy Regiment
Email
Facebook
Twitter
Instagram

Terr-Records
Email
Facebook

Glord Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Verminator - Fatal Devastation (2017)

Demam Thrash Metal suku pertama menuju pertengahan 2017 nampak gayanya semakin menjadi2. Belum reda dengan penangan hangat Hereafter melalui album Insignia, kini sebuah band dari pantai timur iaitu Verminator muncul secara tiba2 dengan sebuah album bertajuk Fatal Devastation (2017). Jika diperhatikan line up band ini pasti ada yang mencuri perhatian apabila line up band2 ini terlebih dahulu pernah menganggotai beberapa band seperti Nosferiel, Dysgusted dan Suffer Remains yang memang dari Terengganu. Fatal Devastation, album berakar tunjang Thrash Metal ini diedarkan sendiri oleh Verminator.

 Neoroth (Drums), Yoe Firestorm (Vocals/Guitars), Jim Reinicen (Bass/Vocals)

Artwork & layout oleh Jong

Tracklist :

1 - Watchword (Instrumental)
2 - Death Population
3 - Sadistic Souls
4 - The Evil In Your Head
5 - Verminator (Instrumental)
6 - Fatal Devastation
7 - Icon of Infidel
8 - Nature Disappeared

Fatal Devastation (2017) melalui proses rakaman di Erylasia Studio, Kuala Terengganu. Track drum pula dirakam di Musica Studio. Erylasia turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.

Watchwod yang merupakan track instrumental pembuka laluan untuk album ini seakan mengingatkan pada album Sepultura intro Beneath The Remains. Ianya tidak meleret panjang hanya berdurasi 1 minit sebelum Death Population membawa kepada ritma Thrash Metal. Ekspresi pertama menunggu sehingga vocalist melaungkan suara agak lama, dan apabila verse pertama menyusul ianya sememangnya ribut dengan riffing yang benar2 penuh rencah Thrash Metal bersama vocal yang memang ngam untuk genre ini. Sodom, Kreator, Destruction pasti antara pendorong kepada penulisan material Verminator. Opsss sebelum ke penghujung track, tergamam jugak gua dengan kemampuan Yore Firestorm yang mampu menghasilkan solo gitar maut, sama maut seperti beliau membedal drumset bersama Nosferiel. Sadistic Souls sekali lagi mengingatkan pada Sepultura tapi pada Innerself untuk starting nya. Ya ini track antara yang ribut juga sebenarnya. Keributan ini disambung kepada track seterusnya The Evil In Your Head dan Verminator yang merupakan sebuah instrumental yang masih kencang tahap Thrash Metalnya membuatkan gua sedikit hairan mengapa track berdurasi 4 minit 10 saat ini tiada vocal mengiringnya. Fatal Devastation yang merupakan title album ini jelas pengaruh Sodom yang kuat. tidak terlalu ribut track ini namun masih teguh pengaruh old skoolnya. Icon of Infidel menggila setelah melepasi durasi minit pertama. kedengaran agak Teutonic Metal dan track ini ada kuasa adrenalin yang tinggi jika dimainkan secara live. Rancak dan mengingatkan pada Kreator lama! Track penutup Nature Disappeared menyaksikan Jim selaku pemain bass melontarkan vocalnya. Boleh tahan juga cara penyampaian vocal beliau.

Sepanjang CD ini diputar, gua berpendapat ini merupakan antara produk yang pasti disukai kaki2 Thrash Metal lama tidak kira yang masih baru menilai dan mendengar album2 Thrash klasik atau pendengar yang sudah berumur. Berpegang kepada elemen old skool Thrash Metal, meletakkan Verminator antara band2 yang patut diberi perhatian dan sememangnya keberanian menghasilkan album penuh walaupun mereka antara band baru harus diberi pujian yang tinggi. Verminator ternyata punya music direction dan konsep yang sudah berjaya dipegang mereka walaupon bertunjangkan irama Thrash Metal yang sudah lama bertapak dalam dunia music keras dunia.

Dari segi sound produksi, gua berpendapat kemungkinan sound sebegini adalah apa yang dikehendaki Verminator. Sound gitar yang tidak terlalu "tebal' dan tidak "bingit'. Masih kuat menjurus kepada sound2 lama dan bass yang secukup rasa pada tone nya. Mungkin gua sedikit tak puas untuk tone drum yang mana hihat seakan rendah level bunyi nya. hahaha.. Snare yang jelas bunyinya mungkin untuk membawa feel klasik Thrash Metal.



Untuk mendapatkan album ini sila hunungi Verminator melalui email atau facebook mereka yang kami sediakan dibawah. Harga pembelian adalah RM25 by hand atau RM30 by postage. Adakah 2017 tahun kebangkitan Thrash Metal dengan penghasilan material2 dari Antacid, Hereafter dan Verminator? Mungkin ya.. rasai lah gegaran Thrash Metal buatan tempatan!

Verminator
Email
Facebook

MRTVI - Negative Atonal Dissonance (2017)

MRTVI adalah satu projek one men band dari UK/Serbia. Mastermind bagi MRTVI ialah Damjan Stefanovic. Beliau juga merupakan pemain drum kepada band Sarah Jezebel Deva. Membawa konsep experiment yang agak melampau namun dinyatakan berada dalam landasan Black Metal. Negative Atonal Dissonance (2017) merupakan release kedua selepas Perpetual Consciousness Nightmare (2015) dan ianya secara rasmi akan dikeluarkan pada 30 July 2017.


Tracklist :

1 - As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 1
2 - As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 2
3 - Negative Atonal Dissonance

Track pertama As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 1 boleh dikatakan sebagai intro walaupun ianya meleret sehingga 7 minit. Tanpa sebarang bunyian dari gitar, bass dan drum, track pertama ini totally menggunakan sound sample yang di manipulasi secukupnya.

As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 2 adalah track bermuzik yang berdurasi 12 minit 50 saat. Adakala ianya kedengaran seperti material Industrial namun ianya kelam dan gelap.

Negative Atonal Dissonance yang merupakan track terakhir lebih gila dengan durasi sepanjang 20 minit 53 saat.

Walaupun kedengaran agak kelam kabut dan bercelaru, mungkin Damjan Stefanovic punya motif mencari originality dalam konsep direction MRTVI. Music yang boleh gila juga dan mungkin mudah difahami oleh orang gila hahaha.. Dinyatakan oleh MRTVI, Negative Atonal Dissonance sebenarnya bukanlah album tetapi adalah material yang membawa pertembungan beberapa elemen antara melodi, emosi dan pengaruh2 lain. Sesuatu yang rasanya tidak semua pendengar boleh menerima music sebegini.

Kepada fans Deathspell Omega, Portal, Oranssi Pazuzu, Plasmodium, Black Funeral, Blut Aus Nord dan Norse mungkin dapat memahami intipati music MRTVI. Avant garde dan experimet yang melampau. Boleh jadi bakal diangkat atau bakal menerima kutukan dari pendengar. Semua itu subjektif. Cuba dengar dan hadam.

Kenali MRTVI melalui laman sesawang yang disediakan dibawah. Juga untuk sevarang pembelian, Negative Atonal Dissonance (2017) dikeluarkan secara limited 100 copies digipak sahaja. Hubungi Transcending Obscurity Productions untuk koleksi music2 pelik anda.

MRTVI - Negative Atonal Dissonance (2017) - Album teaser

MRTVI
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Production
Email
Official Website
Facebook

Dead Earth Politics - The Mobius Hammersmith (EP2017)

Dead Earth Politics merupakan band yang membawa genre Thrash/Groove Metal dari Austin, Texas USA. Ditubuhkan sekitar 2005, band ini telah menghasilkan 2 buah EP dan sebuah full length dan pada 5 March 2017, mereka tampil dengan sebuah material terbaru bertajuk The Mobius Hammersmith (EP2017) dimana ianya berada dibawah label Pavement Music. Sebagai mukadimah, Dead Earth Politics disenaraikan sebagai Best Metal Band (2012-2016) untuk Austin Music Award.

 Aaron (Guitars), Mason (Drums), Tim (Guitars), Ven (Vocals), Lennis (Bass)  


Tracklist :

1 - Runescarred
2 - The Mobius Hammersmith
3 - Balancing Broken Scales
4 - Wretched Things
5 - Broad Wings & Distant Shores

The Mobius Hammersmith (EP2017) boleh didefinisikan sebagai pertembungan Old Skool dan Modern Metal. Groove yang pelbagai, technical playing juga idea pelbagai di blend untuk menghasilkan komposisi yang baik. pengaruh dari Iron Maiden, In Flames, Metallica sehingga Lamb of God boleh dihidu dalam penciptaan lagu2 mereka.

Musicwise, Dead Earth Politics sememangnya punya idea yang pelbagai disamping skill permainan instruments setiap line up. Dari vocal hebat dari Ven yang mampu menyanyi dengan baik, juga jeritan2 nya yang terkawal mengingatkan gua kepada James Hetfield (Metallica) sehingga kepada Björn "Speed" Strid (Soilwork). Ven ternyata antara penyumbang kepada kekuatan vocal band ini. Kedua2 gitarist juga bijak menghasilkan riffing serta solo dan kadangkala kedengaran harmonic chords dimainkan sesama mereka. Bass yang cuba menyaingi permainan gitar dan drummer juga ternyata punya pelbagai idea dan strok untuk di apply kedalam komposisi lagu2 mereka.

Dari segi sound produksi, The Mobius Hammersmith (EP2017) boleh dikatakan antara produk yang bagus untuk sound akhir nya. Keseimbangan, kepaduan dan kesempurnaan adalah antara perkataan yang patut gua sebut apabila beberapa kali EP ini dimainkan.


Kenali Dead Earth Politics melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video rasmi mereka bertajuk "Runescarred".

Dead Earth Politics - Runescarred (Official Music Video)

Dead Earth Politics
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Twitter
Reverbnation
Myspace

Pavement Music
Email
Official Website
Facebook

Guerra Total - Nihilistic Malthusian Manifesto (The Ouroboros Cosmic Indifferentism) - 2017

Bermula sekitar 1997 dengan nama Dark Dragon dan bertukar kepada Eternal Dakr sebelum nama Guerra Total digunakan secara rasmi pada 2002, band dari Bogotá, D.C., Cundinamarca Colombia ini terlebih dahulu telah menghasilkan sebuah demo pada 2008, sebuah EP, 5 split album dan 7 buah album penuh. Pada 17 February 2017, dibawah label dari Mexico iaitu Iron, Blood and Death Corporation, band yang berkiblatkan Black/Thrash ini telah menghasilkan album ke 8 bertajuk Nihilistic Malthusian Manifesto.

 Deathfiend (Guitars), Jordicaz (Vocals), Demonslaught (Bass, Keyboards, Theremin, Vocals), Naberius (Drums)


Tracklist :

1 - Overture - Endymion - Selene
2 - Universal Misanthropolis
3 - Nuclear Ancient Ritual
4 - Nihil Malthusian Catastrophe
5 - Interludium - Osario de Palonegro
6 - Metaphysical Solipsism
7 - Marching towards the beyond
8 - Bethlehem Zombie God
9 - Cthulhu’s Reign (Posesión III)
10 - Nyarlathotep (The Black Pharaoh)
11 - Postludium- Live Fast, Die Old
Kepada penggemar Black/Thrash Metal, Guerra Total adalah sesuatu yang perlu berada dalam senarai anda. Permainan yang pantas, bertenaga dan straight forward. Gua dapat menghidu pengaruh2 berbeza dari Sepultura (Bestial Devastation  & Morbid Vision) sehingga ke Impaled Nazarene. Elemen Speed Heavy Thrash Metal juga jelas boleh didengar sepanjang album ini dimainkan.

Seperkara yang perlu dinyatakan walaupun Guerra Total menjurus kearah Old Skool, mereka jelas berani bereksperimen dengan memasukkan unsur2 musical lain seperti percussion untuk track "Cthulhu’s Reign (Posesión III)", bossa nova untuk track "Interludium - Osario de Palonegro", dan solo keyboard seperti yang biasa boleh didengar dalam lagu2 Speed dan Epic Symphonic Metal untuk lagu "Metaphysical Solipsism".

Sound produksi album ini masih berada dalam kualiti yang baik. Tidak terlalu raw dan tidak terlalu bersih dan sound sebegini ternyata berjaya meletakkan Guerra Total berada dalam konsep Black/Thrash Metal tanpa ragu2. Dan sepanjang pemerhatian dan pendengaran gua, sound2 sebegini masih releven untuk material2 dari kelompok negara2 Colombia, Peru dan seangkatan.

Kenali Guerra Total melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Juga boleh berurusan untuk sebarang pembelian melalui band atau label Iron, Blood & Death Corporation. Layan dulu track2 didalam album ini melalui pautan dari bandcamp mereka di bawah ini.


Guerra Total
Email
Facebook
Reverbnation
Soundcloud

Iron, Blood and Death Corporation
Email
Website
Blogspot
Facebook
Bandcamp

Pure Wrath - Ascetic Eventide (2017)

Sekitar pertengahan 2016 sehingga suku pertama 2017, gua sudah mula kembali cuba mendengar material band2 dari Indonesia yang agak lari dari pendominasian genre Brutal Death yang ternyata tumbuh tanpa sebarang batasan. Mungkin genre tersebut punya pasaran dan menjadi kegilaan di Indonesia dengan ciri music yang keras, kental dan menguji kemampuan manusia untuk tahap kelajuannya. Gua berjaya menyelongkar beberapa band berpotensi yang lari dari genre Death Metal dan seangkatan dan menjumpai beberapa band yang punya potensi besar dan perlu di expose untuk kualiti yang mereka ada seperti Vallendusk, Fromhell yang mana album2 mereka sudah berjaya mendapat perhatian label Eropah untuk urusan produksi. Pada 20 February 2017, dibawah label Hitam Kelam Records, one men band bernama Pure Wrath telah menghasilkan sebuah full length bertajuk Ascetic Eventide (2017). Dengan memegang genre Atmospheric Black Metal, gua berpendapat album dan juga band ini adalah sangat bagus dari segenap aspek dan saranan gua, sila dapatkan copy untuk anda memandangkan ianya hanya dikeluarkan sebanyak 500 copies sahaja untuk format CD, 300 copies vinyl dan 100 copies kaset disamping pembelian secara digital.

Ryo - everythings..

Artwork oleh Aghy Purakusuma
Design/Layout oleh Yogga Beges

Tracklist :

1 - Colourless Grassland
2 - Mountain Calls
3 - Clouds Retiring
4 - In Cold World
5 - Pathetic Fantasies
6 - Between Water and Winds

Ascetic Eventide (2017) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Insidious Soundlab, Indonesia sekitar September sehingga December 2016. Kesemua instrument dimainkan oleh Januaryo Hardy.

Jujur gua katakan sukar untuk membuat review satu persatu track2 terkandung didalam album ini. So gua simpulkan album ini merangkumi track2 yang berdurasi panjang sekitar 5 ke 8 minit. Music Pure Wrath secara am nya boleh menyaingi atau setanding kehebatan Vallendusk dan Fromhell. Mungkin tepat jika gua katakan Ascetic Eventide adalah album bergenre Black Metal yang punya roh dan jiwa yang gelap namun punya kekuatan dari segi melodi yang "indah" (sila dengar sendiri dan mungkin anda akan bersetuju dengan pendapat gua). Penggunaan perkataan "Atmospheric" untuk melabel genre Black Metal bawaan Pure Wrath juga bertepatan dengan latar2 bunyi dari synth/keyboard. Ia seakan membawa satu perasaan menuju kedalam mesej yang cuba disampaikan melalui setiap track.

Dari segi sound produksi, ianya sangat perfect untuk konsep sebegini. Bersih dan mixing yang punya keseimbangan yang bagus dimana setiap instruments mampu didengar apa yang dimainkan. Ya Indonesia ternyata sudah maju jauh dalam hal ehwal kualiti bunyian rakaman.

Ascetic Eventide boleh diperolehi dengan menghubungi band atau label2 pengeluar seperti dinyatakan dan kami menyediakan link2 berkaitan untuk urusan pembelian. Kenali Pure Wrath juga melalui link2 yang disediakan. Sebelum tamat review, kami memuatkan preview album yang boleh di stream melalui bandcamp mereka. Ini bukan sebarangan produk!


Pure Wrath
Facebook
Bandcamp
Youtube

Hitam Kelam Records
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram

Throat Production
Email
Facebook
Twitter
Bandcamp

Steel - Fear IS A Liar (EP2017)

Jika dilihat pada setiap line up, Steel boleh dikatakan antara band yang cukup gah dari segi pengalaman music masing2. Mereka terdiri dari beberapa pemuzik yang pernah dan masih bergiat dalam beberapa band seperti Antacid, Nuclear Strike, Bloodshed, Hotbrains dan Samudera. Asas Rock dan Heavy Metal yang kuat antara line up membuatkan Steel bergerak agak kehadapan dan berani mengharungi permintaan persembahan pentas walaupun hanya baru menghasilkan sebuah material secara fizikal iaitu Fear Is A Liar (EP2017). EP ini diterbitkan oleh Madratts Entertainment Malaysia.

Aian Pees (Drums), Fit Hotbrains (Bass), Muzam Steel (Vocals), Rexx Strike (Guitars)



Tracklist :

1 - Fear Is A Liar
2 - Return of the King
3 - Aku & Kenangan (Malay Version)

Fear Is A Liar (EP2017) melalui proses rakaman di Metal Force Studio, Kajang dimana Jun Jun merupakan producer dan dibantu oleh Rexx dan Steel sendiri. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Steel.

Track pengenalan bertajuk Fear Is A Liar kental benar semangat Rock/Heavy Metal nya. Hahaha.. Bersesuaian dengan konsep Steel, ianya tidak terlalu ribut dan ada flow nya walaupun berada pada landasan Heavy Metal. Mengingatkan pada Hammerfall pula apabila mendengar sesetengah riffing part untuk track ini. Sesuai sekali menjadi track pembukaan kerana ia menaikkan semangat dan mampu mengimbau nostalgia zaman Rock 80an.

Return of the King adalah sebuah track ballad yang jika anda pembaca pernah melalui zaman Rock Kapak, pasti akan dapat mendengar track perlahan sebegini yang dimuatkan dalam setiap album. Steel membawa kembali kenangan sebegini melalui Return of the King. Melalui track ini, jelas kekuatan dan kemampuan Muzam mengalunkan melodi vocal dengan baik. Ya Muzam bukan sebarang, masakan beliau dipilih menggantikan Rosdan suatu ketika dahulu untuk memacu posisi vocalist untuk band lagenda itu.

Track terakhir bertajuk Aku & Kenangan barangkali akan dinyanyikan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk EP ini, Steel menggunakan bahasa ibunda, mungkin untuk memancing pasaran music tempatan dan airplay melalui corong2 radio. Ya, track ini kedengaran lebih segar dan santai. Sebuah track yang boleh "jual" sebenarnya.

Secara jujurnya, apabila gua pertama kali mengetahui akan kewujudan Steel melalui pacuan google, youtube dan facebook mereka, gua dapati Steel punya perancangan yang agak jauh dan kerjasama label mereka Madratts telah memeterai kontrak rakaman bersama label dari Italy iaitu Defox Records untuk urusan pemasaran fizikal dan digital album. Info yang gua dapat, full length Steel akan muncul dalam tahun ini juga.

Ok, kembali kepada EP ini, secara teknikalnya terma paling sesuai untuk konsep Steel adalah Traditional Heavy Metal (juga disebut oleh Defox Records dalam web mereka). "Jiwa" Heavy Metal memang jelas pada setiap line up dan pemilihan penubuhan Steel dikira 1 pakej lengkap kepada mereka juga label Madratts. Dari segi sound produksi, ianya kedengaran agak "warm" mungkin menggunakan kaedah analog ketika sesi rakaman (mungkin!). Jika didengar secara teliti ini mungkin bukan hasil terbaek dari Steel dan gua rasakan full length mereka nanti pasti akan lebih melalui proses yang penuh ketelitian memandangkan ianya akan dipasarkan ke seluruh dunia.

Ok, kepada penggemar Rock/Heavy Metal lama, jangan lupa dapatkan CD ini dan pakej beserta t-shirt turut boleh diperolehi dengan menghubungi admin facebook Steel. Kenali dan support Steel dengan menjengah ke link2 yang kami sediakan dibawah.

Steel - Live at Rockstage 2017, Singapore

Steel
Facebook

Madratts
Email
Website
Twitter 
Facebook 

Mortuary Ancestor - Mortuary Ancestor (EP2017)

Veteren Death Metal dari Sabah ini antara band yang semakin menggila dengan irama Death Metal nya saban hari. 5 tahun selepas kelahiran Doctrine of Hatred (EP2012), terkini masih dibawah Earblast Records, menggunakan nama band Mortuary Ancestor (EP2017) release pada 10 April 2017. Mempertaruhkan 6 buah tracks, trio ini masih mengekalkan Death Metal yang kental untuk menjahanamkan gegendang telinga pendengar.

Aril Corpsevomit (Drums/Guitars), Magoth (Vocals), Emen Pain (Guitars/Bass)

Artwork oleh Ironworx Grafix

Tracklist :
1 - Ritual
2 - Occult and Mysticism
3 - The Serpent Stone
4 - Flames of Inherit
5 - Meditation
6 - Embrace the Madness

Mortuary Ancestor (EP2017) melalui proses rakaman di dua buah studio berasingan dimana track drum melalui rakaman di B.M.T Studio manakala track2 selebihnya dilakukan di Route 33 Studio sekitar 8 Oktober sehingga 10 December 2017. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Tajul.

Intro bertajuk Ritual kedengaran agak "suspend" dan ianya meberi tanda tanya dan membuatkan sedikit rasa tak sabar untuk mendengar bagaimana distortion, blastbeat dan pekikan untuk track seterusnya.


Occult and Mysticism dari awal lagi sudah mula blasting dan attack menggila disamping riffing yang mencengkam! Death Metal dari Mortuary Ancestor ternyata menggegarkan. Pengaruh Morbid Angel dan Suffocation dapat dihidu dari riffing2 terkandung dalam track ini. Magoth selaku vocalist ternyata memberikan ngauman yang garang sepanjang track!

Track kedua The Serpent Stone nampaknya lebih menggila dan tidak meninggalkan sebarang ruang. Sekali lagi gua mengatakan tempias pengaruh Morbid Angel sangat kuat dalam penulisan track ini. Lebih menarik track ini menampilkan double solo gitar dari kedua2 gitarist.

Flames of Inherit yang bermula dengan sedikit sound sample pada awal track tidak meleret lama. Apabila kuasa distortion menguasai track, ternyata Death Metal kental adalah apa yang bakal membedil gegendang telinga. Sekali lagi duo solo menarik dimainkan sebelum magoth mengakhiri dengan ngauman beliau.

Sebuah track yang agak merehatkan gegendang telinga setelah dibedil 3 buah track bernadi Death Metal. Meditation adalah instrumental yang memperlihatkan permainan solo gitar dari Mortuary Ancestor.

Track terakhir Embrace the Madness masih kekal dengan kekerasan seperti mana 3 track awal. Masih jitu dengan penangan Death Metal.

Sedari awal gua memang sudah melabel Mortuary Ancestor sebagai Morbid Angel Malaysia. EP self-title ini nampak lebih garang dari release terdahulu. Rakaman yang lebih baik dan gua pasti EP ini kedengaran lebih jitu dan keras. Istilah "keras" pada EP ini lebih terserlah melalui tone gitar yang dimainkan kedua2 line up. Mereka benar2 berbakat dan dentuman drum oleh Aril yang turut membanting bersama Necromation (satu band yang gua harap akan ada album terbaru dari mereka yang punya music ala Cannibal Corpse) turut mampu bermain gitar dengan bagus serta berkemampuan memainkan solo-solo yang menggigit. Emen Pain yang sebelum ini bermain bass juga bagus diposisi gitarist dan Margoth selaku peneraju dari awal penubuhan Mortuary Ancestor ternyata tahu apa yang wajib ada dalam rencah Pure Death Metal garapan Mortuary Ancestor.


Self-title EP ini dikeluarkan dalam format CD dan kaset. Ianya dijual dengan harga RM15 by hand bagi kedua2 format. Kenali Mortuary Ancestor dan support mereka dengan membeli EP ini dengan berhubung terus dengan Earblast Records melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Mortuary Ancestor
Facebook

Earblast Records
Email
Facebook
Soundcloud