Impaired - Merdeka (EP2017)

Impaired merupakan sebuah band yang dalam aliran hardcore/Crust/Punk. Band ini berasal dari Singapore. Maaf kurang informasi berkenaan band ini tapi apa yang dihasilkan melalui Merdeka (EP2017) ini jelas perlu diberi perhatian. Black Konflik Records telah mengeluarkan EP ini dalam format kaset.

Vin (Vocals), Haliff (Guitars), Qimin (Bass), Andrew (Drums)


Tracklist :

1 - Merdeka
2 - All Alone
3 - Wit Beyond Measure
4 - Shitstream
5 - No Way
6 - Kids of War

Merdeka (EP2017) melalui proses rakaman di TNT Studio Singapura. Tiada sebarang maklumat berkenaan hal ehwal teknikal rakaman EP ini.


Seawal track pertama iaitu Merdeka jelas memperlihatkan Impaired bukan sebarangan band. Sebuah track yang cukup keras, bersemangat dan sangat sesuai sebagai track pembuka untuk EP ini. All Alone masih mengekalkan mood yang sama, ribut walaupon ada sedikit part yang sedikit rilek dimana feel-in gitar dimainkan. Shitstream mungkin boleh dipilih antara track terbaek disamping Merdeka. No Way track paling berdurasi pendek dan penutup Kids of War ternyata menyengat dan bersemangat.

EP ini boleh gua katakan agak keras, beremosi dan penuh amarah dari segi penyampaiannya. Ia juga merupakan EP yang total durasinya pendek sahaja dan setiap track dalam lingkungan 2 minit sahaja. Tepat seperti di nyatakan track2 dari EP ini bersifat short, fast, loud dan in your face!!! Kental, pantas, padat dan tiada masa untuk merasa meleret leret.. Dari segi teknikal, gua dapati rencah music Impaired adalah gabungan riffing/rhythm yang ke arah D-beat, drum yang sebenarnya kearah Hardcore dan sedikit menjurus ke Metal dan vocal yang tidak memberi ruang dengan jeritan yang bagus.

Merdeka (EP2017) mungkin masih boleh diperolehi dengan menghubungi band atau label Black Konflik Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Kepada penggemar irama hardcore kental yang berteraskan Crust/Punk, tape atau kaset ini adalah patut berada dalam simpanan anda. Ini bukan sebarangan band!

Impaired
Email
Facebook
Bandcamp

Black Konflik Records
Email
Blogspot

Acid Rain - Headache (EP2016)

Acid Rain adalah antara lagenda Punk Rock tanahair. Mereka antara band awal yang memperjuangkan irama Punk yang mana ia nya bersifat straight forward, rebel dan adakala happy go lucky dengan apa saja yang mahu mereka lakukan. Terus terang gua adalah pendengar Acid Rain zaman demo Coup de Etat (dikeluarkan semula dalam format CD - hubungi Acid Rain jika mahu beli) dimana ianya release dalam format pro tape. So gaya pembawaan music Acid Rain kiranya gua tau juga lah sikit2..hehe.. Ok, Headache (EP2016) sepatutnya release pada 2016 dan projek ini tergendala untuk jangkamasa yang lama dan Pakdin Hujanasid selaku the only line up asal yang masih memperjuangkan Acid Rain hingga kini mengambil keputusan untuk merelease material ini dibawah label beliau sendiri iaitu Wanted Records. Release ini adalah dalam format pro-tape dan mula dijual kira2 sebulan lebih dari tarikh entry ini dibaca oleh anda.

Acid Rain - line up Headache 2016

Cover sleeve/design oleh Pakdin Hujanasid

Tracklist :

1 - Chaos May 13th (2016)
2 - Headache
3 - Punk Invasion
4 - No Way Out
5 - Boria Again

Headache (EP2016) melalui proses rakaman di Dusthall Studio, Seberang Jaya Pulau Pinang pada 26 June 2016. Pakdin Hujanasid bertindak sebagai penerbit manakala Blackbeard bertanggungjawap dalam hal ehwal engineering dan proses adunan.

Chaos May 13th (2016) adalah sesuatu yang istimewa sebagai pembuka kata dari Acid Rain. Ini adalah versi terbaru untuk track yang mencetus pelbagai persepsi satu ketika dahulu walaupun Pakdin telah menjelaskan intipati dan maksud lirik untuk track ini. Chaos May 13th sebenarnya merupakan track yang dimainkan semula yang diambil dari demo 1996 dahulu.

Headache boleh kira track yang baru (walaupun semua track direkod pada 2016) dan yang ternyata ianya cukup keras, straight forward, lirik yang in your face dan penuh beremosi. Cara nyanyian Pakdin pada gua banyak improvement walaupun gua pasti semua jeritan adalah ikhlas dari beliau. Hahha..


Punk Invasion gua kira satu track yang sudah hampir2 seakan track anti media Utusan Malaysia yang diambil dari demo Coup de Etat dahulu. Sama kental, liar dan rebel!

No Way Out adalah track paling kerap gua rewind dengar (haha rewind istilah mat walkman) dan ini feberet track gua. Ini track paling keras dan kental. Gua tak pasti adakah Pakdin yang menyampaikan amarah dalam track ini kerana cara penyampaian vocal yang cukup berbeza. Kalau track ini dimainkan secara live memang boleh jahanam moshpit!!!

Boria Lagi gua rasa kesinambungan atau sambungan kepada anthem track Acid Rain iaitu Boria Punk Rock Pulau Pinang. Masih dengan mood happy sama seperti track dahulu. Menggunakan loghat utara, ia nya adalah track dengan lirik sindiran dan bersifat happy go lucky.

Secara keseluruhan, Headache pada gua adalah satu pencapaian yang maju setapak kehadapan dari segi komposisi lagu, penyampaian dan sound produksi. Ok dari sound produksi ianya masih mengekalkan sound yang agak tidak terlalu profesional yang mana maksud gua ini rakaman yang tidak bersifat clean, bright dan juga tidak mementingkan sound meletup. Gua pasti sound akhir ini dipilih pakai untuk memastikan Acid Rain berada dan tidak mahu lari jauh dari sound Punk Rock itu sendiri. Ia seakan keputusan Acid Rain kekal anti mainstream dan tidak mahu dilabel seperti band2 Punk Rock MTV. Ya gua rasa ini pendirian Acid Rain yang paling kental dan perlu dihormati.

Headache (EP2016) adalah dikeluarkan secara terhad oleh Wanted Records dan gua rasa mungkin ada saki baki atau sisa2 sahaja dari label pengeluar dan gua advise kepada yang gagal dapatkan dari Wanted Records, sila rajin2 jengok ke label2 independent lain yang ada mendistro kan tape ini. Harga by hand RM12. Sila bertindak cepat kerana Pakdin ada cakap "tape ni tak kluaq dalam format CD"

Acid Rain
Email
Facebook

Mu-aru - Serpentine Terror (EP2017)

Secara mukadimahnya Mu-aru merupakan antara band beraliran Black Metal yang membawa konsep Nusantara Melayu. Ditubuhkan sekitar 2011, menghasilkan sebuah demo berjudul Evil Sadistic Mythology pada 2013 dan terkini dibawah Gedebe Records, Mu-aru tampil dengan sebuah material yang dikeluarkan dalam format kaset berjudul Serpentine Terror (EP2017).

 Amy Autopsy (Bass), Buang (Vocals), Wak Kojek (Drums), Hairry Kidal (Guitars)

Artwork oleh Jan Fishmonger
Layout oleh Sahsahulburaq

Tracklist :

1 - Serpentine Terror
2 - The Cursed One
3 - Returning Vengeance
4 - Time Will Come
5 - Puaka Mythology

Jika dilihat Serpentine Terror (EP2017) merupakan material yang menggabung 2 lagu baru iaitu Serpentine Terror dan The Cursed One yang melalui proses rakaman di Depoh Bencana, Muar sekitar November 2016. Annas Adnan bertanggungjawap sebagai sound engineer rakaman ini. Manakala 3 track selepas itu adalah track yang diambil dari demo "Evil Sadistic Methology" dimana ianya melalui proses mix dan mastering semula oleh Adlan Voidnaga.


Track pertama Serpentine Terror yang diambil sebagai tajuk EP ini adalah antara rakaman material terbaru dari Mu-aru bersama track kedua. Persepsi pertama mendengar track ini ianya lebih kepada pembawaan genre tunjang Black Metal yang disulami riffing2 Thrash Metal yang agak melodic. Untuk track ini ianya tidak terlalu agresif dan berada dalam tempo sederhana laju.

The Cursed One yang merupakan juga track terbaru Mu-aru agak agresif dari hentaman tunjang drum dan riffing berlainan untuk stereo side menampakkan Mu-aru punya idea yang pelbagai dalam proses komposisi material2 mereka. Ini adalah track yang agak panjang menghampiri 6 minit dan punya banyak part sepanjang track ini dimainkan.

Returning Vengeance, The Time Will Come dan Puaka Mythology adalah track yang melalui proses mixdan mastering semula oleh Adlan Voidnaga dimana ketiga2 track boleh di dapati dari demo pertama Evil Sadistic Mythology (2003).

Gua membuat kesimpulan music Mu-aru adalah lebih kepada percampuran elemen Thrash dan Death Metal yang melodic dan mencetus ke arah Black Metal. Elemen Nusantara Metal mungkin boleh dirasai melalui beberapa riffing untuk setiap track. Feel Nusantara Metal ala2 As-Sahar juga boleh dirasai dan mungkin juga band2 berpaksi Eastern Metal sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada minat dan penubuhan dan music direction Mu-aru. Jika dilihat pada laman sesawang line up Mu-aru, jelas sekali Desaster (Germany) antara pujaan mereka dan gua tidak dapat menolak pengaruh Desaster turut mempengaruhi konsep dan penulisan material2 Mu-aru.

Dari segi sound produksi, Serpentine Terror sepatutnya masih boleh di upgrade sound akhirnya. Sound gitar mungkin boleh di"asah" lagi agar lebih keras dan tajam selaras dengan konsep yang dibawa.Mungkin untuk ketika ini Mu-aru dalam proses penulisan material2 terbaru dan diharap untuk release akan datang, faktor sound produksi boleh di pertingkatkan lagi.

Serpentine Terror (EP2017) dikhabarkan telah sold out dari label pengeluar Gedebe Rekords. Anda mungkin perlu bekerja keras dan tangkaskan penglihatan jika masih ada saki baki copies untuk anda dari label2 yang mendistrokan kaset ini. Kenali Mu-aru melalui laman sesawang facebook mereka yang kami sediakan dibawah video live mereka ketika mamatfest 2016 dahulu.

Mu-aru - In a Winter Battle (Desaster's Cover) live at Mamatfest 2016

Muaru
Email
Facebook

Gedebe Rekords
Email
Facebook

Interview : Pure Wrath - Definisi ritma Atmospheric Black Metal dari Indonesia

Agak lama ruangan band interview ini tidak di kemaskini. Kekangan masa untuk menyusun soalan-soalan dan tiada feedback daripada band yang di interview antara faktor ruangan ini seakan terbengkalai. haha ok ketepikan semua itu kerana kali ini kami membawakan sebuah band yang agak membawa fenomena baru di Indonesia... Ya Indonesia.. kali ini kami pihak DtE berbesar hati berkongsi sesi temubual bersama sebuah band yang secara teknikal nya merupakan satu projek one men band yang diberi nama Pure Wrath. band ini jika dalam lingkungan genre nya adalah sebaris dengan 2 nama besar yang sedang menjadi sebutan bukan sahaja di Indonesia malah turut menjadi buah mulut di malaysia dengan kualiti music yang dihasilkan iaitu Vallendusk dan Fromhell. Pure Wrath pada pendapat gua (editor) mungkin leih gila kerana karya yang dihasilkan adalah dari satu individu bernama Ryo dimana segala penulisan dilakukan secara berseorangan. Album pertama berjudul Ascetic Eventide (2017) telah kami review sebelum ini dan boleh dibaca di SINI. Ok, tanpa membuang masa kami hadiahkan anda sesi temubual bersama Pure Wrath.


**************************************************

1 - Hai apa khabar saudara Ryo? Salam perkenalan dari kami webzine Dissecting the Euphony dari Malaysia.
Salam kenal kembali! Terima kasih juga atas review album Pure Wrath yang dimuat di webzinenya.


2 - Terlebih dahulu, mungkin Ryo boleh nyatakan serba sedikit kerjaya anda. Adakah anda pemuzik profesional atau amatur?
Saya belajar musik secara autodidak. Dimulai dari sejak Sekolah Dasar saya mempelajari gitar dan piano. Lalu mulai membentuk band pada saat Sekolah Menengah Pertama dengan teman teman satu kelas.

3 - Adakah anda pernah menganggotai sebarang band sebelum penubuhan Pure Wrath?
Ya. Saya berada di dalam beberapa band dan project. Entah itu aktif maupun studio project. Dan bergenre berbeda dengan Pure Wrath.

4 - Selain dari Pure Wrath, adakah anda terlibat bersama band-band lain ketika ini? Boleh ceritakan bagaimana Pure Wrath ditubuhkan?
Ya. Seperti yang saya katakan sebelumnya saya berada di beberapa band dan project. Pure Wrath sendiri dimulai sejak tahun 2014 ketika saya mulai benar benar mendengarkan beberapa stuff Black Metal dan turunannya. Ketika itu saya ingin Pure Wrath menjadi sebuah band dengan formasi penuh. Tetapi saya kembali dihadang waktu dan kesempatan yang terbatas untuk sekedar bertemu dan latihan. Jadilah saya menjalankan ini semua sendiri tanpa formasi live atau seperti band pada umumnya.

5 - Adakah Pure Wrath ada menghasilkan material berstatus demo sebelum penghasilan Ascetic Eventide?
Ada 4 track demo sebelum debut album rilis. Namun saya lebih memilih untuk tidak mempublishnya karena jauh berbeda dengan konsep Pure Wrath sekarang ini.

6 - Ascentic Eventide terdiri dari lagu yang mempunyai durasi panjang. Berapa lamakah masa diambil sepanjang proses penulisan lagu-lagu yang terkandung didalam album ini?
Proses penulisan album secara keseluruhan memakan waktu 2 tahun. Karena saya terlalu sibuk bekerja dan menjalani tour Asia Tenggara dengan project saya yang lain. Oleh karenanya, Pure Wrath adalah project yang sangat let it flow tanpa target apapun. Untuk durasi sendiri, mengapa lama? Karena saya senang meramu dan menggabung 2 buah lagu menjadi 1 lagu agar menjadi selaras dengan struktur yang hendak saya buat di Pure Wrath.

7 - Apakah yang mahu disampaikan melalui lirik/senikata yang terhasil melalui album ini?
Tidak ada yang ingin saya sampaikan. Semua adalah murni cerita realita yang ada di sekitar saya namun dideskripsikan melalui susunan metafor, sehingga lebih terbaca seperti puisi. Saya sangat senang apabila cerita dalam Pure Wrath membuat orang lain bingung dan bertanya tanya.


8 - Apakah maksud disebalik artwork yang dihasilkan oleh Aghy Purakusuma?
Artwork itu merepresentasikan keinginan saya untuk tinggal di dalamnya. Itu merupakan bentuk imajiner dari keseluruhan konsep lirikal album Ascetic Eventide.

9 - Dinyatakan saudara Ryo terlibat secara penuh dalam proses permainan instruments untuk album Ascetic Eventide. Kami ingin kepastian adakah track drum didalam rakaman tersebut benar-benar dimainkan oleh anda atau ianya menggunakan perisian drum machine?
Saya memainkan fill-in dan 30% ketukan drum di album Ascetic Eventide. 70% sisanya adalah hasil mapping dan quantize karena saya tidak memiliki kemampuan untuk hyperblasting secepat itu. Drum direkam dengan sebuah Drum Elektrik di kamar saya.

10 - Band-band yang mempengaruhi penulisan lagu-lagu Pure Wrath?
Terlalu banyak mungkin untuk disebutkan. Namun saya banyak mendengarkan Vallendusk, Winterfylleth, Saor, Wodensthrone, hingga Deafheaven.

11 - Kenapa memilih genre Atmospheric Black Metal sebagai konsep muzik Pure Wrath? Jika tidak salah, Indonesia didominasi genre Brutal Death Metal dan untuk Black Metal kebanyakkan band lebih kepada Raw dan juga Melodic Black Metal.
Saya sudah lama menggemari genre ini dan tidak banyak menemukan musik seperti ini di Indonesia. Mungkin karena itulah saya merasa harus membuat sesuatu seperti ini. Saya juga senang melakukan sesuatu yang jauh berbeda dari mainstream yang ada. Tujuannya adalah agar saya bisa menciptakan sesuatu yang bisa saya nikmati sendiri, sehingga membuat rasa jenuh saya berkurang.

12 - Bagaimana penerimaan pendengar muzik keras di Indonesia dengan releases berkonsep seperti dibawa Pure Wrath, memandangkan dominasi muzik keras di Indonesia lebih kepada Brutal Death Metal.
Sejauh ini positif. Kebanyakan pendengar Brutal Death Metal juga mensupport Pure Wrath dengan membeli rilisan musik sampai merchandise. Apresiasi teman teman di sini benar benar sangat luar biasa. Ini menandakan bahwa pendengar musik sidestream Indonesia sudah sangat cerdas dan open minded.

13 - Vallendusk dan Fromhell merupakan dua buah band yang sedang menjadi sebutan masakini, malah album-album mereka mendapat perhatian dari label-label luar negara. Adakah Pure Wrath juga punya perancangan masa hadapan untuk menuju kearah apa yang dilakukan Vallendusk dan Fromhell?
Ya tentu. Saya sudah memiliki beberapa visi kedepan untuk Pure Wrath, hanya saja belum tahun kapan akan direalisasikan. Namun semuanya sudah terencana dengan sangat matang.

14 - Jika mendapat permintaan untuk persembahan pentas, adakah Pure Wrath bersedia untuk menjayakan nya atau band ini hanya sekadar studio band?
Untuk saat ini saya belum ingin melakukan live performance. Mungkin di masa depan bisa saja.

15 - Adakah Ryo mempunyai asas pendidikan muzik secara formal?
Saya belum pernah memiliki pengalaman sekolah musik formal. Namun pernah belajar secara intens kepada teman, seperti belajar piano secara private.

16 - Boleh nyatakan individu-individu yang menjadi idola anda sebagai seorang vocalist, gitarist, bassist dan drummer?
Untuk di ranah Black Metal saya sangat menggemari Hoest (Taake).

17 - Boleh nyatakan instruments yang digunakan semasa rakaman Ascetic Eventide?
Sebuah gitar Yamaha Pacifica Standard, bass Yamaha Standard, pedal multi effect Zoom 707II, drum elektrik Yamaha, dan keyboard controller Roland. Semua saya lakukan di kamar tidur saya. Hanya vocal yang saya rekam di studio profesional.

18 - Adakah Ascentic Eventide juga menjadi mangsa aktiviti "download" yang berleluasa masakini?
Ya sudah pasti. Kita tidak bisa lagi menghentikan hal seperti itu. Terlalu sulit!

19 - Selain dari 6 tracks didalam Ascentic Eventide, adakah anda sudah punya material-material baru yang telah dihasilkan atau Pure Wrath punya perancangan sesuatu dalam masa terdekat?
Ya. Saya sudah menyelesaikan materi untuk EP yang akan dirilis akhir tahun ini.

20 - Ok, itu sahaja soalan-soalan dari pihak kami Dissecting the Euphony. Mungkin anda ada sesuatu yang mahu diperkatakan mengenai Pure Wrath, harapan atau ada pengumuman sesuatu kepada pembaca?
Terima kasih atas waktu dan kesempatan kepada Dissecting The Euphony. Tidak ada hal lain yang dapat saya sampaikan kecuali tetaplah menjadi dirimu sendiri tanpa berbohong kepada khalayak tentang siapa dirimu.

Terima kasih.

**************************************************

Demikian adalah sesi temubual/interview yang kami adakan bersama Ryo dari Pure Wrath. Terkini album pertama berjudul Ascetic Eventide telah dikeluarkan dalam format limited DIE HARD edition dimana ianya mengandungi 12" LP Gatefold (sea-foam green transparent) Vinyl, A2 Poster, Stickers, Logo Flag signed and numbered cards & 2-sided printed bag.


Kenali Pure Wrath melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah. Jangan lupa menghayati karya Ascetic Eventide melalui laman bandcamp Pure Wrath.

Facebook
Bandcamp

Pathology - Self-Titled (2017)

Pathology merupakan antara nama yang membawa panji Brutal Death Metal dari San Diego, California USA. Ditubuhkan sekitar 2006, mereka telah menghasilkan 8 buah album penuh dan terbaru pada 21 July 2017, material terbaru yang merupakan album ke 9 mereka akan di terbitkan oleh Comatose Music, sebuah label yang juga dari USA. Album Self-Titled (2017) ini rasanya tidak perlu disangkal lagi tahap tepu nya. Dengan line up berpengalaman yang pernah menganggotai band2 seperti Disgorge dan Cattle Decapitation pasti serba sedikit membuatkan anda faham akan hala tuju dan genre bagaimana yang dibawa oleh Patholgy.

 Matti Way (Vocals), Tim Tiszczenko (Guitar), Dave Astor (Drums)

Artwork oleh Par Olofsson

Tracklist :

1. Lamentation
2. Dolorous
3. Litany
4. Servitors
5. Dissevered
6. Putrescent
7. Doth
8. Shudder
9. Opprobrium
10. Vermilion

Secara kesimpulan album Self-Titled ini benar2 tepu dan jitu tahap Death Metal nya. Ianya berada dalam lingkungan Brutal Death Metal sehingga ke tahap Goregrind. Genre yang sepatutnya dilimpahi percikan darah merata-rata dan organ badan yang bergelimpangan. Genre ini juga adakalanya kedengaran agak straight forward walaupun terdiri dari elemen technical dari segi permainan, riffing dan strok drum nya. Vocal guttural dari Matti Way yang pernah bersama Disgore dari demo kedua 1995, tidak perlu disangkal lagi walaupun pasti membawa kesukaran untuk memahami setiap sebutannya walau keratan lirik ditangan anda. Dave Astor yang merupakan pemain drum Pathology, sebenarnya pernah menganggotai Cattle Decapitation dari 1996 sehingga 2002. Paluan drum beliau juga tidak perlu disangkal lagi. Penuh kelajuan dan energetik!


Pathology - Self-Titled (2017) boleh diperolehi seawal 10 July dimana pada tarikh tersebut ianya akan mula di shipping kepada pembeli yang melakukan pre-order. Kepada penggemar genre ini yang mana di Malaysia, mungkin anda perlu memiliki album ini dan harapnya band2 local kita seperti Butcher Bastard, Bloody Anatomies, Sick Society dapat menghasilkan material berkualiti seperti Pathology suatu hari nanti.


Pathology

Comatose Music

Ursinne - Swim With The Leviathan (2017)

Ini merupakan sebuah projek Death Metal dari dua penggiat music tegar yang punya pengalaman luas dalam genre yang mereka ceburi. Menamakan projek ini sebagai Ursinne, dua entiti iaitu Jonny Pettersson (Wombbath, Ashcloud, Henry Kane, SYN:DROM) dan Dave Ingram (Echelon, Down Among The Dead Men, ex-Hail of Bullets/Bolt Thrower/Benediction) telah bergabung dan menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Swim With The Leviathan (2017). Album ini bakal dipasarkan pada 20 August 2017 dibawah label Transcending Obscurity Records.

Dave Ingram (Vocal/Lyrics)
Jonny Petterson (All instruments/Artwork)
* Sonia Nusselder (Bass)

Artwork oleh Jonny Petterson
Logo oleh Jonas Lindblood

Tracklist :

1 - Devil May Care
2 - I, Serpentine
3 - Bullet Bitten
(Written for, and dedicated to, the legendary Lemmy Kilmister)
4 - The Chimes of Midnight
5 - Crazy Horses
(The Osmonds Cover ft. Count MoriVond from Danse dE Sade)
6 - Talons
7 - Underworld
8 - Turning Japanese
(The Vapors Cover also ft. Jonny Pettersson on vocals)
9 - Hollow Hearse
10 - Something Wicked This Way Comes
(With acknowledgement to the great Bard of Avon, William Shakespeare.)
11 - Monsters in the Parasol
(Bonus Track ft. Kam Lee of Massacre - Queens of the Stone Age Cover)
12 - Spellbound
(Bonus Track - Siouxsie and the Banshees Cover)

Agak teruja apabila diberitakan oleh pihak label bahawa satu lagi projek mega antarabangsa dari 2 entiti berpengaruh dari arena Death Metal bergabung tenaga. Sepanjang beberapa minggu album ini dihadam, kesimpulan yang boleh di rumus, Ursinne jelas menampakkan serangan Death Metal yang agresif dari sudut komposisi lagu. Agak menarik apabila pertama kali mendengar album ini adalah tone gitar yang agak sedikit raw namun keras dan ada identiti tersendiri. Disamping itu Dave Ingram yang ternyata kental dengan vocal growl ternyata menambah resepi ramuan Death Metal ini menjadi lebih angkuh dan bergaya!

Disamping itu beberapa cover songs yang diselit bersama didalam album ini walaupun pada asalnya bukan dari acuan Death Metal diberi nafas yang keras dari acuan Ursinne. Pun begitu gua masih terpesona dengan hasil2 ciptaan sendiri dari Ursinne yang nampak lebih serius berbanding lagu2 saduran yang diberi nafas Death Metal yang masih sukar diketepikan melodi2 asalnya. Ok, sebelum terlupa beberapa nama besar turut menyumbang didalam cover songs seperti Count MoriVond from Danse dE Sade dan Kam Lee (Massacre).


Ursinne - Swim With The Leviathan (2017) boleh diperolehi dalam format digital melalui laman bandcamp mereka, juga fizikal copies untuk format CD untuk jumlah 300 copies serta limited edition gold embossed boxset untuk jumlah 100 copies sahaja. Kenali Ursinne melalui laman sesawang disediakan dibawah dan urusasn pembelian melalui label Transcending Obscurity Records juga melalui laman sesawang disediakan.

Ursinne
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Bandcamp
Facebook