Pathology - Self-Titled (2017)

Pathology merupakan antara nama yang membawa panji Brutal Death Metal dari San Diego, California USA. Ditubuhkan sekitar 2006, mereka telah menghasilkan 8 buah album penuh dan terbaru pada 21 July 2017, material terbaru yang merupakan album ke 9 mereka akan di terbitkan oleh Comatose Music, sebuah label yang juga dari USA. Album Self-Titled (2017) ini rasanya tidak perlu disangkal lagi tahap tepu nya. Dengan line up berpengalaman yang pernah menganggotai band2 seperti Disgorge dan Cattle Decapitation pasti serba sedikit membuatkan anda faham akan hala tuju dan genre bagaimana yang dibawa oleh Patholgy.

 Matti Way (Vocals), Tim Tiszczenko (Guitar), Dave Astor (Drums)

Artwork oleh Par Olofsson

Tracklist :

1. Lamentation
2. Dolorous
3. Litany
4. Servitors
5. Dissevered
6. Putrescent
7. Doth
8. Shudder
9. Opprobrium
10. Vermilion

Secara kesimpulan album Self-Titled ini benar2 tepu dan jitu tahap Death Metal nya. Ianya berada dalam lingkungan Brutal Death Metal sehingga ke tahap Goregrind. Genre yang sepatutnya dilimpahi percikan darah merata-rata dan organ badan yang bergelimpangan. Genre ini juga adakalanya kedengaran agak straight forward walaupun terdiri dari elemen technical dari segi permainan, riffing dan strok drum nya. Vocal guttural dari Matti Way yang pernah bersama Disgore dari demo kedua 1995, tidak perlu disangkal lagi walaupun pasti membawa kesukaran untuk memahami setiap sebutannya walau keratan lirik ditangan anda. Dave Astor yang merupakan pemain drum Pathology, sebenarnya pernah menganggotai Cattle Decapitation dari 1996 sehingga 2002. Paluan drum beliau juga tidak perlu disangkal lagi. Penuh kelajuan dan energetik!


Pathology - Self-Titled (2017) boleh diperolehi seawal 10 July dimana pada tarikh tersebut ianya akan mula di shipping kepada pembeli yang melakukan pre-order. Kepada penggemar genre ini yang mana di Malaysia, mungkin anda perlu memiliki album ini dan harapnya band2 local kita seperti Butcher Bastard, Bloody Anatomies, Sick Society dapat menghasilkan material berkualiti seperti Pathology suatu hari nanti.


Pathology

Comatose Music

0 feedbacks: