Gemuloh - Betrayed (EP2017)

Secara tiba2 band bernama Gemuloh yang membawa maksud "arwah" (diambil dari bahasa Kelantan) muncul bersama sebuah EP bertajuk Betrayed. Line up band ini pernah terlibat bersama beberapa band seperti Diman, Killer Corpse, Nronicu dan Humiliation. Mereka adalah Khirol (Vocals), Matt (Guitars), Afe (Bass) dan Zalie (Drums). Betrayed (EP2017) dikeluarkan oleh Gedebe Rekords. Old School Death Metal adalah pegangan Gemuloh dan adakah ianya dibayangi band2 yang pernah dianggotai mereka terdahulu atau sebaliknya harus ditelaah melalui EP ini.

Cover artwork oleh Raul Fuentes
Layout oleh Insomniac Lab

Tracklist :

1 - Left to Die
2 - Unwanted War
3 - Betrayed
4 - Painful Death

Betrayed (EP2017) melalui proses rakaman di Hotsound Studio, Kuala Lumpur. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Ahmad Zahid di Studio Mixing Audservatory. EP ini diterbitkan oleh Gemuloh sendiri.

Siren kecemasan sebagai intro sebelum irama berdistorsi muncul untuk track pertama berjudul Left to Die. Wow ekspresi pertama, sound instruments agak old skool dan konsep lagu yang mengimbas zaman2 klasik Death Metal mid tempo yang susah nak lari dari wira2 dunia seperti Bolt Thrower dan Benediction.

Unwanted War jelas memberi pengertian Gemuloh lebih bersedia dan attack drum untuk track ini jelas terkawal. Mungkin antara track yang best kerana agak heavy dan rancak untuk sesetengah bahagian.


Betrayed yang dijadikan promo EP ini melalui lirik video diatas adalah penjelasan kewujudan dan hasil serta konsep music Gemuloh. ia lebih menceritakan arah music serta tema lirik yang masih kearah peperangan. Satu tema yang masih tidak dapat lari untuk genre Death Metal Sekolah Lama ini.

Track terakhir Painful Death seawal lagi jelas berbunyi "kuno" dengan riffingnya. Masih kental dengan konsep seperti track2 terdahulu. Sebuah track yang gua rasa agak solid komposisi nya. Solo gitar paling feel dari sekalian track.

Secara keseluruhan, jelas tiada masalah bagi Gemuloh dalam mengadaptasi konsep Old School Death Metal dalam katogeri mid tempo ini memandangkan kesemua line up jelas pernah bersama antara satu sama lain melalui band2 terdahulu yang pernah mereka anggotai. Pakej lengkap dan tidak memerlukan pertikaian berkenaan konsep pilihan Gemuloh sebagai music direction mereka. Mereka tahu, faham dan sedia maklum inti dan rencah genre yang mereka perjuangkan.

Dari segi sound produksi, Gemuloh boleh dibezakan dengan band2 seangkatan melalui sound yang lebih klasik dan organik. Ya perlu gua highlight perkataan "organik" kerana ianya jelas boleh didengari untuk sekalian track terkandung. Tone gitar yang tidak terlalu berat dan sesuai jugak tone yang seakan kekurangan gain ini diblend bersama lemak tone bass dan organik sound dari instrument drum. Ini betul2 sound root dan seakan kembali ke era awal 90an.

Gemuloh - Betrayed (Ep2017) boleh diperolehi dengan pembelian pada harga RM15 by hand atau RM22 by postage denganmenghubungi Gedebe Rekords melalui link yang kami sediakan dibawah. Support Gemuloh kerana mereka antara pejuang masih percayakan Old Skool Death Metal dikala seakan cendawan wujud band2 Modern Metal selari dengan peredaran zaman digital ini. Ok, jika ada yang mahukan perbezaan music dengan band2 yang pernah dianggotai line up Gemuloh sebelum ini, gua rasa satu perkara yang perlu gua katakan (sebenarnya dah sebut di perenggan diatas) Gemuloh lebih "organik" dari apa yang pernah mereka keluarkan bersama band2 terdahulu. Ingat!!! Organik!!!

Gemuloh
Email

Gedebe Rekords
Email
Facebook

0 feedbacks: