Merenggah - Manufacture of Oblivion (2017)

Terdahulu band yang berpaksikan Progessive Technical Djent Metal ini telah mengeluarkan sebuah EP bertajuk Dogma Resurrection pada 2014 (KLIK UNTUK BACA). Band yang bermastautin di utara tanahair iaitu perlis ini juga menghangatkan pentas2 gig tempatan malah turut menjejakkan kaki ke Indonesia memenuhi undangan disana. Terkini Merenggah telah menghasilkan album penuh pertama berjudul Manufacture of Oblivion dimana ianya dihasilkan secara DIY oleh line up band ini sendiri.

Syakir (Guitars/Vocals), May (Vocals), Bau (Drums), Yus (Bass)

Artwork oleh Meme a.k.a Khairul Azmir Shoib
Layout designer oleh Suhail Molko & Nadia Syakir
Sponsored by Muwafikulilhaq

Tracklist :

1 - Intro
2 - Manufacture of Oblivion
3 - Through the Diversion
4 - Tenseness
5 - Moralistic of Cyberlistic
6 - Ambience of Echos
7 - The Machinezer
8 - Prong
9 - Koboi from Mata Ayaq
10 - Outro

Terdahulu sekitar pertengahan 2016, Merenggah telah memberi gambaran terbaru music terbaru mereka melalui sebuah track bertajuk Through the Diversion.

Merenggah - Through the Diversion

Through the Diversion lebih kepada kesinambungan dari EP pertama Dogma Resurrection. Tidak banyak perbezaan selain part vocal yang menyaksikan May menyandang posisi vocalist menggantikan Mail Beruang.

Merenggah - Tenseness

Tenseness yang juga merupakan track kedua diberi preview awal melalui youtube boleh dikatakan antara track paling menarik dimana ianya meminimakan penggunaan teknik growl vocal. Sebaliknya clean vocal digunakan 97% dan ianya benar2 menjadi! Chorus yang catchy dan part solo yang semakin galak unsur jazz nya.

Selain 2 track yang dinyatakan terdapat beberapa track yang menarik seperti Moralistic of Cyberlistic, The Machinezer dan Prong. Terdapat juga track yang agak eksperimen seperti Ambience of Echoes yang menggunakan rapping vocal.

Secara keseluruhan, Manufacture of Oblivion boleh dikatogerikan sebagai sebuah album yang agak advance ke hadapan jika ianya diletakkan dalam skop music berat tempatan. Kekuatan album ini jelas pada music nya terutama susunan pattern drum dan permainan gitar dan bass. Unsur2 jazz dan funky boleh didapati dalam setiap solo lagu2 didalam album ini. Jika mahu gambaran, mungkin anda boleh andaikan mendengar Fear Factory tetapi ianya bertukar menjadi jazz dan funky ketika solo gitar dimainkan. Pengaruh Cynic, Animal As A Leader, Tesseract dan Meshuggah paling dirasai.

Dari segi sound produksi, album ini mungkin sedikit lagi boleh di angkat sebagai album yang perfect jika ianya menggunakan tenaga manusia untuk bedilan2 drum. Penggunaan drum machine kedengaran agak "mesin" terutama ketika part twin pedal yang seakan menjengah kelajuan melebihi 200bpm. Ia mungkin mengundang permasalahan kepada drummer kecuali beliau mempunyai stamina tahap Pete Sandoval Morbid Angel atau George Kollias Nile. Haha.. Selain dari itu proses mix dan mastering adalah terbaek dan gua ada dengar2 ianya dilakukan seorang jurutera bunyi yang pernah bertugas dalam hal ehwal rakaman artis2 ternama.

Manufacture of Oblivion (2017) boleh diperolehi dalam format jacket CD dengan harga RM30 by hand. Hubungi Merenggah melalui facebook rasmi mereka yang kami sediakan dibawah video live mereka ini.

Merenggah - Manufacture of Oblivion (Live at Metal Warfare, Kajang)

Merenggah
Facebook

0 feedbacks: